3/15/2010

Bandung Trip Part 2

Lepas 2 1/2 jam duduk dalam kapal terbang akhirnya sampai lagi kami di bumi Indonesia, Soerkarno Hatta Airport..Mentang-mentanglah Air Asia ni tambang murahkan punyalah jauh kapal terbang tu parking, turun je dari kapal terbang ada bus disediakan untuk bawa kami semua ke dalam airport and lagi pun tak ada kemudahan untuk pejalan kaki macam dekat LCCT..Disediakan 2 bus untuk angkut kami semua ni..

keadaan dalam bus ni luas..dapat naik kejap je..


on the way ke imigresen..

Masa dekat imigresen tengah beratur dayah rasa macam nak marah je ada seorang makcik ni, boleh dia main tolak-tolak pulak, dahlah luggage dia kena kaki dayah..Sibuk nak suruh orang cepat, dia tak reti ke yang kastam tu tengah check pasport orang one by one..ishh!! geram tau masa tu, ni mesti kes baru naik kapal terbang..Dahlah dah waktu malam, mengantuk luggage pulak lambat keluar, kami ni nak cepat sebab takut counter bus tutup..Keluar je dari airport terus ke counter bus untuk beli ticket untuk ke Bandung, nasib baik still ada masa lagi sebab bus datang pukul 12 tengah malam..Sementara tunggu bus tu kami sempatlah makan dekat Tony Jacks, kalau dulu masa first time dayah datang tempat tu ada Mc'Donalds sekarang dah tukar pulak..Mama dengan baba dah tak lalu nak makan so kami kongsi burger je and fizah je yang makan..Boleh tahan jugak sedapnya..


sedang membeli ticket bus..


nama bus tu Primajasa, ni counter dekat Bandung..

muka-muka sedang menunggu bus..ada yang ceria, ada yang dah tak larat nak menunggu

Bus datang dalam pukul 1210, kira taklah lambat sangat..Pemandu yang bawa bus ni pun okay je, taklah bawa bus tu laju-laju sangat, lagi pun jalan masa ni tak jem..Dalam bus semua orang tidur iyalah dah pukul berapakan, yang tak tidur dayah, baba and mama, fizah pun bantai tidur jugak..Sepanjang perjalanan ni permandangan best jugak walaupun dah malam..Dalam pukul 3 pagi kami sampai Bandung, memang estimated sampai time tu..Masa ni jalan dekat Bandung tak ada orang and kereta pun boleh kira dengan jari berbanding kalau waktu siang..Walaupun dah malam tapi teksi don't worry lah sebab banyak..Sampai je kami cepat-cepat dapatkan teksi sebab semua dah keletihan, mana taknya dari KL-Jakarta-Bandung, turun naik bus, kapal terbang, teksi lagi..fuhh!! penat seh..Sekali ni kami tidur Mutiara Hotel Bandung, macam Mutiara Hotel dekat Malaysia tapi tak sama katanya..

                                    
di airport Jakarta


                                
kawasan luar airport..


                                      


bilik..



Lepas dh bersihkan diri semua masing-masing cari tempat nak tidur, barang-barang yang bawa tu tinggal dulu esok..ehh!! pagi nanti boleh kemas..Hotel ni included dengan 2 breakfast, pagi tu mata masih ngantuk lagi mana taknya baru 3 jam tidur dah bangun, kami cepat-cepat breakfast lagi pun nak makan tak lalu sebabkan ngantuk..Balik je bilik sambung balik tidur sampai tengah harilah jugak..

Masa kami pergi ni tengah musim hujan and my aunty cakap sana memang musim hujan kalau bulan 2 ni..Lebat jugaklah hujannya, kami duduk dekat verandah wah bestnya angin tiup terasa sejuknya..Malam tu tibalah masa untuk mencari makanan, tanya dengan orang hotel mana satay kambing yang dekat dengan hotel and dia tunjukkan betul-betul depan hotel, kira kena jalan sikitlah..Tak ramai sangat orang and satay kambing pun boleh tahan sedap sampai kami order 2 kali and nasi goreng kambing pun boleh tahan nyum nyum!!
Kalau kami datang Indonesia ni tak sah kalau tak minum Es Jeruk, sini memang popular betul dengan Es Jeruk, mana-mana kedai semua ada dan yang pastinya sedap gilerrr!! wa tak tipu sama lu..

Dinner SATAY KAMBING..mmbeeekkkkk!!

Lepas makan kami terus balik hotel, tak tau nak pergi mana dah lagi pun cuaca macam nak hujan balik je..Keesokkan harinya pulak nak ke Pasar Baru, saja berjalan-jalan and nak belikan sesuatu yang dipesan oleh cousin dayah..

Masa sebelum malam tu dayah sempatlah snap few pictures kawasan hotel..So enjoylah tengok eh, nanti dayah sambung next entry pulak..

Kawasan parking..


                                    












Next entry please..tata!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...