12/21/2012

Peminat Block B pulak

Kalau sebelum ni dayah adalah kipas-susah-mati Super Junior tapi kali ni dayah update dan add satu lagi group dalam list which is Block B..Ini semua gara-gara lagu terbaru mereka tu lah..

Sebenarnya dengan tak tersengaja dayah terdengar lagu terbaru mereka, 'Nililli Mambo' terus lagu tu melekat dekat kepala sampai sekarang, belum ada istilah muak-nak-muntah-dengar-lagu-ni-berulang-kali..Bermula di saat itulah dayah terpikat dengan group ni, biasalah first thing first:

GOOGLE
-
-
-
WIKIPEDIA
-
-
-
Untuk cari info group nidan yang paling penting nak tau nama-nama mereka..

Actually mula-mula tu menyampah jugak dengan muka diorang ni, sebab muka semua macam lanun cetak rompak dalam video muzik Nillili Mambo, tapi bila preview video yang lain-lain oh! handsome jugak diorang ni eh! ;) lambat sikit nak terasa jatuh cinta, almaklum slow sikit..

Dan sejak itu jugaklah dayah tau yang pada suatu ketika dulu fizah ada download satu lagu ni, tapi dayah buat endah tak endah je sebab apa kes lagu ada "guguga guguga", sekali dengar kelakarnya lagi ni, macam lagu untuk kanak-kanak pun ada tapi sekarang ni lagu tu kalau suruh nyanyikan part chorus tu macam kacang jelah, petik jari terus boleh nyanyi tapi part chorus jelah, part lain-lain sila tunggu saya dah fasih berbahasa korea nanti ye! :P


     



   

Hari-hari dengar dalam kereta, make sure volume kasi up sampai orang luar pun boleh dengar, nasib kereta tak ada speaker yang besar tu, dalam office tengah buat kerja pun dengar jugak..yang part ni tak sepatutnya didedahkan takut kontroversi pulak tapi takpelah sanggup menerima segala yang bakal terjadi, dalam toilet pun dengar jugak..Misal kata mana-mana pergi lagu ni jadi peneman.. ;)

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...