6/15/2011

Percutian di Singapura Hari 3 - Part 6

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Lately ni kan fizah suka sangat tengok food channel, kalau u olls ada Astro Beyond u olls mesti familiar dengan Food Network kan?? channel tu lah sekarang ni jadi kegilaan si budak fizah tu and bukan dia je kami sekali ikut terjebak sama tengok, fizah kalau boleh siang malam 24/7 dia nak tengok channel tu tapi mana boleh mama kan sekarang ni peminat fanatik sinetron so ada-ada waktu yang kitaorang tak boleh ganggu langsung tv, remote control pun mama yang control okay! tapi kalau weekends memang tak gaduhlah dari pagi kadang-kadang layan channel tu sampai petang, sambung satu rancangan ke rancangan yang lain..


Jadi dah tiap-tiap hari menonton so makanya tak sahlah kalau tak mencuba salah satu resipinyakan, walaupun tak sebijik sama tapi ada iras-iras tu okaylah kan..hehe!! So semalam ada satu rancangan ni, dia buat teh o ais limau tapi guna lemon dan stylenya lain dari style kita-kita buat teh o ais limau sebabnya lemon tadi dia blend dengan ice dan gula lepas tu scop kan atas teh o..Terus terasa nak pergi buat time tu jugak tapi since malas nak rendam teh so kita jadikan macam ni jelah :


tadaa!! Lemon Slush, tak payahlah lepas ni pergi TGI Friday buat sendiri je.. :)

Lepas tu petang tadi memandangkan lemon ada lagi so dayah buat Lemonade pulak dan ini hasilnya :

tadaa!! ada style macam dekat tv tak?? tadi masa minum feeling feeling macam dekat tepi pantai u olls..

Baiklah kita sambung cerita percutian di Singapura balik eh!! Pagi tu sepatutnya kami semua kena bangun awal sebab nak ke satu tempat ni tapi memandangkan malam sebelumnya tidur lambat lepas tu dengan keletihannya lagi so terlajak tidur..Bangun pagi terus dah ada sarapan my cousin belikan lepas tu terus bersiap untuk berjumpa dengan kawannya..Tujuan jumpa dengan kawan sepupu dayah ni sebabnya sepupu dayah ni nak belikan tiket untuk ke Universal Studio Singapore, yeah!! dia nak belanja kami lagi wehuu!! sebenarnya dari kami sampai lagi dia dah tanya nak ke USS tak?? haruslah jawab nak, macam tau-tau je apa yang kami fikirkan sebelum sampai ke Singapore kan?? hehe!! 

Kawan sepupu dayah lebih kurang macam ejenlah so kami beli tiket darinya, bayar semua dengan dia dan dia bagi resit so masa sampai di USS nanti redeem kan je resit tu for tiket..Kami pergi berempat je sepupu dayah tak ikut sebab dia kata dia dah masuk sebelum ni..Thanks sekali lagi.. :D

dia drop off kan kami disini so pandai-pandailah sendiri jalan cari kaunter eh! okay!! tipu je dia siap bagi tau nak belok mana-mana untuk cari kaunter tiket nanti.. :p

okay!! turun kereta je bergambar dulu ye!

kami bertiga je ada gambar dekat bawah ni, baba tak ada sebab dia yang laju nak mencari kaunter tiket, eh! eh! siapa yang excited nak pergi USS ni??

tengok tu baba yang sampai dulu dekat kaunter ni so kita biarkan je baba yang redeem kan eh!! tiket, hehe!!

-since we all beli tiket ni dari kira macam ejen so untuk redeem kan tiket haruslah ke tingkat bawah tanah ni eh!! -

yes!! dah dapat tiket bolehlah kita cari pintu masuk sekarang ni eh!!

sedang mencari-cari pintu masuk..Oh!! ye kalau u olls nak beli tiket direct dari kaunter pun boleh. tu nampak tak yang booth color kuning tu?? haa!! dekat situlah kaunter tiketnya..


welcome!! semuaa!!

- memandangkan ni sepupu dayah yang bayarkan so dayah tak sure sangat berapa harga per entry tapi kalau tak silap dalam 70+ sing dollar dan if u olls nak beli yang tiket express pun ada jugak itu dalam 90+ sing dollar, beli express tiket ni best tau sebab nanti semua ride kita dapat naik dulu, tak payah nak queue lama-lama -

masuk je benda pertama buat haruslah bergambar..ni depan universal studio merchandise shop..

antara salah satu cafe yang halal dekat dalam USS ni, kami tak sempat pun nak try sebabnya makan tu semua tak penting, yang lebih penting adalah menjelajah tempat ni sampai habis.. :)

Sebenarnya ada lagi few restaurant/cafe yang halal dekat USS ni, meh sini dayah senaraikan eh!! untuk informasi u olls :

1) Mel's Drive In - classic 1950's drive-in diner that serves all-American favorites e.g : burgers, fish and chicken sandwiches as well as milkshake..
2) Celebrity Cafe and Bakery - serving freshly made gourmet sandwiches, coffees, pastries, gelato and more..

(2 cafe diatas ni terletak di bahagian Hollywood)

3) Oasis Spice Cafe - Egyptian-themed buffeteria serving specialties flavoured with Mediterranean, Turkish, Lebanese and Indian spices..

(restaurant ni pulak terletak di bahagian Ancient Egypt)

4) Marty's Casa Del Wild - uncover a variety of Southeast asian favorites such as Thai Green Chicken Curry, Tom Yam soup and more..

(ini terletak di bahagian Madagascar)

5) Friar's - feast on a unique variety of hot and cold specialty sandwich wraps accompanied with freshly made  "season it yourself " potato chips..

6) Goldilocks - enjoy a bucket of our homemade special resipe 7-spice "chicken done just right!" as well as delicious fish & chips and chicken sandwiches..

( ini terletak di bahagian Far Far Away)

Jadi itu antara restaurant and cafe yang halal dekat USS ni, kalau u olls nak lebih lanjut lagi bolehlah dapatkan brochure USS sebelum masuk eh!! lagi senang nak buat rujukan.. :)

jalan-jalan terjumpa dengan watak ni,baiklah jom bergambar..Reaksi takut-tapi-happy cuba ditunjukkan..Oh!! yeah kalau u olls nak bergambar dengan watak-watak sebegini ada waktu-waktunya dan kena beratur dan ada pekerjanya yang tolong petik kan so don't worry kalau u olls datang berseorangan..


ini area Hollywood so yes!! terasa macam di Hollywod walaupun tipu..


feeling feeling polis jap!

masa dayah sampai ni belum ada apa-apa lagi show so just passed by je lah..

jalan-jalan lagi cari apa yng menarik ni..

okay!! dah jumpa untuk pengetahuan ini adalah di bahagian New York, kami terjumpa Lights, Camera, Actions! 


haruslah beratur dulu sebelum itu ye! nasib queue tak panjang..

ini dan satu lagi attraction yang baba dan mama join, yang lain diorang tunggu je kami naik.. :)

dekat sini u olls boleh saksikan special effects dalam sesebuah movie dan i olls nak tell u olls sound effects nya sangatlah menggagumkan kami semua, macam real je..

hosted by Steven Spielberg, dalam screen je taklah betul-betul dia nak datang..

set untuk show kali ni, memang bunyi hurricane dengan anginnya, api dan semualah like wow!!

kapal besar pun tersesat okay!! kami duduk bahagian depan dapatlah rasa bahang api dan percikan air sikit..

selesai dah pertunjukkan..Di bahagian New York ni ada satu lagi attraction, Stage 28 tapi dayah tak masuk sebab terlepas pandang dari brochure yang kami pegang tu *excited sangat katakan* :( bila baca description nya macam best je, adoi!! rugi betul..

jalan-jalan lagi terjumpa dengan yellow cab taxi ni, so New York kan.. :)



waktu kami datang ni tak ada show lagilah tapi masa nak balik nampak ramai yang bergambar depan ni..Takpelah next visit nanti ye!! :D

Kita masuk di bahagian Sci-Fi City..bergambar dengan mereka mereka ni sebab nampak menarik pulak costume nya dan tak ramai yang queue, hehe!! Tak taulah binatang apa ni tapi ada sorang tu buat bunyi cicak so assume ni cicaksman the gang..hehe!! 

Di Sci-Fi City ni lah dayah and fizah mencuba buat pertama kalinya roller coaster yang boleh dikatakan paling extreme kami pernah naik..

Baiklah untuk part tu dayah sambung di next entri ye! dah mengantuk sebenarnya ni so jumpa di next entri yeah!! :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

2 comments:

アヌム ちゃん said...

bestnye jalan2 singapore..pernah sampai airport je.heee

Hidayahsalleh said...

hehehe!! takpelah dapat jugak jejak singapore tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...