5/30/2011

Percutian di Singapura Hari 1 - Part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi / petang semuaa.....


Blogging bersambung dengan cerita kami di Singapura pulak, dah hampir sebulan pun kejadian ini berlaku baru terkedek-kedek nak update kan..Orang yang melangsungkan perkahwinan pun dah berpindah rumah cerita ni baru nak keluarkan, biasalah itu namanya orang rajin sign in blog tapi malas mengupdate..hehehe!!Sudah, tak payah panjang sangat mukadimah sebab cerita ni lagi panjang..

Sekali ni kami decided nak pergi ke Singapura dengan menaiki keretapi sebabnya baba malas nak bawa kereta satu, satu lagi sebabnya baba tak berapa nak familiar sangat dengan jalan dekat Singapura so better untuk kita naik keretapi sampai sana boleh naik public transport je *seriously suka naik public transport dekat Singapura*..Bertolak dari Kuala Lumpur hari jumaat, kena tunggu baba balik kerja baru berlepas ke KL Sentral..Okay!! ini kisah kami dengan teksi dekat KL ni..On that day baba dahlah balik agak lewat *tapi takpe at least dapat jugak tengok royal wedding, hehehe!!* sepatutnya budget baba sampai rumah dalam pukul 6:30 petang tapi disebabkan kerja yang banyak baba balik agak lewat, dalam 7:30 malam baru sampai rumah, okay!! takpelah nak buat macam mana kan..Pukul 8:30 malam kami keluar rumah dan budget kalau dapat teksi dalam pukul 9:30 malam macam tu sampailah KL Sentral..TAPI haa!! ini yang nak marahkan, hampeh punya teksi, satu pun tak nak berhenti and yang paling sakit hati rasa macam nak je ku pancitkan tayar kereta kau bila dia buat-buat tak nampak yang kita ni tengah tahan dia, sakit okay!! jiwa raga..hahaha!! Inilah yang menyampahnya kalau nak gunakan TEKSI dekat KL ni tau, kalau tak gunakan tak ada pulak income diorang kan, kita ni punyalah ikhlas nak bagi diorang makan, diorang boleh buat macam ni..Kalau nak ikutkan kami, dah macam-macam jenis pemandu teksi yang jumpa..Malaslah nak cerita rasanya sesiapa je yang pernah guna teksi dekat KL ni tau macam mana..So dalam pada tahan-tahan teksi tu adalah satu teksi ni berhenti, okay!! dalam hati dah berbunga-bunga gembira sekali bila tanya boleh tak hantarkan ke KL Sentral?? dia boleh jawab maaflah saya nak balik rumah ni, HAAA!! time ni kan ada aja dayah rasa nak hempuk pintu kereta dia tau, dah kau tau nak balik rumah yang pergi berhenti tu apa pasal, tolonglah jangan menyakitkan hati kami, dahlah panas waktu ni, berpeluh-peluh..ishh!! baba terus cakap okay!! takpelah sambil tutup pintu kereta dia kuat-kuat..Hangin satu badan masa ni..Dua tahun lepas pun perkara yang sama terjadi tau, nyaris-nyaris tertinggal keretapi okay!! tapi time tu at least ada jugaklah satu teksi ni yang nak berhenti, kira baik jugaklah hati dia kan..


mama tengah berfikir dapat ke sampai KL Sentral tepat pada waktunya..

sentiasa gembira walau apa pun terjadi.. :)

Memandangkan tak ada satu pun teksi yang baik hati untuk berhenti malam tu so baba decided untuk ambik kereta dan hantar kami dua beradik pergi KL Sentral dan lepas tu baba and mama naik teksi, mungkin kali ni teksi nak ambik memandangkan tak ada beg beg besar yang dibawakan..Memandangkan waktu tu jam dah pukul 9:00 so speed baba bawak untuk hantar kami ke KL Sentral tu kalau dikira boleh kena saman okay!! dalam bandar bawa laju.. :D Sampai je KL Sentral dayah, fizah and baba keluarkan beg macam nak tertinggal keretapi dah padahal still ada masa cuma waktu macam ni lah baru nak menghargai masa itu emas..Baba dalam pada kelam kabut tu sampai nak naik kereta boleh dia duduk bahagian passenger nasib baik tak ada yang nampak..

turun je kereta kedai ni yang kami cari dulu untuk beli air dengan alasan dahaga tahan teksi tadi.. :)

menunggu mama dan baba di depan gurdian..

Kebetulan waktu mama and baba nak keluar ke KL Sentral jiran sebelah rumah dayah tu pun nak keluar pergi makan so dengan baik hatinya mereka tolong hantarkan baba and mama terus ke KL Sentral..Alhamdulillah tak payahlah diorang tunggu teksi lagi, kalau tunggu jugak ada yang berdua je pergi Singapura nanti.. :p Tepat pukul 10:00 malam mereka berdua sampai dan kami terus ke Mc'Donalds untuk makan malam..Kebanyakkan kedai waktu ni dah tutup yang tinggal Mc'D je..Bolehlah asalkan perut kenyang..

Kami biarkan baba je yang makan sebab kami bertiga nak buat bekalan dalam keretapi nanti.. :)


curi fries baba..

online!! macam biasa update status, katakan bye KL..hehehe!! :p

Calling time untuk boarding..Ada lagi 15 minit sebelum boarding, dalam masa itu kita penuhkan beg dengan jajan *beli chocolate 3 jenis untuk makan dalam train nanti, tapi tak sentuh pun, sedekahkan je dekat sepupu di Singapura*  dan juga ke toilet untuk mengelakkan menggunakan toilet di dalam train nanti.. :p

sebulan sebelum pergi dah beli so simpan rapi-rapi dalam beg passport..



-sementara menunggu ketibaan keretapi yang bakal membawa kami ke Singapura, hehe!!-



sambil berjalan mengambil gambar inilah hasilnya..

sekarang ni third class coach ke Singapura dah tak ada, tinggal second class, first class dan cabin..

Sepanjang perjalanan dayah rasa satu jam je kot yang dayah sempat tidur sebab tak selesa sungguh dahlah dengan bunyi enjinnya yang kuat, lampu tak di dim kan..

jadi kita minum dan makan..

dan kita dengar lagu sampai battery handphone tinggal 20% means dah tinggal satu bar je lah eh!!.. :)

Hampir-hampir dekat nak sampai Johor Bahru pekerja yang incharge untuk jual makanan and bagi makanan untuk first class coach bagi kitaorang semua dengan buah apple sejuk, menggigil ketap gigi makan buah epal sejuk dalam aircond yang sejuk..Oh!! yeah!! satu yang dayah puji malam tu aircond adalah sangat sejuk sampai selesama dayah dibuatnya sepanjang dekat Singapura..Siap dapat 2 bekas, hehehe!!

Keretapi berhenti untuk pemeriksaan imigresen di JB Sentral, first time dapat tengok JB Sentral, teruja jap lah tapi ini belum siap sepenuhnya lagi pun so dapatlah tengok-tengok sikit..




-agak lama jugaklah berhenti dekat sini, kitaorang sempat petik few pictures sampai kena tegur dengan abang polis, bukan dia marah tapi kami ambik gambar ala-ala takut nak keluar keretapi..Dia cakap keluar je dekat sini berhenti lama, kalau tertinggal pun saya boleh hantarkan..Amboiii!! hahaha!!-

berani sikit-sikit keluar selepas mendengar apa yang abang polis tu cakap..Ini muka pukul 6 pagi..



123 sedia dayah nak lompat keretapi ni!! agak-agak ada hero tolong selamatkan tak??

jejaka disana tengah membuat senaman regangan..

yang nak masuk ke Singapura tak ramai pun..

sedang mengisi embarkation form..

ready..

Berhenti di Woodlands checkpoint untuk imigresen Singapura pulak..Memandangkan tak ramai sangat penumpang so cepat je kami tersadai di checkpoint ni..

lepas imigresen checked kita boleh pilih mana sahaja coach yang paling hampir untuk naik so tak payah susah payah nak cari jugak coach yang kita naik sebelum tu.. :) 

waktu sampai di Tanjung Pagar..



kenangan terakhir turun di Tanjung Pagar sebab lepas 1 June dah tak ada lagi keretapi berhenti disini..Dari mama kecil sampailah dah beranak 2 dapat jugak merasa gunakan Tanjung Pagar ni, mama cakap banyak sangat memori dekat sini..

alang-alang dah last turun sini kan, rel pun kena petik gambar..


okay!! ini last.. :p

Masa di Woodlands checkpoint baba dah telefon sepupu dayah cakap mungkin lagi setengah jam kami sampai rupanya dia dari pukul 7 dah tunggu dekat Tanjung Pagar, siap dah breakfast bagai..Mula-mula cadang nak naik teksi dari Tanjung Pagar ke rumah sepupu dayah ni tapi dia insist nak jugak ambik kami so takpelah lagi best kan hehehe!! taklah kebetulan waktu tu dia tak sibuk dan tak ada hal apa-apa tu yang beriya dia nak ambik kami.. :)

-sebelum breakfast refresh-kan dulu diri dengan gosok gigi dan cuci muka-

taraaa!! fresh tak nampak??

fresh-kan muka kami-kami ni..

okay!! time for breakfast..meehoon siam, setiap kali kalau singgah sini mesti menu ni yang dayah pilih, sedap tau!!

Agak lama jugaklah kami duduk dekat Tanjung Pagar ni sebelum sepupu dayah ni bawa ke rumahnya di Tampines..Kali ni kami pergi tidur rumah my cousin lagi sekali, dulu masa tahun lepas pergi pun tinggal disini jugak..Dan ini mungkin kali yang terakhir menumpang sebabnya tuan rumah dah kena transfer ke KL pun..haish!! kenapalah pindah disini, stay je lah dekat sana..hehehe!!

hujan sambut kedatangan kami disana.. :)

disajikan juga dengan permandangan ini..hehehe!!

menuju ke Tampines, ini dia tourist guide kami, eh!! bukan yang belah kiri tu, yang kanan tu, yang kiri tu orang Singapura jugak tapi dia tau jalan di Malaysia je.. :p


Sampai je di rumah sepupu dayah kami terus refresh-kan diri masing-masing..Lepas solat zohor kami dibawa keluar oleh tourist guide kami ke...okay!! suprise, next entri okay!! dayah pun tau u olls mesti agak nak muntah tengok gambar yang agak banyak jugak ni kan..Dah-dah pergi tidur/ sambung buat kerja/ sambung basuh pinggan/ sambung masak balik..

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

5/26/2011

Penambahan kalori dalam badan

Selamat petang semuaa.....


Sementara dayah belum berkerja lagi ni masa itu memang banyak terluang, tak ada aktiviti lain selain daripada aktiviti mari menambah berat badan..hehehe!! Hari selasa baru-baru ni aktiviti itu berlaku lagi, adoi!! bila ni nak exercise and kurangkan makan ni?? Selasa lepas mama ajak lunch dekat luar since mama malas nak masak so kami ON aja buk!! Pilih destinasi mana yang ada banyak variety of foods, haruslah memilih mana-mana food court sebab dekat situ jelah semua makanan ada kira semua in one roof  so food court yang telah menambat hati kami untuk berulang-ulang kali pergi setiap kali baba kerja adalah KLCC..Entahlah bagi dayah dan dua orang lagi ahli keluarga ni makanan dekat food court KLCC ni menarik, mungkin sesetengah akan cakap alaa!! food court tu macam biasa je tapi not for us.. :)


Jadi ke KLCC lah kami selasa lepas..Datang sana semata-mata untuk makan sahaja eh!! nak jugak shopping sikit, ingatkan masuk Uniqlo yang baru buka dekat KLCC tu dapatlah rembat satu baju ke kan, alahai!! untuk orang yang belum berkerja macam dayah ni kan, baju yang entah apa-apa design nya tapi harga macam tak serupa bikin memang tak lah dayah beli, cuci mata je lah..Sampai sekarang dayah tak puas hatilah kenapalah tax dekat Malaysia ni tinggi, kadang-kadang barang yang tak seberapa tapi disebabkan berjenama harganya belambung tinggi so bila nak beli tu macam kadang-kadang membazir sangat, for example one dress ni dayah tengok harganya sampai RM500 lebih, yeah!! memang ianya dari jenama yang terkenal tapi bila kita tengok designnya macam eh!! betul ke price tag yang pekerjanya letak ni, ke silap..So bila nak shopping dekat sini tunggu sale eh!! :)


Okay!! ini entry sepatutnya lebih kepada apa yang dayah makan hari selasa lepas entah macam mana boleh terkeluar isu harga baju mahal *ini sebab mungkin dia stress sebab tak dapat shopping* :( 


Spaghetti Alfredo..alang-alang belum ada kesedaran nak berdiet ni kan kita makan jelah something yang macam ni sebab kalau dah tiba kesedaran tak lalu nak makan.. :p

beef tacos extra hot punya ni..Jangan ingat ni fizah atau mama yang punya, ini dayah yang punya..orang lapar lah tu yang ambik 2 dish T_T

dessert kuih melayu, haa!! yang ini kongsi bertiga..

Memandangkan ini adalah entry untuk menunjukkan betapa banyaknya penulis blog ini makan so makanan mama dan fizah tak di petik gambarnya disini eh!! 

Selesai makan di food court kami berjalan-jalan sekitar KLCC *cuci mata dengan baju-baju yang tak dapat dibeli* hehehe!! memandangkan stress kan so fizah mintak tolong belikan Auntie Annes sebab dia kata kalau kita makan stress kurang sikit..yoyo ohh!! je kau fizah, itu namanya tambahkan penyakit dalam badan okay!! lagi stress..

pilih pretzel yang dip dalam chocolate..Yang ini rasanya sedap tapi nasihat makanlah makanan ini dirumah kerana dirumah lagi selamat ye!! sebabnya habis berkecah-kecah mulut tangan muka makan ni..Harap Maklum..

air ni fizah yang pilih, tak tau apa nama air ni tapi sedap..

Memandangkan waktu untuk fetch baba masih berbaki lagi so mama ajak duduk mana-mana dulu sementara tunggu masa nak check-out dari KLCC tu dan mama cakap sebelum lagi teruk berkecah-kecah korang makan benda ni *merujuk kepada pretzel tadi* dalam kereta baik korang habiskan sebelum masuk kereta..Okay!! cari tempat duduk tak jumpa *hahaha!! padahal banyak je, itu cuma alasan* sebabkan dayah nak beli air dekat starbucks dan ingin menggunakan wifi free disitu.. :p

:)

biasalah nak guna wifi free sebab kenalah update status dekat FB dan Twitter yang hidayahsalleh@starbucks KLCC..*hahaha!! tak ada siapa pun yang peduli kau dekat sini dayah* :p

Masa untuk fetch baba dah tiba so kami terus fetch baba dan malam tu lepas hantar kereta satu lagi ke workshop kami terus cari kedai makan untuk makan malam pulak..Sayang tau kedai yang kami makan tu cantik dan makanan yang kami pilih pun cantik-cantik belaka tapi tu lah sayangnya sorang pun masa tu tak bawa camera.. T_T so kami simpan memory kedai tu dalam kepala je lah eh!!..no photo was taken so tak lah mama, baba dan fizah menunggu lama untuk makan makanan mereka setibanya makanan itu atas meja eh!! :p 

p/s : masih lagi meng-edit gambar-gambar day 1 kami di Singapura.. :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...