6/30/2011

Fridge Magnet dari USS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Cerita tentang percutian ke Singapura dah pun settle sekarang ni yang belum settle adalah cerita fridge magnet yang dayah sempat cekup sebelum pulang KL..Semua fridge magnet dayah beli di USS sebab dekat sana banyak choices, rambang mata okay! kalau ikutkan nafsu ni dayah rasa mau duit Singapore habis beli souvenir je nak-nak fridge magnet, hehe!! tapi nasib baik duit mama yang jaga so tak adalah chance sangat nak habiskan beli souvenir je.. :p 


hahaha!! bunyi macam banyak je souvenir yang dayah beli padahal ini je kot, satu beli dekat Fairy Godmother's Potion Shop, keluar je daripada Shrek 4D-Adventure u olls dah berada dalam kedai merchandise ni and yang lagi 2 tu dayah beli di Universal Studio Store..

harga fridge magnet ni semua murah je tapi cuba convert-kan ke RM mau baba tak kasi beli sampai 3.. :)

Dayah ada satu kerja yang dayah tak buat-buat lagi iaitu menghadiahkan satu souvenir ke follower dayah yang ke-100 tu, hehe!! jangan risau dayah tak lupa ada souvenirnya cuma tak kesempatan nak pos kan je lagi, insyaallah esok atau lusa dayah poskan eh!! maaflah kalau tunggu lama sangat.. :D

tengok ni lah yang dayah belikan untuk my 100 follower tu, maaflah kalau hadiahnya kecil je eh! Dayah pilih Best Actress sebab follower dayah tu kan perempuan tak akan nak belikan Best Actor pulak.. :p

Okay! tu jelah cerita yang ingin dayah sampaikan untuk malam ni..Terasa malas ni nak taip panjang panjang sebab apa tau sebabkan dayah excited teruja bila dapat buatkan gambar dalam blog ni besar daripada yang sebelum ni..hehe!! *kesian* 

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6/29/2011

~Wordless Wednesday~ - Pertama kali menjejakan kaki di bumi Australia

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....



Cottesloe Beach Perth, Australia




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

" Jangan kau tipu aku ! "

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa....





Malam yang memboringkan so dayah terasa ingin join segmen abang ben lah..Kepada yang belum join tu silalah KESINI untuk join sama.. :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6/27/2011

Mari Karaoke : If ever your in my arms again - Peabo Bryson

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Malam ni dayah tengah mengalami tahap ke-boringan yang amat dasyat ditambah dengan stress yang terlampau untuk hari ni, jadi apa kata untuk hilangkan kesemua ini marilah temankan dayah karaoke di dalam rumah..


Lagu pilihan malam ni ialah 'if ever your arms again'..Alamak u olls tak rasa ke lagu ni macam sedih?? Takpe takpe kita layankan jugak..Sebenarnya lagu ni dah melekat dalam kepala dayah ni sejak last week lagi, habis battery handphone fizah, mana taknya sebelum tidur sampailah pagi dayah belasah dengar lagu ni..Maaflah fizah kalau lepas ni handphone kau hanya bertahan untuk beberapa jam je eh! instead of beberapa hari :D


Mempersembahkan......!!




LYRIC :
It all came so easy, all the loving you gave me
The feelings we shared, and I still can remember
How your touch was so tender, it told me you cared
We had a once in a lifetime
But I just couldn't see, until it was gone
A second once in a lifetime, may be too much to ask
But I swear from now on
Chorus:
If ever you're in my arms again
This time I'll love you much better
If ever you're in my arms again
This time I'll hold you forever
This time will never end
Now I'm seeing clearly
How I still need you near me
I still love you so
There's something between us
That won't ever leave us
There's no letting go
We had a once in a lifetime
But I just didn't know it
Till my life fell apart
A second once in a lifetime
Isn't too much to ask
'Cause I swear from the heart
Chorus
The best of romances,
deserve second chances
I'll get to you somehow
'Cause I promise now



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6/25/2011

Maharajalawak 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


*terima kasih google untuk gambar ni* tengok muka diorang ni je pun dah boleh tergelak..




Timeline di twitter semua sibuk bercerita pasal Maharajalawak..Ucapan tahniah bertalu-talu pemenang terima, mesti tangan Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil lenguh nak reply one by one punya tweet kan..Itu belum lagi yang ucap tahniah melalui blog masing-masing, juling mata nak baca satu-satu blog.. :D


Tahniah kepada Sepah sebab menjadi juara pertama Maharajalawak, they deserved it, memang layak pun sebab bagi dayah setiap minggu tak bosan dengan lawak yang diorang sajikan..Tak heranlah kalau diorang ni digelarkan budak kampung sebab lawak diorang semua mesti ada selit-selit gaya orang kampung..Itulah advantage yang ada pada Sepah..Impian Shuib nak jumpa Dafi baik punya tercapai jugakkan tadi..hehe!!


Jozan pun tak kurang jugak kelakarnya, dayah paling suka yang Johan jadi mak jemah tu, kelakar giler baru tengok ulangan dekat Youtube semalam..Berdekah-dekah ketawa sorang-sorang, nasib baik semua dah tidur..hehe!!


Nabil as usual lawak dia tak mengecewakan jugak, paling suka episod yang dia jadi pengurut kaki tu..Memang sleng pengurut kaki macam tu ke haa??..hahaha!! nabil lepas ni silalah ubah kerjaya jadi pengubah lirik untuk Bruno Mars versi melayu.. :p


Jambu, "bang,nak tuju lagu boleh??" "apa pun tak boleh, apa pun tak boleh" hahaha!! dialog yang memang melekat dekat telinga semua orang..Dayah rasa tadi jambu paling kelakar masa pusingan yang kedua tu, pandai pilih lagu kan..


Overall, Maharajalawak yang final ni memang bestlah..Ini barulah dinamakan pelawak.. :D 


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6/24/2011

Marilah makan bersama di Old Town

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Hari ni mama masak nasi ayam, ohh!! sungguh nyum nyum! naik lagi berat badan untuk hari ni, dah lah tambah sampai dua kali ish ish!! tak nak jumpa kawan-kawan dalam masa terdekat ni EH! nak jumpa siapa ni?? tak tak, tak jumpa sesiapa pun acah je!  :p


Ni dayah nak bercerita tentang makanan jugak, sebenarnya kejadian ni dah berlaku sebulan yang lepas..Okay! tau banyak semua cerita dah lama-lama kan, habis tu nak buat macam mana agak kelembapan sikit nak update blog lately ni..Tapi macam dah dapat hidayah baru je malam tadi so lepas ni berazam untuk mengupdate lebih kerap dan cerita-cerita yang fresh from oven, hehe!!


Sebulan yang lepas baba busy tolong carikan sepupu dayah yang daripada Singapura tu apartment untuk dia sewa for 2 years so baba busy busy kami pun buat-buat busy ikut mana baba pergi, hehe!! kata hidup bekeluarga haruslah ikut mana mak ayahnya pergi tak gitu.. :) Sekali pandang baba sebulan yang lepas dah macam agen cari rumah pun ada jugak :) sibuk call sana call sini, sibuk surf internet tengok rumah..At last dapat jugak kami rumah yang dicari-cari mengikut ketepatan budget sepupu dayah tu..Alhamdulillah


Pada hari kejadian pagi-pagi kami dah bangun sebab semuanya kelaparan nak breakfast, malas nak pergi jauh-jauh so kami decided breakfast dekat area Tesco Ampang..Terjumpa dengan Hailam Kopitiam..Bolehlaah!


dari kiri : honey lemon tea *entahlah betul kot nama air ni*, white coffee ice, kopi panas dalam gelas *main belasah je nama air ni tapi ini memang kopi* dan milo dinasour..tekalah sendiri mana dayah punya.. :D

fizah punya makanan untuk breakfast, dia mana boleh order roti je, mesti nak lagi besar punya pinggan dari kami semua..

tuna sandwich dayah punya, seriously buat sendiri lagi sedap, ni rasanya FAIL lah ada ke patut pergi letak cili sos dalamnya kan dah pelik rasanya..ish!

ini makanan emak saya punya, rasanya sama je kalau masak sendiri dekat rumah..okay! sedap-sedap yang ni, tau ku order yang ni daripada yang tuna tu..nyesal!

club sandwich di order oleh baba, ini pun FAIL sebab ada sos cili tu dalamnya..

wedges diorder oleh baba jugak, secara totalnya baba order sekali 2 dish..

Lepas breakfast dayah tak ingat kami pergi mana, hehe!! almaklum ini kan cerita sebulan yang lepas..Tapi yang dayah ingat malam baba ada temu janji dengan agen rumah tu di Axis Atrium..Kejap je pun jumpa agen tu sebab nak bagi deposit lepas tu kami bersurai, baba nak belanja makan dekat Old Town, tak seharusnya kami menolak, bak kata orang-orang tua tak baik tolak rezeki kan, hehe!! 


marilah kita cari mencari dalam menu ni apa yang best untuk dimakan..

atas kesedaran semuanya kami sepakat order air kosong bersama-sama..

nama-nama menu yang kami order..Senangkan kalau macam ni tak adalah asyik tulis nama menu ni lupalah, tak ingatlah..

*rujuk nama dish ni diatas* okay! ini diorder oleh mama dan baba, Curry Chicken Rice..

*rujuk lagi nama menu ni* Tom Yam Noodles, ini dayah yang punya..Seriously masam giler tom yam nya, nak hirup kuah tu sampai habis pun tak tertahan masamnya..

jemput makan bersama-sama..

- Memandangkan fizah punya makanan sampai agak lambat so sambil kami makan sambil tu mintak dia petik kan beberapa keping gambar-ikut-suka-dia -




kesian kena ambik gambar sendiri kan..

*rujuk lagi nama menu ni* Fried Dumpling dan Mini Spring Roll, ini side order satu bakul untuk mama dan baba sau bakul lagi untuk kami berdua.. :)

nampak ni dayah guna chopstick okay! seriously dayah tak reti sangat pun nak guna benda alah ni so ni time tengah saja-saja gatal tangan nak mencuba..Tengah-tengah makan tak taulah ada cina ni dok pandang je, dia pandang dayah ke dia pandang orang belakang, tak berapa nak pasti tapi asal pandang mesti dia senyum-senyum..Taulah orang tak reti nak guna tak payahlah nak senyum-senyum *merah pipi okay!* 

makanan fizah dah sampai..

*rujuk menu diatas* Steam Mushroom Chicken Rice, boleh tahan sedapnya, baru tau Old Town ada menu baru, hehe!! nampak sangat dah lama tak melepak dekat sini..


tengok ramai yang tengah online tapi bila cari line wifi tak ada pulak, takpelah kita sms orang je lah..

selesai..

marilah kita balik..

Ini dayah ingat balik je dari makan terus kami balik rumah sebab semua dah kekenyangan nak ajak jalan-jalan KL pun dah tak terlarat, tapi sebelum balik tu dayah singgah beli air bubble tea dulu, hehe!! itulah sebabnya order air kosong je tadi.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Percutian di Singapura Hari 3 & 4 - Part 9

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Semalam dayah nak update blog tapi entah apa kena dengan ini blogspot tak boleh nak upload gambar, mula-mula ingatkan masalah gambar atau account dayah, sekali bila baca blog rakan-rakan yang lain diorang pun mengalami masalah yang sama so bukanlah salah laku diri sendiri hingga tak boleh nak upload gambar.. :) sebabnya semalam dayah telah mencuba untuk upload gambar menggunakan size yang besar sebabnya dayah teringin nak tengok gambar dalam blog dayah ni besar tak adalah kecil macam sekarang ni, faham tak?? so ingatkan dengan tidak mengecilkan size gambar tu daripada MB ke KB dapatlah tengok gambar besar bila buka blog nanti sekali nan adoo!! mana taknya orang edit guna HTML tu dayah ingatkan main suka-suka letak gambar size besar so nanti terkeluar gambar di blog tu besar, hahaha!! ilmu tentang blogspot ni masih cetek lagi nampaknya..Tapi tadi dayah try pun still tak cantik gambarnya..Macam mana ni?? haishh! kena tambah ilmu di dada macam ni..


Sambungan daripada cerita kita yang tergendala tu, okay!! dayah janji ini adalah part yang terakhir, kalau tak silalah u olls jangan baca lagi blog ni......EH!! jangan macam tu, acah je tu kot!! tak akan u olls nak tinggalkan dayah terkontang kanting menaip/meng-upadate blog ni sorang-sorang tanpa dibaca oleh kalian semua :D


Lepas solat Isyak, sepupu dayah ajak keluar rumah untuk jalan-jalan cari makan..Apa yang dayah perhatikan sepupu dayah ni taklah orang yang pemakan sangat *ini adalah hasil pemerhatian terperinci setelah beberapa kali berjumpa dengan dia* hehe!! so malam tu mungkin untuk membawa sepupu dan makcik pakcik dia yang kaki makan ni terpaksalah dia pun jadi orang kuat makan konon konon..


Kalau pergi Singapura ni kan memang tak sah kalau tak pergi makan Sup Tulang, tanyalah semua sepupu dayah yang turun Singapura bulan lepas tu semua ambil kesempatan makan sup tulang ni tau, ada yang sanggup skip kan waktu shopping semata-mata nak makan sup tulang ni, jangan main-main tu.. :p So tempat yang best untuk menikmati sup tulang yang sedap adalah di Beach Road, kalau tak silap dayah tempat-tempat lain pun ada jugak jual sup tulang ni tapi rasanya Beach Road punya lagi umpphh!! kot sebab recommended by orang Singapura tak akan tak sedap kot kan.. :)


panas lagi ni haa!! fresh from periuk

- dayah nak bagi tau nama kedai pun dayah tak tau sebab sampai-sampai je terus duduk tunggu sepupu dayah orderkan, tau-tau sampai je sup tulang ni..Sedap dimakan bersama roti perancis.. -

nasi goreng merah, ni kalau tak order mau fizah tak lena tidur malam..Tapi ini didatangkan dari gerai yang lain sebab gerai yang sama sudah kehabisan stok, sampai ke hujung dayah carikan okay!! *menunjukkan sifat kakak yang baik* :p

selesai kesemuanya..sepupu dayah cakap cukup ke?? nak order lagi?? haaa??!! perut dah seketat-ketatnya ni, cukuplah jangan tamak sangat..Gambar ni pun sebenarnya dayah segan nak ambik tapi dia yang suruh sebab nanti boleh tulis sebelum dan selepas..hee?!!

Harap maaflah gambar pemakannya tak dapat nak ambik, tangan tengah kemerahan lagi pun nak menikmati setiap gigitan yang dilakukan, spoil lah kalau masa tu nak bergambar jugak.. :D

Lepas je makan ingatkan terus balik tapi sepupu dayah singgah nak beli karipap pulak sebab nak bagi bekalan kami bawa balik KL nanti *dia tau baba adalah hantu karipap Singapura ni, baba boleh kot habiskan satu kotak tu sorang-sorang* tapi sayang kedainya dah tutup so instead of belikan karipap dia belikan murtabak untuk breakfast keesokkan harinya, bukan untuk bawa balik KL eh!

the famous restoran dekat Singapura ni yang jual murtabak sedap..Gila kejamkan kami sekeluarga, dahlah orang tu belanja, orang tu jugak yang tolong belikan, kami macam big bosses duduk dalam kereta tunggu je, hahaha!! tapi dengan rasa kesedaran dayah mintak baba tolong temankan sepupu dayah dalam kedai tu kejap.. :)

Dah singgah beli karipap ingatkan terus balik, sekali lagi ditipu..Kali ni sepupu dayah bawa pusing-pusing area airport, taulah kami ni pantang tengok kapal terbang tapi tak payahlah nak perli-perli kan, bawa jelah balik terus ni tak dia bawa kereta slow sambil tengok lapangan terbang Changi sambil berborak-borak dalam kereta..Lepas tu siap berhenti dekat area tepi laut berdekatan dengan airport..Motif berhenti dekat sini tak dapat diketahui pada mulanya..

dahlah gelap gulita, laut bendanya nak nampak..

gelapkan??

diorang berdua dah laju kedepan, ahh!! tak kira nk bergambar jugak..

nak jugak!

cuba bagi tau macam nak tengok laut kalau macam ni?? 

mengikut apa yang sepupu dayah cerita kawasan ni menjadi tempat untuk budak-budak yang homeless, diorang buat khemah dekat area depan laut then tumpang mandi semua dekat public toilet yang ada disediakan..best jugak tengok diorang ni tau..hehe!!

pergi dekat tebing untuk petik gambar ni..Ambik udara laut diwaktu malam, mmmm!! nyaman!

Sekali bila tau, oh! rupanya kan rumah sepupu dayah tu dekat je dengan Changi Airport ni, so dah alang-alang lalu tepi pantai ni tu yang dia ajak singgah jap, ambik udara malam di tepi pantai sambil bersiar-siar kami berlima, sebabnya esokkan kami dah nak pulang KL dah, konon-konon tak nak berpisahlah sebab best 4 hari bersama :p Nasib tak berkelah sekali malam tu, dahlah dalam kereta ada murtabak dengan air mineral.. :D

Balik je semua terus tertidur mati sampailah esok paginya, mau tak semua tidur mati siangnya penat kot berjalan-jalan di USS, the whole day busy.. :) Pagi-pagi bangun sarapan murtabak yang dibeli semalam..

borak-borak dengan fizah tak perasan kami makan murtabak ni sampai licin..hehe!!

Keretapi kami bertolak jam 2 petang so kami ingatkan pagi tu ambil teksi terus ke Tanjung Pagar since my cousin kerja on that day tapi sepupu dayah cakap tak payah tunggu dia balik office jap nanti dia hantarkan..Tak taulah asallah dia ni baik sangat nak berhantar semua, dahlah sepanjang dekat Singapore ni dia yang belanja kami sekeluarga..So kami pun bersiap awal-awal sebab dia kata dalam pukul 10:30 waktu tempatan dia akan sampai..

Sekali lagi ditipu, kami ingatkan dia terus hantar ke Tanjung Pagar, iyalah orang tu kan tengah berkerja tak akan dia nak lama-lama kan hantar kami tapi rupanya dia bawa pergi Geylang sebab nak belikan karipap yang semalamnya tak dapat beli tu. Ya allah baiknya sungguh kau ni tau..Bukan setakat karipap, dia belikan roti perancis, makanan untuk bekalan dalam keretapi nanti, kuih dan nasib baik air kami dah siap-siap bayar kalau tak mahu tu pun dia bayarkan..

ikutkan je mana dia nak bawak..

tengok dengan baju-baju kerja..ni semua sepupu dayah ni yang bayarkan tau..

Habis membeli-belah di Geylang sepupu dayah terus hantar kami ke Tanjung Pagar..Dia dapat hantar sampai parking je, itu pun dah kira okay! Selepas salam bersalaman dan ucapan terima kasih banyak-banyak kami pun bersurai..Byeeee!! cik pie :D 

Kami singgah makan kejap, sekali tengah-tengah makan terjumpa pulak pakcik dayah merangkap ayah kepada pengantin perempuan..Kebetulan uncle dayah tu nak pergi Masjid so dia singgah kejap dekat Tanjung Pagar, sajalah tu nak say bye bye dekat kitaorang kan..Sayang wakleng..

bye bye Singapura, bye bye Tanjung Pagar..Lepas ni dah tak ada berhenti dekat sini lagi..*mood sedih*

- Malam tu kami sampai agak lewat sikit sebabnya keretapi banyak kali delay, dah dekat nak sampai pun dia delay atas rel beberapa jam..-

Mula-mula baba decided nak pergi ambil kereta lepas tu ambik kami dengan beg-beg yang ada tu tapi since dah lewat sangat so kami decided naik 2 teksi..Bagus tau, dayah dengan baba dapat teksi yang peramah giler apek tu dan mama dengan fizah dapat teksi yang senyap sepanjang pemanduan..

Ini ada satu peristiwa tentang beg makanan yang dibekalkan oleh sepupu dayah tu, alaa!! makanan yang kami shopping paginya tu dekat Geylang tu..Dayah ni penuh excitedlah sampai je rumah terus turun teksi sambil cakap dengan baba sekali imbas je tolong ambil kan beg makanan tu, baba pulak tak dengar apa yang dayah cakap, dia dok sibuk punggah segala luggage yang ada dalam bonet dua-dua teksi so nak dijadikan cerita selepas beberapa minit masuk rumah mama tanya "nor beg makanan mana??" dayah pun panik sebab eh!! mana pulak beg kuning ni, sekali kau teringat ada dalam teksi, adoii!! tunggu dekat 1 jam jugaklah manalah tau teksi tu patah balik ke kan, tapi nan adoo! mama dah marah-marah ni cakap sayanglah rezeki tu, habislah kalau passenger lain naik mesti diorang bawa lari, tak mungkin orang teksi tu nak patah balik, habis semua negative thinking terkeluar..Habis tu baba decided utuk pergi balik dekat area KL Sentral mana tau dia ada dekat situ, so dayah dengan baba pergi berdua sementara mama tunggu dekat rumah sebab mana tau apek tu patah balik ke kan, dalam kereta dayah punya berdoa tuhan je yang tau sebab ni consider my fault jugak kan keluar teksi melulu je macam tu..Sekali sampai je KL Sentral nampak apek tu terus terjah dia tanya pasal beg tu, dan nasib baik jugaklah ada lagi sebab dia tak ambil passenger malam tu, dia memang lepak dekat KL Sentral je, Alhamdulillah! 

Siap kena tegur dengan kawan apek tu, "awak cam eh! dia??" mana tak cam muka apek tu dahlah macam pelakon cina lepas tu rambut semua color putih, memang senang untuk detect lah, hehe!! 

Itulah orang kata kalau itu masih lagi rezeki kita macam mana pun ianya tetap kita punya kan, sama jugak macam jodoh EH! apa kena mengena ni..hahaha!!

inilah dia 2 begnya tu..Kalau tak kenyang apek tu makan karipap, roti perancis, nasi briyani pun ada okay!



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6/21/2011

Percutian di Singapura Hari 3 - Part 8

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Cerita yang punyalah panjang sampai berpart part dibuatnya, padahal cuti ke Singapore hari tu pun just for 4 days je, dah macam pergi sana 4 minggu :) Baiklah sambungan daripada entri yang lepas, memandangkan kami dah terlepas nak ke Waterworld masa masih lagi berada dalam area The Lost World so lepas tengok movie 4D kami terus ke Waterworld tapi sebelum tu kita ke sini dulu :


ini adalah area mahu ke tandas, memanglah tengah syok bejalan-jalan di USS ni tapi jangan lupa untuk ke tandas jugak, kang ada yang kena batu karang.. :p

memandangkan kita di area budak-budak so stall yang ada dekat area ni pun attractive sungguh, cukup untuk membuatkan mak ayah pening bila anak tarik-tarik tangan nak suruh belikan apa yang dijual.. :)

kalau tak silap dayah kan yang belakang tu ada jual ice cream cone, sebab setiap yang beratur balik je mesti pegang satu cone ice cream..



baiklah kita masuk balik eh!! tadi dah terlepas..

- kalau u olls nak tengok show di Waterworld ni make sure u olls tengok waktu-waktu ditayangkan jangan main redah je eh! masuk, so kebetulan masa kami patah balik ni lagi few minutes show nak start, kalau tak ada yang balik dari USS ni lambat sebab nak tunggu for the next show..


sedang beratur menunggu masa untuk pintu dibuka..

this is live stunt show, best hokey!





memandangkan baju hujan yang dibeli masa di Jurassic Park masih boleh di recycle kan *even sekarang ni pun masih elok lagi dan tersimpan rapi di bilik* so kami bercadang untuk duduk di area splash which is paling bawah sekali..

mula-mula pilih atas sikit lepas tu selepas berbincang-bincang dengan fizah dan memandangkan kami belum mandi petang lagi so apa kata kita duduk di bawah so kalau ter-splash air nampaklah macam mandi sikit kan.. :p

Sebelum show start ahli stunt man ni semua berborak-boraklah dengan semua pengunjung sambil dia splashkan air dekat kami-kami semua..Sebenarnya orang yang duduk dekat atas paling teruk kena simbah dengan diorang ni, siap dia jirus satu baldi atas kepala orang, hahaha!! So memandangkan kami dua beradik berbaju hujan so dia agak marah habis belakang dayah di attack dengan pistol air, hahaha!! tak basah pun.. :p Show ni pun antara yang paling best, stunt stunt yang ditunjukkan fuhyoo!! best giler *dahlah hero dia handsome*  so masa show ni berlangsung sesiapa yang duduk bahagian splash memang teruk jugaklah kena air so be ready guys kalau nak ke sini ye!! :) 

tengok tahap kebasahan di baju fizah, ini nasib baik ada baju hujan kalau tak lenjun jadinya, balik tak payah mandi dah.. :p

ini antara stuntman yang beraksi, homaigod!! dayah paling suka yang mencekik dayah tu, hot nak mamps bila dia beraksi, tengok je otot tangan dia, sekali lagi HOMAIGOD!!

haa!! part ni yang sangat frust sebab lagi beberapa orang je tinggal untuk bergambar dengan hero dan heroin nya sekali orangnya cakap sorry diorang nak kena bersiap for another show, so melepas tau nak bergambar dengan heronya yang homaigod!! jugak hotnya, nak-nak masa dia bawa jet ski..*pengsan* 

it's a wrap, eceh eceh!! macam buat filem je.. bye bye handsome handsome..

Baiklah mari kita teruskan lagi perjalanan ke bahagian lain pulak :

ini masih di bahagian Far Far Away..

masa ni shrek baru je keluar, melepas nak bergambar bersama..tsk tsk!!


Bila belek-belek brochure kami perasan ada satu lagi ride dekat area Far Far Away ni..Nampak ala-ala kebudak-budakkan tapi ride ni boleh tahan jugak lajunya cuma tak lah extreme sangat..

beratur untuk menaiki ride Enchanted Airways, *felling macam nak naik kapal terbang* :p

satu-satunya ride yang memerlukan kita membeli tiket..

laa!! mati kemabukkan pulak si penjaga kaunter ni, hehe!! :p

check jadual untuk departure..

ride ni pun dayah jerit jugak padahal taklah teruk sangat extremenya..hehe!! 

Kalau sebelum ni agak aksyen cakap tak nak makan, kalau pergi makan rugi masa terbuang sekali bila dah agak petang baru tau semua kebulur nak makan, hehe!! lagi pun tinggal few area je nak cover lagi so kami decided untuk singgah makan disini :

Restaurant ni bahagian Madagascar..

tak ada orang pun masa kami masuk ni, so tak payah bersesak-sesak untuk memilih apa yang ingin di order..

tak silap ini roasted chicken, sedap gilor okay!! makanan ni dayah kongsi dengan fizah..

popia dan spring roll, baba dan mama kongsi bersama..Okay!! nampak tak disini yang kelaparan bagai nak rak adalah anak-anak mereka ye!! :p mama dengan baba simpan perut untuk malam nanti..


kalau saja dulang ni dijual dayah beli kot buat alas minuman di rumah kalau tetamu datang..hehe!!


selesai!

masa untuk ke kedai merchandise..

masuk untuk mencuci mata..

dan jugak bergambar..

Di bahagian Madagascar ni ada 2 attraction yang satunya coming soon tapi tak taulah kalau sekarang ni dah open for public dan satu lagi dayah tak sure sangat ridenya, mungkin more to budak-budak kot..


- WE MOVE IT MOVE IT, WE MOVE IT MOVE IT *semangat lagu MOVE IT MOVE IT* -

kalau nak bergambar dengan characters Madagascar bolehlah kesana tu tapi dayah malas so kita petik dari jauh je sudah..

Baiklah habis dah round kesemua attraction yang ada di USS ni, itu pun dayah rasa ada lagi yang tak lengkap tapi takpelah asalkan puas hati dapat jejak ke sini, best gilor! 


kembali ke pangkal jalan setelah penat membuat pusingan..

muka pun dah keletihan..

ini adalah cinamon stick dibeli di kereta hijau yang mama dan baba bergambar tu, seriously kalau u oll kesana cubalah ini sedap gilor, lembut rasa manis plus rasa cinamon..perghh!! ada sesiapa nak ke USS?? nak kirim.. :)

muka masing-masing dah comot..


Sebelum balik kami singgah di beberapa kedai souvenir untuk membeli apa yang patut *alaa!! beli fridge magnet je pun* hehe!!  


masuk-masuk je macam-macam candy dan chocolate ada dijual, ingat ye! ni bukan Langkawi.. :p



lepas kedai jual candy tu masuk dalam sikit haa!! jumpalah kedai ini..Dah macam dekat Hollywood rasanya..

tibalah kita ke acara academy award dan pemenangnyaaaaa...*drum roll*

Hidayahsalleh for the best sister.. *wink*


muka comot masing-masing di dalam cermin!

dah macam dekat Hollywood betul-betul rasanya, takpe feeling feeling sikit..

kitaorang ke Universal Studio Store pulak..



kitaorang beli fridge magnet disini, wajib keluar USS ni dengan souvenir yang bertulis Universal Studio Singapore.. :)

waktu ni dah hampir maghrib dan orang semakin ramai so kami harus mengundurkan lah ye! diri ini untuk bagi chance dekat orang lain melawat USS pulak..

- Kalau tak silap dayah hari biasa USS ni tutup awal dan kalau waktu school holiday or public holiday tutup pukul 9 malam macam tu kalau dayah tak silap -

bye bye! USS insyaallah kalau ada rezeki kita masuk lagi hokey!! 


baba dah call sepupu dayah masa kami dalam US Store lagi..

jadi kita tunggu jelah eh!! sepupu dayah datang ambik, hehe!! dia memang insist nak ambik okay! cakap nak naik MRT dia tak bagi..

Tunggu dalam beberapa minit je sepupu dayah pun sampai, kami terus balik rumah dan malam tu nak keluar lagi..Next entri dayah bercerita eh!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...