Keadaan tidak begitu mengizinkan beberapa hari yang lepas untuk dayah menaip sekaligus meng-update blog super junior ini, eh! blog dayah ni, dimana tahap mengantuk sungguh luar biasa dirasakan..Ada sekali tu dayah cuma baring-baring yang kononnya sambil tu menonton tv padahal sebenarnya dayah tidur sambil berdengkur, bayangkan tidur yang hanya 5 minit tapi boleh berdengkur, tak ke luar biasa tu..Alhamdulillah selepas 2 hari weekends ni dayah dapat rasakan yang dayah dah mendapat tidur yang sangat berkualiti yang mana esok pasti mata tak bengkak untuk datang ke office..Baiklah mari kita sambung menyambung cerita yang sepatutnya disambungkan itu..
Setelah hampir 1 jam lebih kami memanaskan tempat duduk yang berwarna hitam itu dengan punggung masing-masing tibalah kami di Kuching, Sarawak yang popular dengan kek lapis yang berlapis-lapis, memang tak sah kalau balik Kuching, Sarawak tak nampak orang check-in luggage bersama kek-kek lapis yang berkotak-kotak banyaknya..Kalau tak ada situasi sebegitu maknanya salah negerilah tu yang anda melawat..
di awan biru...
sekali lagi menatap diluar tingkap...
cantik sungguh permandangan daripada atas ini, Subahanaallah
kapal terbang hampir mendarat, yahuu!! dah sampai..
kecederaan ringan tapi pedihnya tuhan je yang tahu, akibat terlampau excited membawa turun luggage daripada kereta inilah akibatnya..Terlupakan yang kunci lunggage tu dah tercabut jadi serpihan tu masih ada lagi dekat beg tu, sekali bila bawa turun beg...zaaaappppp! terseret jari atas benda tajam tu, terjadilah adegan berdarah sebentar..
Beberapa hari sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak baba dah siap booking kan apa-apa yang patut untuk kegunaan kami di sana nanti..Termasuklah kereta sewa selama beberapa hari kami di Kuching nanti dan jugak hotel..Baba berjaya mencari kereta sewa yang paling murah untuk disewa, semurah RM50.00 sehari tapi kereta kancil jelah, kata pengguna setia kereta buatan Malaysia.. :) Hotel pulak baba booking melalui Air Asia jugak, dapat harga murah untuk 3 malam kami disana..Harganya dayah dah lupa but yang pasti hotel 5 star but harga below than RM600..
Merdeka Palace Hotel...
Merdeka Merdeka Merdeka!! *semangat kemerdekaan tiba-tiba
Reception...
Lobi...
tangga...
silling...
koridor...
Perkara pertama selepas selsesai check-in adalah mencari kedai makan kerana masing-masing kelaparan, entahlah suaplah berapa kali pun tapi perut ni tak reti-reti diam mintak makanan..Beg masih belum sempat untuk diletakkan di dalam bilik dah cari kedai makan..Kami ke Satok untuk mencari-cari kedai yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga..Akhirnya kami terjumpa sebuah kedai yang nampak macam masih buka, tapi sebaik je kami duduk tapi sempatlah order makanan kedai tu dah siap-siap nak tutup, nasib sempat habiskan makanan sebelum kedai tu officially tutup.. :)
air yang 3 daripada kiri tu sangat masam...
pertama kali nak try Ayam Penyet ni, yang ni special sikit sebab ayamnya dibakar lalu dipenyet-penyet kan.. :)
Meehoon goreng campur india melayu..
sebenarnya yang terlebih lapar adalah anak-anak mereka iaitu saya dan jugak adik saya..hehe! kedua ibu bapa kami tidak selapar kami jadinya mereka hanya berkongsi sahaja makanan tadi..Kami pun berkongsi jugak pada mulanya tapi TAK CUKUP SEPINGGAN kita bantai kongsi lagi sepinggan.. :)
Perut sudah diisi tiba masanya untuk kita menjengah ke bilik yang bakal kami menginap sepanjang berada di Kuching ni..
ruang tamu tapi bukan untuk tetamu..
1 king size bed..
pantry..
tandas..
sekarang mana-mana hotel akan bagi 2 complimentary mineral water..
coffee tea facilities..
Merehatkan diri beberapa jam sebelum berjalan-jalan di waktu malam untuk mencari apa yang menarik..Kami memilih untuk ke Satok sekali lagi untuk mencari makanan untuk makan malam..Kalau kami holiday tak ada kerja lain yang akan dilakukan selain makan, makan dan makan..Bila pulang KL baru tau ada beberapa baju yang agak ketat untuk dipakai, mulalah kesedaran dalam diri timbul untuk mengurangkan sedikit kadar makanan..
ber-background-kan pemain piona..
Kalau nak mencari kedai makan yang berkonsepkan gerai dan open-air bolehlah datang ke Satok..
sup daging untuk dimakan bersama nasi putih..
sate daging dan ayam, sedap lagi sate belakang rumah saya..
nasi goreng ayam berlada, lebih kurang itulah nama makanan ni tapi maaflah tak sedap dan tak berlada pun, terpaksa makan dengan cili kicap yang tersedia di atas meja sejak kami datang tadi..
*candid*
- gambar saya memang tidak diambil kerana faktor muka bulat macam kobis sangat jelas dan pulak tu tengah duduk dan tengah makan, hehe! -
selesai *Alhamdulillah*
Perut masing-masing dah buncit so dengan beratnya badan kami pun beredar untuk mengambil angin malam di Satok, jalan-jalan naik kereta je, kata badan dah berat mana larat nak jalan kaki.. :p
Sekian untuk enrti kali ini..
3 comments:
slm,akak nk tnya baba dayah sewa keta kncil rm50 tu kt mane ye..bole inform x..sbb akak pn tgh cr kete sewa murah area Kuching..
salam. dayah, bule bg contact no kete sewa tu tak. sbb nak g 25hb ni. tq =)
salam, maaf lambat reply..
okay ini contact numbernya..
1) Mr Lau 0128582580
2) Said 0198611912
3) no name 0198788096
akak boleh pilih salah satu sb semua ni kereta harga range RM50, RM60..
Post a Comment