Entah kenapa ekstrogen *entah betul ke tak istilah ni* malas mengupdate blog berjaya disingkirkan dan kini saya kembali mengupdate lagi setelah bersengkang mata malam semalam menyiapkan satu entri yang pendek je ceritanya tapi mengambil masa berbulan-bulan untuk lengkapkan dan publish kan, kalah penulis novel ombak rindu macam ni..
Baiklah cerita seterusnya ini adalah kejadian dimana kami sekeluarga bercuti ke Kuching, Sarawak..Kalau diikutkan jurnal travelling kami (cewah-cewah! nak jugak guna perkataan jurnal) Kuching, Sarawak masuk kali ni dah hampir 4 kali kami jejakkan kaki, kira kalau setakat tanya mana banyak jual kek lapis tu kira pejam mata je pun boleh bagi direction.. :p tapi kalau tanya lebih-lebih SILA TENGOK MAP TU SENDIRI..
Seperti biasa airline yang menjadi pilihan hati setiap ahli keluarga adalah Air Asia, mana lagi airlines yang boleh bagi tambang murah selain airlines merah ni, mana lagi arlines yang boleh buatkan kami sekeluarga bergaduh-gaduh manja sebab tak dapat-dapat booking dengan harga promosi tu sampai hempas-hempas tetikus.. Kali ni beberapa bulan sebelum tu baba dah siap booking and of course waktu promotion rate, kalau tak promotion jangan harap baba nak tinggalkan jejak, nak pandang website tu pun tidak sama sekali..hehe!
Fakta menarik untuk dikongsi, sehari sebelum nak bercuti *almaklum dah lama tak naik kapal terbang so keterujaan tu extra double triple sikit* dayah agak hyper sikit menjalankan tugas di office, ceria je sepanjang hari sebabnya pertama sharp 5:30 petang nak balik dan sibuk mem-busykan diri bukan apa, nak cepat masa tu berjalan.. ^_^
Sekali ni baba pilih flight yang berlepas waktu tengah hari sebabnya flight pagi semuanya dah penuh, takpelah at least tak payahlah kami bangun awal pagi sangat untuk ke airport..Mulanya kami cadang nak sewa teksi but for sure diorang tak nak ambil sebab luggage banyak, habis-habis kami yang panas darah sebab satu teksi tak nak berhenti, jadi daripada rosakkan mood pagi-pagi tu baik kami mintak tolong jiran sebelah untuk hantarkan ke KL Sentral dan kebetulan dia pun ada tugas untuk hantar pelancong so just nice jelah tu, tapi hantar bukan dengan tangki minyak kosong ye! kami bagi duit minyak and 'duit kopi' sebagai balasan..Terima Kasih jiran yang baik hati tu..Daripada KL Sentral kami terus mengambil Aerobus untuk ke LCCT..Fuh! driver dia sangat bagus sebab bawa bus ikut speed limit je, barulah dapat lelapkan mata sikit..
Perkara pertama yang dicari sesampainya di LCCT adalah MAKANAN!! yeah! kami berempat sangat kelaparan pada waktu tu..Kami mencuba makanan di Taste of Asia, pertama kali ni nak makan, kalau before this asyik lalu tanpa ada niat sikit pun nak singgah, kali ni terbuka hati pulak nak singgah..
nasi ayam dan mee-lupa-namanya..
nasi ayam lagi..Fizah punya makanan selalu yang lain daripada yang lain, contohnya seperti gambar-gambar di atas ini..
minuman se-healthy yang boleh, ingat 8 gelas sehari..
rambut yang masih berbau saloon lagi, okay! muka nampak sangat macam kubis..
sudahlah, janganlah tenung lama-lama sangat, malu kita.. T_T
sehabis boleh ambil gambar baba jangan nampak terperanjat sangat tapi tengokkkkk niiiii!!
Menghabiskan masa yang singkat sahaja di kawasan lobi airport dan selebih masanya dihabiskan di boarding area, selagi tak masuk mama akan rasa tak selamat, tak selamat dengan duitnya yang bakal dikerjakan oleh anak-anaknya ini kalau terlalu lama berdiri di luar sana, hehe!! Tapi apa ingat anak-anaknya tak pandai untuk 'paw' sikit duit mama untuk belikan satu bar chocolate seperti di bawah ni ketika di dalam boarding area :
:p
Kami dua beradik ni ada seperti sindrom tak senang duduk kalau tak berbelanja sikit kalau dekat airport ni, walaupun dah berkali-kali dinasihati supaya JANGAN JANGAN belanja sangat dekat airport tapi apakan daya tapi kalau belanja pun mostly benda makanlah rather than things..Itulah sebab muka dah lebih kurang size kubis.. :) Kalau selagi tak berlepas selagi tu lah sindrom tu aktif membiak dalam badan..ishh!!
- disebabkan gambar sebelum ini menampakkan mukaku yang bulat seperti kubis tu telah membuatkan gambar-gambar yang seterusnya ini di ambil mengikut angle yang boleh menampakkan sedikit kekurusann di muka ini..Jadi bila tengok sedap sikit hati -
sedikit kurang penampakkan bulat seperti kubis..
kurus kurus ^_^
not bad jugaklah kurusnya, hehe!!
Sibuk menghabiskan masa dengan bergambar tak sedar yang kapal terbang sudah sedia untuk berlepas, beraturlah kami bersama-sama penumpang yang bakal bersama-sama ke Kuching pada hari itu..
itu dia kapal terbang kami..
Masuk je dalam perut kapal terbang benda yang pertama dicapai setelah tali pinggang dipasang adalah MENU.. :) Walaupun kalau ikutkan waktu baru beberapa jam kami makan tapi KAMI BERDUA LAPAR BALIK..hehe!! ini adalah mungkin kerana ekstrogen nak berbelanja tu membuak-buak ataupun ekstrogen untuk menambah kebesaran lilitan kepala u membuak-buak (kalau salah biarkan je, nak sedap macam ada bunyi-bunyi saintifik sikit)
pilih-pilih makanan dan kira-kira berapa perlu dibayar..
- sedang sibuk selak-selak menu makanan kami selak jugaklah majalah 360 untuk dapatkan info-info best dalam tu sekali kami terjumpa ni - :
dia bukan artis tapi he is one of a student in my college before..
wah! masuk magazine tu, hehe!!
Setibanya troli kami terus memesan makanan tanpa berfikir panjang sebabnya sebelum tu dah jenuh tenung menu tu nak pilih yang mana, daripada belum berlepas sampai isyarat tali pinggang kaledar dipadamkan..Antara yang membuatkan dayah meleleh air liuq tengok dalam gambar tu adalah :
droooolllliiiinnnggg my eeeyeeeebaalllssss to this : Bukhara Chicken Briyani, terus felling background bunyi kompang..
Second eyeballs to drooling together for this : Tandoori Chicken Tortilla Wrap..
all together 2 nasi satu tortilla wrap..
Setelah mengenyangkan perut masing-masing sementara menunggu kapal terbang untuk tiba di detinasinya mari kita..............................
berangan nak beli apa lagi lepas ni?????????
- senang sikit nak berangan tanpa orang disebelah, kerusi ni occupied by only two of us -
Selain daripada berangan yang tiada berpenghujungnya kami mendendangkan cuping telinga ni dengan lagu-lagu korea lah of course..
Cerita belum habis lagi tapi dayah dah terasa berat sangat mata ni walaupun dah guna kaedah letak-mancis-dikelopak-mata tapi still tak jalan jugak so baiklah kiranya dayah berhenti disini dulu dan kita akan buat sambungannya di keesokkan hari pulak..Harap banyaklah bersabar dengan cerita pending ni eh! sebab mungkin akan berjela-jela jugak panjangnya.. ^_^
nota dipenghujung : hari-hari before balik rumah akan lepak dalam office makan ice cream, hehe!!
1 comment:
hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.( your personal driver at kuching )
facebook : chreez_devil88@yahoo.com
Post a Comment