Baiklah, itu kita cerita lain entri sebab kalau nak cerita pasal weekends lepas dekat office ni memang tak bolehlah sebab pertama tak boleh transfer gambar melalui thumb drives terus ke pc ni sebab amaran keras telah dikeluarkan no transferring any pictures into this pc *tunduk-tunduk kepala*..Sebab kedua ialah dalam thumb drives tu pun semua gambar yang belum di edit so editing gambar hanya berlaku di rumah sahaja kerana di laptop kesayangan-walaupun-slow itulah ada software for editing..
Dah, kita tutup entri pasal apa yang nak diceritakan di next entri, nanti banyak-banyak menaip terbocor rahsia tanpa sengaja..
Since CNY ni kami belum planning nak ke mana-mana rasanya tak lah kot sebab dah last minit memang hotel fullhouse lah kalau macam ni kan..*duduk rumah diam-diam je* Cadang nak pergi Singapura tak jadi atas sebab-sebab yang tertentu so postponed to the next visit but for sure bulan June jadi eh!! heheeh!! Memandangkan dah tak jadi bercuti makanya dengan rasa baik hati dayah nak share some tips perancangan sebelum holiday *padahal macam tak ada kena mengena langsung tak jadi pergi holiday dengan tips ni tapi degil hentak-hentak kaki jugak nak share tips ni*..Just a simple tips based on our experienced before.. *wink wink*
Lokasi :
First thing yang kena consider ialah mana lokasi yang u olls nak tuju *tarik spec turun ke paras hidung*..Biasalah kalau nak pergi bercuti mesti ada destinasi yang menjadi pilihan hati nak dituju bersama family, yang tersayang, kawan-kawan, jiran tetangga, rakan -rakan kelas memasak, rakan-rakan kelas ngaji, rakan-rakan persatuan okay!! stop kat sini sekarang..Bila lokasi yang nak dituju dah dicapai melalui kata sepakat beramai-ramai haa!! banyaklah urusan yang bersangkut paut dapat dilaksanakan contohnya kalau nak booking for hotel, transport, tourist guide, itinerary lokasi-lokasi yang wajib dilawati dan sewaktu denganya..Dah dapat lokasi yang berkenan di hati terus kaji pulak cuaca tempat tu, jadi pengkaji cuaca selama seminggu before nak bertolak ke sana..Ini bertujuan tak naklah pergi sana nanti musim hujan, musim tengkujuh, musim panas ehh!! cop ini lagi bagus daripada hujan tak berhenti nanti nak gerak ke lokasi-lokasi menarik bisa terbantut..Okay!! dapatkan?? ini bukan apa nak bagi setiap apa yang dirancang berjalan dengan lancar.. :)
Penginapan :
Ini penting sebab kalau dah sampai sana sekali tak ada tempat nak tinggal bisa haru-biru jugakkan, tak akan nak tidur dalam kereta mandi di public toilet pulak, bayangkan datang beramai-ramai..Jadinya untuk lebih selamat lepas je dah tau mana tempat nak pergi segeralah google untuk cari tempat untuk menetap selama berada di negeri orang tu..Tapi kalau u olls pergi during non-peak seasons, chances nak dapatkan bilik without prio booking adalah sangat senang berbanding kalau pergi during peak seasons..TAPI kena ingat kalau long weekends for example this coming CNY tolonglah jangan buat last minit booking atau walk-in booking sebab normally during this seasons chances tu amatlah tipis untuk dapatkan bilik sebabnya kebanyakkan orang akan ambil peluang ni untuk bercuti itu tak termasuk lagi dengan yang dari luar Malaysia and kebanyakkan mereka yang memang dah confirm akan bercuti during this public holiday akan book hotel dari last year okay!! tak percaya?? *cuba terbeliakkan biji mata* haruslah ada kepercayaan sebab kami sefamily pernah kena macam ni, nak booking lagi one month ni nak pergi tapi sorry unavailable sebab ada yang dah booking setahun yang lepas, siap ada yang dah bayar.. :) ohh!! tapikan ini kalau nasib baik tau, sesetengah hotel during this seasons diorang prefer if customer walk-in booking rather than call ealier, but not most of the hotel yang buat macam ni..Antara sebabnya ialah kalau walk-in booking memang dah sah-sah orang tu akan stay and bayar on-the-spot kan but if booking without any payment made diorang takut last minit cancel so nanti diorang yang rugi..But i would recommend u guys made an earlier booking please in order to get a smooth holiday trip..
Pengangkutan :
Bilik dah booking so pass, sekarang ni transportation pulak..Kalau holiday ni dah muak naik kereta je nak tukar angin naik public transport silalah booking terlebih awal eh!! for example kalau nak naik flight tunggu AA buka waktu promosi then cepat-cepat booking then you need to put this itinerary as number one instead of location *do you get what i mean??*..Kalau menggunakan sendiri punya transport pastikan kereta, motor atau apa sahaja jenis atau jenama kenderaan di selenggara dengan baik *haa!! dah macam iklan di radio*, nak jalan jauh ni even Port Dickson eh!!..Tak naklah nanti tengah-tengah jalan tiba-tiba terberhenti gara-gara kereta rosak, baik??!! jadi segera ke pusat service yang berhampiran sekarang..Kalau nak guna public transport selain daripada flight make sure beli cepat-cepat jugak tau, jangan last minit jawabnya tak balik lah korang nanti..Sekarang ni banyak yang dah boleh booking online tinggal search je so please again don't do it until last minit tau..
Itinerary :
okay!! ini option kalau nak buat pun boleh tak pun boleh tapi dayah rasa kalau dah ada itinerary percutian lebih teratur sebabnya kita dah tau mana tempat yang kita nak pergi dulu, mana tempat yang wajib dilawati..Tak lah nanti bila dah balik rumah google tengok alaa!! tempat ni kita tak pergi pun padahal ni lah tempat tourist attraction..kan dah menyesali!!Kalau kami pergi bercuti normally kalau ke overseaslah memang baba akan sediakan a bunch of information pasal country yang bakal dilawati tu, dari hotel, transport, halal stall, tourist attraction, kira semualah yang berkenaan jadi always ada extra kg untuk 'file percutian ni'..hehe!!
And some tips lagi, if you guys cadang nak pergi bercuti during peak season ni better cari lokasi yang tidak menjadi tumpuan pelancong sangat during musim-musim macam ni for example CNY, bukan tak boleh tapi cuba cari waktu yang tak long weekends sangat sebabnya kalau pergi waktu-waktu macam ni di khuatiri u olls rimas sebab pergi sini ada orang pergi sana ada orang, serba serbi pergi ramai orang, kadang-kadang kalau dah terlampau ramai sangat orang nak melawat pun dah tak menarik mana taknya kena beratur mak aii!! punyalah panjang semata-mata nak naik roller coaster yang 5 minit pun tak sampai *ini berdasarkan pengalaman eh* Jadi cuba waktu-waktu macam ni pergi ke tempat yang less pelancong pergi, try then u will definitely fells the moment.. :)
Rasanya ini lah serba sedikit tips yang dapat dikongsi bersama..
p/s : seumur hidup baru sekali naik bus pergi outstation itu pun time zaman-zaman kurus dulu *maknanya dah lama tu*..Sekarang ni memang sangat fobia dengan bus persiaran, tengok on the road je dah cukup belum nak naik lagi..
JADI SELAMAT BERCUTI SEMUA.....
No comments:
Post a Comment