itu baru intro, ceritanya macam ni:
Disebabkan perkara yang kecil dia sanggup calarkan kereta dayah, bengkokkan area, tendang pintu kereta, kemekkan bonet belakang..
Semalam ayah dayah parkinglah kereta kancil kesayanganku tu berdekatan dengan rumah dia, tapi bukanlah depan gate rumah dia pun, kira tu sebelah rumah dia, dan tempat tu patutnya semua boleh parking..Kalau ikutkan itu BUKAN TANAH DIA, TANAH KERAJAAN okay!! tapi dia assume tu tanah dialah, macam dia bayar tanah tu kan..rumah pun macam pondok buruk
Bukan lah dayah punya kereta je yang pernah kena rupanya ada lagi 2 3 jiran yang pernah terkena nasib yang sama gara-gara parking dekat situ..Ada tu kesian sebab dia calarkan kereta jiran dayah, tak pasal-pasal orang tu terbang 2k sebab tu kereta company..Kesiankan, dahlah orang tu susah..
Kalau iya pun marah orang parking kat situ (even that is not your parking space) tak boleh ke datang rumah kitaorang, bukannya tak tau rumah kitaorang kat mana kan.Bukan dengan cara calarkan kereta orang kan..NO MANNERS betul orang macam ni..
So ayah dayah dah buat laporan polis, kita tunggu dan lihat je lah..
gambar, jom tengok:
first thing kita buat dulu laporan polis, lepas ni baru kita kerjakan kereta dia pulak..Dia ingat dia sorang je yang pandai calar2kan kereta orang, kami lagi genius lah..
gara-gara si setan tu..Ko tunggu balasan aku pulak eh!! just wait n see..:)
kalau dah bodoh tetap bodoh kan, sebab ko buat ko tinggalkan tanda..so stupid!!
mula-mula dia bengkokkan area ni, lepas tu buang air kotak atas kereta..Memang sah-sah lah ko tak puasa kan..hahahah!!
kerakusan si binatang buas, kaki dahlah macam gajah, tangan pun..ishh!! binatang ni memang tersesat kat pandan indah ni tau..
ini lah kereta si setan yang dayah maksudkan..
bagi 2 gambar kereta dia eh!! tunggu my revenge pulak yee!! :)
nak nanges dayah tengok kereta kancil kesayangan dayah ni, dayah tak pernah berkasar dengan dia tau..Ada orang cabul kehormatan dia..huwaa!! :(
Dayah memang geram teramat sangat..Maaflah kalau bahasa-bahasa yang dayah guna ni kurang menyenangkan kalian..Tapi kalau u all ada dekat tempat dayah u all pun mesti geram kan..
p/s: senang merancang nak buat dajal kat kereta dia pulak..hahaaahahahah!!, terpaksa update blog ni malam-malam lepas berbuka, kalau siang memang dah hilang pahala puasa yang tak seberapa tu kan..
1 comment:
letak paku bawah tayar...wakakkaa!!!
Post a Comment