3/22/2011

Aku Benci Rokok


Dayah terasa terpanggil nak ikut serta segmen ni sebabnya ayah dayah adalah seorang perokok yang tegar, walau dah macam-macam mama cakap suruh berhenti tapi dia tetap jugak beli, kadang-kadang gaduh pasal rokok ni..Kebanyakkan uncle-uncle dayah yang merokok semua dah berhenti tapi baba masih tak boleh nak berhenti..

KENAPA DAYAH BENCI ROKOK??

Dayah sangat menyampah dengan rokok adalah kerana masa time sekolah dulu tiap-tiap pagi baba dan mama akan hantar dayah sampai depan pintu sekolah jadi masa on-the-way nak ke sekolah tu baba akan merokok dalam kereta dan bayangkan dalam kereta habis semua baju sekolah dayah berbau rokok, kadang-kadang bila sampai sekolah kawan dayah tegur, kau merokok ehh?? Satu lagi time nak pergi kenduri, kita ni dah pakai sikit punya wangi dah spray minyak wangi tu hampir setengah botol semata-mata nak satu kilometer lagi orang dah tau yang dayah datang, hehehe!! taklah itu tipu je mana ada, iyalah kitakan ke kenduri orang kahwin haruslah berwangi-wangi sedap sikit hidung makcik dekat sebelah tu..Tapi kadang selalu di spoilkan dengan bau rokok..Satu lagi kalau berjalan ke outstation, memandangkan baba mengatuk so terpaksalah biarkan dia hisap rokok tapi confirm kalau dari KL ke Kedah nak check-in hotel mesti baju, rambut, seluar, beg, bantal and semua yang dalam kereta tu bau rokok..Tapi lately ni baba dah JARANG merokok dalam kereta selalunya dia akan hisap di luar kereta lepas tu  baru masuk melainkan kalau kitaorag outstation dan dia tak tahan sangat mengantuk terpaksalah kami relakan..Dan satu lagi dayah paling tak suka pasal rokok ni ialah RAMBUT bau rokok, kadang-kadang dah basuh pun masih ada bau-bauan yang kurang enak itu..Kenapalah tak di BANNED kan je rokok ni terus, biar tak ada langsung dalam pasaran, tak ada kedai boleh jual rokok, kalau ada je yang jual kena saman yang tinggi tak pun masuk je penjara terus..Sekadar harga rokok naik diorang still boleh afford nak beli lagi, kadang-kadang berjimat sebab semata-mata nak beli rokok..

Pesanan buat mereka yang merokok silalah bertaubat berhentilah merokok, tak cool langsung pun bila korang bersidai dekat mana-mana sambil merokok, TAK COOL okay!! dayah rasa yang tak merokok lagi COOL..Kepada yang baru-baru nak mencuba TAK PAYAHLAH, baik u olls fikirkan balik duit yang beli rokok tu kalau dikumpul-kumpul dah mungkin boleh buat downpayment kereta..Banyak okay!! per month diRUGIkan dengan hanya beli sekotak rokok, sekadar nak hisap asap je pun..

Pendapat dayah bagi mereka yang merokok ni ialah mereka tak boleh hidup tanpa rokok, silalah pergi ke mana-mana kedai yang berhampirandan tolonglah cari ubat yang boleh menghilangkan ketagihan terhadap rokok tu *dayah serious lupa nama ubat ni, alaa!! yang ada iklan dekat tv tu* yee!! SEKARANG *dayah nak bergegas ke kedai balik kerja nanti nak bagi baba makan ubat ni, mana tau mujarab*

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

6 comments:

Anonymous said...

niquitin....mahal gak tu...
1 papan tu dlm belas2 bijik,dlm 15rgt ke atas....

Hidayahsalleh said...

ohh!! kita lagi bagus nak tulis nikotin..hahahah!!
terima kasih2!!

Anonymous said...

aku pun same,tk suka org isap rokok..eee benci.

Lulu Caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

Hidayahsalleh said...

kakak : aku pun tak suka tak suka bila kita ni dh bau mcm rokok dibuatnya..tak glamour okay!! hehe!!

sis nad : Saya akan sentiasa sokong dan akan join kempen KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK...

lulu caldina : yup!! kita yg bkn perokok ni tgk pun takut diorg boleh buat dek je..yeah!! SAY NO TO ROKOK..

fRaMe+LenSeS said...

benci rokok jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...