7/12/2010

Ferrero Milkshake

Pagi tadi masa pergi Tesco nak beli barang terasa pulak nak buat milkshake balik rumah nanti..Apalagi saya grab lah apa bahan-bahan yang patut nk buat milkshake, tak banyak sangat pun bahan-bahan nya yang penting kena ada ice cream

Kali ni saya nak buat milkshake ferrero rocher pulak, kalau biasa kita buat starwberry, chocolate and vanilla kan..Dah muaklah flavour-flavour tu lagi pun idea and recipe ni datang masa saya bercuti ke Australia baru-baru ni..Masa tengah jalan-jalan dekat shopping complex saya tengok ada satu gerai ni jual milkshake macam-macam flavour and dia bagi try, fuhh!! sedap sangat so kami pun belilah satu perisa ferrero rocher, ada macam-macam lagi contoh macam twix, cadburry, crunchie ehh!! dipendekkan kata memang macam-macamlah and semua nampak wah!! tempting sangat..Saya ni memang pantang tengok gerai yang jual minuman macam ni, mesti nak try sebab saya memang suka air-air macam ni..Jadi kalau nak belanja saya taulah eh!! mana nak bawa..hehehe!!

So masa minum tu kan saya dapat idea, nak buat air ni bukanlah susah sangat..Iyalah kalau beli dah berapa kan tambah pulak sikit je, kadang-kadang tak puas minum..

Jadinya saya pun tadi mencubalah milkshake ni and guess what?? jadi dan rasanya sebijik macam yang saya beli tu..hehehehe!!=)

Mari tengok cara-cara yang sangat mudah untuk mendapatkan milkshake yang sedap:

Bahan - bahan:

ice cream vanilla, apa2 jenama pun tak apa tapi lagi sedap kalau pakai wall's or nestle lah..make sure kalau milkshake ni kena pakai vanilla ice cream sahaja jangan flavour lain tau..

susu kalau boleh full cream lah kalau nak low fat pun boleh je tapi mungkin rasanya kurang enak sikit..Apa2 jenama pun boleh asalkan susu..

ramuan penting kalau nak buat ferrero rocher milkshake..Ferrero Rocher (ada masalah btl nak taip ferrero ni tau)..


kalau sesiapa yang nak guna snickers pun boleh je..terpulang kepada citarasa sendiri (wah!! ala2 chef tau cakap)

nak guna ni pun boleh..

jangan lupa blender, kalau tak macam mana nak blend semua bahan-bahan tadikan..Blender ni pun apa2 jenama boleh asalkan boleh berputar..hahaha!!

Cara-cara membuatnya:


masukkan semua bahan-bahan tadi..Kalau nak tambah ice pun boleh jugak tapi make sure jangan terlalu banyak okay..

blend kan sampai semuanya hancur okay..

dah selesai kerja blend and dah hancur semua bahan2 tadi bolehlah tuang kan ke dalam cawan macam ni..lebih menarik hiaskanlah dgn ferrero rocher..=)

tadaaaa!! dah siap pun Milkshake Ferrero Rocher..guna glass yang tinggi macam ni lagi nampak menarik..=)

Itulah dia recipe nya..Senang bukan, so lepas ni buat sendiri je dekat rumah tak payah nak beli-beli lagi..

Selamat mencuba kawan-kawan..


1 comment:

MiszNadiey said...

epas nie boleh la buat untuk kiter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...