6/10/2011

Percutian di Singapura Hari 2 - Part 5

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Hehe!! dimulakan bicara dengan gelak kecil dulu, hehe!! okay!! stop kalau u olls terasa annoying dayah LAGILAH..hahaha!! Tak ada apa-apa tapi kan entri sebelum ni dayah janji nak sambung kejap je lagikan? tapi tengok selepas satu hari berlalu baru nak update, okay! tak geli hati pun..


Hari ni hari produktif bagi dayah bila dayah masak sayur campur sendiri, hahaha!! gila tak produktif langsung pun sebenarnya tapi kira okay!! lah bagi orang yang tak berkerja lagi ni kan.. :p hehe!! Saja je tadi masa mama tengah potong sayur tertimbul keinginan untuk tolong masakkan sayur, selalunya tunggu je mama habis masak terus makan..Lagi satu sebabnya dayah nak try guna serbuk Pasti Sedap, tak pernah beli pun sebelum ni tapi last month Tesco ada bagi voucher kalau beli serbuk Pasti Sedap ni dapatlah discount beberapa ringgit *sikit je ringgit yang dikurangkan eh!* so tak pernah pernah hidup beli memandangkan ada discount so mama suruh beli, paket besar pulak tu..Tapikan memang SEDAAPP!! pun bila guna serbuk ni, sayurnya yang tadi kosong tanpa rasa tapi kini sudah berperisa..Hahaha!! Jadi hari ni sayur campur I olls laku u olls.. :p


Okay2!! sambung balik cerita orang kahwin untuk part yang ke-4 ni, harap u olls yang membaca tidaklah merasa bosan untuk mengikuti sehingga ke akhir episod..eh! silap hingga ke part yang terakhir ok!


ini adalah pelaminnya, cantik kan?? pelamin ni sama sweet dengan pengantinnya..Oh!! dengan sepupu pengantinnya sekali, hahaha!! :p

meja makan yang simple je settingnya, dayah lagi suka setting meja makan yang abang sepupu dayah punya majlis last year, lagi nampak exclusive..

by the time pengantin nak keluar tetamu dah ramai yang datang..fuh! *lap peluh didahi* nasib baik kami semua dah makan terlebih awal tadi.. :D

pengantin baru je keluar, mak andamnya tu yang pakai beg channel tu, make up dia memang cantiklah..ce tengok ni eh!

kak siti ku yang super lawa pada hari itu..


kalau lensa kamera dayah tak dapat lari untuk capture pengantin, pengantin pun sama, tau je mana-mana camera yang sedang nak capture gambar dia, tengok tak menghampakan setiap kali dayah nak ambik gambar kak siti ni, mesti dia pandang punya.. :)

gambar ni cepat-cepat dayah petik masa photographernya sibuk nak arrangekan cara duduk yang betul..hehe!!

sebelum pengantin lelaki sampai baik kita bergambar dulu..

Dah habis bergambar dengan pengantin sambung dekat bawah pelamin bergambar dengan sepupu pulak..

sebelum tu penulis blog nak bergambar sorang-sorang dulu..

fizah pun nak jugak..

bersama kak leez pada mulanya tapikan ada je lembaga yang akan menyelit sekali tau, oh! lembaga itu adalah abang wan..hehe!! :p

bersama kak ila..


Sedang sibuk-sibuk menikmati dessert dessert ni :

dayah adalah tart lover so bagi jelah apa-apa jenis tart dayah memang cepat je habiskan, kek chocolate tu sedap dan yang satu lagi tu tak taulah apa nama makanannya tapi dalam mangkuk tu adalah yogurt dan mangkuknya tu boleh makan, macam keropok..

ini satu lagi dessert dari vegetarian line buffet yang dayah suka bangat, sampai 2 kali ambik..Namanya pudding suji *meleleh air liur tengok tau*

dessert ni dayah terperasan masa saja jalan-jalan cari air, dalamnya cheese dan blueberry lepas tu bawah cheese tu ada macam crush chocolate biskut..Dessert ni kena ambik banyak-banyak sebab alahai! comel je bentuknya..

Tiba-tiba wedding plannernya yang dayah panggil kak nana datang cakap "pengantin lelakinya dah nak tiba, u olls tunggu dekat depan tu mintak 'tol' untuk orang KL dekat pengantin tau" hehe!! dayah kan orang nak sibuk-sibuk terus ajak mama dan semua orang pergi depan.. :D tapi sampai depan takdenya dayah mintak, tolong ambikkan gambar adalah..

orang KL dah tunggu..

okay!! 'tol' pertama dah lepas, jangan ingat tak ada lagi eh!

dengan happynya melangkah masuk nak bertemu pengantin perempuan, ingat eh! ada lagi 'tol' nya..

kompang pun ada..

'tol' kedua..

okay!! ini yang last 'tol' dikenakan..

akhirnya dapat disandingkan.. :) 

nampak tak budak dekat tengah-tengah tu?? haa!! dia tengah bersilat tu..

Majlis perkahwinan kali ni tak ada tepung tawar semua, so banyak masa pengantin di-spendkan untuk bergambar..Dayah tak sure pulak kalau style dekat Singapura ni memang tanpa tepung tawar..Tapi bagi dayahlah, dayah lebih suka macam ni sebab saudara-mara dan kawan-kawan banyak masa terluang nak bergambar dengan pengantin atas pelamin sebab kalau ada tepung tawar agak makan masa gitu kan, tapi this is my point of view lah, kalau masa dayah kahwin mak ayah dayah suruh jugak ada tepung tawar kena jugaklah adakan, mana boleh bantah cakap orang tua kan..hehe!!

pengantin bergambar bersama keluarga dari Singapura..

saudara-mara yang dari KL yang dapat hadir, kalau diikutkan saudara dari Malaysia ramai tapi mereka semua tak dapat hadirkan diri, tak kisahlah asalkan ada jugak wakil dari Malaysia kan.. :)

adik beradik pengantin perempuan..

pengantin perempuan dan ibu bapanya..

pengantin meminta restu, macam hari raya dah rasanya..

tengok tu tau-tau je camera tengah fokus muka dia..hehe!!

ini adalah salah seorang daripada wedding plannernya, ada sorang lagi kembar kak nana ni iaitu kak yaya tapi tak kesempatan nak bergambar sebab dia asyik sibuk je, ini pun dayah cepat-cepat tangkap kak nana nak bergambar bersama.. :)

tengok! curi potong kek orang.. :p

Yang paling menarik perhatian tetamu masa majlis ni berlangsung adalah bila group kompang tadinya bertukar menjadi group dikir barat..Sebenarnya budak-budak kompang ni semua kawan-kawan kepada pengantin lelaki..

tu diaa, dari budak kompang jadi budak dikir barat..

tukar baju pulak..

acara memotong kek..

sempat ajak kak ida bergambar dengan family nya..Ini adalah abang sulung pengantin perempuan yang kitaorang panggil abang ilal..Ada lagi 2 hero merangkap anak-anak mereka tapi entah mana budak-budak tu pergi so ini adalah gambar family tak lengkap.. :)

Majlis perkahwinan ini diadakan serentak dengan belah lelaki sekali..Dayah tanyalah sepupu dayah yang kahwin ni, memang style orang Singapura kalau buat majlis memang sekali satu hari ke?? Dia cakap memang style disana kalau buat majlis kahwin either sekali belah lelaki perempuan dalam satu majlis atau dua majlis yang berasingan tapi dalam satu hari yang sama..So bagi orang Malaysia macam pelik je kan tapi sepupu dayah cakap kalau orang sana buat macam orang KL diorang pulak yang akan rasa pelik..Sebabnya diorang buat 2 majlis dalam satu hari sebab sepupu dayah cakap, Singapore mana ada besar sangat so tak ada masalah nak attend majlis yang satu lagi dalam satu hari..ooo!! begitu eh! okay2!! dayah tak pelik dah sekarang ni, tapi sedara yang tak pergi bila tengok gambar diorang yang pelik, tu lah siapa suruh tak pergi, kan dah tak dapat info..hehe!! 

ready nak berangkat ke rumah pengantin lelaki, kalau tak silap dayah dekat Jurong..

-memandangkan kami sekeluarga tidak berkereta makanya mama telah meminta bantuan abang kedua pengantin untuk membawa kami sekali anak beranak, kebetulan keretanya pun kosong so kami tolonglah penuhkan, kalau tak membazir je minyak kan kan :D..Baba tak ikut pun, yang pergi kami 3 beranak, kak leez dan family tapi diorang guna kereta sendirilah..-

bersanding belah lelaki pulak..

-tema untuk sebelah lelaki adalah biru dan budak-budak kompang ni transform sekali lagi menjadi budak dikir barat, oh!! tak lupa silat pun ada jugak-

Mana boleh datang sebelah lelaki tanpa menjamah apa-apa pun even though perut dah kenyang, hehe!! :

mula-mula ambik bubur dan air biru je..

ini kongsi bertiga eh! bukan dayah makan sorang..

-memang mula-mula cadang nak makan bubur je tapi makcik dan sepupu dayah yang sorang ni cakap rugi kau tak try nasinya, sedap! jadi dari tak nak terus termakan hasutan mereka untuk mencuba, hehe!! -

memandangkan mereka sibuk puji nasinya sedap-sedap so dayah hanya ambik nasi dan mee hoon sahaja..

fizah pilih nasi dan daging..Yeah! nasinya memang sedap sama sedap macam di rumah pengantin perempuan..

group dikir barat dah tukar baju, hehe!! oh! lupa dari rumah pengantin perempuan lagi tukang karut tu dah ada *betulkan yang bediri tu dipanggil tukang karut?? alaa!! kalau dia nyanyi yang ahli-ahli lain ni pun nyanyi balik dipanggil tukang karutkan??* Kelakar orangnya, habis dia mengarut tak padan tu berkaki tiga, hehe!! :D Sekali dengan-dengan pengantin dia ajak berdikir barat..

gambar kenangan sebelum pulang..

Sementara tunggu sepupu dayah datang fetch kami dayah sempat tapau kuih tart dan cookies yang sedap tu, yang lain sakan tapau lauk pauk tapi kami tak nak sebab nanti bila bawak balik rumah my cousin jangan harap itu semua bersentuh, wedding cake pun mama tapau sikit sampai kitaorang balik KL tak makan-makan..

Malam tu semua keletihan sebab sehari suntuk dekat majlis tu so we are not decided nak keluar makan mahupun makan angin, semua lepak dekat rumah je, tapi fizah dan dayah tak kan nak duduk je dalam rumah sedangkan shopping kompleks depan rumah je ni, lagipun dayah terasa macam tempat tu memanggil-manggil kami untuk datang kesana :p hehe!! so dengan keizinan mama kitaorang pun keluar malam jalan-jalan ke Tampines Mall :)

boleh tahan jugak ramai orang malam tu, so kami tak tau nak beli apa at last fizah nampak kedai jual popcorn ni masa tengah jalan-jalan dalam kedai Hershey's..Ramai betul yang beratur rupanya diorang tengah tunggu popcorn masak tapi since kami malas nak tunggu so we just grab je popcorn flavour cheese, agak boleh tahan jugaklah rasanya..

Okay! part untuk majlis perkahwinan dah settle, lepas ni dayah sambung part yang lain pulak ye! seriously dayah yang teruja nak cerita dengan u olls part yang seterusnya ni, ibarat nak pergi bercuti balik bila dayah bercerita nanti..

Baiklah dayah patut tidur sekarang ni sebabnya kalau sekarang ni dayah tak tidur-tidur lagi dikhuatiri mulut ni akan terus tak berhenti mengunyah makanan, baru je tadi 'membedal' nasi goreng buat sendiri menggunakan Pasti Sedap..hehe!! dayah gemuk! :P

p/s : hot chocolate peneman ku dimalam ini, kalau dulu kopi tapi almaklum sejak sejak beli hot chocolate ni, beranganlah kejap konon-konon duduk obersea.. hehe!! :D eh! okay!! entahlah tak relevant langsung..okay! bye!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...