6/01/2011

Percutian di Singapura Hari 1 - Part 2

Assalamualaikum dan Selamat pagi / petang semuaa.....


Sebelum memulakan part kedua percutian di Singapura, saja dayah nak kongsi tugasan sebagai "suri rumah sementara waktu" yang telah dayah jalankan semalam, hehe!! Memandangkan cuaca semalam adalah extra hot jadi ada baiknya untuk membasuh apa yang patut dan jemur di panas terik mentari itu..Semalam dayah ditugaskan untuk menyahkan kesemua habuk-habuk yang hinggap di meja-meja, kerusi, pasu, bunga, tangga, pinggan dan botol-botol..Sekarang ni rumahku bebas habuk tapi untuk seminggu ni jelah tengoklah minggu depan sang habuk-habuk tu mai balik..Rumah dayah ni memang jenis yang cepat berhabuk, kadang-kadang stress jugak tau sebab baru je lepas lap datang balik habuk-habuknya..


disebabkan cuaca yang agak terik semalam so hasil jemuran ni semua kering dalam masa yang sangat singkat..masuk rumah toleh belakang lalu berkata eh!! dah kering pun bunga ni.. :p

Baiklah sambung balik percutian di Singapura part 2..Lepas solat Zohor sepupu dayah ajak keluar pergi makan so dia tanya nak makan apa?? Memandangkan kita ni menumpang rumah orang jadi jawapan yang lebih baik adalah "tak kisahlah apa-apa pun boleh, kitaorang ikut je" Ingat eh!! kalau pergi rumah orang tak payahlah nak request lebih-lebih, ikut je tuan rumah nak bawa pergi mana, kalau nasib baik dapatlah ke tempat best-best, hehe!! :p

Memandangkan ketidakkisahan kami sekeluraga sepupu dayah pun bawaklah kami sekeluarga makan Yong Tau Fu..Seriously waktu ni dayah terasa mengantuknya dengan selesemanya lagi..Rasa macam nak je duduk rumah tidur malam nanti baru keluar tapi mana boleh tuan rumah dah ajak pergi makan kena ikut.. :p *cakap je kau lapar hidayah* So dalam keadaan mamai tu kami pun geraklah ke kedai yong tau fu, tak taulah nak bagi direction macam mana sebab masa dalam kereta tu sibuk berborak sambil berada di dalam alam khayalan *dahlah radio lagu lama-lama* :/ tapi apa yang boleh dikatakan yang yong tau fu dekat sini memang betul-betul ho liao *eh!! betul ke ni ejaannya* :p

ni nama kedainya, memang BAGUSSSSS!! rasanya..

Konsep kedai ini adalah layan diri..Okay!! waktu nak ambik makanan ni kan ada a bit confusion sikit maklumlah semua tengah mengatuk so kepala ni macam lebih ke arah untuk mendapatkan katil dan tidur jadi masa sampai je tiba-tiba my cousin suruh kami bertiga pergi pilih makanan, mula-mula macam HAA?? asal kitaorang pulak, pilihkan lah mana nak tau macam mana nak pilih semua..Baba pun siap haa!! pergilah ambik apa yang korang suka..So dalam keadaan macam asal kitaorang pulak kena pilih kan sepupu dayah tolong bagi instruction cara-cara nak ambik yong tau fu tu semua *gila gedik kan ini pun nak orang tunjukkan*..Yang kitaorang bertiga ni ingatkan satu mangkuk tu boleh ambik 6 keping je, dalam hati dayah cakaplah gila punya sikit lima orang nak makan 6 keping je..hehe!! oh!! lepas beberapa minit baru tersedar, dia macam ni..Minimum untuk seorang adalah 6 keping dan kalau nak lebih pun boleh, disebelah tepi tu ada disediakan mangkuk, ambik sorang satu mangkuknya lepas tu buat pilihan apa yang berkenan di hati kemudian hand-overkan mangkuk tadi ke salah seorang pekerja disitu and buat pilihan yong tau fu tadi nak flavour apa, menu ada tersedia so just make any choices of flavour je..

this is how it looks like..Menu yang besar sebelah kiri tu..

dekat sini pun ada jugak menunya..

dah bagi mangkuk tu tadi sila duduk dan tunggu sehingga makanan tiba..

satu oren satu lagi kalau tak silap mangga, ini sila ambik sendiri ye!!

ini dayah yang pilih, hot and spicy yong tau fu..Boleh tahan rasanya, taklah pedas sangat pun..

ini di order oleh fizah, ampang yong tau fu..I tell u olls ini adalah yang tersedap among yang sedap..highly recommended 

di order oleh mama dan baba, yong tau fu soup..Rasanya macam yong tau fu biasa tu..

-selang beberapa minit-

selesai, ohh!! yeah, sepupu dayah makan laksa dan ada satu lagi dish apa entah namanya tapi kalau tak silap itu sotong goreng tapi tak bentuk sotong, sorry tak tau apa tastenya sebab dayah tak makan..

Selepas perut kenyang sepupu dayah ajak ke salah satu tempat tumpuan pelancong di Singapura ni, kalau bulan 10 tahun lepas dapat lalu je tak sempat nak singgah disebabkan kekangan waktu tapi tahun ni sepupu dayah dah siap planning awal-awal lagi nak bawa kesini, ini yang buat kami sayang dengan sepupuku ini, hehe!! nak tau kemanakah kami?? 

tadaa!! Marina Bay Sands Singapore, kami akan ke Skypark nya..wehuu!! tapi sebelum tu nak sampai ke sini dari parking lot mak ai!! punyalah jauh berbatu..

banyak deretan kedai-kedai yang menjual branded stuff..

kedai makan pun banyak dekat sini..

seriously konsep shopping mall ni sangat cantik, pencahayaan yang semulajadi gitu, tak perlukan banyak-banyak lampu untuk terangkan tempat ni..

ini baru keluar dari parking lot, masih jauh lagi perjalanan..bersabar semua!!

sampai senget-senget fizah berjalan, ni baru permulaan..

teruskan lagi perjalanan..

bergambar dahulu sementara menunggu.....

kami nak keatas itu.....

sementara menunggu traffic light bertukar hijau..

-ingatkan lepas melintas ni dah lah sampai tapi rupanya belum lagi :/ -

kena lalu sini pulak, ini adalah bilik-bilik hotel di Marina Bay Sands Singapore..

kawasan lobby nya sangat besar dan cantik..


harap-harap sampailah hendaknya lepas ni..hehe!!

yeah!! akhirnya sampai jugak kita..wehuu!! bergambar dulu sebelum masuk..

kena turun pulak, bukan dekat atas ke tempatnya..adoi!!

oh!! lupa nak kena pergi beli tiket dulu..Tiket untuk ke skypark 20 sing dollar sekali masuk dan dibayar oleh sepupu dayah, kira ini dia yang belanja..hehe!! terima kasih sekali lagi :)

beriya-iya membaca macam tengah baca peta padahal iklan je pun..


-untuk ke skypark kita perlu menggunakan lift dan terus ke tingkat 57, woo!! tinggi tinggi, gayat okay!!- 

kita dah sampai atas..tengok tu!!

bergambar dulu sebelum memulakan tour sekitar skypark ni..

ini adalah salah satu viewnya..

disediakan teropong, siapa-siapa nak cari anak hilang bolehlah gunakannya.. :p

this is my favorite view..

dekat atas ni boleh lihat the whole Singapore..

ini lah dia sepupu dayah yang sungguh generous untuk belanja kami sekeluarga naik ke atas ni..


kedai menjual souvenir dibawah dan diatas tak pasti sama ada restaurant or cafe..

mereka menunggu kami petik beberapa keping gambar dengan berborak di tengah panas terik mentari..



jom kita keatas pulak..

ada apa je dekat atas ni kan??

kita akan ke.....

yeah!! pool side..Swimming pool ni sangat cool bila sambil mandi-mandi tu boleh cuci mata dengan view yang cantik ni..Pool ni hanya untuk guest hotel sahaja, kami datang cuci mata tengok orang mandi dan berjemur je..hehe!!

ada bar jugak, bolehlah sambil mandi-mandi tu minum-minum..


tak pastilah yang belakang tu buih disebabkan sabun atau memang airnya berbuih tapi area ni wangi je so dayah assume ini adalah air buih sabun.. :)


ala-ala dalam hutan gitu..

cuba mencari sesuatu..


mereka berborak, kami berdua bergambar..


nak jerit-jerit tengok diorang bestnya mandi tapi bayangkan dayah mandi pada waktu cuaca sebegini apa akan jadi pada warna kulit?? mulalah nanti nak cari garnier untuk memutihkan balik badan.. :p


-Dalam setengah jam ada jugak kami lepak dekat atas ni-


sempat lagi sebelum pulang..

dah jom balik..





nak balik kena lagi menempuh jalan yang jauh ni, kurus terasa bila sampai dekat kereta.. :p

buat pit stop dekat sini sekejap..




Selepas puas menikmati permandangan dekat skypark kami pun pulang ke rumah sebab malam nanti nak ke rumah pengantin pulak, bukan untuk menolong tapi kesana untuk menolong menghabiskan makanan ye!! hehe!!

Baiklah itu dayah sambung next entri, rasanya entri ni pun dah panjang sangat dan jam dah menunjukkan pukul 4 pagi, weh!! 4 pagi tidur berapa jam je sebab hari ni kena bangun awal..arghh!! okay!! bye semua..

Temu janji kita di next entri ye!! :D

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

4 comments:

Nurul Ashikin said...

wah! best kan? ckin dlu pun gi marina bay! best! ala2 naik menara. ^^

Hidayahsalleh said...

betul2!! pekak telinga sekejap..hehe!! tapi bestkan?? :)

Nobita Sensei said...

wow. bestnye.

Hidayahsalleh said...

hehe!! best sgt..tmpt harus melaat kalau ke s'pore.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...