2/07/2010

gambar dan movie..

hahaha!! jari jemari ku kembali lagi untuk menaip di blog ni..
rasanya dah 2 minggu dayah tak keluar melihat apa jadi dekat KL ni antara sebabnya ialah my mom still tak sihat lagi so dia perlukan rehat yang betul-betul (hopefully u get well soon)..selama 2 minggu ni jugaklah dayah dah tengok macam-macam movie dekat youtube (sayang youtube), kebanyakkan nya semua hindi movies (peminat hindi movie lah katakan)..so masa dayah tengah update blog ni pun dayah tengah tengok movie, tajuknnya "PAYING GUEST", hindi movie ok dan cerita ni kelakar, penat gelak sorang-sorang, serupa macam orang gila sudah..so sementara nak tunggu loading tu dayah nak letak gambar masa di BANDUNG..

1 2 3

4 5 6

7 8 9
10 11 12
13 14 15

16 17 18

19 20 21

  1. setibanya di LCCT, fizah excited sangat tu..maklumlah first time nak pergi BANDUNG kan..
  2. breakfast dulu dekat OLDTOWN
  3. muka-muka yang tengah tunggu untuk check-in and tengah excited
  4. destinasi kami 'INDONESIA'
  5. keadaan di dalam LCCT, orang ramai tengah beratur nak check-in
  6. waiting for boarding, it was so boring..masa tengah tunggu ni terserempak dengan misha omar, dia pun satu flight dengan kitaorang nak ke JAKARTA..
  7. AIR ASIA, sayang kapal terbang..gilakan!!
  8. permandangan dari atas, sudah sampai di JAKARTA waktu ni..tengah tunggu kapal tu nak landing je
  9. di dalam SOEKARNO-HATTA AIRPORT..
  10. tengah tunggu bus yang akan bawa kami ke BANDUNG..trust me, bus yang ke BANDUNG ni sangat selesa dan bersih dan sekiranya anda nak naik bus dari JAKARTA ke BANDUNG naiklah bus PRIMAJAYA..
  11. dah sampai BANDUNG..tapi belum sampai capital lagi,sabaaaaaaaaarrrr!!
  12. ARION SWISS-BELHOTEL BANDUNG..hotel sangat selesa dan yang paling penting dekat dengan PASAR BARU dan juga RAILWAY STATION..tak menyesal duduk sini
  13. serang JCO malam tu..nyum nyum sedap bangat..
  14. foodcourt di dalam PASAR BARU, paling sedap BAKSO MALANG (jangan risau anda tidak akan malang kalau makan pun, nama je malang)
  15. JAVA BEAN restaurant, located dekat dalam RUMAH MODE..makanan, presentation, decoration, cleanliness sangat superb..
  16. masih di dalam RUMAH MODE..
  17. di railway station BANDUNG..mahu balik ke JAKARTA, kali ni naik train pulak..
  18. di hadapan MANGGA DUA..dekat sini jugak ada jual buah mangga yang sedap, manis..
  19. BATAVIA HOTEL JAKARTA..
  20. check-in nak balik MALAYSIA..
  21. hehe!! jangan keliru ini bukan di BANDUNG tapi di IPOH (my cousin kahwin), dayah upload pic ni sebab baju-baju lace dan kain-kain batik yang kami pakai ni datang or imported from BANDUNG..














































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...