3/22/2011

Aku Benci Rokok


Dayah terasa terpanggil nak ikut serta segmen ni sebabnya ayah dayah adalah seorang perokok yang tegar, walau dah macam-macam mama cakap suruh berhenti tapi dia tetap jugak beli, kadang-kadang gaduh pasal rokok ni..Kebanyakkan uncle-uncle dayah yang merokok semua dah berhenti tapi baba masih tak boleh nak berhenti..

KENAPA DAYAH BENCI ROKOK??

Dayah sangat menyampah dengan rokok adalah kerana masa time sekolah dulu tiap-tiap pagi baba dan mama akan hantar dayah sampai depan pintu sekolah jadi masa on-the-way nak ke sekolah tu baba akan merokok dalam kereta dan bayangkan dalam kereta habis semua baju sekolah dayah berbau rokok, kadang-kadang bila sampai sekolah kawan dayah tegur, kau merokok ehh?? Satu lagi time nak pergi kenduri, kita ni dah pakai sikit punya wangi dah spray minyak wangi tu hampir setengah botol semata-mata nak satu kilometer lagi orang dah tau yang dayah datang, hehehe!! taklah itu tipu je mana ada, iyalah kitakan ke kenduri orang kahwin haruslah berwangi-wangi sedap sikit hidung makcik dekat sebelah tu..Tapi kadang selalu di spoilkan dengan bau rokok..Satu lagi kalau berjalan ke outstation, memandangkan baba mengatuk so terpaksalah biarkan dia hisap rokok tapi confirm kalau dari KL ke Kedah nak check-in hotel mesti baju, rambut, seluar, beg, bantal and semua yang dalam kereta tu bau rokok..Tapi lately ni baba dah JARANG merokok dalam kereta selalunya dia akan hisap di luar kereta lepas tu  baru masuk melainkan kalau kitaorag outstation dan dia tak tahan sangat mengantuk terpaksalah kami relakan..Dan satu lagi dayah paling tak suka pasal rokok ni ialah RAMBUT bau rokok, kadang-kadang dah basuh pun masih ada bau-bauan yang kurang enak itu..Kenapalah tak di BANNED kan je rokok ni terus, biar tak ada langsung dalam pasaran, tak ada kedai boleh jual rokok, kalau ada je yang jual kena saman yang tinggi tak pun masuk je penjara terus..Sekadar harga rokok naik diorang still boleh afford nak beli lagi, kadang-kadang berjimat sebab semata-mata nak beli rokok..

Pesanan buat mereka yang merokok silalah bertaubat berhentilah merokok, tak cool langsung pun bila korang bersidai dekat mana-mana sambil merokok, TAK COOL okay!! dayah rasa yang tak merokok lagi COOL..Kepada yang baru-baru nak mencuba TAK PAYAHLAH, baik u olls fikirkan balik duit yang beli rokok tu kalau dikumpul-kumpul dah mungkin boleh buat downpayment kereta..Banyak okay!! per month diRUGIkan dengan hanya beli sekotak rokok, sekadar nak hisap asap je pun..

Pendapat dayah bagi mereka yang merokok ni ialah mereka tak boleh hidup tanpa rokok, silalah pergi ke mana-mana kedai yang berhampirandan tolonglah cari ubat yang boleh menghilangkan ketagihan terhadap rokok tu *dayah serious lupa nama ubat ni, alaa!! yang ada iklan dekat tv tu* yee!! SEKARANG *dayah nak bergegas ke kedai balik kerja nanti nak bagi baba makan ubat ni, mana tau mujarab*

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Teater Lat Kampung Boy The Musical - 20 March 2011 -

Hye!! semuaa.....


Malam ni sebelum nak cerita pasal roti naan, mana lokasi sebenarnya terletak kedai yang jual naan yang bagi dayah sedap di Malaysia tu baik kita cerita pasal Teater dulu eh!! Lagipun teater Lat Kampung Boy The Musical ni sedang berlangsung dekat Istana Budaya sekarang ni dan perkhabaran yang baik kepada yang rasa macam tak sempat je nak pergi tengok takpe teater ni dilanjutkan lagi selama 2 hari maknanya kalau sebelum ni habis 3 April 2011 tapi selepas dilanjutkan tayangannya makanya teater ni bakal berakhir 5 April ni..Jadi yang belum dapatkan tiket lagi silalah ke website ini dan beli cepat-cepat..


Review sikit eh!! tentang teater ni..Bagi dayah keseluruhan teater ni sangat menarik sebabnya daripada apa yang disampaikan kita boleh mengenali siapa sebenarnya Datuk Lat ni sendiri, macam mana dia mencipta nama dalam bidang lukisan, kehidupan beliau di kampung..Jadi kepada generasi-generasi baru macam kita-kita ni yang mungkin tak tau siapa itu LAT bolehlah menonton teater ni..Macam dayah sendiri hanya tau apa itu kartun Lat tapi tak tau siapa disebalik karakter Lat ni tapi selepas menonton teater ni semalam barulah mulut melopong lalu berkata "ooooooo!! inilah LAT kampung boy tu ehh!! "..Pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak dalam Lat Kampung Boy ni pun sangat berjaya dengan karakter masing-masing terutama Miss Hiew (cikgu bahasa inggeris Lat)..Dah nama pun teater muzikal kan so haruslah ada nyanyian..Serious dayah cakap suara Awie live sangat mengkagumkan, Atilia pun tak kurang hebatnya jugak dan yang lain-lain jugak..Lagu-lagu yang disampaikan pun sedap-sedap belaka *ni tengah meg-google lagu-lagu dari teater tu* Baiklah tak nak cerita lebih-lebih nak pergilah tengok sendiri,baru tau macam mana bestnya..


Semalan merupakan hari Astro so semua yang datang tu rasanya yang dapat tiket free kot, dayah kurang pastilah tapi ada jugak beberapa celebrity yang hadir antara yang dayah nampak Dafi, penyampai berita astro awani, ning baizura *okay!! ini dayah kurang pasti betul ke ning atau muka dia macam ning..Tapi kalau betul itu ning, serious orangnya kecik je macam tak percaya itu ning* Datuk Lat pun hadir tau semalam memberi sokongan..


Baiklah cerita lebih-lebih apa guna kalau tanpa bahan bukti iaitu gambar..Sebelum tu nak bagi tau, sebelum nak pergi semalam dayah dah siap charge batery camera sebab nanti nak snap gambar banyak-banyak tapi satu incident yang tak dijangka telah berlaku dimana sepanjang teater tu berlangsung sebelum rehat 15 minit camera dayah ter-on so bila sedar-sedar tengok batery dah low..haishh!! nasib ada handphone, berharap dengan gadget itu jelah nak snap gambar..




sampul surat yang dalamnya ada.......

dua tiket for Lat Kampung Boy The Musical. pemberian..........

siapa lagi kalau bukan ASTRO..terima kasih banyak-banyak ASTRO.. :) we heart you!!

walaupun hujan lebat malam tu tapi tetap jugak keluar rumah ke IB..hehehe!!

sebelum teater bermula bolehlah bergambar dulu..

sebabnya nanti bila teater dah bermula, dah tak boleh nak bergambar..

setiap ruang diisi dengan kartun dari watak Kampung Boy..

gambar tak ada motif tapi disebabkan pantulan lampu ni menarik perhatian dayah tu yang dayah snap je..

kami berdua..

Diberi rehat selama 5 minit...

nanti kita bergambar dekat bawah tu ye!!



Setelah teater berakhir.....

memperkenalkan barisan-barisan artis yang terlibat..Yang pakai sari tu ialah Pushpa sebagai Ms Thambi *John Lemon* hehehe!!


Ini pulak Sandra Sodhy yang melakonkan watak Mrs Hiew (cikgu bahasa Inggeris Lat)

Douglas Lim *yang bertopi* sebagai Franky

Jalil Hamid sebagai ayah kepada Lat

Dan memperkenalkan Awie sebagai Lat...

Maaflah kualiti gambar yang kurang memuaskan dan dengan itu dayah tak rasa sesuai untuk di upload-kan disini, bagi sakit mata u olls je..Antara pelakon-pelakon yang lain ialah Atilia dan Omar Ali *bekas pengacara tv3 dulu*..

gambar ni di-upload sebabnya dayah nak tunjukkan okestra yang dekat belakang pentas tu..Maaflah kualiti gambar sangat teruk..

nampak tak yang ber-jacket hitam tu?? Itulah dia Datuk Lat atau nama penuhnya Mohd Nor Khalid..

Harith Iskandar dan Hans Isaac mereka ni selaku Pengarah dan jugak penulis skrip untuk teater ni..

well done guyss!!

Selesai je teater kami terus kebawah nak bergambar dengan gambar-gambar kartun Lat....






sms mama berbunyi begini : 'ma, teater dah habis, kitaorang sedang bergambar kejap, ma tunggu jap tau'



underneath pokok kelapak I will wait for you *siapa ingat lagi lagu ni??*

masa untuk pulang...

bye!! IB nanti kita jumpa lagi...

Sekian cerita kami dua beradik ketika menonton Teater Lat Kampung Boy The Musical last Sunday..Selamat membaca dan melihat gambar kami..hehehe!!

p/s : kadang-kadang ada orang ni tak reti nak menghormati orang lain kan?? Sebagai contoh masa tengah tengok teater ni, penonton sebelah dayah ni nak kata budak lagi tak jugak tapi dia punya perangai mengalahkan budak, TAK RETI NAK DUDUK DIAM-DIAM..kejap dia duduk tegak, kejap macam nak terbaring, kejap itu, kejap ini..Naik rimas okay!! dayah dekat sebelah ni, kalau tak suka sila KELUAR..Pintu exit dekat je..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/21/2011

Mereka cerita tentang BERSALIN

Lately ni dayah asyik dengar orang bercerita pasal bersalin je..Ya allah takutnya bila dengar macam-macam cerita tentang masa diorang bersalin, ada yang boleh bersalin normal tapi nak ceaser sebab dia takut dia mati masa bersalin normal dan nanti jadi pontianak, haaa??!! ishh!! kan mati bersalin tu mati syahid..Last week dayah berehat bersama ibu-ibu dan bakal ibu so sepanjang lunch tu cerita berulang-ulang mengenai BERSALIN je..Ini pun tengah bercerita lagi tentang bersalin..

Baiklah, suatu hari nanti dayah pun bakal mengalaminya jugak, insyaAllah so sebagai persediaan dayah dengar je dan ambik as pembelajaran..but seriously it was scary okay!! hehehe!!


p/s : lunch hari ni dayah berbalik kepada diet Quacker oats.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Saya dah update blog sendiri

Selamat Pagi / tengah hari semuaa.....

Wah!! lamanya rasanya tak update blog hitam ni *cadang nak tukar layout tapi entah semua layout macam tak cantik je, nantilah akan diusahakan lagi* Nak kata busy terlampau sangat tak jugak, nak kata gambar belum habis edit TAK semua dah ready tinggal nak pastekan dekat sini berserta dengan ceritanya aje, habis tu kenapa blog ni tak berupdate?? Jawapannya adalah ermmm!! nak jawab MALAS boleh tak?? ehh!! tak naklah macam tak best je alasan tu, okay!! ermm!! *pikir jap alasan lain* ermmmmm!! ermmmm!! baiklah lately ni senang cakap dayah busylah jugak, kalau weekdays memang dayah busy dengan kerja, serious bertimbun sikit kerja last week, this week dah reduce sikit, alhamdulillah..Weekends pulak nak kata busy tak sangat okay!! kali ni boleh diguna pakai alasan MALAS tadi..hehehe!!  *terpaksa guna alasan busy, fikir-fikir dah tak ada alasan lain pun* :D

Cerita hari Sabtu, kami pergi mana eh?? tengok lately ni memory dayah sangat berada dalam tahap kritikal tau, dayah selalu lupa apa yang dayah buat sebelum ni *nasib ada diari alam maya ni* Sabtu rasanya dayah tak pergi mana-mana pun, melekat je dekat rumah, malam baru keluar pergi minum-minum dengan family..Sekarang ni our favourite place untuk lepak malam-malam sambil minum-minum, okay!! tipu bukan minum sahaja tapi siap makan bagai *diet tak teratur lately ni* adalah di sekitar Sogo, dayah tak ingatlah nama jalan, okay!! frankly speaking dayah memang tak ingat nama-nama jalan dekat KL ni okay!! kalau ingat pun tempat-tempat yang selalu melawat je contoh macam Jalan TAR *tiap-tiap tahun shopping sini untuk hari raya.. :D * nama jalan rumah sendiri *ni kalau tak tau memang nak kena halau dari kawasan tempat tinggal* , nama jalan di kampung sendiri *ini pun kalau tak ingat memang datuk kata "kau tak layak jadikan KAMPUNG PANDAN ini kampung kau, pergi balik KAMPUNG BARU kau tu" mana dayah ada kampung lagi selain Kampung Pandan itulah satu-satunya kampungku.. dan adalah lagi few jalan yang dayah tau namanya, semua ada sebabnya kenapa dayah ingat..hehehe!!

Berbalik kepada tempat favourite kami yang terbaru tu, nanti malam dayah update berserta dengan gambar dan nama lokasi kedai tu sekali okay!! Kedai tu jual roti naan yang dayah rasa setakat ni inilah naan yang sedap dayah pernah makan dekat Malaysia ni..Kedai ni famous dengan cheese naan nya..Pakai cheese mozarella okay!! cheese yang melimpah ruah banyaknya bila di serve, dah macam makan pizza extra cheese tau.. :) Dah-dah itu sambung malam nantilah yee!! tak suprise nanti.. :D

Semalam pulak pagi memang tak kemana-manalah, macam mana nak keluar hujan selebat-lebatnya, baik lepak dekat dalam rumah je, lagi bestkan..Boleh tarik selimut dan zzzzzzzzzz!! Lagipun bukan senang nak dapat cuaca macam tu kalau waktu-waktu weekends ni kan, baik manfaatkannya sebaik mungkin..Tapi sebelah malamnya walau hujan lebat pun dayah kena jugak keluar rumah sebab malam semalam dayah dapat free tickets from Astro untuk tengok teater Lat Kampung Boy The Musical dekat Istana Budaya..Since tiket hanya untuk 2 orang so dayah dengan Fizah je yang pergi tengok..Wah!! masuk ni dah 2 kali dayah jejak kan kaki dekat IB dan ini semua atas jasa baik ASTRO yang baik hati tu nak bagi lagi sekali tiket free, kalau dulu dapat tengok teater Cuci The Musical 2 for free jugak atas pemberian tiket percuma dan ini sekali lagi..Ini yang sayang Astro lebih-lebih..THANK YOU SO MUCH ASTRO.. :D Itu pun bakal diceritakan dengan bersertakan gambar di lain entri yee!!

Sekian untuk pagi ini dulu yee!! nanti kalau ada masa petang nanti dayah update lagi..Tengah fikir lunch nak makan apa..Malasnya nak menapak ke food court tu..

Bye dan selamat makan tengah hari semua...

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/15/2011

Squash - a quick update-

Hye!! semuaa.....

A quick update, after office ni I will be playing SQUASH..Yeah!! saya main squash, tolonglah jangan nak gelakkan kita..hehehe!! Actually ini dah second time main, first time was last week, sampai lenguh-lenguh jugaklah tangan ni, so this time nak lebih kuat lagi memukul bola itu.. :)

Kalaulah dayah tau yang Squash ini se-best ini dari dulu dayah dah joint okay!! entah-entah sekarang ni dah boleh bertanding dengan Datuk Nicol David tak pun Azlan Iskandar..*berangan* Tapi serious dan percayalah permainan Squash ni sangat BEST..*Advice kepada sesiapa yang ingin melepaskan geram secara sihat bolehlah daftar main Squash ye!!*

Baiklah dayah nak bersiap ni bye..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Melepak bersama keluarga di KLCC

Hye!! semuaaa.....


Jam menunjukkan pukul 12:45 semasa mula-mula untuk menaip entri kali ini..Hari ni hari hilang mood sedari awal pagi sampailah sekarang, monday blues merebak sampai ke rumah..Jangan ditanya kenapa mood itu hilang ini semua gara-gara salah DIRI SENDIRI so sebagai pengajaran dan sebagai terapi jugak dayah nak tulis satu entri..


Kejadian yang bakal diolah ini telah berlaku seminggu yang lalu..Hari Sabtu yang boring, pagi dayah pergi mana eh?? entahlah LUPA..memory lost, yang ingat petang tu dayah ajak mama, baba dan fizah melepak dekat KLCC..Tujuan melepakkan diri disini bersama seisi keluarga adalah sebabnya selalu kalau melepak dekat sini mesti bertiga iaitu tanpa baba *dah asyik keluar waktu baba kerja haruslah baba tak pernah ada kan.. :) * So untuk tidak menampakkan berat sebelah atau tak ingin mengecilkan hati baba, itu yang tak pernah-pernah sabtu lepak KLCC tiba-tiba terlepak anak beranak..hehehe!! *sungguh tak layak jadi orang KL* 


Lokasi untuk melepak macam biasalah Food Court KLCC sebabnya MACAM-MACAM ADA dekat sini..Nak western, middle east, pasta, pizza, teriyaki, fast food ohh!! apa sahaja namakan je anda pasti akan dapat menikmatinya..Ecewahh!! macam iklan tak ayat itu?? TAK?? okay!! takpe tak kecil hati pun..Setiap kali kalau dayah datang melepak bertiga inilah tempat yang sering disinggah, lagipun murah berbanding dengan restoran-restorang yang lain.. :)


Memandangkan waktu yang kami tiba tu adalah waktu untuk minum petang makanya menu leih terarah kepada yang ringan-ringan sahaja cuma fizah jelah yang jamah nasi petang-petang tu..


Antara yang menjadi pilihan hati masing-masing.....


ini adalah wafer dan pisang, ohh!! maaf dayah tak ingat apa nama dessert ni sebenarnya..
-photo courtesy by MAMA-

ini dibeli oleh mama so maaf sekali lagi, air ni pun dayah tak tau apa namanya..Ini kalau tak silaplah ehh!! see coconut kot..
-photo courtesy by MAMA-

hidangan seterusnya nuggets dari Mc'Donalds dan kopi o untuk baba..
-photo courtesy by MAMA-

Taco-taco dan chips *this is not the real name of this dish actually* :)

-pusing-pusing hampir beberapa kali, mula-mula cadang nak makan pizza so dah beratur ni tapi lagi beberapa orang je terus tukar pilihan nak try yang lain pulak lah, itu yang pusing-pusing lagi sekali terjumpa dengan kedai yang menjual Taco ni terus beratur dan segera mendapatkannya sebelum lagi beberapa pusingan dibuat..-

sedap dan ini adalah extra hot so meleleh air mata sekali gigit.. 

didatangkan secara set bersama dengan air dan harganya kurang RM15..Oren menjadi pilihan..

Set dari Hachigo, Wasabi Chicken yang menjadi pilihan Fizah petang tu..Kalau kesini memang tak sah kalau dia tak order dari kedai ni..Set ni didatangkan dengan air sekali..


Kalau sambil makan tanpa borak atau pot pet pot pet memang sangat tidak menarik situasi itu..Sambil kami perlahan-lahan menghabiskan segala yang ada diatas meja tu kami berborak dan bergambarlah, sampai jiran meja sebelah pandang je, baik orangnya siap tolong angkatkan dulang kami lagi sebab mungkin dia rasa serabut sangat tengok meja kami..hehehe!!



disebabkan dayah adalah bukan seorang pengemar makanan jepun jadinya dayah telah meminta fizah untuk mendefinasikan bagaimanakah rasa WASABI ini..


Sambil berborak tangan dan mulut berjalan sekali dan inilah akhirnya.....

licin..

Sebelum balik mestilah kena ronda-ronda sekitar kawasan Ground floor KLCC, sempatlah menyinggahkan diri di beberapa kedai seperti MNG, CHAMELEON, MARK & SPENCER, TOPSHOP, BODYSHOP okay!! semua kedai yang ada dekat floor tu kami singgah accept kedai yang jual make-up dan barang kemas mahupun jam tangan.. :) Masuk, keluar, masuk keluar apa yang dibeli?? subang harga kurang daripada RM10 je..hehehe!! *tak mahu shopping dalam masa terdekat ni kalau boleh*

Habis meronda kami pun pulang tapi sebelum tu sempat menyinggah lagi sekali di salah sebuah bakery..Nama bakery ni memang tak diambil tahu langsung sebabnya kami teruja tengok desserts selection yang ada, roti-roti, wah!! rasa macam nak sambar semuanya tapi tolong jangan tamak sangat..

kotak kepunyaan bakery itu..Mungkin yang di-highlight hitam itu kot nama bakerynya..


lagi sekali nama dessert dessert ini dayah tak ingat *memory dah low, perlu di-caskan balik ni* 

- tapi yang penting dua-dua desserts ni sangat menjilat jari, sangat sedap dan boleh dibeli lagi ni bila berkunjung ke KLCC *masihkah ingat nak kesini??*-

Sekian cerita melepak kami sekeluarga di KLCC, do hope you guys enjoy dengan entri kali ini.. :)

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...