12/31/2012

Krismas Partaayyy!! 21 Dec 2012

Sebelum menjelangnya sambutan krismas kami yang berada di dalam corporate office yang bertempat di salah sebuah hospital private ni telah pun mengadakan in-advanced sambutan krismas..Ini hanya terhad kepada penghuni tetap corporate office sahaja, luar daripada kawasan ini tidak dijemput..huh! kejam pulak bunyinya..Sambutan krismas secara besar-besaran ada dijalankan so mereka tidaklah dipinggirkan..

Minggu sebelumnya jemputan melalui email telah dikeluarkan bersama peringatan untuk membeli hadiah bagi acara menukar-nukar hadiah nanti (cop! ada ke ayat menukar-nukar?, okay! abaikan jelah).."Huh! gaji tak masuk lagi macam mana nak beli hadiah ni" itu adalah tanggapan pertama setelah selesai membaca email yang dihantar..Dalam email tu siap dinyatakan, range harga untuk hadiah tidak boleh kurang daripada RM20 atau dalam lingkungan RM30, kalau lebih takpe..Terpaksalah dayah meminta jasa baik mama dan baba untuk tolong meminjamkan duit untuk dayah membeli hadiah (macam pantun 2 kerat sekali bunyi)..Kebetulan hari khamis sehari sebelum party krismas ni dayah cuti half day, so pagi tu dapatlah pergi meronda di AEON Maluri untuk mencari hadiah, ini adalah shopping mall kami kalau nak cari hadiah tak kiralah untuk orang kahwin mahupun acara-acara seperti ini..Dayah berjaya membeli piring yang bercorak batik, tak tau apa nak beli, mama yang cadangkan, katanya lelaki perempuan boleh guna..

pokok krismas traditional kami..

Lelaki ini.....yang bertanggungjawab mengubah suai pokok krismas itu..hadiah yang dipenggangnya tulah hadiah daripada dayah, mula-mula rupa hadiah tu keji sedikit tapi telah diubahsuai oleh Lelaki ini......jugak..

sebelum orang membanjiri boardroom ni baik kami ambil dulu gambar-gambar pokok krismas ni..

Turkey dah ready untuk dipotong, abang ni tak nak pandang tu orang nak ambil gambar dia..malulah lettew..

main dishes..

salad..

desserts..

Our chefs yang menyediakan semua diatas..

sedang bersibuk-sibuk membuat persiapan..

dan jugak sibuk bergambar..

orang-orang kuat bergambar dahulu sebelum acara bermula..

acara makan-makan sudah bermula..

sambil makan acara tukar-tukar hadiah dijalankan..

Tidak pulak dayah sempat nak snap satu-satu picture yang menerima hadiah..

nak lari daripada typical style yang mana kalau nak cabut nombor je mesti nak guna bowl besar, so kali ni mereka keluarkan konsep sebegini..

dayah dapat dua hadiah, sebelah kanan ni hadiah cabutan bertuah, hehe! tak sangka bertuah pada hari itu..lagi sikit je nak menang untuk grand prize, hadiah sumbangan big bos tu, hadia pun bigggggggg jugak!!!

makanan yang dayah makan, nak makan banyak-banyak tak lalu sebab ada manusia yang baik sangat telah sakitkan hati ni, nak pulak dia ada dalam party ni..ishhh!

chef menunjukkan skill memotong kek itu..apa nama specific kek ni jangan ditanya..


setelah selesai makan, apa lagi kita bergambarrrrr...

ramai photographer depan ni nak snap pic mereka ni, sampaikan sakit-sakit kaki nak posing macam ni, itu belum lagi yang kempiskan perut segala..





Kami diarahkan mengikut tema majlis iaitu semua digalakkan memakai baju berwarna merah atau hijau, siapa yang tak ikut tema tidak dibenarkan masuk..arahan daripada our MD..hehe!

dayah baru perasan tahun ni yang pokok ni hanya waktu krismas je ada..ketinggalan zaman sekali lagi..

Overall we had so much fun together..

Tapi dayah tak berapa nak fun pada hari kejadian gara-gara ada manusia yang busuk hati dengki memanjang..Harap dia insaflah segera..Sekian!!!!

p/s : Malam ni hujan, esok dayah tak cuti..huwaaaa!!

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

12/30/2012

First time breakfast di sini

Mungkin orang dah berpuluh kali melawat O'Briens tapi kami baru first time nak menjejakkan kaki disana pada sabtu yang lepas..Yeah Yeah! agak ketinggalan sikit kami ni, hehe! 

Dah bosan dengan breakfast mamak hari-hari jadi kami nak cuba bertukar angin so dayah cadangkan jom  breakfast dekat O'Briens?? konon-konon nak feeling-feeling mat saleh.. ;) makan sandwiches pagi-pagi..O'Brien paling terdekat dengan rumah kami adalah di Great Eastern Mall (dah tak boleh fikir mana lagi terdekat)..

Maklumlah dah kata pertama kali mai kan so tak retilah nak order, berdiri depan kaunter tu punyalah lama nak fikir sampai orang belakang menyampah agaknya dia selamba je potong queue, nak marah pun tak jadi sebab tengah busy dengan apa yang hendak di-order..

Akhir sekali punyalah lama fikir nak makan apa dan minum apa kami ambil je set breakfast yang iklannya berada betul-betul di depan kami..hehe! air je kami pilih tak ikut dalam set..

set pertama yang dipilih oleh mama..

set kedua yang dipilih oleh kami dua beradik, satu set kongsi berdua jadi seorang dua sandwich dapat..

tak ingat nama smoothie ni tapi sedapppp!!

one more drink, cappuccino..

One thing nak complain, service dekat Great Eastern ni tak berapa nak memuaskan, nak order sampai kita kena panggil then baru dia nak entertain, cashier tersalah pulangkan card, sepatutnya orang punya card dia bagi dekat kami, tunggu few minutes baru dapat balik card sebab cashier sendiri confuse yang card ni siapa punya, hantar makanan satu-satu..Hope they can improve their service next time..

Lepas breakfast kami ke One Utama untuk shopping bak kata mama 'taburkan duit' maksudnya berbelanja tak ingat dunia..hehe! selalu sangat kena macam tu padahal shopping tak banyak pun..hehe!

beli mochi mochi..


Setelah berjalan-jalan di OU baru perasan O'Briens ada je dekat OU..OKAY!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

12/21/2012

Peminat Block B pulak

Kalau sebelum ni dayah adalah kipas-susah-mati Super Junior tapi kali ni dayah update dan add satu lagi group dalam list which is Block B..Ini semua gara-gara lagu terbaru mereka tu lah..

Sebenarnya dengan tak tersengaja dayah terdengar lagu terbaru mereka, 'Nililli Mambo' terus lagu tu melekat dekat kepala sampai sekarang, belum ada istilah muak-nak-muntah-dengar-lagu-ni-berulang-kali..Bermula di saat itulah dayah terpikat dengan group ni, biasalah first thing first:

GOOGLE
-
-
-
WIKIPEDIA
-
-
-
Untuk cari info group nidan yang paling penting nak tau nama-nama mereka..

Actually mula-mula tu menyampah jugak dengan muka diorang ni, sebab muka semua macam lanun cetak rompak dalam video muzik Nillili Mambo, tapi bila preview video yang lain-lain oh! handsome jugak diorang ni eh! ;) lambat sikit nak terasa jatuh cinta, almaklum slow sikit..

Dan sejak itu jugaklah dayah tau yang pada suatu ketika dulu fizah ada download satu lagu ni, tapi dayah buat endah tak endah je sebab apa kes lagu ada "guguga guguga", sekali dengar kelakarnya lagi ni, macam lagu untuk kanak-kanak pun ada tapi sekarang ni lagu tu kalau suruh nyanyikan part chorus tu macam kacang jelah, petik jari terus boleh nyanyi tapi part chorus jelah, part lain-lain sila tunggu saya dah fasih berbahasa korea nanti ye! :P


     



   

Hari-hari dengar dalam kereta, make sure volume kasi up sampai orang luar pun boleh dengar, nasib kereta tak ada speaker yang besar tu, dalam office tengah buat kerja pun dengar jugak..yang part ni tak sepatutnya didedahkan takut kontroversi pulak tapi takpelah sanggup menerima segala yang bakal terjadi, dalam toilet pun dengar jugak..Misal kata mana-mana pergi lagu ni jadi peneman.. ;)

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

12/19/2012

Watson Music Festival 15/12/12

Setiap kali lalu depan Watson mesti akan terpandang banner/bunting besar pasal konsert yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 15/12/12..Memandangkan artis yang bakal membuat persembahan tu tidaklah dayah minat so sekadar lalu tengok-tengok gitu jelah, nak tau lebih detail memang jangan harap..Orang tengahlah berangan kalau-kalau lah termenang tiket tengok Super Asia Showcase yang ada Super Junior tu, tak sempatlah pulak nak berangan pergi konsert Watson ni..

Seminggu sebelum tu tiba-tiba seorang kakak yang baik hati ni telah memanggil dayah sekejap, dia tanya nak pergi tengok konsert tak? dalam kepala otak ingatkan konsert kpop yang dinanti-nantikan itu rupanya dia cakap konsert Watson ni..Nak terima macam tak nak, nak tolak macam rugi so buat muka tak malu dayah cakap eh! boleh jugak tu..Soalan pertama terpancul daripada mulut dayah, mana akak dapat tickets ni? soalan kedua, kenapa akak tak pergi? Jawapannya, dia dapat daripada watson dan malas nak pergi..

Akak tu cakap dalam minggu tu dia akan bagi tiket tu tapi masuk 2 hari macam senyap je, so dayah nak tanya macam sengan, assume dia lupa and maybe dia dah tukar plan tak jadi nak bagi kot, hehe! kecewa jugaklah sikit..Tapi hari ketiga tu dia panggil and bagi tiket tu, kembali ceria.. ;)

Since ini bukanlah konsert kpop yang mana orang bermalam dekat tapak konsert semata-mata nak dapat bahagian depan *I should experience it once kan?* so dayah tidaklah nak pergi sana seawal yang mungkin..Itu pun dah ada ura-ura malas nak pergi sebab tiba-tiba terasa malas and mengantuk yang amat sangat..Around 6:30pm kami sampai orang dah start bersepah depan Stadium, dengan yang menjual, bagi barang free, tak pasal-pasal dayah LIKE satu page ni sebab semata-mata nak dapatkan free mask..hehe! balik rumah terus UNLIKE.. :P

Tunggu konsert nak start dayah rasa pergi Seremban patah balik pun sempat..Lamanya, lepas tu MC tak habis-habis tanya "Are You Guys Ready??" dalam 10x dia tanya ada jugak tapi still tak start-start..Nasib baik performance awesome daripada BOB and Far East Movement, Mizz Nina pun not bad..

Tengah menunggu konsert start tiba-tiba hujan, mula-mula ingatkan renyai-renyai je tapi lama-lama lebat pulak, tak pasal-pasal dayah terbang RM10.00 semata-mata nak beli raincoat padahal lepas je dayah beli diorang campak raincoat tu punyalah banyak dan hujan pun berhenti..Hampeh betul pakcik tu, saja je dia buat duit dengan jual benda tu padahal sebenarnya FREE..Mula-mula tu berbelah bahagi nak beli sebab tengok hujan macam dah tak lebat tapi beli jugak takut nanti tengah-tengah konsert hujan, tak ke haru biru jadinya..Tapi memang sampai sekarang rasa menyesal terbangkan RM10.00 tu..satu raincoat my dad ambil letak dalam kereta. 

Actually dayah taklah kenal sangat artis-artis ni, setakat 2 3 lagu diorang tu taulah tapi enjoy jugaklah maybe sebab FREE kan..heheh! 

Tapi lepas konsert tu terus terasa macam nak terminat Far East Movement pulak.. ;)



Berapa jam tak duduk bila dapat duduk dalam kereta alangkah nikmatnya..Respect betul dengan orang yang boleh pakai heels tengok konsert...

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

12/15/2012

Lama Sangat

Can't Imaging bila tengok tarikh last update blog ni was in September..Giler lama, ni bukan bersawang dah, berkulat terus *maklumlah sekarang kan musim hujan, sesuai guna perkataan ni* hehe!

Sejak akhir-akhir ni malas yang teramat sangat menguasai diri untuk update sebarang cerita, nak ambil gambar pun dah jadi pemalas, nak edit gambar tak payah cakaplah, itu lagi satu hal..Berapa banyak gambar yang tersadai dalam camera tunggu nak di-transfer kan tak dibuat-buat, dalam phone lagi, sampai keluar warning memory full..

Minggu ni lagi teruk, fizah early this week dah start macam nak demam, on Monday sampai skip class sebab dah start panas badan dan sakit tekak so I was worried sebab after this while ramai yang demam dekat office but Alhamdulillah my anti body kuat so I tak terjebak sama demam TAPI bila fizah demam I akan terikut sekali demam *we like twins okay! even thought jarak umur punyalah jauh* Jadi on the second day my dad dah pergi beli ubat selesema dan panadol suruh dia makan, you know what? ubat selesema tu memang sekali makan mengantuk dia ya amat, fizah yang makan ubat tu, dayah yang bantai mengantuk tak ingat dunia, dia rileks je tak mengantuk LANGSUNG..tengah duduk depan laptop pun boleh terlelap..2 hari je fizah makan ubat tu stop sebab selesema dah kebah tapi kesan sipi-sipi daripada ubat tu masih ada di hari ketiga..Selepas hari ketiga which is semalam dan hari khamis dayah boleh tahan mata tidur lambat..So I was advised fizah not to take any medicine yang mengantuk lepas ni sebab it will trasfer to me okay!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

9/26/2012

Jung Il Woo Fan Meeting


Banyaknya cerita yang nak diceritakan tapi malas nak menaip and edit gambar, boleh? Okay2! Mana satu nak keluarkan dulu ni, ermmm! Okaylah kita start with kpop..Tapi ini tak ada kena mengena dengan Super Junior, sebab Suju tak nak datang Malaysia, dulu mintak SS4 tak nak datAng, kali ni mintak SS5 pulak, agak-agak depa nak datang tak?  Takpelah kita simpan je duit dulu, agak-agak diorang datang mengejut ke kan..Okay! lupakan sebentar tentang Suju, this time dayah nak cerita artis kpop lain pulak..

Kali ni dayah nak bercerita tentang fan meeting actor kacak lagi comel bila senyum daripada korea..Bertempat di Berjaya Times Square produk kosmetik terkenal di korea Holika Holika yang bercawangan di TS telah membawa pelakon kacak lagi comel ni datang ke Malaysia untuk mengadakan fan meeting..fuh! ayat macam tengah membuat promosi..Mula-mula di gembar-gemburkan dalam salah sebuah majalah hiburan beberapa bulan yang lepas, masa tu dayah taklah sangat nak ambil peduli since nak menang tiket kena beli one of the product *tak kenal lagi dengan product ni so tak berani nak beli* pelakon pun masa tu tak kenal sangat, start nak berkenalan lepas adik dayah perkenalkan cerita Flower Boy Ramyun Shop, alaa! Si pemengang nama Cha Chi Sou dalam cerita tu..Laa! boleh lupa nak kenalkan nama pelakon kacak lagi comel ni, nama si handsome ni ialah Jung Il Woo, seriously dayah adalah orang yang susah nak ingat nama orang-orang korea ni, kalau kenal pun nama-nama dalam drama lakonan mereka je, sebab nama-nama korean ni agak susah nak menyebut dan menghafal nya so selalu bila orang tanya ni pelakon sekian-sekian selalu tak dapat cam, bila bagi nama watak ohh! dia ke..Tapi kali ni dayah kenal sebab first excited giler nak jumpa sampai google ni nama dia, biodata dia semualah termasuk dengan blood type sekali, second dah masa fan meeting tu sah-sah terpampang nama dia besar-besar kalau tak ingat jugak lepas tu memang kesianlah, and thirdly sebab kiri kanan orang asyik jerit nama dia je..

Memandangkan kami dua beradik pelanggan setia salah sebuah majalah kpop Malaysia ni, kami terbaca yang kami ada peluang untuk dapatkan free tiket untuk fan meeting ni dengan syarat bawa keratan yang disediakan dan dapat redeem dengan 4 tiket..Teruja ni masa mula-mula baca..Hati berbelah bahagi either nak redeem atau tak memandangkan waktu untuk redeem tiket adalah waktu working hours..Beberapa malam sebelum tarikh redeem tu dayah and fizah planned, dayah masuk lambat kerja and fizah pun sama, boleh sanggup ni sebab semata-mata nak pergi tengok artis korea LIVE..At last awal pagi tak jadilah sebab masa yang agak tidak bersesuaian untuk dayah masuk kerja lambat so lupakan jelah niat nak pergi ambil tiket percuma tu TAPI inilah dikatakan rezeki, hehe! Kebetulan pada hari yang sama my dad terpaksa ambil EL  ats sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, dan kebetulan kelas fizah habis tengah hari, hehe! *angkat-angkat kening* dayah terus call fizah mintak dia tolong redeem kan, kira ikut nasiblah kalau ada, adalah kalau habis anggap jelah tak ada rezeki..Alhamdulillah ada lagi tapi dapat Zon B, ahh! Tak kisahlah apa-apa zon pun asalkan dapat tengok artis korea ni..

Sebenarnya kalau tak ada tiket pun should be no problem sebab event ni terbuka so public pun boleh tengok cuma siapa ada tiket dapatlah goodies bag..

ada mask untuk muka, mana tau pakai-pakai nanti muka boleh jadi macam artis korea.. ;)


Dayah ingatkan taklah ramai orang pergi redeem tiket ni sekali bila fizah cerita orang seawal 6-7 pagi dah beratur panjang..Actually kan Zon A ke Zon B ke sama je, bila Il woo sampai mana A mana B pun dah tak tau tapi ada few lucky winner memang best, diorang dapat special place which is diri betul-betul depan pentas and dapat signature il woo lagi..huwaaaa!!!!!!!

Malam tu jugak dayah sms 2 kawan dayah iyalah kata tiket ada 4, tak naklah tamak, sharing is caring ;) they all okay untuk pergi tapi last minute one my friend tak dapat join so kami bertiga jelah..

kawan kpop dayah, berkenalan pun masa salah satu event kpop..Reason kenapa dayah pilih dia sebabnya dah beberapa kali dia ajak dayah keluar tapi asyiknya tak jadi so this time even sekejap pun at least kami dapat berjumpa.. ;) Lagi best of kawan yang lagi seorang ni dapat join..

masa ni dah penat bersesak-sesak dekat belakang tu, dahlah kita ni pendek penat sungguh kaki ni nak berjengket-jengket..


Ahad 23 September seawal 10:30 pagi kami berdua beradik dah terpacak dalam TS tu, kawan dayah sekitar 12:30 dia sampai, jauh tu all the way from Shah Alam, mama dan baba ada program lain pulak iaitu mengurut kaki di sungai buloh..Ingatkan kami ni antara orang-orang terawal sampai sekali rupanya ada yang lagi awal, tak sempat nak jalan-jalan terus ke tempat yang dituju, lepaklah kami dua beradik disana sambil tak sabar nak tengok Jung Il Woo..

"saya sayang kamu"


patiently wait..


Peminat makin lama makin ramai, jam menunjukkan lagi 15 minit Jung Il Woo nak muncul, memang punctual lah, belum pukul 2 pun dia dah datang..Wahhhhh! terpegun sekejap, orang menjerit dayah ikut sekali, dia lambai kami jerit..Ohh! yeah before tu ada persembahan daripada penari entah daripada mana tiba-tiba muncul dengan lagu Gangnam Style..Kami semua ikut nyanyi cuma sempit, kekurang ruang je nak join menari..

"Oppa Gangnam Style"

DJ One.fm selaku MC pada hari itu..

"aaaaaaaaaaaaaa!! oppaaaaaa!!!" setibanya Jung Il Woo..


Sempatlah dia berborak-borak tentang produk Holika-Holika ni, sebenarnya peminat tak adanya nak dengar tentang produk ni sebab balik nanti boleh google termasuk dayah lah tu..Beberapa peminat yang berada di bahagian hadapan sungguh lucky sebab dapat tanya soalan pada Jung Il Woo..Kami yang dekat belakang ni dengar tak dengar je soalan and jawapan yang diberikan sebab masing-masing terpegun tengok si kacak ni, tetiba nanti orang menjerit sebab dia senyum atau dia lambai pada kami semua..hehe!

Gotcha! dapat jugak satu gambar yang dekat..

sesi jawab menjawab..


sesi autograph untuk beberapa lucky winner, mood masa tengah berdiri dibawah tersangatlah jelaous..

Selesai sesi tanda tangan, pengacara beritahu yang Jung Il Woo akan ke Holika Holika store, tak sempat habis MC tu cakap yang lain semua dah berlari ke Holika Holika..hehe! termasuk dayahlah tu sekali dengan my sister..Tak tau pun store tu dekat mana, main ikut je, orang yang tengah berjalan-jalan window shopping semua terperanjat tengok sekumpulan orang yang kebanyakkannya wanita lari sana sini, bila fikirkan balik ya Allah malunya..Dah macam explore race pun ada jugak rasanya..Dapatlah jugak dayah tengok dia sekali imbas daripada dekat..hehe! berbaloi berlari-lari tadi.. ;P



Memandangkan 9 September yang lepas merupakan hari jadi aktor kacak ni so pihak penganjur cadangkan kami semua beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam 3 bahasa, korea, English dan bahasa melayu..Alaaaa! comelnya dia sebab terharu dengan nyanyian sumbang kami tu..hehe!

Ahhh! Sekejapnya fan meeting ni, asalah tak boleh lama lagi, tak puas rasanya nak tengok dia lagi..hehe! Selepas agak-agak memang Jung Il Woo tak ada dah dalam bangunan TS tu kami pun beredar untuk makan sebab masing-masing dah kelaparan..Kami makan dekat food court je sebab kawan dayah ni pun dah nak beredar sekitar jam 4:30pm..

dah 2 kali rasanya dayah kesini tapi tak ingat yang cara pembayaran dekat food court ni lain sikit..Kita kena top up kad ini sebanyak mana amount yang kita hendak, kemudian tu belilah segala makanan di food court ni menggunakan kad ini, dan bila kita nak pulang bererti dah habis makan kita ke kaunter balik dan pulangkan kad ini dah kalau katakan kad anda berbaki lagi RM5.00, dia kan pulangkan semula balance amount anda..
-Mula-mula tak faham sebab yang explained tu tak fasih cakap melayu, habis terbalik-balik ayat-

kami berdua memilih ini, something yang ada nama beef dan potatoes..

pilihan hati fizah kerana tak nampak tu bawang berlambak dan yang pasti mee tu buat sendiri..


berhati-hati ketika melintas..



Selepas makan-makan kami berdua berjalan-jalan dalam TS tu tanpa membeli apa-apa since belum gaji lagi..hehe! window shopping tapi menambahkan stress adalah..ishh!
Sementara menunggu baba dan mama datang bersama sepupu dayah untuk fetch kami, kaki dah memang macam nak tercabut rasanya last pit stop kami starbucks untuk menikmati air terbaru keluaran Starbucks..hehe!



Tak sempat nak melepak lama rupanya baba dan mama dan on the way..



Kecewa tak dapat bergambar dengan Jung Il Woo secara real, dengan ni pun jadilah :





Sekian laporan saya untuk minggu ini, ;)



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...