3/24/2011

Setengah harian di Cameron Highlands -part 1-

Selamat tengah malam semuaa....


Walaupun dah tengah malam tapi dayah tahankan jugaklah mata ni ehh!! sebab nak update entri-entri yang tengah pending ni..Elehh!! kan macamlah banyak sangat yang pending..hehehe!! adalah jugak dalam 2 3 entri..


Okay!! tak payah mukadimah yang terlalu panjang berjela-jela sebabnya tak ada pun guru bahasa melayu nak tolong bagikan markah..Kali ni entri tentang percutian setengah harian kami di Cameron Highlands..Almost 2 weeks back kot kitaorang pergi, sayur yang beli dekat sana pun dah habis digunakan..hehehe!! Sebenarnya cadang nak pergi Cameron ni adalah daripada mama, dia sibuk sangat nak beli sayur dekat atas sambil view permandangan cantik-cantik dan hijau-hijau di atas tu ohh!! yee!! satu lagi mama sibuk nak minum teh *walaupun hari-hari keluar ke kedai mamak minum teh..* Mula-mula cadang nak keluar rumah lepas subuh, nak sampai sana seawal pagi dan lepak dekat atas tu sampai petang tapi itu semua hanyalah kenangan bila kami semua terjaga dari tidur dah hampir-hampir nak tengah hari.. :D Nak cancel macam tak best je so kami teruskan jugak perjalanan walaupun hari dah tengah hari, tak kisahlah sampai sana petang pun, alaa!! boleh pergi pasar malam dekat Brinchang nanti kan.. :)


Kalau keluar awal pagi bercadang jugak nak breakfast ala-ala kampung tapi disebabkan dah keluar rumah tengah hari kita terus makan for lunch je lah..Lokasi pilihan adalah kedai mamak di kawasan Sungai Besi..Kedai buruk je okay!! tapi makanan especially ayam goreng dan kambing karinya memang terbaik..ohh!! satu lagi murah..


ayam goreng ni sedap ditambah lagi makan dengan kicap cair..perghh!!

itu dia kari kambing..

makan nasi dekat gerai ni mesti kena ada telur goreng ni..*ini selera tuan punya blog ni yee!! bukannya u olls pergi memang siap dah letak telur tau* 

licin dikerjakan oleh kami empat beranak..

Perjalanan diteruskan selepas semua perut dah diisi..Disebabkan dah lambat sangat kami pun decided untuk menggunakan highway instead of jalan lama, nanti kang malam baru sampai kalau insist nak ikut jalan lama jugak..

Tapi tengoklah ni...

jalan jem sebabnya ada accident dekat depan tu, lori rasanya terbakar..Hampir satu jam jugak kami stucked dekat sini..*nasib kiri kanan orangnya best, hahaha!!*

dah lepas tu jalan lancar sampai Cameron Highlands..


Sepanjang naik ke Cameron Highlands cuaca hujan dan mendung je, kabus agak tebal jugak..Dekat bukit-bukit tu boleh nampak kabus dan view masa ni sangatlah cantik, hijau je dan terasa freshnya cuma bila kereta berselisih masa tu dah tak fresh sebab terhidu bau asap kereta..








Passed by bandar Ringlet, tapi kami tak panggil Ringlet tau tapi sebaliknya iaitu SINGLET..hehehe!!


Pit stop yang pertama kena berhenti setelah hampir-hampir sampai dekat Tanah Rata adalah Bharat Tea plantation..Ini adalah tempat wajib berhenti kalau dayah sampai atas ni..Dari dulu  sebelum tempat baru ni ada kami selalu singgah jugak..Beli teh tarik dalam cup dengan harga RM1 tapi sekarang rasanya dah naik harganya..Tapi selepas ada tempat baru dimana dekat situ lagi best lepak lama-lama sambil tengok view ladang teh dah tak pandang terus teh RM1 tu..

Anytime is Tea Time at Cameron Highlands...


by the time kitaorang beli minuman orang dah penuh..

- antara menu minum petang kami -

brownies with ice cream..RM8, rasa bolehlah tahan jugak..

scones RM12..scones ni lembut dan sungguh berlemak, rasanya not bad jugaklah..

ini teh penuh dengan masalah..Teh masala, SEDAP OKAY!! dayah dah tau macam mana nak dapatkan rasa teh masala yang sama macam yang dijual dekat sini..hehehe!!

teh tarik biasa, harga tak silap RM3 rasanya..

Para pengunjung yang menghabiskan kesemua makanan yang ada diatas meja kami...

gambar ibu bapa harus diutamakan..

PA saya jugak harus diutamakan gambarnya, kalau tak PA pecat bos..hahaha!!

tuan punya blog agak selekeh masa tengah menikmati minum petang ini jadinya gambar dia harus sikit je..

mama sedang menikmati kesedapan teh itu..

Baiklah yang selebihnya dayah akan sambung next entri pulak yee!! hari dah sangat mencemburui kita-kita ni..Jahatlah dia ni kan.. :) Sampai disini dulu, dan siapa yang kerja esok sila tidur sekarang jugak..Bye semua..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...