Sambungan daripada part 2 :
Setelah selesai menerokai pasar malam Sungai Pinang, kami bergerak pula menuju ke Queensbay Mall, saja nak menyejukkan badan dan cuci-cuci mata selepas berjaya mengeluarkan peluh di pasar malam tadi, hehe!! *macam kereta tak ada aircond*
Sambil jalan-jalan tu sempat jugak dayah membeli satu scarf dan satu cermin mata sebagai tanda ingatan yang saya pernah jejakkan kaki di Mall ini, hahaha!! tak relevan langsung..Sebenarnya tak ada rancangan nak membeli, kan dah dibilang cuma nak cuci-cuci mata je tapi biasalah dah tertengok barang murah tak akan nak tengok jeeee!! nanti menyesal tak sudah, hehe!!
Lepas puas berjalan-jalan kami singgah di Starbucks untuk menikmati kopi, dayah belanja okay! :) *almaklum masa tu baru dapat gaji lepas tu baru jeee cucuk duit keluar*
tumbler yang baru je dibeli terus diisi.. Flavor apa dayah tak ingatlah tapi ini waktu promotion..
Java Chip Frap..
Vanilla Latte untuk mama dan baba..
Muffin ni sedap, itu je nak tulis.. :)
Applied untuk reward card..Tak taulah, dia cakap free so dayah okay! meh sini borangnya, hehe!!
- 2 barang yang dayah beli : -
okay! abaikan muka itu, lihat pada scarf dan cermin matanya, hehe!! Ini semua daripada Brand's Outlet.. :)
Selepas puas berehat-rehatkan diri di Starbucks, kami make a move untuk pulang ke hotel, masing-masing dah keletihan..Jom-jom balik!!
Suasana malam ni depan hotel penginapan kami, meriah sampai pukul 4 - 5 pagi..Baba ada jugak ajak turun makan dalam pukul 1 lebih macam tu tapi masing-masing mata dah tak larat buka so lupakan sahaja..
Pagi keesokkan harinya :
Bangun pagi untuk bersarapan pagi, kalau ikutkan hati memang tak nak bangun sebabnya hotel ni seeejjukk giler, best tu tidur sampai check-out, hehe!! *melampau* Tapi mama tak akan beri peluang itu, hahaha!! seawal 7 pagi semua dah dikerah bangun.. :)
tempat untuk breakfast, luas dan senang nak berjalan-jalan ambil makanan..
makanan pertama..
Makanan kedua, seriously nasi goreng ni sedap..
Makanan ketiga, sorang satu, senang tak payah nak berebut-rebut..
Makanan keempat, mama yang ambil, senang tak payah bangun-bangun lagi..
kopi dan orange juice..
- tipulah kan kalau kata kami makan 3 pinggan tu je, kebenarannya ini : -
tu pinggan-pinggan yang kami tak ambil gambar makanannya, hehe!!
Selamat Pagi Malaysia..
fizah pantang nampak elevator yang ada cermin, mesti dia nak 'ambil kesempatan' untuk bergambar..hehe!! dayah tumpang sekaki lah.. :p
Selepas breakfast kami rehat dalam bilik je sebab hujan dan lagipun lagi beberapa jam dah nak check-out baik rehat sepuas-puasnya..Sebelum pulang ke KL kalau tak singgah tempat ni memang tak sah..
tempat yang famous menjual segala jenis jeruk, walaupun kami ni bukan pemakan jeruk tapi kami selalu singgah sini sebab baba dan mama kalau datang Penang mesti nak beli belacan Penang dan singgah sini jugak sebab nak belikan jiran dan kawan-kawan buah tangan.. :)
Setelah puas membeli-belah sedikit kami terus pulang ke Kuala Lumpur..Bila menulis tentang Penang ni terasa nak pergi sana lagi stay berhari-hari sebab dayah SUKA SANGAT DENGAN PENANG..hehe!! jangan ditanya kenapa tapi memang Penang antara my favorite lokasi untuk bercuti dalam negara selain Cameron Highlands..
Baiklah habis dah cerita yang agak dah lama baru nak habis-habiskan..hehe!! next is my trip to Kuching, Sarawak pulak.. :)
- till see you in next entry -
No comments:
Post a Comment