9/26/2012

Jung Il Woo Fan Meeting


Banyaknya cerita yang nak diceritakan tapi malas nak menaip and edit gambar, boleh? Okay2! Mana satu nak keluarkan dulu ni, ermmm! Okaylah kita start with kpop..Tapi ini tak ada kena mengena dengan Super Junior, sebab Suju tak nak datang Malaysia, dulu mintak SS4 tak nak datAng, kali ni mintak SS5 pulak, agak-agak depa nak datang tak?  Takpelah kita simpan je duit dulu, agak-agak diorang datang mengejut ke kan..Okay! lupakan sebentar tentang Suju, this time dayah nak cerita artis kpop lain pulak..

Kali ni dayah nak bercerita tentang fan meeting actor kacak lagi comel bila senyum daripada korea..Bertempat di Berjaya Times Square produk kosmetik terkenal di korea Holika Holika yang bercawangan di TS telah membawa pelakon kacak lagi comel ni datang ke Malaysia untuk mengadakan fan meeting..fuh! ayat macam tengah membuat promosi..Mula-mula di gembar-gemburkan dalam salah sebuah majalah hiburan beberapa bulan yang lepas, masa tu dayah taklah sangat nak ambil peduli since nak menang tiket kena beli one of the product *tak kenal lagi dengan product ni so tak berani nak beli* pelakon pun masa tu tak kenal sangat, start nak berkenalan lepas adik dayah perkenalkan cerita Flower Boy Ramyun Shop, alaa! Si pemengang nama Cha Chi Sou dalam cerita tu..Laa! boleh lupa nak kenalkan nama pelakon kacak lagi comel ni, nama si handsome ni ialah Jung Il Woo, seriously dayah adalah orang yang susah nak ingat nama orang-orang korea ni, kalau kenal pun nama-nama dalam drama lakonan mereka je, sebab nama-nama korean ni agak susah nak menyebut dan menghafal nya so selalu bila orang tanya ni pelakon sekian-sekian selalu tak dapat cam, bila bagi nama watak ohh! dia ke..Tapi kali ni dayah kenal sebab first excited giler nak jumpa sampai google ni nama dia, biodata dia semualah termasuk dengan blood type sekali, second dah masa fan meeting tu sah-sah terpampang nama dia besar-besar kalau tak ingat jugak lepas tu memang kesianlah, and thirdly sebab kiri kanan orang asyik jerit nama dia je..

Memandangkan kami dua beradik pelanggan setia salah sebuah majalah kpop Malaysia ni, kami terbaca yang kami ada peluang untuk dapatkan free tiket untuk fan meeting ni dengan syarat bawa keratan yang disediakan dan dapat redeem dengan 4 tiket..Teruja ni masa mula-mula baca..Hati berbelah bahagi either nak redeem atau tak memandangkan waktu untuk redeem tiket adalah waktu working hours..Beberapa malam sebelum tarikh redeem tu dayah and fizah planned, dayah masuk lambat kerja and fizah pun sama, boleh sanggup ni sebab semata-mata nak pergi tengok artis korea LIVE..At last awal pagi tak jadilah sebab masa yang agak tidak bersesuaian untuk dayah masuk kerja lambat so lupakan jelah niat nak pergi ambil tiket percuma tu TAPI inilah dikatakan rezeki, hehe! Kebetulan pada hari yang sama my dad terpaksa ambil EL  ats sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, dan kebetulan kelas fizah habis tengah hari, hehe! *angkat-angkat kening* dayah terus call fizah mintak dia tolong redeem kan, kira ikut nasiblah kalau ada, adalah kalau habis anggap jelah tak ada rezeki..Alhamdulillah ada lagi tapi dapat Zon B, ahh! Tak kisahlah apa-apa zon pun asalkan dapat tengok artis korea ni..

Sebenarnya kalau tak ada tiket pun should be no problem sebab event ni terbuka so public pun boleh tengok cuma siapa ada tiket dapatlah goodies bag..

ada mask untuk muka, mana tau pakai-pakai nanti muka boleh jadi macam artis korea.. ;)


Dayah ingatkan taklah ramai orang pergi redeem tiket ni sekali bila fizah cerita orang seawal 6-7 pagi dah beratur panjang..Actually kan Zon A ke Zon B ke sama je, bila Il woo sampai mana A mana B pun dah tak tau tapi ada few lucky winner memang best, diorang dapat special place which is diri betul-betul depan pentas and dapat signature il woo lagi..huwaaaa!!!!!!!

Malam tu jugak dayah sms 2 kawan dayah iyalah kata tiket ada 4, tak naklah tamak, sharing is caring ;) they all okay untuk pergi tapi last minute one my friend tak dapat join so kami bertiga jelah..

kawan kpop dayah, berkenalan pun masa salah satu event kpop..Reason kenapa dayah pilih dia sebabnya dah beberapa kali dia ajak dayah keluar tapi asyiknya tak jadi so this time even sekejap pun at least kami dapat berjumpa.. ;) Lagi best of kawan yang lagi seorang ni dapat join..

masa ni dah penat bersesak-sesak dekat belakang tu, dahlah kita ni pendek penat sungguh kaki ni nak berjengket-jengket..


Ahad 23 September seawal 10:30 pagi kami berdua beradik dah terpacak dalam TS tu, kawan dayah sekitar 12:30 dia sampai, jauh tu all the way from Shah Alam, mama dan baba ada program lain pulak iaitu mengurut kaki di sungai buloh..Ingatkan kami ni antara orang-orang terawal sampai sekali rupanya ada yang lagi awal, tak sempat nak jalan-jalan terus ke tempat yang dituju, lepaklah kami dua beradik disana sambil tak sabar nak tengok Jung Il Woo..

"saya sayang kamu"


patiently wait..


Peminat makin lama makin ramai, jam menunjukkan lagi 15 minit Jung Il Woo nak muncul, memang punctual lah, belum pukul 2 pun dia dah datang..Wahhhhh! terpegun sekejap, orang menjerit dayah ikut sekali, dia lambai kami jerit..Ohh! yeah before tu ada persembahan daripada penari entah daripada mana tiba-tiba muncul dengan lagu Gangnam Style..Kami semua ikut nyanyi cuma sempit, kekurang ruang je nak join menari..

"Oppa Gangnam Style"

DJ One.fm selaku MC pada hari itu..

"aaaaaaaaaaaaaa!! oppaaaaaa!!!" setibanya Jung Il Woo..


Sempatlah dia berborak-borak tentang produk Holika-Holika ni, sebenarnya peminat tak adanya nak dengar tentang produk ni sebab balik nanti boleh google termasuk dayah lah tu..Beberapa peminat yang berada di bahagian hadapan sungguh lucky sebab dapat tanya soalan pada Jung Il Woo..Kami yang dekat belakang ni dengar tak dengar je soalan and jawapan yang diberikan sebab masing-masing terpegun tengok si kacak ni, tetiba nanti orang menjerit sebab dia senyum atau dia lambai pada kami semua..hehe!

Gotcha! dapat jugak satu gambar yang dekat..

sesi jawab menjawab..


sesi autograph untuk beberapa lucky winner, mood masa tengah berdiri dibawah tersangatlah jelaous..

Selesai sesi tanda tangan, pengacara beritahu yang Jung Il Woo akan ke Holika Holika store, tak sempat habis MC tu cakap yang lain semua dah berlari ke Holika Holika..hehe! termasuk dayahlah tu sekali dengan my sister..Tak tau pun store tu dekat mana, main ikut je, orang yang tengah berjalan-jalan window shopping semua terperanjat tengok sekumpulan orang yang kebanyakkannya wanita lari sana sini, bila fikirkan balik ya Allah malunya..Dah macam explore race pun ada jugak rasanya..Dapatlah jugak dayah tengok dia sekali imbas daripada dekat..hehe! berbaloi berlari-lari tadi.. ;P



Memandangkan 9 September yang lepas merupakan hari jadi aktor kacak ni so pihak penganjur cadangkan kami semua beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam 3 bahasa, korea, English dan bahasa melayu..Alaaaa! comelnya dia sebab terharu dengan nyanyian sumbang kami tu..hehe!

Ahhh! Sekejapnya fan meeting ni, asalah tak boleh lama lagi, tak puas rasanya nak tengok dia lagi..hehe! Selepas agak-agak memang Jung Il Woo tak ada dah dalam bangunan TS tu kami pun beredar untuk makan sebab masing-masing dah kelaparan..Kami makan dekat food court je sebab kawan dayah ni pun dah nak beredar sekitar jam 4:30pm..

dah 2 kali rasanya dayah kesini tapi tak ingat yang cara pembayaran dekat food court ni lain sikit..Kita kena top up kad ini sebanyak mana amount yang kita hendak, kemudian tu belilah segala makanan di food court ni menggunakan kad ini, dan bila kita nak pulang bererti dah habis makan kita ke kaunter balik dan pulangkan kad ini dah kalau katakan kad anda berbaki lagi RM5.00, dia kan pulangkan semula balance amount anda..
-Mula-mula tak faham sebab yang explained tu tak fasih cakap melayu, habis terbalik-balik ayat-

kami berdua memilih ini, something yang ada nama beef dan potatoes..

pilihan hati fizah kerana tak nampak tu bawang berlambak dan yang pasti mee tu buat sendiri..


berhati-hati ketika melintas..



Selepas makan-makan kami berdua berjalan-jalan dalam TS tu tanpa membeli apa-apa since belum gaji lagi..hehe! window shopping tapi menambahkan stress adalah..ishh!
Sementara menunggu baba dan mama datang bersama sepupu dayah untuk fetch kami, kaki dah memang macam nak tercabut rasanya last pit stop kami starbucks untuk menikmati air terbaru keluaran Starbucks..hehe!



Tak sempat nak melepak lama rupanya baba dan mama dan on the way..



Kecewa tak dapat bergambar dengan Jung Il Woo secara real, dengan ni pun jadilah :





Sekian laporan saya untuk minggu ini, ;)



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...