6/24/2011

Marilah makan bersama di Old Town

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Hari ni mama masak nasi ayam, ohh!! sungguh nyum nyum! naik lagi berat badan untuk hari ni, dah lah tambah sampai dua kali ish ish!! tak nak jumpa kawan-kawan dalam masa terdekat ni EH! nak jumpa siapa ni?? tak tak, tak jumpa sesiapa pun acah je!  :p


Ni dayah nak bercerita tentang makanan jugak, sebenarnya kejadian ni dah berlaku sebulan yang lepas..Okay! tau banyak semua cerita dah lama-lama kan, habis tu nak buat macam mana agak kelembapan sikit nak update blog lately ni..Tapi macam dah dapat hidayah baru je malam tadi so lepas ni berazam untuk mengupdate lebih kerap dan cerita-cerita yang fresh from oven, hehe!!


Sebulan yang lepas baba busy tolong carikan sepupu dayah yang daripada Singapura tu apartment untuk dia sewa for 2 years so baba busy busy kami pun buat-buat busy ikut mana baba pergi, hehe!! kata hidup bekeluarga haruslah ikut mana mak ayahnya pergi tak gitu.. :) Sekali pandang baba sebulan yang lepas dah macam agen cari rumah pun ada jugak :) sibuk call sana call sini, sibuk surf internet tengok rumah..At last dapat jugak kami rumah yang dicari-cari mengikut ketepatan budget sepupu dayah tu..Alhamdulillah


Pada hari kejadian pagi-pagi kami dah bangun sebab semuanya kelaparan nak breakfast, malas nak pergi jauh-jauh so kami decided breakfast dekat area Tesco Ampang..Terjumpa dengan Hailam Kopitiam..Bolehlaah!


dari kiri : honey lemon tea *entahlah betul kot nama air ni*, white coffee ice, kopi panas dalam gelas *main belasah je nama air ni tapi ini memang kopi* dan milo dinasour..tekalah sendiri mana dayah punya.. :D

fizah punya makanan untuk breakfast, dia mana boleh order roti je, mesti nak lagi besar punya pinggan dari kami semua..

tuna sandwich dayah punya, seriously buat sendiri lagi sedap, ni rasanya FAIL lah ada ke patut pergi letak cili sos dalamnya kan dah pelik rasanya..ish!

ini makanan emak saya punya, rasanya sama je kalau masak sendiri dekat rumah..okay! sedap-sedap yang ni, tau ku order yang ni daripada yang tuna tu..nyesal!

club sandwich di order oleh baba, ini pun FAIL sebab ada sos cili tu dalamnya..

wedges diorder oleh baba jugak, secara totalnya baba order sekali 2 dish..

Lepas breakfast dayah tak ingat kami pergi mana, hehe!! almaklum ini kan cerita sebulan yang lepas..Tapi yang dayah ingat malam baba ada temu janji dengan agen rumah tu di Axis Atrium..Kejap je pun jumpa agen tu sebab nak bagi deposit lepas tu kami bersurai, baba nak belanja makan dekat Old Town, tak seharusnya kami menolak, bak kata orang-orang tua tak baik tolak rezeki kan, hehe!! 


marilah kita cari mencari dalam menu ni apa yang best untuk dimakan..

atas kesedaran semuanya kami sepakat order air kosong bersama-sama..

nama-nama menu yang kami order..Senangkan kalau macam ni tak adalah asyik tulis nama menu ni lupalah, tak ingatlah..

*rujuk nama dish ni diatas* okay! ini diorder oleh mama dan baba, Curry Chicken Rice..

*rujuk lagi nama menu ni* Tom Yam Noodles, ini dayah yang punya..Seriously masam giler tom yam nya, nak hirup kuah tu sampai habis pun tak tertahan masamnya..

jemput makan bersama-sama..

- Memandangkan fizah punya makanan sampai agak lambat so sambil kami makan sambil tu mintak dia petik kan beberapa keping gambar-ikut-suka-dia -




kesian kena ambik gambar sendiri kan..

*rujuk lagi nama menu ni* Fried Dumpling dan Mini Spring Roll, ini side order satu bakul untuk mama dan baba sau bakul lagi untuk kami berdua.. :)

nampak ni dayah guna chopstick okay! seriously dayah tak reti sangat pun nak guna benda alah ni so ni time tengah saja-saja gatal tangan nak mencuba..Tengah-tengah makan tak taulah ada cina ni dok pandang je, dia pandang dayah ke dia pandang orang belakang, tak berapa nak pasti tapi asal pandang mesti dia senyum-senyum..Taulah orang tak reti nak guna tak payahlah nak senyum-senyum *merah pipi okay!* 

makanan fizah dah sampai..

*rujuk menu diatas* Steam Mushroom Chicken Rice, boleh tahan sedapnya, baru tau Old Town ada menu baru, hehe!! nampak sangat dah lama tak melepak dekat sini..


tengok ramai yang tengah online tapi bila cari line wifi tak ada pulak, takpelah kita sms orang je lah..

selesai..

marilah kita balik..

Ini dayah ingat balik je dari makan terus kami balik rumah sebab semua dah kekenyangan nak ajak jalan-jalan KL pun dah tak terlarat, tapi sebelum balik tu dayah singgah beli air bubble tea dulu, hehe!! itulah sebabnya order air kosong je tadi.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...