Blogging bersambung dengan cerita kami di Singapura pulak, dah hampir sebulan pun kejadian ini berlaku baru terkedek-kedek nak update kan..Orang yang melangsungkan perkahwinan pun dah berpindah rumah cerita ni baru nak keluarkan, biasalah itu namanya orang rajin sign in blog tapi malas mengupdate..hehehe!!Sudah, tak payah panjang sangat mukadimah sebab cerita ni lagi panjang..
mama tengah berfikir dapat ke sampai KL Sentral tepat pada waktunya..
sentiasa gembira walau apa pun terjadi.. :)
Memandangkan tak ada satu pun teksi yang baik hati untuk berhenti malam tu so baba decided untuk ambik kereta dan hantar kami dua beradik pergi KL Sentral dan lepas tu baba and mama naik teksi, mungkin kali ni teksi nak ambik memandangkan tak ada beg beg besar yang dibawakan..Memandangkan waktu tu jam dah pukul 9:00 so speed baba bawak untuk hantar kami ke KL Sentral tu kalau dikira boleh kena saman okay!! dalam bandar bawa laju.. :D Sampai je KL Sentral dayah, fizah and baba keluarkan beg macam nak tertinggal keretapi dah padahal still ada masa cuma waktu macam ni lah baru nak menghargai masa itu emas..Baba dalam pada kelam kabut tu sampai nak naik kereta boleh dia duduk bahagian passenger nasib baik tak ada yang nampak..
turun je kereta kedai ni yang kami cari dulu untuk beli air dengan alasan dahaga tahan teksi tadi.. :)
menunggu mama dan baba di depan gurdian..
Kebetulan waktu mama and baba nak keluar ke KL Sentral jiran sebelah rumah dayah tu pun nak keluar pergi makan so dengan baik hatinya mereka tolong hantarkan baba and mama terus ke KL Sentral..Alhamdulillah tak payahlah diorang tunggu teksi lagi, kalau tunggu jugak ada yang berdua je pergi Singapura nanti.. :p Tepat pukul 10:00 malam mereka berdua sampai dan kami terus ke Mc'Donalds untuk makan malam..Kebanyakkan kedai waktu ni dah tutup yang tinggal Mc'D je..Bolehlah asalkan perut kenyang..
Kami biarkan baba je yang makan sebab kami bertiga nak buat bekalan dalam keretapi nanti.. :)
curi fries baba..
online!! macam biasa update status, katakan bye KL..hehehe!! :p
Calling time untuk boarding..Ada lagi 15 minit sebelum boarding, dalam masa itu kita penuhkan beg dengan jajan *beli chocolate 3 jenis untuk makan dalam train nanti, tapi tak sentuh pun, sedekahkan je dekat sepupu di Singapura* dan juga ke toilet untuk mengelakkan menggunakan toilet di dalam train nanti.. :p
sebulan sebelum pergi dah beli so simpan rapi-rapi dalam beg passport..
-sementara menunggu ketibaan keretapi yang bakal membawa kami ke Singapura, hehe!!-
sambil berjalan mengambil gambar inilah hasilnya..
sekarang ni third class coach ke Singapura dah tak ada, tinggal second class, first class dan cabin..
Sepanjang perjalanan dayah rasa satu jam je kot yang dayah sempat tidur sebab tak selesa sungguh dahlah dengan bunyi enjinnya yang kuat, lampu tak di dim kan..
jadi kita minum dan makan..
dan kita dengar lagu sampai battery handphone tinggal 20% means dah tinggal satu bar je lah eh!!.. :)
Hampir-hampir dekat nak sampai Johor Bahru pekerja yang incharge untuk jual makanan and bagi makanan untuk first class coach bagi kitaorang semua dengan buah apple sejuk, menggigil ketap gigi makan buah epal sejuk dalam aircond yang sejuk..Oh!! yeah!! satu yang dayah puji malam tu aircond adalah sangat sejuk sampai selesama dayah dibuatnya sepanjang dekat Singapura..Siap dapat 2 bekas, hehehe!!
Keretapi berhenti untuk pemeriksaan imigresen di JB Sentral, first time dapat tengok JB Sentral, teruja jap lah tapi ini belum siap sepenuhnya lagi pun so dapatlah tengok-tengok sikit..
-agak lama jugaklah berhenti dekat sini, kitaorang sempat petik few pictures sampai kena tegur dengan abang polis, bukan dia marah tapi kami ambik gambar ala-ala takut nak keluar keretapi..Dia cakap keluar je dekat sini berhenti lama, kalau tertinggal pun saya boleh hantarkan..Amboiii!! hahaha!!-
berani sikit-sikit keluar selepas mendengar apa yang abang polis tu cakap..Ini muka pukul 6 pagi..
123 sedia dayah nak lompat keretapi ni!! agak-agak ada hero tolong selamatkan tak??
jejaka disana tengah membuat senaman regangan..
yang nak masuk ke Singapura tak ramai pun..
sedang mengisi embarkation form..
ready..
Berhenti di Woodlands checkpoint untuk imigresen Singapura pulak..Memandangkan tak ramai sangat penumpang so cepat je kami tersadai di checkpoint ni..
lepas imigresen checked kita boleh pilih mana sahaja coach yang paling hampir untuk naik so tak payah susah payah nak cari jugak coach yang kita naik sebelum tu.. :)
waktu sampai di Tanjung Pagar..
kenangan terakhir turun di Tanjung Pagar sebab lepas 1 June dah tak ada lagi keretapi berhenti disini..Dari mama kecil sampailah dah beranak 2 dapat jugak merasa gunakan Tanjung Pagar ni, mama cakap banyak sangat memori dekat sini..
alang-alang dah last turun sini kan, rel pun kena petik gambar..
okay!! ini last.. :p
Masa di Woodlands checkpoint baba dah telefon sepupu dayah cakap mungkin lagi setengah jam kami sampai rupanya dia dari pukul 7 dah tunggu dekat Tanjung Pagar, siap dah breakfast bagai..Mula-mula cadang nak naik teksi dari Tanjung Pagar ke rumah sepupu dayah ni tapi dia insist nak jugak ambik kami so takpelah lagi best kan hehehe!! taklah kebetulan waktu tu dia tak sibuk dan tak ada hal apa-apa tu yang beriya dia nak ambik kami.. :)
-sebelum breakfast refresh-kan dulu diri dengan gosok gigi dan cuci muka-
taraaa!! fresh tak nampak??
fresh-kan muka kami-kami ni..
okay!! time for breakfast..meehoon siam, setiap kali kalau singgah sini mesti menu ni yang dayah pilih, sedap tau!!
Agak lama jugaklah kami duduk dekat Tanjung Pagar ni sebelum sepupu dayah ni bawa ke rumahnya di Tampines..Kali ni kami pergi tidur rumah my cousin lagi sekali, dulu masa tahun lepas pergi pun tinggal disini jugak..Dan ini mungkin kali yang terakhir menumpang sebabnya tuan rumah dah kena transfer ke KL pun..haish!! kenapalah pindah disini, stay je lah dekat sana..hehehe!!
hujan sambut kedatangan kami disana.. :)
disajikan juga dengan permandangan ini..hehehe!!
menuju ke Tampines, ini dia tourist guide kami, eh!! bukan yang belah kiri tu, yang kanan tu, yang kiri tu orang Singapura jugak tapi dia tau jalan di Malaysia je.. :p
Sampai je di rumah sepupu dayah kami terus refresh-kan diri masing-masing..Lepas solat zohor kami dibawa keluar oleh tourist guide kami ke...okay!! suprise, next entri okay!! dayah pun tau u olls mesti agak nak muntah tengok gambar yang agak banyak jugak ni kan..Dah-dah pergi tidur/ sambung buat kerja/ sambung basuh pinggan/ sambung masak balik..
No comments:
Post a Comment