3/12/2011

The Garden, The Curve - Makan malam -

Hye!! semuaaa!!


Jumaat minggu lepas waktu pagi tengah nak buat air telah memasang niat di dalam hati untuk tidak mengambil makanan yang berat tengah hari ni sebabnya malam nanti ada acara makan malam bersama family..Tapi apakan daya bila nafsu makan menguasai diri, terbabas makan tengah hari Grilled Chicken Chop with top of cheese kau, giler punya kalori tinggi, hehehe!! pejam je mata pasal diet itu semua, dah mereka-mereka ajak pergi makan dekat food court inilah jadinya..Itulah sebabnya kalau boleh memang tak nak ke food court tu, aura dia lain macam sikit..okay!! salah sendiri..*menyesal*  


Takpelah benda dah nak jadi dayah REDHA!! je hahaha!! balik je office terus rasa bersalah teramat sangat dan segera capai botol air minum air suam sebanyak yang mungkin *asyik tag pass keluar je ke toilet, hehe!!* 


Malam after maghrib kami sekeluarga terus keluar ke Damansara untuk makan dekat The Garden, baiklah agak outdated sikit dayah ni kan baru sekarang ni nak makan dekat sini tapi tak kisahlah.. :) 


sentiasa meriah dengan manusia..

lokasi kejadian makan malam..

takkan nak makan guna tangankan..

dalam taman..

theme white green sangat nampak cantik bila digabungkan..



Sampai-sampai je tak membuang masa yang lama untuk meng-order makanan, dapat je menu terus diselak dan terus membuat pilihan hati masing-masing..

steak section..

Selesai kerja memesan makanan sementara menunggu makanan yang diorder sampai apa lagi aktiviti nak buat selain bergambar..hehe!!

mulakan dengan gambar baba & mama..

diikuti dengan Fizah..

DAN

konon-konon gambar candid, *untuk pengetahuan yang dipandangnya itu dinding*

Pesanan yang sampai dahulu mestilah air..

Iced Irish Cream Latte..this is mine :)

Soda Passion Fruit..Fizah punya

Longan Blast..di-order oleh mama

Dan Plain Water untuk baba..Baru lepas minum kopi di rumah sebelum kesini..

order 1 plain water with ice tapi disebabkan mereka baik hati nak charge lebih dalam bil diberi 2 plain water tapi satu lagi tu without ice.. 

Pot pet pot pet kami 4 orang bercerita itu dan ini makanan pula yang tiba..

Garden Black Papper Chicken Chop di-order oleh mama dan dayah..Mula-mula dayah nak order satu menu ni *tak ingat apa nama menu ni* tapi tak ada pulak malam tu..haishh!! 

Braised Lamb shank, baba order..

Spaghetti Marinara order oleh Fizah..spaghetti dan dia tak dapat dipisahkan, suka sangat..

side order : Mashed potato..

Jemput menjamu selera semua.. :D

Sambungan pot pet pot pet tadi yang tergendala siarannya dek kerana makanan sedang dihidangkan..Makanan yang boleh dikategorikan "akan datang lagi selepas ini" dijamu oleh kami 4 beranak dengan sungguh berselera sekali, walaupun pot pet pot pet tapi makanan tetap masuk mulut *buruk sikit nampak perangainya* dan yang pasti tak ada toleh kiri dan kanan cuma toleh kanan sahaja bila nak curi Spaghetti Marinara fizah.. :D


Hasilnya selepas beberapa minit 'dikerjakan oleh kami'

pinggan pertama dilicinkan dengan jayanya..

pinggan kedua disebelah sana tu berjaya jugak dilicinkan termasuk dengan kambing-kambing tu sekali..

DAN pinggan ketiga, keempat dan kelima berjaya dilicinkan..

Puas hati kami berjaya menambah kalori dalam badan..

Lepas habiskan makanan, semua........




- minum airlah -

Kalau dah makan main course tak sedap hati rasanya kalau tak order dessert kan..Apa lagi, "excuse me, can I have menu"

dibaginya menu yang kecil je..

Jadilah, so proses pemilihan dessert pun dilakukan..Rasa macam nak order semua yang ada dalam gambar diatas ni TAPI ini je yang di-order, mana boleh tamak....

3 dessert untuk 4 orang..

- bagi close-up one by one eh!! -

Tiramisu..

Hazelnut Truffle..ini sangat sedap sebab tengah-tenganya ada Hazelnut Filling..Serious 'feeling' habis makan..

- mintak jugak menu besar sebab nak order yang ini -

Coconut Galore, ini pun sedap..

makan sorang-sorang je..

sampai licin..

Service dekat sini sangat cepat sampaikan kami yang belum lagi ready pinggan untuk diangkat dah ditanya "can I take this (merujuk kepada pinggan)" "oppss!! not yet"

mereka-mereka ini lah yang tak sabar-sabar nak kemas meja..

Sebelum beredar pulang bergambar harus dilakukan sekali lagi....


ecewahh!! macam gambar dulu-dulu time dating dekat taman..




Sekian cerita kami di The Garden..
- nice ambiance created by the Restaurant
- nice food, drink & dessert
- price yang not bad lah..

Sayonara untuk kali ini..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...