Rasanya tak terlambat lagikan kalau nak ucapkan Selamat Hari Wilayah kepada semua penduduk yang menetap di Kuala Lumpur, walaupun cuti dah habis tapi beringatlah kita ada dua hari lagi cuti next week..weeee!!
Walaupun hari Wilayah tahun ni falls on Wednesday tapi kalau dah cuti tu happy je, tak kisahlah hari bila-bila pun tapi yang tak bestnya ayah dayah kena kerja hari ni, maklumlah orang kerja embassy..Jadi tinggallah kami bertiga je, dengan rasa semangatnya tengah hari tadi kami pun keluar untuk menghirup udara Kuala Lumpur di waktu cuti..Memandangkan pagi tak breakfast haruslah perut berbunyi-bunyi minta diisi..Tak sure hala mana nak cari kedai makan, akhirnya kata sepakat di buat dan tempatnya tak lain tak bukan KLCC..Setiap kali kalau kami bertiga keluar tanpa baba (mostly sebab baba kerjalah) mesti KLCC atau the curve, tak taulah kenapa dua tempat ni jadi sasaran..Tapi kalau nak kata dayah expert jalan dalam KLCC tu MEMANG TAKLAH, mana taknya tadi je nak cari satu kedai kena pakai map..
Sampai je KLCC kenalah parking kereta dulukan then sebelum ke food court yang terletak di tingkat atas sekali (berdekatan dengan Petrosains) kami singgah Harrod's kejap sebab dayah nak cuba macarrons dekat situ, sebab sebelum ni ada yang berbisik-bisik dengan dayah cakap macarrons dekat sana sedap..Sebelum ni dayah ada try macarrons tapi serious tak sedap langsung..TAPI yang ini adalah yang tersedap buat masa sekarang ni yang dayah pernah rasa, dan harganya pun sedap untuk dibayar, 6 pieces (boleh mix all together) RM23.00 then after tax jatuh RM24.40.. :)
yang chocolate tu highly recommended sebab sedap, pahit-pahit rasanya..
Selalunya kalau pergi KLCC food court signature jadi sasaran sebab kami suka sangat dengan spaghetti dekat sana tapi kali ni nak ajak mama makan dekat food court RASA pulak..Buat tawaf dulu satu pusingan lepas tu baru decide apa nak makan dan akhirnya kedai yang menjual bermacam-macam jenis mee menjadi pilihan..
mee hoon kari (sedap)...
wantan mee (boleh tahan sedapnya)...
thai wantan mee (sedap sebab ada slice fried chicken dan yang penting sambalnya tu pedas)...
fried wantan (sedap je bila makan)...
- gambar air memang tak ada so dayah bagi tau jelah jenis-jenis airnya : -
- Longan Ice
- Mocha Latte with Hazelnut
- Manggo Ice atau MNG ice :)
Selesai makan kami berjalan-jalan macam konon-konon exercise selepas makanlah ni, mana taknya setiap tingkat kami singgah cuma tak setiap kedai je kami singgah, itu mau sampai ke malam tak habis-habis jalan..hehe!! Seronok meneroka tempat-tempat baru dalam KLCC tu kami terjumpa kedai yang cute yang bertemakan cartoon Snoppy, taklah kami singgah cuma sempat singgah bergambar je dekat luar kedai tu..
cutekan mereka semua... ;)
Berjalan-jalan sampai tak sedar yang waktu dah hampir nak petang, patutlah kaki terasa penat sungguh..Sebelum balik singgah beli air pearl milk tea dan popcorn..
Caremal Milk Tea less sugar (seriously dayah tak tau nama kedai ni sebabnya nampak je terus beratur nak beli, yang bestnya milk tea dekat sini sebab level sugar and ice kita boleh request ikut citarasa kita)...
Our first try of this popcorn was on our visit to Singapore last year, terus jatuh cinta weh!...
and our favorite flavor is Almond Caremal, sedap weh!...
- tak cukup dengan popcorn bawa balik lagi 2 kek chiffon flavor marble and coffee -
Dan sebelum betul-betul pulang dayah sempat membeli satu buku cerita dan jangan main-main weh! tittle dia Love Story okay! :D
:) membaca budaya kita...
Sebelum balik sempat singgah rumah aunty dayah dekat Sentul sebelum betul-betul balik rumah untuk ambil baba untuk dibawa ke kedai makan untuk menikmati hidangan makan malam..
Sekian cerita aktiviti kami sempena cuti Hari Wilayah *macam buat aktiviti sihat je kan bunyinya* :D
Next entry will be...............(tunggu jelah)
4 comments:
next time we all out together ok........!!!!!!!!!hidayah wait ok.....
orite!! ;)
wahhh best la jln2 kan..;)
jalan2 dekat2 je.. :)
Post a Comment