OMG!! lamanya dayah tak update belog ni..Almaklumlah busy lah katakan..ahaaakksss!!
tak lah sebusy mana, bukan balik lambat dari office atau stuck dekat jalan sebab jem tapi disebabkan kepenatan so tu yang tak berkesempatan nak update..Setiap kali balik office, mengadap FB kejap, update apa yang patut, lepas tu mandi, makan, tengok tv yang kadang-kadang tv tengok dayah balik, lepas tu sambung tidur sampai lah pagi..Dah pagi bangun mandi pergi kerja..Letihkan!! kalau lah hidup ini duit tu turun dari langit setiap hari cuma kita tinggal kutip je alangkah bahagia hidup ini kan..Mesti ramai yang happy je everyday..Tapi mana ada macam tu..hahahahahaha!!
Okaylah dayah nak cerita sikit masa dinner iCIMB yang lepas..Dah lama sebenarnya event ni tapi tak sempat-sempat nak update..Almaklumlah masa event ni dayah telah dipilih bersama rakan-rakan mewakili department kami untuk buat performance..Yeah!! dayah terpilih, wah rasa macam tidak percaya je, iyalah dayah ni orang paling baru dekat sana tup!! tup!! terpilih..Thanks kepada yang memilih dayah tu..=)
Kami ada 1 week je untuk berlatih, pilih baju, pilih step, arrange apa yang patut..Dah lah ini competition okay, bukan saja-saja je tau..hahahah!!
Hari pertama: Tengah hari kami semua berkumpul dekat satu bilik ni, berbincang lagu apa yang bakal dipilh..oppss!! lagu pun nak kena edit dalam minggu tu gak..Nasib baik kami ada yang pakar dalam bab-bab ni..Sebelah petang after office kitaorang fikir step apa yang nak dibuat, siapa yang betul-betul nak masuk..Sampai malam step masih tak dapat lagi..
Hari kedua: Mula-mula nak berlatih tengah hari tapi tak jadi so petang je terus..Lagu dah dapat edit hasil kerja tangan seseorang..heheh!! TETAPI step masih tunggang terbalik..Kami buat keputusan untuk berpecah..Okay maksud disini ialah, group kami ni ada soft dance and hard dance so yang soft ada jurulatih dia and yang hard pun ada jurulatihnya..Dayah telah dicampakkan di hard dance..hahahaha!! i loike..=)
Hari ketiga: okay kali ni kami memang tak boleh nak main-main..Kena all out (tapi tak all out sangat pun)..Paling best hari ketiga ni kami dapat satu tempat diamana biliknya sangat lapang memang sesuai sangat untuk kami berlatih..Balik lewat jugak sebab memikirkan few steps yang masih terumbang ambing lagi..ceh ceh!!
Hari keempat: Okay soft dance seriously dah dapat step lagi pun diorang senang sikit..So ni tak boleh jadi, jadinya lepas je lunch kitaorang practice all out sampaikan berpeluh-peluh tak hingat..hahahah!! dari tengah hari sampai ke malam kami practice, masa malam tu ada jugaklah penonton-penonton khas yang dijemput untuk menyaksikkan latihan kami..hahaha!! Seriously dayah terasa sikit berat badan turun..ahhahahaha!! perasan je tapi betullah..=)
Hari terakhir kami boleh practice: After lunch kami terus naik ke tempat berlatih and berlatih lagi sampai rasa perfect tapi taklah macam hari sebelumnya sebab karang berpeluh mana pulak nak mandi kan so kami buat ala kadar cuma nak sharp kan sikit je lagi..Sebelum berangkat ke tempat latihan tu ada satu kejadian yang dayah akan ingat sampai bila-bila..Sepanjang latihan dayah senyum je sebab masa berlakunya kejadian tu dayah macam OMG!!
Okay sudah-sudah, sambung balik..Petang tu ada rehearsal, masa rehersal tu kami buat ala kadar je, menari nak tak nak, sampai ada tu cakap kenapa tak buat betul-betul..Ehh!! harus buat ala kadar sebab malam nanti kami bagi all out punya..
Masa sebelum perform tu tuhan je yang tahu, dengan baju ala-ala tiger, malu gila nak turun..Semua nervous, tangan basah..hahahha!! but it was a best experienced dayah pernah rasa, masih rindu dengan saat-saat tu..hahaha!!
last berlatih before perform
cute je diorang ni..semua cantik2..ada cerita disebalik baju meraka..hahah!!
cantik kan kami semua..??!! sebelum turun gambar ni diambil..=)
Nervous..nervous!! takut gila bila nama group kami dipanggil untuk perform..Kami dibiarkan beberapa minit atas pentas sebab announcer tu suruh yang kat bawah tengok kami puas-puas..hahahah!! orang dah lah takut boleh dia biar kan kejap..haishh!!
Masa kami perform satu department turun tengok and diorang bagi semangat sangat-sangat sampai kami atas pentas nak buat yang terbaik, iyalah orang bagi semangatkan..=)
Akhirnya kami dinobatkan sebagai 2nd runner up, so berbaloi lah jugak kan selama seminggu bertungkus lumus..1st runner up department call center menang, diorang buat fashion show, tapi serius diorang buat memang best gila..Cantik-cantik modelnya..=)
to be continued/ bersambung 2nd part pulak okay..=)
2 comments:
Terima kasih untuk ini post.Admiring indah waktu dan usaha yang Anda lakukan ke dalam blog Anda dan informasi rinci yang Anda tawarkan..
terima kasih kerana sudi membaca..:)
Post a Comment