7/02/2011

Cuba tengok ni : sudah pandai buat Waffle

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa....


Petang semalam dengan gigihnya dayah telah mencuba memasak atau disenangkan cerita petang semalam dayah mencuba resipi membuat waffle, according to the name of the recipe was Classic Belgian Waffle tapi tak taulah betul ke belgian waffle macam ni rasanya, almaklum belum lagi sampai belgium mana nak tau kan.. :p so just assume samalah kot rasanya..hehe!!


Dayah sebenarnya memang mencari sangat resipi untuk buat waffle ni sebabnya tempat nak buat wafflenya ada cuma nak buat bancuhan tu yang dayah tak reti..Kalau dulu masa mama kerja adalah mama belikan tepung yang dah siap cuma kena tambah air je..Dayah ada jugak cuba-cuba cari dekat supermarket tapi nan hadoo! ke dayah yang tak jumpa, ermm!! entahlah so tempat buat waffle tu tersimpan elok je dalam almari, kalau u olls tengok dalamnya macam baru beli semalam, tolak tengok luarnya lah eh! sebab luarnya complete semua habuk ada melekat, tak cukup dengan habuk, binatang kaki panjang pun ada jugak tergantung-gantung..hehe!! 


Tapi sekarang tidak lagi perluku simpan waffle iron tu di dalam almari boleh terus je biarkan dekat luar sebab I olls dah reti u olls buat waffle sendiri.. :p tadi sebelum nak bancuh segala bahan-bahan tu gigih ni lap waffle iron tu sampai kilatlah jugak..


Baiklah mari dayah tunjukkan dekat u olls waffle yang berjaya dihasilkan :


bahan-bahan yang diperlukan..

peralatan yang digunakan, mengikut resipi kena guna 3 mangkuk makanya dayah pun guna 3 mangkuk jugak..hehe!! *baik follow kalau tak nanti tak jadi baru tau*

gabungan kedua-dua diatas tu terhasillah bancuhan ini..

daripada bancuhan itu pulak terhasillah ini, taraaa!! mempersembahkan my first attempt untuk Classic Belgian Waffle.. :D

Apa macam ada rupa macam waffle dekat belgium tak?? hehe!! taulah rupa macam waffle dekat KL je kan..Tak kiralah asalkan rasa waffle tu ada, penat tau pukul telur tu guna tangan tak ada mesin-mesin sampaikan tempat pemukul telur tu tertanggal tempat pemengangnya, hehe!! esok nak kena suruh baba gam kan..Tengok bertapa gigihnya mencuba resipi ni, so lepas ni tak payahlah lagi beli waffle dekat luar, buat sendiri je, nanti dayah cuba makan dengan eskrim..

Jadi berbaloi sebenarnya menonton food channel hari-hari, macam-macam resipi boleh diperolehi, nanti dayah nak try ada satu lagi resipi menggunakan daging :) Jadi lepas ni apa kata u olls try try tengok food channel pulak daripada tengok sinetron tu eh! :P


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3 comments:

anumuchan said...

wah bestnya pandai buat waffle ye..

Hidayahsalleh said...

alaa! br2 nak belajar..hehe!!

ayanuts said...

rjnnya dia buat waffle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...