12/08/2010

Bbq dalam-rumah / in-house bbq

Sememangnya harus di akui yang kami sekeluarga ni amat menyukai aktiviti yang berkaitan dengan makan * ada ke yang tak suka aktiviti ni??* jadi bila anak-anak mereka yang ini ini nak cuba berdiet memanglah agak payah, macam kena berpuasa selama sebulan tanpa diberi makan langsung..Nak nak kalau cuti-cuti panjang macam ni ditambah lagi gaji baru masuk tambah satu lagi bila foodcourt dekat TPM tu ada gerai baru jual sandwich yang sememangnya favourite kita..

Intro macam nak bagi tau yang saya akan berdiet mulai hari ini, sebenarnya dayah nak menceritakan aktiviti kami hari tu, bermaksud bulan lepas kami ada buat makan-makan, bakar-bakar makanan di rumah..Frust tak dapat nak pergi holiday depan laut sambil bakar kambing kemudian angin laut melambai-lambai helaian rambut..Jadi kami buat je depan rumah sambil ditemani bulan separuh terang dan hujan yang agak lebat turun..*ada gaklah angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka*

Jap nak edit sikit gambar lepas tu baru boleh cerita berdasarkan gambar..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay dah boleh sambung balik..Seperti yang dijanjikan, akan menceritakan kejadian-kejadian di hari itu berdasarkan gambar yang bakal dipaparkan..*secara jujurkan, sebenarnya tuan empunya blog ni dah lupa cerita tu tapi bila tengok balik gambar ohh!! ingat dah tapi kena jugak cerita berdasarkan gambar jugak*

persiapan sebelum acara pembakaran dimulakan..Buat secara kecil-kecilan jadi meja pun tak ada orang yang nak bagi sewakan, guna je kerusi-kerusi di dapur tu..Budget disposable macam ramai yang bakal ikut serta dalam acara ni..


dibuat oleh mama, dibuat beberapa jam sebelum acara bermula untuk pastikan ianya sejuk ketika dihidangkan..

dipotong, digoreng semua dari baba..Ini adalah kentang separuh goreng sebab nanti nak bakar lagi..

makanan yang bakal dibakar, burger, kambing & ayam semua di marinate by ayah saya..Sausage tu beli je yang dah siap tak payah gatal tangan nak marinate jugak..


Bagi zoom in sikit eh :

tukang cucuk semua anak-anak kambing ni adalah saya sendiri, nasib tak banyak kalau tak tangan bau perfume hasil keluaran daripada rempah-rempah itu..

tak payah gatal tangan ini pun nak main cucuk-cucuk..apa ingat ini botox ke??
dah siap marinate jugak beberapa jam sebelum acara..

okay!! ini boleh gatal tangan beli burger ramli lepas tu beli satu packet mince meat kemudian hancur2kan mereka dan buat burger buatan sendiri dengan campuran beberapa rempah yang bersesuain..Idea dari ayah saya..

saja ambik gambar kambing ni banyak-banyak sebab sayakan pengemar kambing dan nak tunjuk teknik mengambil gambar untuk menghasilkan gambar yang cantik *kalau pening nak fahamkan ayat ni buat-buat je macam faham*

motif acara ini dilakukan sebab inilah, tengok ni tempat pembakar yang baru..Yang kali ni punya guna elektrik jadi taklah teruk sangat asap yang dihasilkan berbanding kalau guna arang..Tapi guna arang lagi TERBAEKKLAHHH!! rasanya..

didatangkan dengan penutup..


tukang beli bahan-bahan, tukang marinate & tukang bakar..

sabar menunggu makanan yang sedang dibakar..

lokasi: depan pintu rumah..Orang tua2 cakap anak dara tak baik makan depan pintu rumah nanti......siapa yang tau tolonglah sambungkan sebab saya pun tak tau..Tapi budak ni selamba je asalkan aku ada tempat dan ruang untuk menikmati makanan ini semua..


sabar menanti makanan..

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya ini lah hasilnya :


sedia untuk diserang..Letak dalam beberapa minit pusing balik tinggal lidi je..

ready-to-eat..silalah jamu mata

burger pun dah siap..

Perut terasa sungguh padat malam tu, terasa tak naklah tamak sangat kan so kami pun sediakan satu pinggan untuk diagihkan kepada jiran sebelah..Kami memang suka kalau bab-bab menbagi2 ni..Tak percaya datang rumah tengok sendiri keakraban dan kekerapan kami dan jiran membalas-balas makanan..


acara dah habis, semua licin..



Tinggal lidi je..

hujan yang mengiringi kami..

tetamu yang hadir pada malam itu, sorang lagi tetamu tak pakai selipar datang acara ni dan yang satu lagi dia tak perasan yang dia hanya memakai sebelah je selipar..

Kami pasti lepas ni akan mengadakan acara ini sekali lagi tapi kali ni bukan lokasi di rumah, kami sudah mendapatkan lokasi yang bersesuaian dan tarikhnya sekali..Nantikan ye!!

p/s: ada lagi cerita yang berbulan disimpan dalam kepala ni, insyaallah next entry pulak..:)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...