4/26/2011

Mengemas rumah

Selamat tengah malam semuaa.....


Sejak kebelakangan ni dayah jarang update blog seperti hari dulu-dulu yang beberapa jam sekali mesti nak update..hehehe!! *gelak kecil dulu sebelum bagi tau* bukan apa sekarang ni dayah dah tak kerja lagi so kisah harian dayah nak cerita dah macam tak ada tapi haishh!! tak sepatutnya jadi begitu kan kan..Baiklah sedang mengumpul energy nak aktif balik menulis dalam blog ni.. :)


Semalam dayah tak tau termakan apa sebabnya happy energy atau happy endorphin atau tenaga positif sedang mengalir dalam badan dayah dari semalam sampailah waktu tengah menaip ni..Mungkinkah sebabnya dari tadi dayah asyik membaca something yang positif je, tak kiralah dari segi kehidupan, dari segi percintaan *but I'm not in love pun* atau apa sahaja itu yang menyebabkan dayah rasa positif..Yeah!! itu adalah kebarangkaliannya..Bak kata-kata orang kalau kita selalu membaca, melihat atau sebagainya yang positif secara automatik kita pun boleh bertukar menjadi positif tau, psychology ni..So lepas ni dayah akan selalu memulakan hari baru dengan something yang positif tak adalah nanti bad mood menjengah kan.. :D 


Minggu ni adalah minggu busy mengemas rumah bagi dayah, sebelum nak tinggalkan rumah baik kita bersihkan dulu dan sementara tengah kelapangan ni sebelum kembali bekerja jadi bila rumah kemas sekarang nanti bila balik tak adalah kepala serabut tengok rumah tak berkemas lagikan??:) So tadi misi mengemas bilik tidur secara besar-besaran telah dijalankan, habis semua benda yang tak pakai telah di toinggg!! *ini maksudnya telah dicampak ke dalam bakul sampah..okay!! tipu plastik sampah..* Banyak rupanya benda yang tak dipakai disimpan eh!! inilah bagusnya misi mengemas secara besar-besaran sebabnya lepas kemas bilik nampak lagi lapang..hahaha!! nampak sangat banyak barang tak pakai kau simpan hidayah..Tapi serious ini mungkin berlaku dengan setiap orang dimana mula-mula kita rasa benda ni harus disimpan incaselah kita nak guna in future nantikan tapi bila beberapa bulan kita buat misi yang sama barang ni mesti nanti kita buang jugak akhirnya dengan alasan benda ni bukan diguna pun..*ini selalu terjadi kepada dayah* Dan tadi jugak banyaklah baju-baju yang dayah rasa adalah lebih baik dayah buang atau bagi kepada sesiapa sebabnya almaklumlah size badan dah bertambah *baik mengaku awal-awal* jadi faham-faham je lah kan..hahaha!! Ada jugak dayah rasa nak jual few baju yang masih elok tu di blog ni, agak-agaklah eh!! kalau jual ada ke orang nak beli eh?? ermm!! akan dipertimbangkan idea itu..Hari ini last touch-up untuk bilik iaitu mop lantai, 3 lantai ni nak kena mop nasib rumah kecil kalau besar macam bungalow, ada yang upah bangla tolong mopkan ni..Lepas kita settlekan yang diatas akan beralih pulak ke area bawah..Itu nanti belum start lagi so nak cerita belum ada jalan ceritanya lagi jadi tuunngguu!! :p




Hari ni nak kena bangun awal so baiklah dayah pergi masuk tidur sekarang ni eh!! sebelum pagi nanti kena jerit dengan mama sebab bangun lambat..hehehe!! bye semua!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

4/23/2011

Twin Tower @ Live 2011

Selamat malam semuaa.....


Pencarian untuk follower dayah yang ke 100 dah pun jumpa so tunggu hadiah sampai je eh!! depan rumah, insyaallah lagi beberapa minggu..Baiklah sekarang ni dayah sedang cari follower yang ke 200 pulak, masih jauh lagi perjalanan tu so hadiah mungkin kena bagi up sikit kot, hehehe!! *tengah fikirkan ni nak bagi apa* :D


Baiklah mari kita sambung cerita kami masa ke pameran MIHAS hari tu..Cerita MIHAS dah habis ni nak cerita lepas balik dari MIHAS kami tak terus balik rumah, dayah dengan fizah sempat pergi tengok konsert Twin Tower sempena dengan minggu F1..Dayah tau pasal konsert ni pun masa tengah ronda-ronda KL sekali ternampak banner and diorang tengah sibuk-sbuk set up stage dekat depan KLCC..Dan yang terperanjatkan dayah ialah bila mama sendiri yang bagi green light tanpa dayah mintak permit eh!! silap permission nak pergi..Haa!!  dah bagi green light apa lagi anaknya haruslah terjerit dalam kereta, hahaha!! dan yang pastinya konsert tu nanti ada Joe Flizzow dan bila ada Joe Flizzow mesti ada Altimet kan..hehehe!! 


konsert ni percuma je pun, walaupun percuma tapi tetap best woo!!

ada style photographer berjaya tak snap gambar ni?? cakaplah ada, ada!! penat tau nak ambik gambar ni.. :p


Setelah hantar mama dengan baba dekat food court sebab diorang willing nak tunggu anak-anaknya berseronok di bawah dayah pergi withdraw duit dulu so dah alang-alang tu kami pun jalan-jalan lah dekat area-area konsert masa ni konsert masih belum start ada satu jam lagi before nak masuk so masa jalan-jalan tu kami terdengarlah diorang buat sound check and time tu Joe Flizzow tengah menyanyi and disambung pulak dengan Altimet..Okay!! ini rahsia kita-kita je eh!! kami punya excited sampai pusing satu tapak konsert tu kot kot lah kan dapat masuk tengok diorang tengah sound check, hermm!! cari-cari tak jumpa jalan masuk, mana taknya diorang masih tutup lagi..Abang-abang securities yang tengah jaga area tu tengok je gelagat kami pusing cari pintu masuk, weehh!! malu gila time tu, terus buat-buat message kawan cakap tak pergi ke tengok konsert ni, hahaha!! Untuk menghilangkan rasa malu tu kami terus jumpa mama and baba balik dekat food court rehat jap sebelum pergi balik dengan menebalkan kulit muka ni and beratur tunggu masa nak masuk.. :)

antara orang-orang terawal yang beratur, ini punya excited..


hee!! iya-iya lah ni nak masuk awal kot-kot lah boleh duduk dekat depan sekali *I mean area yang tengah tu* sekali itu untuk fan zone, sesiapa yang ada ticket F1 sahaja dapat duduk area tu..Sedih okay!! :( dahlah area tu paling best sekali..Takpe-takpe asalkan dapat jugak tengok..


orang tak berapa ramai sangat pun..

Sementara menunggu konsert start :

APA MACAM??

kita bergambar gambaran dulu ye!!


ohh!! masa masuk tu kami diberi ini, mula-mula dapat 2 lepas tu dapat lagi satu hasil balingan daripada pengacara JD..Tepat jatuh atas tangan dayah..



setiap kali bola ni datang semua excited nak tolak, termasuk ini orang yang tengah menaip ni.. :D


JD from Mix.fm..Ada sorang lagi Dilly tapi dia asyik area sebelah sana je..

JD..

persembahan pembuka, tak ingatlah nama group ni tapi wow!! sungguh energetic nak-nak yang angkat tangan tu..



berhenti seketika sementara menunggu waktu maghrib..



tak ingat nama group ni tapi yang pasti diorang ni best okay!! sebabnya menggunakan bahan-bahan terutamanya peralatan dapur untuk buat muzik..cool yeah!! *try dekat rumah tak jadi pun macam ni, hehehe!! kena jerit dengan mama adalah bila dia nak masak semua periuknya tak ada..* :p



gabungan 2 group ni sebelum berhenti untuk...

solat Isyak pulak..

Serious kaki dayah masa ni macam nak pecah sebab berdiri lama sangat so kami decide untuk berkelah di bawah sementara tunggu konsert yang betul-betul start :


meniup apaentahnamabendani.. :)

kalau jadikan macam ni pun okay!! jugak kan??

ohh!! better begini jelah..


mula-mula malas nak guna benda ni tapi tengok orang sekeliling pegang macam best pulak kan..

diorang sedang bertanding main tolak-tolak dengan group sebelah sana..

selain JD dan Dilly ada jugak Asha Gill dan Joey G..

untung duduk area sini adalah joey g sentiasa baling hadiah area sini je..hehehe!!

Baiklah artis yang dinanti-nantikan sudah mahu start buat persembahan, maaflah gambar agak kurang memuaskan, biasalah kita guna camera biasa je pun.. :

Joe Flizzow..

Joe Flizzow ada nyanyi lagu Do it dan Isabella



Altimet dah keluar, masa ni diorang tengah nyanyi lagu Who Do It Better dan satu lagi lagu Altimet Kotarayaku feat Joe Flizzow..

agak keciwa sebab Altimet asyik pandang sebelah sana je, mesti dia takutkan nak pergi area yang dayah ada sebab dengar dayah jerit nama dia, hahaha!! *ada india tu asyik pandang je dayah sebab setiap kali Altimet nyanyi dayah jerit* :p dan paling frust sebab dia ada baling towel yang dia bawa masa tengah menyanyi tu..Siapalah yang dapat tu kan?? :( 

nampak tak?? kalau tak dayah tak dapat nak tolong sebab ni ajalah satu-satunya gambar Sona One yang dapat dayah snap masa diorang tengah nyanyi lagu Who Do It Better..

Sementara menunggu persembahan yang paling dinanti-nantikan iaitu dari Mizz Nina dan Colby O'donis 2 pengacara ni keluar lagi dan kali ni diorang suruh kitaorang jerit dan memandangkan area dayah agak kurang kuat jeritanya so Joey G decided nak baling hadiah bagi kami semua wake up dan jerit kuat-kuat :

nampak itu t-shirt nak tau siapa dapat, hehehe!! dayahlah, baik je baju tu landing atas tangan dayah..Akhirnya dapat jugak t-shirt tu, :)

seriously Mizz Nina sangat cantik in person dan pandai menari okay!!

tengok tu..


sempat ambik video masa Mizz Nina and Colby O'donis nyanyi lagu hit diorang apa lagi kalau bukan What You Waiting For..

Baiklah mama dah call suruh balik so marilah balik walaupun konsertnya belum pun habis lagi..

balik je kami pekena satay sebab semua kelaparan..

inilah t-shirt yang berjaya di ambil oleh saya.. :p *suka-suka*


Itulah dia cerita kami satu hari di KLCC, dari MIHAS terus ke konsert..Penatnya tuhan je yang tau tapi siapa suruh gatal sangatkan nak pergi, rasakan.. :D

p/s : dari mula menaip ni dayah tengah dengar lagu-lagu oldies di Lite fm..Best!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...