1/26/2011

22/01/2011 - jemputan kahwin -

Weekend yang sangat sibuk dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah, berfaedah ke persoalannya?? Eh!! mestilah sebabnya pagi ikut serta mama dengan baba pergi rumah orang kahwin, ni kira last minit punya decision pun, disebabkan ini kira kawan baik mama masa kerja dulu so tak naklah kecikkan hati dia sebab dia dah sudi jemput tanpa kad jadinya dari tak nak keluar terpaksalah keluar jugak siang tu..

Lokasi dewan pengantin dekat Kelana Jaya berdekatan sangat dengan MAS training center *asal tak ada satu pun pramugara hot lagi handsome jalan-jalan berhampiran situ, hahahaha!! gatai* Senang sangat landmark yang diberi kepada yang tiada jemputan kad kahwin ni, *kalau tak mesti kecoh dalam kereta..ba, masuk kiri lepas traffic light yang second tu, lepas tu nanti jumpa sekolah, laa!! kan dah terlepas tu haa!! signboard siap muka pengantin besar-besar dah tergantung, follow yang tu*..Ini lah yang selalu terjadi tatkala memandu ke rumah pengantin berpandukan map, saya membaca map, mama tukang tengokkan landmark, baba tukang follow dan fizah tukang tengok je kami kecoh..

Kami tiba pun kira waktu pengantin dah bersanding jadinya tuan rumah sambut terus ajak kami makan borak-borak pun anak beranak je puji pengantin dan pelamin dia cun gilerr!! :)

Jadi saya dengan bebesar hatinya ingin menunjukkan sedikit gambar yang sempat di ambil, silalah jamu mata anda semua ehh!!

silalah jealous bersama saya sebab pelamin dia serious simple yet cantik sangat, actually pelamin ni panjang but since masa ni orang tengah sibuk tepung tawar makanya zoom in dari tempat duduk bagi nampak pelamin je nak tunjuk kat u olls semua..


pengantin yang sepadan lagi cantik.. :)

ada kuih ros, bahulu dan belakang menu tu ada rempeyek..

kesimpulannya makanan agak menghambarkan, daging tu manis sangat, ayam pulak hanyir so memang pembaziran berlakulah bila ayam tak habiskan, dalca okay!!, pacri nenas nenasnya manis cuma sambal belacan tu sedap, pedas..Buffet ni ada 2 jenis satu kalau nak makan nasi briyani ada, satu lagi nasi putih, tak silap ada kuah masak lemak..

butter cake..

makan-makan lupa pulak nak minum, nah!! air sirap..ada air teh tapi baik punya dah ambik cawan nak tuang, habis..tehee!! *malu dengan kakak sebelah*


gambar sebegini di ambil bermotif tau..


goodie bag..

cekidaut apa yang terdapat di dalam beg silver ni..

taraa!! ada cupcake & tempat letak lilin (ada 2 colour, satu lagi silver)



Masa on the way jalan nak ke parking tiba-tiba nampak ada 2 orang makcik elok je duduk atas bench tepi tangga tu makan ice cream, siap masing-masing dengan tisu sorang satu, sambil makan lap mulut, makan lagi lap mulut lagi..Sementara mama pergi jumpa kawan dia dekat dalam dayah perhatikan je makcik tu makan, teruja tengok orang tua makan ice cream oren u olls..Jadinya, mama keluar je dah lepas salam-salam tuan rumah dayah terus heret mama ajak beli ice cream oren sebijik macam makcik-makcik tu makan *terasa seperti kanak-kanak tarik kain mak dia suruh belikan ice cream* heheh!!




tengok ni.. :)

angkat kaki balik rumah..

Sambungan next entri untuk aktiviti hujung minggu di waktu malam pulak tau..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...