3/22/2011

Teater Lat Kampung Boy The Musical - 20 March 2011 -

Hye!! semuaa.....


Malam ni sebelum nak cerita pasal roti naan, mana lokasi sebenarnya terletak kedai yang jual naan yang bagi dayah sedap di Malaysia tu baik kita cerita pasal Teater dulu eh!! Lagipun teater Lat Kampung Boy The Musical ni sedang berlangsung dekat Istana Budaya sekarang ni dan perkhabaran yang baik kepada yang rasa macam tak sempat je nak pergi tengok takpe teater ni dilanjutkan lagi selama 2 hari maknanya kalau sebelum ni habis 3 April 2011 tapi selepas dilanjutkan tayangannya makanya teater ni bakal berakhir 5 April ni..Jadi yang belum dapatkan tiket lagi silalah ke website ini dan beli cepat-cepat..


Review sikit eh!! tentang teater ni..Bagi dayah keseluruhan teater ni sangat menarik sebabnya daripada apa yang disampaikan kita boleh mengenali siapa sebenarnya Datuk Lat ni sendiri, macam mana dia mencipta nama dalam bidang lukisan, kehidupan beliau di kampung..Jadi kepada generasi-generasi baru macam kita-kita ni yang mungkin tak tau siapa itu LAT bolehlah menonton teater ni..Macam dayah sendiri hanya tau apa itu kartun Lat tapi tak tau siapa disebalik karakter Lat ni tapi selepas menonton teater ni semalam barulah mulut melopong lalu berkata "ooooooo!! inilah LAT kampung boy tu ehh!! "..Pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak dalam Lat Kampung Boy ni pun sangat berjaya dengan karakter masing-masing terutama Miss Hiew (cikgu bahasa inggeris Lat)..Dah nama pun teater muzikal kan so haruslah ada nyanyian..Serious dayah cakap suara Awie live sangat mengkagumkan, Atilia pun tak kurang hebatnya jugak dan yang lain-lain jugak..Lagu-lagu yang disampaikan pun sedap-sedap belaka *ni tengah meg-google lagu-lagu dari teater tu* Baiklah tak nak cerita lebih-lebih nak pergilah tengok sendiri,baru tau macam mana bestnya..


Semalan merupakan hari Astro so semua yang datang tu rasanya yang dapat tiket free kot, dayah kurang pastilah tapi ada jugak beberapa celebrity yang hadir antara yang dayah nampak Dafi, penyampai berita astro awani, ning baizura *okay!! ini dayah kurang pasti betul ke ning atau muka dia macam ning..Tapi kalau betul itu ning, serious orangnya kecik je macam tak percaya itu ning* Datuk Lat pun hadir tau semalam memberi sokongan..


Baiklah cerita lebih-lebih apa guna kalau tanpa bahan bukti iaitu gambar..Sebelum tu nak bagi tau, sebelum nak pergi semalam dayah dah siap charge batery camera sebab nanti nak snap gambar banyak-banyak tapi satu incident yang tak dijangka telah berlaku dimana sepanjang teater tu berlangsung sebelum rehat 15 minit camera dayah ter-on so bila sedar-sedar tengok batery dah low..haishh!! nasib ada handphone, berharap dengan gadget itu jelah nak snap gambar..




sampul surat yang dalamnya ada.......

dua tiket for Lat Kampung Boy The Musical. pemberian..........

siapa lagi kalau bukan ASTRO..terima kasih banyak-banyak ASTRO.. :) we heart you!!

walaupun hujan lebat malam tu tapi tetap jugak keluar rumah ke IB..hehehe!!

sebelum teater bermula bolehlah bergambar dulu..

sebabnya nanti bila teater dah bermula, dah tak boleh nak bergambar..

setiap ruang diisi dengan kartun dari watak Kampung Boy..

gambar tak ada motif tapi disebabkan pantulan lampu ni menarik perhatian dayah tu yang dayah snap je..

kami berdua..

Diberi rehat selama 5 minit...

nanti kita bergambar dekat bawah tu ye!!



Setelah teater berakhir.....

memperkenalkan barisan-barisan artis yang terlibat..Yang pakai sari tu ialah Pushpa sebagai Ms Thambi *John Lemon* hehehe!!


Ini pulak Sandra Sodhy yang melakonkan watak Mrs Hiew (cikgu bahasa Inggeris Lat)

Douglas Lim *yang bertopi* sebagai Franky

Jalil Hamid sebagai ayah kepada Lat

Dan memperkenalkan Awie sebagai Lat...

Maaflah kualiti gambar yang kurang memuaskan dan dengan itu dayah tak rasa sesuai untuk di upload-kan disini, bagi sakit mata u olls je..Antara pelakon-pelakon yang lain ialah Atilia dan Omar Ali *bekas pengacara tv3 dulu*..

gambar ni di-upload sebabnya dayah nak tunjukkan okestra yang dekat belakang pentas tu..Maaflah kualiti gambar sangat teruk..

nampak tak yang ber-jacket hitam tu?? Itulah dia Datuk Lat atau nama penuhnya Mohd Nor Khalid..

Harith Iskandar dan Hans Isaac mereka ni selaku Pengarah dan jugak penulis skrip untuk teater ni..

well done guyss!!

Selesai je teater kami terus kebawah nak bergambar dengan gambar-gambar kartun Lat....






sms mama berbunyi begini : 'ma, teater dah habis, kitaorang sedang bergambar kejap, ma tunggu jap tau'



underneath pokok kelapak I will wait for you *siapa ingat lagi lagu ni??*

masa untuk pulang...

bye!! IB nanti kita jumpa lagi...

Sekian cerita kami dua beradik ketika menonton Teater Lat Kampung Boy The Musical last Sunday..Selamat membaca dan melihat gambar kami..hehehe!!

p/s : kadang-kadang ada orang ni tak reti nak menghormati orang lain kan?? Sebagai contoh masa tengah tengok teater ni, penonton sebelah dayah ni nak kata budak lagi tak jugak tapi dia punya perangai mengalahkan budak, TAK RETI NAK DUDUK DIAM-DIAM..kejap dia duduk tegak, kejap macam nak terbaring, kejap itu, kejap ini..Naik rimas okay!! dayah dekat sebelah ni, kalau tak suka sila KELUAR..Pintu exit dekat je..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

2 comments:

Amir said...

Lat ngan upin & ipin.
Bangga dgn produk buatan Malaysia :-)

Hidayahsalleh said...

yuppp!! org luar negara pun dah appreciate dgn watak2 ni.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...