4/26/2011

Mengemas rumah

Selamat tengah malam semuaa.....


Sejak kebelakangan ni dayah jarang update blog seperti hari dulu-dulu yang beberapa jam sekali mesti nak update..hehehe!! *gelak kecil dulu sebelum bagi tau* bukan apa sekarang ni dayah dah tak kerja lagi so kisah harian dayah nak cerita dah macam tak ada tapi haishh!! tak sepatutnya jadi begitu kan kan..Baiklah sedang mengumpul energy nak aktif balik menulis dalam blog ni.. :)


Semalam dayah tak tau termakan apa sebabnya happy energy atau happy endorphin atau tenaga positif sedang mengalir dalam badan dayah dari semalam sampailah waktu tengah menaip ni..Mungkinkah sebabnya dari tadi dayah asyik membaca something yang positif je, tak kiralah dari segi kehidupan, dari segi percintaan *but I'm not in love pun* atau apa sahaja itu yang menyebabkan dayah rasa positif..Yeah!! itu adalah kebarangkaliannya..Bak kata-kata orang kalau kita selalu membaca, melihat atau sebagainya yang positif secara automatik kita pun boleh bertukar menjadi positif tau, psychology ni..So lepas ni dayah akan selalu memulakan hari baru dengan something yang positif tak adalah nanti bad mood menjengah kan.. :D 


Minggu ni adalah minggu busy mengemas rumah bagi dayah, sebelum nak tinggalkan rumah baik kita bersihkan dulu dan sementara tengah kelapangan ni sebelum kembali bekerja jadi bila rumah kemas sekarang nanti bila balik tak adalah kepala serabut tengok rumah tak berkemas lagikan??:) So tadi misi mengemas bilik tidur secara besar-besaran telah dijalankan, habis semua benda yang tak pakai telah di toinggg!! *ini maksudnya telah dicampak ke dalam bakul sampah..okay!! tipu plastik sampah..* Banyak rupanya benda yang tak dipakai disimpan eh!! inilah bagusnya misi mengemas secara besar-besaran sebabnya lepas kemas bilik nampak lagi lapang..hahaha!! nampak sangat banyak barang tak pakai kau simpan hidayah..Tapi serious ini mungkin berlaku dengan setiap orang dimana mula-mula kita rasa benda ni harus disimpan incaselah kita nak guna in future nantikan tapi bila beberapa bulan kita buat misi yang sama barang ni mesti nanti kita buang jugak akhirnya dengan alasan benda ni bukan diguna pun..*ini selalu terjadi kepada dayah* Dan tadi jugak banyaklah baju-baju yang dayah rasa adalah lebih baik dayah buang atau bagi kepada sesiapa sebabnya almaklumlah size badan dah bertambah *baik mengaku awal-awal* jadi faham-faham je lah kan..hahaha!! Ada jugak dayah rasa nak jual few baju yang masih elok tu di blog ni, agak-agaklah eh!! kalau jual ada ke orang nak beli eh?? ermm!! akan dipertimbangkan idea itu..Hari ini last touch-up untuk bilik iaitu mop lantai, 3 lantai ni nak kena mop nasib rumah kecil kalau besar macam bungalow, ada yang upah bangla tolong mopkan ni..Lepas kita settlekan yang diatas akan beralih pulak ke area bawah..Itu nanti belum start lagi so nak cerita belum ada jalan ceritanya lagi jadi tuunngguu!! :p




Hari ni nak kena bangun awal so baiklah dayah pergi masuk tidur sekarang ni eh!! sebelum pagi nanti kena jerit dengan mama sebab bangun lambat..hehehe!! bye semua!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

2 comments:

Unknown said...

saya pun dah lama x buat operasi gini..
x sempat.. cuti tiga hari ni leh kot buat..

Hidayahsalleh said...

sekali sekala kena buat operasi mcm ni padlie.. :)
di ucapkan semoga anda berjaya :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...