4/07/2010

Nasi kandar oh Nasi kandar..

Kali ni kita buka entri pasal tempat makan pulak eh..Ini kira tempat makan paling kami sekeluarga suka atau minat sebabnya kalau mama malas masak normally kalau hari ahad mesti tempat makan ni jadi sasaran kami..Kedai ni namaya Restoran Kudu bin Abdul, pure nasi kandar dari penang tau..Alaa, located dekat Jalan Tunku Abdul Rahman, betul-betul depan Tune hotel and Maju Junction mall..Memang makanan dekat sini superb lah sebabnya dah banyak kali jugak kami try nasi kandar tapi susah betul nak dapat yang sedap, pergi penang pun susah nak dapat yang original nya melainkan nasi kandar Line clear lah..Masalahnya kalau pergi penang tak pernah nya dapat makan nasi kandar Line clear ni, mana taknya 24 jam tak clear-clear..entah bila yang tak ada orang pun tak taulah, yang tak tahan tu kena beratur mak aii panjangnya..

Kedai nasi kandar ni popular dengan Ayam sambal, fuhh!! memang terbaiklah, sedap makan dengan nasi putih panas-panas bertemankan cili hijau (kalau makan nasi kandar wajib kena ada cili hijau untuk digigit)..Kedai ni jugak dah lama beroperasi, bayangkan masa arwah nenek dayah ada lagi..Mama cakap masa dia muda-muda selalu pergi makan dekat sini kira semua kaum kerabat mama makan dekat sini lah, sampai ke anaknya pun dia ajak makan..Bukan ayam sambal je yang ada tapi macam-macam lagi choices, nak ketam ada, ikan ada, ayam goreng ada, daging ada dipendekkan semua ada..=) Tapi kalau kami datang selalunya makan ayam sambal and hati goreng, 2 lauk ni je lah..Kalau buka puasa pun lauk ni jugak, take-away pun lauk ni jugak..

So kepada sesiapa yang memang terasa nak makan nasi kandar makanlah disini ye..;-)
Meh dayah tunjukkan gambar..

orang beratur sampai ke sebelah sana punya panjang..dayah taklah ambik gambar beriya2 sebab ramai sangat orang, duduk pun dapat dekat luar sebab dalam penuh..

inilah dia ayam sambal..sedap okay, femes pulak tu..

hati yang digoreng garing, walau dayah ni tak makan hati ayam tapi tengok pun tau garingnya..papadom jangan risau satu pinggan dia kasi..

nasi..


p/s: terliur rasanya bila tengok nasi and lauk-lauk ni TAPI...INGAT DAYAH AWAK SEDANG BERDIET, LUPAKAN OKAY..sob sob sob!! :'(

2 comments:

catz said...

salam,
i'm not a fan of nasi kandar. but always want to try.
di kl ada nasik kandar tersedap eh..
harus terjah nanti.
:)
thanks for sharing dayah.
when u mention 'diet' hahhaha...its remind me too. tq.

Hiedy said...

salam
okay selamat terjah ye..jgn lupa cuba ayam sambal dia tau..
okay sharing is caring kan..hehehe!!
hahahahha!! mmg susah nak berdiet kalau ada tempat2 mkn yg sedap2 ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...