5/19/2011

Rumah kaca Akademi Fantasia 9

Selamat malam / pagi semuaa.....


Baiklah sebelum cerita lagi berlambak-lambak tak cerita baik kita startkan ber-blogging semula ye!! Kalaulah ada sesiapa di luar rumah tu yang menunggu update dari blog dayah ni alangkah bahagianya hati dan sanubariku ini..hahaha!! tapi ada ke?? 


Setelah dibelek-belek gambar rasanya ini adalah cerita yang pertama patut diceritakan setelah lama tak menaip untuk blog ini..Lagipun sementara demam Akademi Fantasia 9 ni masih hangat lagi baik cerita, walaupun masa dayah melawat rumah kaca ni Afif dan Kay belum terkeluar lagi *nampak sangat peram lama-lama cerita dan gambar-gambar ini* :D


Sebenarnya yang beriya-iya sangat nak pergi siapa lagi kalau bukan fizah, sibuk dia nak tengok pelajar pilihan dia Erul siapa lagikan, kakak dia tak sangat nak pergi *tapi bila sampai depan rumah kaca tengok Kay dan bila Azri balas lambaian balik dia yang over-excited dari adiknya, dan itu biasa berlaku* :) Best jugaklah bila AF kali ni diorang buat konsep terbuka macam ni, at least peminat-peminat pelajar tu dapatlah peluang tengok mereka face-to-face kan instead of tengok dalam kaca tv je walaupun taklah dapat nak sentuh or bergambar dengan mereka but at least okaylah!! Cuma dayah kadang-kadang rasa kesian dekat pelajar tu bila diorang macam tak ada privacy sebab whatever yang diorang buat orang perhatikan, bayangkan kalau nak korek hidung *sorry kalau u olls tengah makan bila baca ni tapi ini untuk memberi gambaran tentang bagaimana tak ada privacy-nya mereka* terpaksa minta izin nak pergi tandaskan, kang kalau dia buat dalam rumah kaca tu ada pulak yang snap gambar diorang so fahamkan privacy macam mana yang dayah maksudkan..Okay okay!! dah tak payah nak fikirkan privacy yang lain-lain..Sini layan gambar yang sempat dayah snap masa pusing-pusing rumah kaca tu..



bersusah payah berhenti kejap dekat parking lot ni sebabnya nak ambik gambar signboard besar tu.. :)


neera dan adlin..


Sakan ambil gambar diorang lupa yang kami bertiga belum makan pun lagi, mama dah pot pet ajak pergi makan dulu sebab dia dah lapar sangat..Pusing-pusing dalam food court tak tau nak makan apa sebab semuanya nampak tak menarik..At last we decided makan dekat OldTown..Masa di pertengahan waktu makan dekat OldTown ni Adlin masuk minum kopi kot, nak snap gambar dia segan sebab dia tengah syok tengok satu couple dekat sebelah kami ni.. :) 

tempat makan memang banyak dekat Aeon AU2 Setiawangsa ni..

menu menu, sila pilih nak makan apa..

tak fahamkan code code yang tertulis di dalam gambar itu?? unless kalau yang sedang membaca ni adalah pekerja oldtown..

jejaka itulah yang ambik order kami..


makanan dah hampir tiba..

wantan mee rasanya..kalau u olls nak jugak tau sampai hentak-hentak kepala apa nama dish ni pergi balik gambar yang ada code code tu, salin semua code tu dan bila u olls singgah oldtown sila berpandukan code tu kalau nak order dish ni, kalau tak nak tak payah nak susah-susah salin pergi tengok next gambar ni..by the way ini di order oleh fizah..

mehoon kari -ordered by mama-

ini saya yang punya, sejak dua menjak ni entah macam mana boleh terjebak minat nak makan makanan ni..sedap!!

ice lemon tea -mama-

float, ini bukanlah nama sebenar air ini..Air ni sedap dan dapat menghilangkan dahaga dengan beberapa sedutan., kesian fizah sebab half of air ni dihabiskan oleh kami berdua.. :p

hazelnut with oreo, something macam tu jugaklah nama air ni, tapi seriously yang ini kurang sedap berbanding masa first time try dekat Time Square, yes yang itu sedap, terasa oreo dan coffeenya, kira balance taste lah, ini terasa more coffee berbanding dengan oreonya..

kenapa airnya yang tadi 3 kini telah menjadi 4?? jangan risau itu air kosong yang di-order extra oleh mama..

Selepas perut sudah diisi dengan kesemua makanan dan minuman seperti gambar-gambar diatas itu kami teruskan lagi berjalan dalam Aeon Au2 Setiawangsa ni..Sementara mama sibuk membeli sedikit barang dapur dekat Jaya Jusco tu kami berdua duduk lagi depan rumah kaca tu nak tengok budak-budak AF ni *pemberitahuan, kakak kepada fizah ni yang excited nak pergi lagi, kalau boleh tak nak balik* :D


banyak tau gambar kay dayah snap tapi tak payahlah eh!! upload banyak-banyak..

ana rafali di dalam rumah kaca, lawa betul dia in-person..





kay lagi, habis taip ni nak cari fanclub kay lah..


Waktu masa ni pun dah dekat 4:30 petang, nak kena pergi jalan duta lagi nak pick up baba balik kerja so itu jelah gambar yang sempat dayah snap masa melawat rumah kaca tempoh hari, fizah ajak lagi pergi sebelum AF9 ni tamat, insyaallah tengok next week pulak..

Sebelum balik tu kami singgah dekat sini dulu :

untuk membeli..

pearl tea, kami berdua memang pengemar air ni sejak dulu lagi, kalau jumpa je pantang tak beli.. :) ini perasa vanilla plus oreo, boleh tahan jugak rasanya..

Satu cerita dah habis, banyak lagi ni yang menyusul..Nanti nak check folder mana punya cerita tengah line-up di barisan kedua pulak ni..hehehe!!

Okay hari dah lewat malam so see u then friends, tunggu next entry pulak yo!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

2 comments:

aindzaya said...

woww yummy!!!
pas mkn jenguk lagi umah kaca..

Hidayahsalleh said...

hehehe!! kata peminat kay, tak puas tgk sekali round je.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...