8/29/2010

Angkara manusia tak berakal

Semalam adalah manusia yang memang manusia tapi bertopengkan setan, pelik jugakkan mana si setan ni boleh terlepaskan, iyalah bulan-bulan puasa macam ni kan setan dah dirantai tapi ada gak yang ni terlepas..Dah tu duduk berjiran dengan dayah pulak tu..memang menyeramkan..

itu baru intro, ceritanya macam ni:

Disebabkan perkara yang kecil dia sanggup calarkan kereta dayah, bengkokkan area, tendang pintu kereta, kemekkan bonet belakang..

Semalam ayah dayah parkinglah kereta kancil kesayanganku tu berdekatan dengan rumah dia, tapi bukanlah depan gate rumah dia pun, kira tu sebelah rumah dia, dan tempat tu patutnya semua boleh parking..Kalau ikutkan itu BUKAN TANAH DIA, TANAH KERAJAAN okay!! tapi dia assume tu tanah dialah, macam dia bayar tanah tu kan..rumah pun macam pondok buruk

Bukan lah dayah punya kereta je yang pernah kena rupanya ada lagi 2 3 jiran yang pernah terkena nasib yang sama gara-gara parking dekat situ..Ada tu kesian sebab dia calarkan kereta jiran dayah, tak pasal-pasal orang tu terbang 2k sebab tu kereta company..Kesiankan, dahlah orang tu susah..

Kalau iya pun marah orang parking kat situ (even that is not your parking space) tak boleh ke datang rumah kitaorang, bukannya tak tau rumah kitaorang kat mana kan.Bukan dengan cara calarkan kereta orang kan..NO MANNERS betul orang macam ni..

So ayah dayah dah buat laporan polis, kita tunggu dan lihat je lah..

gambar, jom tengok:


first thing kita buat dulu laporan polis, lepas ni baru kita kerjakan kereta dia pulak..Dia ingat dia sorang je yang pandai calar2kan kereta orang, kami lagi genius lah..


gara-gara si setan tu..Ko tunggu balasan aku pulak eh!! just wait n see..:)


kalau dah bodoh tetap bodoh kan, sebab ko buat ko tinggalkan tanda..so stupid!!


mula-mula dia bengkokkan area ni, lepas tu buang air kotak atas kereta..Memang sah-sah lah ko tak puasa kan..hahahah!!

kerakusan si binatang buas, kaki dahlah macam gajah, tangan pun..ishh!! binatang ni memang tersesat kat pandan indah ni tau..



ini lah kereta si setan yang dayah maksudkan..



bagi 2 gambar kereta dia eh!! tunggu my revenge pulak yee!! :)


nak nanges dayah tengok kereta kancil kesayangan dayah ni, dayah tak pernah berkasar dengan dia tau..Ada orang cabul kehormatan dia..huwaa!! :(

Dayah memang geram teramat sangat..Maaflah kalau bahasa-bahasa yang dayah guna ni kurang menyenangkan kalian..Tapi kalau u all ada dekat tempat dayah u all pun mesti geram kan..

p/s: senang merancang nak buat dajal kat kereta dia pulak..hahaaahahahah!!, terpaksa update blog ni malam-malam lepas berbuka, kalau siang memang dah hilang pahala puasa yang tak seberapa tu kan..

8/25/2010

Hari Wanita 2010



SELAMAT HARI WANITA 2010

Selamat hari wanita kepada semua wanita yang sedang membaca blog ni..:) ingat eh wanita sahaja tau, lelaki tunggu hari lelaki pulak, ada ke??

KEPADA LELAKI SEMUA, HARGAILAH WANITA YANG BERADA DISISI ANDA SEKARANG NI, tak kira mereka EMAK, ISTERI, KAKAK ATAU sesiapa sahaja asalkan mereka WANITA..:)


1 AZAM WANITA 1 MALAYSIA..:)

8 MARCH merupakan hari wanita sedunia..

Mari kita layan lagu siti nurhaliza ni...WANITA:






8/23/2010

Sedih..:'(


Malam ni dayah sangat-sangat terasa sedih sebabnya baru kena marah dengan mama..Dayah rasa hal tu kecil je tak adalah besar mana pun tapi kena marah bagai nak rak..Bukan dayah benci mak dayah malah dayah sangat-sangat sayangkan dia tapi tadi dia marah buatkan hati dayah sedih sangat, tak tau kat siapa nak luahkan, nasib baik ada blog ni..Dahlah dayah ni sensetif, tak boleh kena marah ke apa ke mesti nanti nak je nangis, nak nanges sangat tak boleh sebab nanti orang nampak so dayah nanges dalam hati je lah..( sempat masa basuh pinggan berangan ada dekat atas satu bukit yang tak ada orang dayah nanges sepuas-puasnya, meleleh gak lah tadi airmata ku ini..ohh!! sedihnya..:'(

Maaflah kalau dayah tiba-tiba emo pulak malam ni kan..Cuma dayah nak kan tempat dimana dayah boleh luahkan perasaan ni, walaupun tak lah banyak yang dayah kongsi cuma nak bagi tau je yang dayah tengah     SEDIH TAU......

NAK MENAGES SEBELUM TIDUR NANTI....TAPIIIIIIIIIIIIIIII
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Terlupa yang dayah sedang pakai BEDAK SEJUK RUPANYA, macam mana nak nanges keluarkan air mata BANYAK-BANYAK..

alaaaa!! kena simpan lagi, by the time esok mesti dah tak sedih lagi kan..TAK BOLEHLAH NAK nanges..

huwaaaaaaaaaaaaa!!

p/s: menulis ni pun nyorok-nyorok takut fizah ke, baba ke, mama ke baca..shhh!! dah selamat malam..:'( sambung sedih

8/21/2010

Air nenas


kalau u all tengah baca ni during puasa jangan tenung terlalu lama eh!! atau bayangkan tengah minum ni waktu-waktu tengah hari yang panas terik tu..Nanti batal puasa siapa nak ganti balik puasa tu..Jadi tengok jap je..dah2!! scroll ke bawah

Air ni pergilah mana-mana bazar ramadhan pun belum tentu or dayah gerenti tak ada punyalah sebab ni homemade punya air nenas..Baba yang buat, so dayah nak jadi blogger yang baik tau sebab kan dayah nak kongsi cara nak buat air ni, so nanti u all yang membaca boleh try cuba test dekat rumah..Mana tau sedap sangat sampai nak buat untuk jamu tetamu di pagi raya nanti..

Tapi disini dayah nak mohon maaf dulu sebabnya gambar masa air ni di proses i mean masa sedang dibuat dayah tak ambik gambar, aaaa!! sebabnya masa tu daya tidur, so bila bangun tengok-tengok dah ada atas meja, tinggal nak tuang and minum je..T_T..

cara-cara membuatnya yang sangat mudah:

  • nenas dipotong kecil-kecil, kalau boleh buat bentuk kiub, kan kiut je bila nak makan nanti..
  • lepas tu masak kan nenas tadi dalam periuk, ingat periuk jangan kuali..PERIUK, nanti air nenas tak jadi baru tau kalau tak guna periuk, cari yang besar sikit okay!! lupa nenas tu masak sekali dengan air tau, maksudnya rendam nenas tu, sukatan air ikut pada berapa banyak nenas yang u all letak, kira ni agak-agak jelah eh!!
  • then, masukkan gula pasir..Ini pun ikut citarasa sendiri, kalau nak manis letaklah dalam 12 sudu keatas or kalau nak kurang manis less than 10 sudu dah okay!! tapi ni tengok jugak pada sukatan nenas and air yang u all letak dalam periuk tu..Kira ikut citarasa sendirilah eh..
  • Biarkan sampai nenas tu agak empuk, lembut sikit..
  • Kemudian bolehlah sejukkan atau nak minum panas pun boleh je..
Senangkan buat dia, budak sekolah rendah darjah 3 pun tau buat tau..hehe!! SELAMAT MENCUBA..

nak kongsi dengan korang last sunday punya menu buka puasa kami sekeluarga..Masak biasa-biasa je..;-)


makanan yang terhidang..dayah ada caption satu2 lauk tau tapi semua pic tu corrupted, cuma tinggal yang ni satu je pic yang tak rosak..

rebung masak lemak cili padi dengan daging..selera bertambah

pancake, entah kenapa tiba-tiba baba nak buat pulak..rajin datanglah tu

kuih muih dari bazar ramadhan..ehh!! satu dari jiran sebelah rumah..
dari bazar jugak, asal ada 5 tapi tinggal 3 sebab 2 dah habis hancur..
makan-makan lupa nak tunjukkan air pulak..okay dari kiri perkenalkan air soya dari bazar but cair sangat-sangat, tengah air nenas yang kita kongsi cara pembuatan nya tu and last sekali our favourite air teh o ais..
tak ketinggalan my favourite muffin untuk bulan puasa tahun ni..ni flavour double choc, ada oreo, nanti dayah postkan yg oreo and yang lain-lain okay..:)
GCB, ehh!! silap2 ni tak ada dalam senarai menu-menu diatas..gambar ni di ambil semasa sebelum puasa lagi..harap maaf ye semua..jangan marah-marah bulan puasa ni, tak baik haaaaa!!

Tulah menu last sunday kami..Lapar tak tengok semua tu?? cakap je lapar..hahahah!!

p/s: malas nak tidur sebab nak tunggu sahur sekali..

8/17/2010

Bila Cinta - Lagenda Budak Setan -





Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Mari layan lagu ni, dayah baru dapat tau ni dari cerita lagenda budak setan..Masa last week terdengar kat hot fm dayah tanya fizah siapa nyanyi lagu ni eh, bestlah so tadi tengah tengok-tengok astro tiba2 iklan lagu ni so yeah saya berjaya jumpa lagu ni..

Dayah nak update cerita lain sebenarnya ni tapi tengah-tengah transfer gambar memory card terus buat hal, kena format balik, nasib baik gambar masih ada dalam handphone dayah ni..ehh!! lupa nak bagi tau tu memory card fizah..T_T

jap lagi eh dayah update story baru tu once dayah dapat balik pictures tu semua..:)

p/s: makan kuih waktu berbuka tadi..jemput

2nd Trip to Perth, Australia Last Part

Akhirnya dah nak sampai penghujung cerita holiday ke perth ni, fuh!! ambik masa berbulan-bulan tu nak habiskan..Harap anda semua sabar membaca dan menanti..Memanglah bersabarkan kalau tak tak akan ada yang baca part last ni kan kan..betul tak??

Dayah tulis cerita ni dari part 1 sampailah last ni dayah dapat rasakan macam pergi bercuti balik kesana tapi kali ni macam cuti beramai-ramai..:)

Sampai je airport kami semua terus check in..Mula-mula queue jadi kelam kabut sikit sebab flight yang ke KL and London bercampur sekali..Rupa-rupanya flight yang ke KL ni bawa sekali passengers yang akan ke London kira diorang akan transit di KL lah..Memang pack betul dalam flight masa balik tu, boleh dikatakan semua seat occupied, tak ada yang kosong macam kami pergi sebelum ni banyak jugak yang kosong..Dalam flight kami berangan-berangan kalaulah lepas ni kita terus ke London kan best..hehe!! sambung holiday lagi 2 minggu..wah!!

jom order air untuk breakfast..!!:)

okay!! kalau nak hot drink turn this page ye friends..next pls??!!

if u want something chill in the morning, okay turn to this page or the other one..

okay!! then tunggu sampai air yang diorder tu sampai eh..be patient guys!!

okay!! air dah sampai..ini dayah and fizah punya, order satu sudah sebab faham2 jelah eh, cuaca sejuk, minum air sejuk and nak duduk dalam flight 5 jam..:)

mama and baba punya..Long black coffee, dari datang sampai nak balik asyik minum air ni je..sedap ke?? tak pahit giler..

nak balik kl dah muka pun tak larat nak senyum, tak macam first day sampai walaupun letih tapi happy je..hehe!! inilah mama saya..

baba tengah isi borang imigresen, nak keluar negara diorang pun kita still kena isi borang imigresen lagi..baba isi dulu jap lagi saya pulak isi untuk kami dua beradik..:)

sekitar dalam airport, ni bahagian atas..


GUESS who is she?? hehe!!



Kami berlepas dari perth ke KL agak awal sedikit dari jadual..Masuk je kawasan boarding dah terus calling untuk boarding, tak sempat nak jalan-jalan kat dalam tu..hehe!!


kami nak pulang malaysia..:)



penuhkan flight kami ni..

nak tunjuk sayap air asia x ni..hehe!!

indah sungguh ciptaa Allah swt..:)

naik flight mesti nak kena ambik pic macam ni..entah kenapakan?? hehe!!

Kami jangka sampai KL pukul 1230 tengah hari tapi disebabkan flight berlepas awal so kami sampai 1/2 jam awal..

Sampai sini je coretan dayah untuk vacation ke perth ni..Alamak rasa rindu pulak kat perth, saya nak kesana lagi..Insyaallah tahun depan pulak eh!!

Thanks kepada yang sudi membaca cerita ni..Tunggu my next holiday pulak eh..Kepada yang hantar email tu nanti dayah balas kan email anda ye!! maaf agak lewat sikit nak membalasnya..:)

p/s: menaip sambil meneguk kopi yang dah sejuk sebabnya lupa nak minum tadi lepas tu pergi letak bawah aircond..hehe!!:)

8/15/2010

Bulan kedamaian - Siti Nurhaliza -




Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
Di malamnya yang mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yang ku seru


Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yang sengsara
Hanya padamu ku menyeru


Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan


Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi


Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru


Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran
 Berderang malam yang tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan

Jom layan lagu ni..enjoy!! :)

2nd Trip to Perth, Australia Part 6

eh!! eh!! dia buat-buat lupa je cerita dia yang lama sangat pending tu kan..Harap maaf, terlupa nak update cerita ni..hehe!! maaf diterimakan??

okay2!! jangan merepek panjang lagi..Jom sambung cerita..

Hari- hari terakhir kami di bumi Australia, malam nanti dah kena bersiap nak pulang ke tanah air..Sedihkan, masa tu rasa macam tak nak balik je..:(
Hari ni kami lepas breakfast terus ambik blue cat jalan-jalan dalam bus lepas tu tukar pulak ke red cat, cuma yellow cat kami tak naik..Okay macam biasa let's pictures do their work..:)

breakfast di hari terakhir kami..

breakfast yang lengkap..tengok, kan dayah dah cakap salad ni memang wajib ada..

fizah dah ready nak berjalan-jalan..

bangunan belakang ni kan cantik tau, kalau boleh sewa jadikan rumah baguskan..haha!!

mama nak bergambar dekat sini sebab cuma u all close up sikit, belakang tu ada cafe tulis aroma..hehe!!

masa kami jalan-jalan ni waktu weekends so kawasan ni tak ada orang pun, kereta pun boleh kira yang lalu lalang..

pertandingan pejalan kaki paling laju..Tu haa!! perempuan mat saleh tu yang menang, laju kot dia jalan..hehe!!

mama tanya ni pun ko nak ambik gambar?? hehe!! haruslah kan kat sini mana ada tulis australia post..

inilah tempat banyak shopping mall, cafe2 pun ada jugak..kalau nak ke sini boleh ambik bus red cat turun dekat murray street mall east..Masa kami pergi ni dayah tak ingat kami turun station yang mana tapi don't worry kalau turun dekat murray street pun boleh sampai jugak ke sini..:)

mama sedang menunggu air jus yang diordernya..

tu dia jus dah siap..Pahit betul jus ni, jus campur2..hehe!!





tempat ni sangat happening on weekends..seronok sangat dapat lepak2 dekat sini

Jalan-jalan dalam satu shopping mall terserempak dengan kedai jual shake ni, nama kedai tu The Shake Shack..Kalau u all pergi sana ternampak dengan kedai ni wajib singgah tau, highly recommended sebab shake yang dijual sedap2 belaka..Yang ini dayah pilih perisa fererro rocher..Cuba tau jangan tak..janji dengan dayah hokey!!


tengok tu sampai tak tengok kiri kanan..

take note ok nama station ni kalau nak ke tempat seperti diatas..

ohh!! ya blue cat pun ada kesini jugak..yang yellow dayah tak berapa pastilah..

tengah menunggu bus red cat..ohh!! lupa nak bagi tau, sebelum balik kami singgah woolworth supermarket jap, biasalah kan pantang jumpa mesti nak singgah..Kali ni kami beli sikit choccolate yang nak dibawa balik malaysia..
dah penat pusing-pusing dekat bandar kami pun balik..macam biasa merentasi jambatan ni dulu kalau nak pulang ke apartment..


balik je macam biasa mama and baba bertungkus lumus memasak walaupun 2 dish ni je yang tersedia..ala!! ni kira makan malam kami yang terakhir kat sini kan, nak habiskan apa yang tinggal, nak bawa balik takut luggage extra weight pulak..
sementara nak tunggu pukul 3 pagi..inilah muka2nya, sila scrool ke bawah lagi untuk tengok


muka tak boleh nak senyum sebab first waktu pagikan pukul 3 pagi lagi, second kesejukkan and third sebab nak kena balik malaysia dah..im gonna miss this place..huwaaa!! hehehe!! sila kebawah lagi

tak banyak kereta lalu lalang waktu ni..

tolong ingat nombor bilik ni, nanti kalau u all pergi sana bookinglah bilik ni.hehe!!

sementara tunggu lift naik balik sebab baba and mama naik dengan beg dah penuh lift, so kami kira turun second triplah..dah ambik2 gambarkan tiba-tiba terasa seram pulak sebab semua gelap, cepat2 tekan button lift..hahaha!!
rasa macam sikit pulak beg nak bawak balik..Masa nak check in luggage ni dah excess okay so terpaksalah keluarkan apa yang patut untuk bawa naik as hand luggage, hand luggage sekarang ni untuk air asia hanya boleh 7kg je pulak tu, nasib baik tak sampai kalau tak, tak pasal2 kena bayar..hehe!!


bye mountway..next time jumpa lagi eh..:)



tengok tak senyum lagi, kesejukkanlah tu..hehe!!



Teksi sampai agak punctual jugak, tak lah kami tunggu lama sangat..Kami terus ke airport, dalam masa setengah jam macam tu dah sampai, kali ni tambang kami dapat sama pulak masa first time pergi dulu dalam aud 30 plus..nampak yang masa datang tu kami ditipu, ohh!! tak apa nanti tak nak ambik teksi kau lagi..ahahah!! agak marah lah kan..

Ada lagi satu part, dayah akan cuba habiskan malam ni jugak or kalau tak pagi nanti eh..hehe!!

p/s: menulis sambil makan karipap and tembikai..terlupa nak pergi minum air, tercekik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...