7/04/2010

Lauk Kampung..

Wow!! 3 minggu saya tak update blog ini kan..Kesian dia sorang-sorang sampai dah bersawang sana sini..Bukan tak nak update tapi seminggu saya tak dapat line internet sebab berada di bumi orang, itu nanti saya buka entry lain okay, lepas tu seminggu yang lagi saya busy, busy tidurr!! hahahahaha!! dan seminggu lagi busy dengan tidur gak..hahahaha!! Okay2!! berbalik topic diatas hari ni saya nak cerita tentang lauk melayu yang mama masak..

Dah lama sebenarnya tak dapat makan lauk melayu yang sedap, dahlah seminggu dekat Australia asyik makan salad, sardin, telur sebabnya tak jumpa kedai yang jual daging or ayam yang halal padahal ada je cuma kami je yang tak jumpa so itulah makanan kami sepanjang dekat sana..

Itu yang balik je Malaysia hari Khamis baba pergi beli lauk-pauk dekat pasar tani and dengan air tangan mama terhasillah ini semua:

pucuk ubi masak lemak..=)


sambal tumis ikan bilis..=)


ikan goreng..=) kegemaran saya!!


ikan kering, saya tak pastilah nama dia apa tapi yang pasti sedap..kalau nak tambah kewangian dalam rumah silalah goreng ikan ini..=) serious wangi..hahahahah!!


nasi putih yang masih panas..=)

Kalau dah orang melayu tekak ni mesti nak makan lauk melayu punyalah walaupun seseorang tu punya favourite food dia pasta, pizza, steak..=)

Terliur rasanya masa tengah update blog ni..laparlah, nak pergi makan..;-)

2 comments:

catz said...

wahh..sedapnya sayur pucuk ubi. macam ada tempe ke tu dalam sayur.
ikan masin bulu ayam kami panggil.memang sedap sgt bau dan rasanya. nasi+ikan masin+sayur pucuk ubi = 3 pinggan nasi (saya la tuuu).
ihik.

Hidayahsalleh said...

a'ah tu tempe..
saya pun panggil bulu ayam jugak tapi x sure org panggil apa..
hahahahah!!
samalah kita..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...