7/21/2011

Mintak kerja jadi penebar roti canailah

Assalamulaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Sesungguhnya roti canai memang tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia, tak kiralah ceruk rantau mana dia datang asalkan IC dia menunjukkan dia adalah rakyat Malaysia mesti akan suka makan roti canai..Ada ke yang tak suka roti canai?? orang yang tengah berdiet je kot tak suka, kan kan :p Kalau sarapan pagi first thing yang dicari mesti kedai mamak sebab nak makan roti canai plus teh tarik *ish ish!! banyaknya kolestrol terkumpul* :) tapi sekarang ni rasanya tak susah lagi nak cari roti canai yang bukan mamak buat sebabnya kedai melayu pun dah ada roti canai jugak, *memecah tradisi kedai melayu pagi-pagi jual nasi lemak..hehe!!* tukang tebar pun orang melayu jugak, cuma dayah tak pernah nampak orang cina tebar roti canai kan..erm!! 


Roti canai ni pun bukanlah untuk sarapan pagi je, masa dayah kerja dulu dekat food courtnya jual roti canai untuk lunch and jangan main-main beratur nak order eh! sedap kot! Kalau malam tak payah cakaplah..Kalau diperhatikan daripada adunan tepung tu macam-macam roti boleh terhasil, roti pisang *ini all-time favorite ok*, roti telur letak bawah and cili padi *perghh!! nangis makan sebab pedas sangat*, roti sardin, murtabak dan banyak lagilah, kalau senaraikan sampai kesudah entri ni tak habis-habis, itu belum masuk lagi yang terlebih creative reka macam-macam flavour dengan roti canai example Hot & Roll..


Al-kisahnya, sabtu yang lepas lepas, sabtu yang dimana KL dilanda bersih kami sekeluarga memang tak keluar rumah langsung, mama kuarantin semua isi rumah so sehari sebelum tu mama dan baba dah stok few makanan so that mama cakap tak payah keluar rumah sampai isnin *nasib keluar sampai garaj rumah boleh* :p Bila dah ada dalam rumah ni, masing-masing akal panjang nak cuba resipi-resipi yang terlintas di kepala hotak, alaa!! resipi-resipi yang bahan-bahan ada dekat rumah je, nak buat apple crumbles bahan tak cukup eh!! hehe!! nak mat saleh je makan kan, tak padan dasar melayu.. :P So dengan bersemangatnya baba menguli tepung campur marjerin untuk dijadikan adunan ROTI CANAI..senang je eh!! rupanya nak buat roti canai ni, semata-mata tepung..Dayah memang respect suspect dengan penebar-penebar roti canai ni sebabnya kan, BUKAN SENANG NAK TEBAR ye!! adik-adik..Adunan memang super senang tapi part nak tebar tu kalau tak betul-betul boleh jadi seluar tarzan ok!  


Mula-mula baba tunjuk skill menebar roti canai walaupun baba sebenarnya bukanlah pandai menebar, hehe!! tapi okaylah jugak untuk orang first attempt kan :) sedang tengok-tengok baba menebar tetiba terlintas di kepala hotak muka mamak gerai belakang rumah menebar roti canai dengan penuh skill, terus cakap dengan baba "ba, meh sini nor try buatkan" tugas bertukar tangan..


tehee!! *angkat-angkat kening*

taraa!! tebar-tebar, gulung-gulung, masak-masak terus terjadi Roti Bom..

last adunan fizah order roti telur tapi maaflah tak sama macam kedai punya..hehe!! tengah-tengah tebar sekali roti jadi seluar tarzan, redo balik tak menjadi-jadi last sekali inilah hasilnya..tapi sedaaappp!! sebab terasa macam letak sepuluh biji telur.. :)


percubaan pertama, amacam pass kan?? bolehlah hantar resume dekat kedai mamak lepas ni.. :p


percubaan kedua..hehe!!

Makanya lepas ni dayah akan berusaha lebih gigih lagi dalam menebar roti canai..Mana tau boleh buka kedai depan rumah :p

Sekian laporan dari saya untuk Blog ini.. :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...