4/14/2012

Percutian ke Kuching, Sarawak pada 12-15 November 2011 - Part 3

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


HUWAAAA!! nak nangis kuat-kuat, mana taknya disebabkan surface dashboard blogger ni dah baru, dayah cuba nak try preview apa yang telah ditaip sebentar tadi waktu tempatan 11:30 malam tapi apa yang terjadi akhirnya apabila entri yang dah separuh panjang itu terdelete..Huwaaaa!! seriously dayah tak reti nak guna new surface ni, siapa yang perlu dipersalahkan sekarang ni??? SIAPA??? :( so lepas kejadian tadi terus tukar old dashboard..


Biarlah tak ada rezeki untuk entri tadi bertahan lebih lama dalam blog ini..


Wah! its been a while since last dayah update blog ni, itu pun update secara ringkas..Baiklah, malam ni nampaknya otak dan tangan sangat berkerjasama untuk membuat entri, sementara  mereka masih berkerjasama, baik kita gunakan sebaik mungkin sebelum mereka bercadang untuk mengambil haluan masing-masing (means no idea will be produced by the brain and no movement made by the hand)..Kalau mengikut perhitungan menggunakan jari agak banyak jugaklah entri yang sedang berbaris menunggu giliran untuk di release-kan tapi kalau tambah jari kaki oh! tak banyak sangat pun.. :)


Sebelum itu sekadar ingin berkongsi, hari ni dayah rasa dayah telah menyahut cabaran        10 000 langkah by Jacob's untuk kekal sihat..Mana taknya hampir setengah jam diperuntukkan untuk menghantar only few documents yang mana kalau dilihat daripada mata kasar tak banyak mana pun tapi yeah! it took about 1/2 hour to finish it up..Jadi pada  pendapat dayah kalau ada yang kata hospital tu kecil je dayah akan jawab TIDAKKKK!! hospital tu besar dimata dayah okay! kalau kecil taklah sampai setengah jam mencari satu-satu department, sampai basah ketiak tau, minyak wangi pun hilang bau..Walaupun hampir setahun dayah kerja di hospital ni tapi masih lagi dayah tak boleh nak hafal department-department ini terletak di level berapa, haruskah idea untuk membuat tour selama beberapa hari dijalankan?? Panduan arah selalu digunakan tapi kadang-kadang salah jugak, nak salahkan petunjuk arah tu ke ataupun salah diri sendiri..huwaaa!! paling dikhuatiri bila ada customer tanya mana lokasi sekian sekian tempat ni, tapi Alhamdulillah selalunya bila customer tanya dayah dapat jawab dengan baiknya, taklah terkeluar jawapan "maaf, cuba puan/tuan/encik/cik tanya dengan receptionist di bawah", bayangkan customer ada dekat tingkat 6 ni..Kesimpulannya lepas ni dayah nak *sila rujuk perenggan 4, baris 8 dan 9* hehe! ^_^


Sambungan daripada cerita percutian kami di Kuching, Sarawak,

Seawal 6:30 pagi alarm mama dah menjerit, yang dengar mama je pun kami kalau dengar pun buat-buat macam tak dengar, macam konon-konon tengah mimpi..Mama akan kejutkan kami satu persatu termasuklah suaminya sekali, maka tak pernahlah terjadi aksi berebut tandas, kalau boleh nak mandi yang paling lambat sekali sebab dapat waktu tidur lebih panjang sikit..hehe! Tepat jam 8:30 pagi semua dah bersedia untuk turun untuk menikmati 2 sarapan pagi percuma dan 2 lagi bayar..Procedure biasa bila satu bilik didiami lebih daripada 2 orang..


selamat datang!!

Ibu bapa diutamakan dalam mengambil juadah sarapan pagi..



kesopanan ketika makan ditunjukkan di dalam gambar ini..

mari menikmati kopi bersama saya.. ;)


semua roti yang tersedia adalah handmade by chef chef yang handsome dekat Hotel Merdeka Palace ni.. Croissant tu sedap giler sampai 3 kali ambil and bila kali keempat nak ambil khidmat fizah digunakan..hehe!

this is what I start with..nampak macam sihatlah konon-kononnya, but seriously makan dengan croissant tadi plus salami, cheese and salad tu sedapnya sehingga boleh hadap ini sahaja sepanjang breakfast.. :)


ini adalah pinggan kepunyaan fizah, fizah agak bercelaru sikit fikirannya dalam pemilihan kobinasi yang lebih menarik daripada ini, almaklumlah pagi lagi..Tak pernah dibuat orang makan nasi lemak dengan baked beans and pancake..Anak mat salleh betul.. :p


akhir sekali kami sudahkan sarapan pagi ni dengan cereal..

restaurant-nya ada ala-ala macam tengok teater Phantom Of The Opera..





Selesai breakfast kami berlegar-legar di sekitar lobby hotel untuk snap few gambar sementara menanti perut yang tegang lagi buncit ni turun sikit..Makan macam 10 hari tak mendapat makanan inilah akibatnya..

semua tengah cover perut, nasib baik baju semua besar-besar..hehe!


ini lagi cover perut, baju dahlah besar warna gelap pulak tu.. :p

Selepas agak kurang ketegangan di perut kami meneruskan penjelajahan bersama kereta ke sekitar bandar Kuching..Tak ada aktiviti yang menarik dalam itinerary pun untuk percutian kali ni, banyak masa dihabiskan dengan aktiviti survey kek lapis yang murah dan sedap..Hampir semua gerai yang jual kek lapis kami rasa padahal kalau diikutkan rasa semuanya macam sama je,selalunya aktiviti merasa kek-kek lapis ni di buat setelah selesai makan tengah hari so ini kira macam dessertlah, hehe!..Dan selebih lagi masa kami habiskan dengan merehat-rehatkan diri di hotel..

Sebelum pulang semula ke hotel kami singgah di pasar di sekitar kawasan Satok, saja jalan-jalan menghabiskan masa dan ini hasilnya bila pulang..

cili padi yang pada mata kasar nampak macam sekali gigit meleleh air mata tapi tahap kepedasannya masih tak dapat ditandingi dengan cili padi yang pernah kami beli masa di semporna, Sabah dulu, itu belum gigit pun rasa macam nak terkeluar air mata..


Malam menjengah, lepas je Maghrib kami keluar untuk mencari makan malam pulak..Pusing-pusing dalam 3 kali tawaf tempat yang sama dan akhirnya sebuah penempatan yang mempunyai banyak gerai-gerai makan menjadi pilihan..Sebelah kiri gerai menyajikan makanan tom yam dan sewaktu dengannya, sebelah kanan pulak menyajikan makanan yang lebih kepada Sarawak dan Indonesia..Jadi setelah hampir beberapa minit berdiri di tengah-tengah untu decide which gerai yang bakal kami tambahkan pendapatan mereka pada hari ini, akhirnya gerai di sebelah kanan menjadi pilihan..

ada mee kolok, selalu pergi Sarawak tapi sekali pun tak pernah cuba mee kolok ni..

salah satu menu ni kalau sekali pandang macam mee dicampur dengan semut atau mari kita makan bersama-sama semut..Tapi bila 2 dan 3 kali pandang oh! tanggapan awal salah..

Mee kolok, rasanya agak bolehlah tahan but I think kalau dapat yang betul-betul pandai buat mee ni mesti terangkatkan bila makan..

inilah mee sup semur kepunyaan fizah..

buttermilk prawn, tapi potong selera baba lepas sekali rasa sebabnya kuah tu serious manis giler, macam mana nak makan dengan nasi kalau manis macam ni, dah mintak sambal and cili potong pun still tak dapat telan dek tekak..

favorite air kini dan selamanya, penyejuk tekak dan penghilang dahaga ketika haus tahap dewa..

Malam dihabiskan dengan bersiar-siar sekitar kawasan Water Front..Suasana malam sungguh nyaman disekitar kawasan ni dengan bunyi kenderaan yang tidak terlalu banyak..Nak kata hari dah malam sangat, tak..


tengok ni..


bangunan ini menarik perhatian dayah untuk snap few gambar, dahlah kita guna compact camera je, adoi! nak snap kasi gambar ni betul-betul elok makan masa tu..


tiba-tiba boat yang bawa quite numbers of passengers ni lalu, dekat dalam tu meriah dengan penumpang yang sedang menikmati makan malam atas bot..



gambar ni pun berapa kali snap nak dapatkan gambar yang elok, akhirnya ini yang menjadi *basah tu ketiak*

ibu bapa yang keletihan berjalan, berehat sebentar tanpa kitkat..

Selepas bersiar-siar kami terus pulang ke hotel dan tamatlah satu hari kami disini..

Sekian sahaja untuk entri kali ini, berjumpa lagi kita di next entri.. ^_^



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...