Hye!
Bukan dah dilupakan blog ini, cuma terlupa je nak update..Padahal cerita macam biasa berderet-deret nak diceritakan tapi satu pun tak jalan..Kadang-kadang tu bukan apa, dah siap draft dekat office (bila waktu-waktu tidak busy) tapi selalu lupa nak fowardkan draft tu last sekali boring terus delete..Kadang-kadang tak sempat nak baca balik dah terdelete..
Sekarang ni lagi worst, account email dayah tak boleh buka..Ini semua gara-gara hari tu nak booking flight so log in lah yahoo email dekat office in order to be a member, sekali dia tanya security question yang dayah dah sepuluh kali taip semuanya salah, mana taknya tahun 2010 last updated, nak menangis dibuatnya, dahlah semuanya dayah address kan dekat email tu, sampai laaa ni tak boleh jugak buka..Buntu fikirkan jawapan security question tu..Terpaksalah sekarang ni dayah create new email address..huwaa!
Tukar topik, biarlah email address tu, nanti-nanti kita fikirkan jawapannya..Last 2 weeks dayah cuba untuk sekali lagi berdiet tanpa memakan nasi, cuma dayah allocate kan once a week ataupun kalau nak drastik NO NASI AT ALL..Alhamdulillah, berjaya bertahan selama 2 minggu sebelum dayah ke Penang attend my cousin's wedding..hehe! Tapi masa di Penang kalau diet jugak memang RUGI lah, mana ada orang pergi holiday nak-nak Penang dalam keadaan berdiet.. :) Jadi dayah lupakan seketika apa itu diet tanpa nasi, segala nasi yang ada dayah belasah..Line Clear punya pasal lah ni..
Tanpa nasi dayah hanya makan lauk sahaja, kalau tengah hari lagi best dayah hanya ambil buah atau salad atau something yang very light je..Tapi terkecuali bila time meeting bila mana makanan sentiasa berlebih, tapi tetap dengan strictly no RICE..Disiplin kan kan? Lepas tu kalau dah diet tak makan nasi, buat penat jelah tahan lapar tanpa buat exercise kan, so dayah tiap-tiap hari akan panjat tangga setinggi enam tingkat sebanyak tengok berapa yang larat 2 atau 3 kali diselang dengan exercise in between plus Yoga and Zumba..
Ini diet bila hujung-hujung bulan..
Diet bila orang belanja.. :)
Diet bila dah bergaji.. :) Cranberry Salad ni one of my favorite dekat Coffee Beans..
Ini tak termasuk dalam diet seharian tapi suddenly hari tu teringin teramat sangat..
Jadi kesimpulannya, setiap hari tengah hari dayah akan try ambil makanan yang light je, tapi taklah hari-hari makan salad seperti di atas, ada yang bankrupt jawabnya, hehe! dayah tengoklah kalau agak-agak lapar dayah ambillah roti tapi kalau tak berapa lapar dayah akan try makan buah je..Tapi yang penting air kena 2 botol penuh, lepas tu memang sepuluh kalilah jawabnya masuk keluar toilet..
Lepas ni dayah nak update cerita yang dah basi, macam biasalah kan..Cerita PERTAMA KALI TENGOK SUPER JUNIOR LIVEEEEEEE! WEH! huh! tunggu jelah..
No comments:
Post a Comment