1/26/2011

22/01/2011 - jemputan kahwin -

Weekend yang sangat sibuk dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah, berfaedah ke persoalannya?? Eh!! mestilah sebabnya pagi ikut serta mama dengan baba pergi rumah orang kahwin, ni kira last minit punya decision pun, disebabkan ini kira kawan baik mama masa kerja dulu so tak naklah kecikkan hati dia sebab dia dah sudi jemput tanpa kad jadinya dari tak nak keluar terpaksalah keluar jugak siang tu..

Lokasi dewan pengantin dekat Kelana Jaya berdekatan sangat dengan MAS training center *asal tak ada satu pun pramugara hot lagi handsome jalan-jalan berhampiran situ, hahahaha!! gatai* Senang sangat landmark yang diberi kepada yang tiada jemputan kad kahwin ni, *kalau tak mesti kecoh dalam kereta..ba, masuk kiri lepas traffic light yang second tu, lepas tu nanti jumpa sekolah, laa!! kan dah terlepas tu haa!! signboard siap muka pengantin besar-besar dah tergantung, follow yang tu*..Ini lah yang selalu terjadi tatkala memandu ke rumah pengantin berpandukan map, saya membaca map, mama tukang tengokkan landmark, baba tukang follow dan fizah tukang tengok je kami kecoh..

Kami tiba pun kira waktu pengantin dah bersanding jadinya tuan rumah sambut terus ajak kami makan borak-borak pun anak beranak je puji pengantin dan pelamin dia cun gilerr!! :)

Jadi saya dengan bebesar hatinya ingin menunjukkan sedikit gambar yang sempat di ambil, silalah jamu mata anda semua ehh!!

silalah jealous bersama saya sebab pelamin dia serious simple yet cantik sangat, actually pelamin ni panjang but since masa ni orang tengah sibuk tepung tawar makanya zoom in dari tempat duduk bagi nampak pelamin je nak tunjuk kat u olls semua..


pengantin yang sepadan lagi cantik.. :)

ada kuih ros, bahulu dan belakang menu tu ada rempeyek..

kesimpulannya makanan agak menghambarkan, daging tu manis sangat, ayam pulak hanyir so memang pembaziran berlakulah bila ayam tak habiskan, dalca okay!!, pacri nenas nenasnya manis cuma sambal belacan tu sedap, pedas..Buffet ni ada 2 jenis satu kalau nak makan nasi briyani ada, satu lagi nasi putih, tak silap ada kuah masak lemak..

butter cake..

makan-makan lupa pulak nak minum, nah!! air sirap..ada air teh tapi baik punya dah ambik cawan nak tuang, habis..tehee!! *malu dengan kakak sebelah*


gambar sebegini di ambil bermotif tau..


goodie bag..

cekidaut apa yang terdapat di dalam beg silver ni..

taraa!! ada cupcake & tempat letak lilin (ada 2 colour, satu lagi silver)



Masa on the way jalan nak ke parking tiba-tiba nampak ada 2 orang makcik elok je duduk atas bench tepi tangga tu makan ice cream, siap masing-masing dengan tisu sorang satu, sambil makan lap mulut, makan lagi lap mulut lagi..Sementara mama pergi jumpa kawan dia dekat dalam dayah perhatikan je makcik tu makan, teruja tengok orang tua makan ice cream oren u olls..Jadinya, mama keluar je dah lepas salam-salam tuan rumah dayah terus heret mama ajak beli ice cream oren sebijik macam makcik-makcik tu makan *terasa seperti kanak-kanak tarik kain mak dia suruh belikan ice cream* heheh!!




tengok ni.. :)

angkat kaki balik rumah..

Sambungan next entri untuk aktiviti hujung minggu di waktu malam pulak tau..






Jumpa si tinggi di Bangsar

Maaflah dayah masih tak dapat nak update cerita pasal Annual Dinner sabtu lepas, ini semua gara-gara kelmarin tengah-tengah menulis ni tiba-tiba laptop 'pop' bukan makan ice cream paddle pop tiba-tiba terjatuh tapi dia terpadam dengan sendirinya..Okay!! perasaan pada ketika itu sangatlah menyeramkan sebab u olls bayangkan masa dia 'mati' jam kat dinding rumah 12:30 tengah malam (ohh!! lupa jam tu cepat 5 minit so the exact time was 12:25 tengah malam)..Nasib baik masa tu fizah ada kalau sorang-sorang mau lari buka semua lampu yang ada termasuk torchlight sekali..

Bila buat kajian sikit rupanya laptop tu ada short cercuit, dia punya wayar yang kalau u olls tengok mesti berkata begini kepada dayah "ada duit lebih nanti silalah beli laptop baru eh"..hehe!! okay!! penerangan sikit wayar yang ada dekat bateri tu yang short circuit, siap ada macam api masa dayah pengang, nasib tak terkena renjatan kalau tak semalam pergi kerja mesti gaya rambut baru kan.. :) Degil jugak so on lagi laptop tu semata-mata nak transfer beberapa keping gambar yang sibuk budak-budak office merangkap kawan-kawan dayah nak, sepuluh kali diorang tanya..Nasib baik lepas transfer semua keping gambar yang ada so taklah mereka kempunan sebab dah 2 hari mintak tak dapat-dapat (padahal gambar dalam FB sama je) hehe!!

Jadi kesimpulan tentang cerita Annual Dinner bakal di publish kan dalam tempoh masa terdekat ni tau, tau..Sabar tu separuh daripada iman..

Lepas tu semalam mama suruh balik awal sebab dia nak melawat kawannya yang masuk hospital..Buat pembedahan cuma taklah major operation, just minor je tapi still orang sakitkan so kenalah melawat..Kenangan lama kembali menyapa ruangan minda mama tatkala masuk semula ke tempat dia bertugas selama 23 tahun, SJMC dalam kenangan..hehe!! on-the-way nak ke wad tu sempat tanya mama..

"ma, rindu tak kat tempat ni" dayah bertanya
"rindulah, iyalah dulu sinilah mama lalu nak passkan document, jumpa oranglah, meeting lah, macam-macam terjadi" mama jawab
"sedangkan nor pun kadang-kadang bila pergi kolej balik terimbau kenagan lama bersama kawan-kawan *sedih okay!! part ni* ni kan tempat 23 tahun kita kerja"

fizah pun sibuk nak mencelah "orang pun rindu gak dengan sekolah"

Eleh!! budak kecik ni sibuk je, padahal suka bila dah tamat sekolah hari tu..hahaha!!

Lepas melawat kawan mama tu kami pun macam biasa kalau malam-malam buta ni keluar anak beranak harus singgah kedai mamak pekena teh (okay!! walaupun kami tak minum teh sejak berita mengenai teh timbang tu tapi setiap kali nak keluar malam mesti kena guna term 'jom minum teh') walaupun yang di order semua lain-lain kadang-kadang terlanjur sekali sampai makan supper.. tehee!! *ingat-ingat diet lepas 8 malam*

Mula-mula cadang nak makan dekat depan hopsital je, dekat situ ada Taj curry house tapi sebelum tu masa on-the-way dekat highway fizah ada tergerak hati nak pergi makan dekat Bangsar so since dayah tak pernah pergi kedai tu lagi jadi macam okaylah!! Masa nak ke taj curry house tiba-tiba baba bersuara, cakap nak minum dekat bangsar, first i thought minum kat taj curry house je..heheh!! mestilah mau kan..*angkat-angkat kening dengan fizah*

Kedai ni taklah mamak pun, lebih kepada melayu cuma sebelah tu iya ada gerai mamak..Sedang minum menikmati fresh oren yang diorder, okay!! this part best, dayah terserempak dengan seseorang yang boleh dikatakan kami admire sangat-sangat masa waktu kolej dulu..Si tinggi lampai yang duduk dekat Bangsar, ishh!! makin hot dia ni lepas belajar eh!! serious masa ni tangan mengigil-gigil, depan mata je si tinggi ni, dia pandang kami pandang sampai kawan dia yang muka ala-ala wartawan melodi tu pun main pandang-pandang jugak..*nak nyanyi tak lagu ana raffali tu??*

Terimbau kembali zaman belajar dulu, mana taknya punyalah admire dekat si tinggi ni sampai ambik jadual semua nak sama dengan dia, bila terserempak dekat coridor before masuk class, gelabah, rasa nak jerit-jerit..Lepas tu tengok dia pakai baju apa hari ni, muka pakai bedak tak, rambut cantik je mesti mak yang sikatkan, hehe!!..Pernah sekali lebih 2 minggu tunggu dia masuk class tapi tak jugak masuk-masuk, setiap pagi mata kami semua tertumpu dekat pintu je tunggu manalah dia ni, macam-macam spekulasi kami buat, mungkin dia tukar class kot, pindah kolej, accident, mungkin tak tahan diperhatikan oleh kami ishh!! macam-macamlah Sekali bila selidik balik rupanya si tinggi kena demam denggi, kesian..

Kami bukan takat pilih jadual class sama je eh dengan dia, kami buat kerja lain jugak,  nak tau si tinggi ni dengan lebih mendalam lagi selain assignment yang ada kami telah cuba mendapatkan no phone si tinggi ni daripada mak dia..hahaaha!! gila tak gila?? ni semua dilakukan oleh sahabat karibku tu sampai sikit lagi diorang nak couple..hahaha!! dah dapat no phone, dayah cuba cari pulak social networking yang dia ada, guess what??!! terjumpa myspace dia tau, hahaha!! jerit lagi tengok gambar-gambar dia..Paling gila kitaorang pernah kejar dia nak tau dia tinggal kat mana, baik!! jangalah anggap kami ni gila meroyan ohh!! what ini sekadar suka-suka je tapi tak kesampaian pun nak kejar sampai rumah laju sangat dia bawak, tau kot dia dikejar..hahaha!! tapi best giler kot!! dan before nak tau dia tinggal di bangsar dayah ada termimpi kawan karib dia bagi tau dengan dayah yang si tinggi ni orang bangsar, so bila dapat tau memang dia tinggal bangsar, ambik kau terjerit-jerit tak sangka, kawan dayah siap cakap itu petanda..hhahaha!!

Itulah sejarah kami dengan si tinggi lampai ni jadi bila terserempak dengan dia semalam memang boleh gugur jantung bila dia bertambah-tambah handsome in-person.. *senyum selebar-lebarnya*

Jadi tak sia-sia pergi minum dekat Bangsar semalam..Gambar nak tangkap pun terlupa terus sebab dia depan mata..hahahaha!!

p/s : cerita admire orang ni memang banyak kalau nak cerita tapi tak payahlah kang korang bosan pulak kan..Paling dayah admire seorang ni yang muka ala-ala zaquan adha suami ayu raudha tu.. :) serious muka sebijik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...