5/27/2012

Percutian ke Kuching, Sarawak pada 12-15 November 2011 - Part 5

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


Yeye! sambungan cerita di Kuching, Sarawak semakin menghampiri penghujungnya, hehe! bolehlah lepas ni dayah buka entri baru yang dah berbulan jugak dibiarkan..Semua cerita dah berbulan-bulan berlaku, terasa seperti di zaman hitam putih..


Setelah meletihkan diri kami masing-masing berjalan sepanjang kedai di depan Water Front tu untuk mencari kek lapis kami pun pulang ke hotel semula, sempat layan cerita korea dekat NTV7, hehe! Memandangkan pagi tadi dah breakfast agak melampau so tengah hari semua tak ada hati nak makan, we just ate whatever yang ada dekat dalam bilik kami tu and obviously kek lapislah, kata beli banyak tadi..hehe! berlapis-lapis terasa perut kami.. >.<


view from our room, ini diambil ketika hari sedang beransur gelap..

tak ada kerja sebenarnya ni..

- another 'tak ada' kerja punya aktiviti :-

motif gambar ini diambil adalah konon-konon nanti bila datang Kuching lagi bolehlah sewa hotel ni lagi and get this room lagi..

Selepas maghrib kami semua kebuluran jadi cepat-cepat bersiap dan terus start enjin kereta mencari kedai makan, tak fikir panjang kami terus ke Satok dan terus ke kedai bersebelahan dengan gerai di hari pertama kami sampai di Kuching, masa first day tu kedai ni tak buka lagi so kami assume mesti kedai ni hanya beroperasi di waktu gelap sahaja..

view di dalam kedai Raja Ayam Penyet..

sedang membelek-belek menu, sayu sikit hati bila tengok keadaan menunya ni, tapi daripada keadaan menunya kita boleh agak kedai ni mesti ramai pelanggan.. :D


Ayam Penyet saya, boleh tahan jugak rasanya, sambal tu ada jugaklah 2 kali kami mintak sebab tak cukup banyak tu..

Sotong Penyet, rasanya iulah namanya..

another versi of Ayam Penyet, hehe! sama je pun cuma the way makanan ini disajikan lain sikit and plus ada extra ulam, ini adalah rekaan hidangan ciptaan baba..He asked to be like this..

Goreng pisang bersama susu pekat manis dan cheese..Ianya memang sangat melemakkan tapi sesungguhnya makanan seperti inilah yang selalunya PALING SEDAP DIMAKAN! 
*air liur meleleh*


Selepas menikmati makan malam kami terus pulang ke hotel untuk mengemas beg memandangkan keesokkan harinya kami akan pulang ke KL..

Menikmati breakfast di hari terakhir :

from the first day sampailah last day, pembuka selera dayah menu yang sama..

on the last day ada mee kolok..

berintikan cheese.. :)

last food yang dimakan..

- since dah banyak sangat gambar makanan di waktu breakfast je so di hari terakhir ni dayah tak snap sangat gambar makanan, cukuplah sekadar ini sahaja -


Selepas breakfast kami tak kemana-mana since tengah hari nanti dah nak check-out..Dah tak tau nak kemana kami bertiga saja-saja je tekan lift tu ke tingkat yang terletaknya pool side, tak mandi pun, tengok air je and fizah main posing-posing..



tengah panas terik pun, nak terjun kena fikir 10x..


model-terowong-tak-berapa-nak-menjadi..


dayah selalu teringin nak bergambar dekat corridor hotel macam ni tapi selalunya tak berkesempatan sebab selalunya setiap kali nak bergambar ada je orang nak lalu, tapi kali ni dayah berjaya..muahahaha!

fizah tak duduk bersila sebab seluar ketat..hehe!

Selalunya check-out time at 12:00 kan tapi baba mintak 1 jam lewat untuk check-out, don't worry tak ada extra charges will be charged if you check-out 1 jam lewat tapi if more than that pihak hotel akan charge and depends on the hotel rates..

Kami memang saja tak nak stay sampai petang even though flight kami adalah disebelah malam sebabnya rugi je bayar extra, lebih baik kita lepaking di airport je..Boleh berbelanja di airport, hehe!

on the way ke airport mama ajak singgah makan dulu, pusing-pusing terjumpa kedai ni..Kedai ni owned by Indonesian dan according to her semua makanan disini authentic from Indonesia, tak ingatlah sebelah mana..

tak ingat nama makanan tapi rendang tu memang sedap, ala-ala rendang tok..

bakso, this is fizah's favorite..

nasi kuning, nama kedai ni pun Nasi Kuning Warung..Not bad jugak..

nasi goreng cina ni memang sedap..

minuman paling kiri tu sekali dayah tak ingat namanya sebab almaklum dah lama sangat kejadian ni berlaku, hehe! tapi ianya memang sedap and refreshing..Dayah macam tengah addicted dengan milo tabur at that time, mana pergi rasa macam nak order air ni je, even di KL tapi sekarang tidak lagi..


Sebaik sahaja kami jejak masuk dalam restoran ni hujan turun lebat sangat sampaikan tempias ke dalam restoran so kami terpaksalah luangkan lebih masa dalam kedai ni, taukeh restoran ni pulak sangatlah peramah, siap duduk semeja berborak-borak sampai hampir-hampir kami nak habis makan *nak berborak anak beranak pun terbantut*..

Hujan reda je kami terus beredar, actually ada banyak lagi masa sebelum departure..Kereta sewa kami pulak baba mintak untuk handover di airport jadinya senang tak perlu kami sewa teksi ke airport..Kepada sesiapa yang terasa ingin sewa kereta dayah nasihatkan handover balik kereta tu di airport, cara macam ni lebih convenience..



sementara menunggu pemilik kereta sewa sampai..

- Selesai segalanya sekarang ni nak cari another lepaking place untuk kami lepak sambil buang masa, kalau boleh nak cari yang ada wifi free sebabnya DAH BERAPA HARI TAK CHECK FB, hehe! -

akhirnya kami jumpa Starbucks, actually daripada first day sampai lagi dayah and fizah dan dah aimed nak minum disini bila balik nanti >.<

sedang mencari wifi, paling stress daripada air dalam gelas masih banyak sampaikan dah habis tak jugak connected..

susah sangat guna handphone jelah..


hari semakin gelap even baru pukul 6:30 petang..

- selesai check-in kami terus ke boarding area - 

fizah still tak kenyang-kenyang lagi..

makan secara berkongsi..

sebenarnya dayah pun lapar jugak, hehe!

menanti dengan penuh kesabaran di gate 3..

ini bukan flight kami..

selamat menaiki flight, bye bye Kuching..

Flight berlepas on time dan selama 1 1/2 jam kami pun tiba di LCCT..Daripada LCCT kami terus ambil skybus untuk ke KL Sentral..

Sekian sahaja cerita kami di Kuching, Sarawak..Fuh! akhirnya habis jugak setelah setengah tahun disimpan, kalau ikan pekasam ni dah boleh makan rasanya..Insyaallah ada lagi cerita yang tengah tunggu turn untuk di-publishkan..



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...