Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

4/04/2011

ABPBH dan SHAMPOO

Selamat Tengah Malam semuaa.....


U olls mesti baru lepas tengok Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian kan?? Dah tau siapa yang menang kan..Tak sangka Sam si Adnan Sempit kita menang tapi tahun lepas memang tahun dia pun cuma yang dayah tak berkenan sebab maknya sibuk jugak nak naik atas pentas, entahlah macam tak manis gelagat maknya, lagipun ramai jugak orang-orang kenamaan kan so better behave lah sikit, tau excited sebab anak menang tapi janganlah terlampau macam tu, kalau setakat naik atas pentas dan beri sikit ucapan takpe ni tak..ermm!! Usop Wilcho jugak yang TERBAIK...hahahahahaha!! dia kenapalah tak dicalonkan kalau tak sure punyalah menang, trademark tangan tu paling tak tahan..Satu lagi persembahan Datuk Siti Nurhaliza kita paling MANTOP!! dia cantik sangat-sangat..Ohh!! tak lupa seorang lagi artis yang dayah minat siapa lagi kalau bukan Altimet, walau kejap je dapat tengok dia tapi tetap best!! cayalah bro kita tu.. :D TAHNIAH, kepada semua yang menang, you guys memang deserved it the award..Laaa!! boleh lupa pulak Anuar Zain, haishh!! nak pengsan tengok dia tadi, dahlah handsome sangat dengan suit putihnya satu lagi suara memang awesome dengan lagu yang sedap tu, Sedetik Lebih *pengsan*...


Opss!! dayah terlupa nak update pasal shampoo yang dayah sibuk nak recommend kan tu kat u olls..Dayah baru je check status blog dayah ni, ramai yang tersinggah sini mesti sebab nak cari cara melebatkan rambut, kalau u olls try dan berkesan Alhamdulillah teruskan usaha tu tau.. :D ohh!! satu lagi kalau nak lebatkan rambut cuba u olls try pergi kedai india I mean yang macam dekat masjid india tu yang banyak jual produk dari India tu dan tanya dengan dia minyak rambut atau minyak nak lebatkan rambut, itu pun bagus tau cuma agak berbau sikitlah tapi takpelah lepas tu shampoo lah rambut dengan shampoo wangi wangi kan..hehehe!! Dayah pun nak pergi beli jugak nanti, nak try jugak.. *tapi sekarang sejak potong rambut pendek bolehlah felling felling rambut tebal* :p


Shampoo yang dayah nak recommend dekat u olls ni bukan untuk lebatkan rambut tapi boleh jadikan rambut u olls nampak sihat I mean nampak lembap tak kering sebab sebelum dayah guna shampoo ni dayah punya rambut seriously kalau u olls tengok memang tak sihat langsung sebab nampak kering sangat-sangat tapi sekarang ni dah berkurangan sikit lepas sebulan dayah guna..Baiklah u olls mesti nak tau kan shampoo apa okay!! jom kebawah ni.....




inilah shampoo tu, harga mahal sikit kalau tak silap RM18.00 kot sebotol..dayah pilih yang ada coconut oil, iyalah kata coconut bagus untuk rambut kan.. :) ohh!! ada jugak conditioner tau!!

silalah zoom in untuk baca lebih lanjut lagi, tak pun apa kata u olls pergi tengok sendiri dekat mana-mana supermarket yee!!

yang pasti shampoo ni HALAL..gunakan tanpa was-was, ehh!! ini iklan lain salah lagu..

So dah tau kan shampoo apa yang dayah sibuk nak bagi tau dari last week rasanya..hehehe!! Jadi, esok, lusa, tulat atau bila-bila berkesempatan silalah cari shampoo ni tau!!

Dayah nak review lebih-lebih tak retilah so apa kata u olls try dulu yee!!

p/s : hari yang sangat seronok bila kawan baik menghadiahkan sekeping gambar dia kepada dayah baru je ni..hehehe!! jangan marah u olls gambar live dari genting!! :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

2/28/2011

Jom kita bakar kalori!!

Hye semuaaa!!

Selepas bercuti-cutian di rumah selama 2 hari ni, malasnya hari ni nak bangun pagi tadi nak pergi kerja, asalkan monday je mesti macam ni kan, bad monday, hehe!! ehh!! tapi tak baiklah isnin kan permulaan hari so think positif sikit dayah so today mood tak lari mana-mana, tak rasa diri ini blur, semua nampak okay!! je, kerja pun smooth je berjalannya..so hari ni totally okay!! good monday.. :D

Hari ni dayah nak kongsi few tips tentang kesihatan, baiklah harus diakui tips ini diambil dari sebuah pamphlet, tapi takpelahkan at least dayah berkongsi bagi mereka yang tak dapatnya..hehe!! Baru-baru ni mama ada received newsletter dari nestle, setiap few months mama akan received mungkin sebab dulu mama selalu deal dengan nestle masa time kerja itu yang sampai ke hari ni tak putus-putus hantar je tapi bagus jugak dapat tau newsletter ni sebabnya setiap kali isu terbaru datang banyak informasi yang kita boleh dapat, resipi ringkas pun ada jugak tau..Ada satu tu dayah still simpan lagi sebab ada resipi milo, macam-macam and dayah pernah jugak tried salah satunya and newsletter ni selalu bagi informasi apa produk terbaru diorang yang baru keluar dipasaran..Macam kali ni punya isu pun ada jugak few product mereka yang baru..

So since masa dapat tu fizah dah katamkan dulu so masa dayah balik je kerja dia suruh baca..

fizah     :  nor, kau baca ni
dayah  : asal??
fizah     : kau cakap nak dietkan, nak jaga kesihatan kan?? ni haa!! tengoklah

Dayah pun belek-belek rupanya dekat dalam tu ada tips macam mana kita boleh kurangkan kalori dengan aktiviti harian kita..Ohh!! begitu..So dayah rasa apa salahnya kongsi sikit maklumat ni dengan u olls kan..baiklah jom kita cakap bersama-sama...SHARING IS CARING.. hehehe!!

Apa itu kalori?? Tak payah jawab, biar dayah bagi jawapannya, duduk je diam-diam situ baca..

Kalori adalah ukuran untuk tenaga dan tubuh badan kita memerlukannya untuk berfungsi, kalau terlampau kurang kalori pun tak bagus jugak contohnya macam lemak, badan kita memerlukannya tapi dalam kuantiti yang sangat minimalah, ini adalah untuk bagi tenaga dekat kita bila kita nak melakukan sesuatu*dah boleh feeling macam kau ambik medic dayah* uwekk!! Tapi kalau pengambilan kalori berlebihan pulak boleh menambahkan berat badan so ini yang paling tidak dimahukan kan..In fact, takut jugak dengan penyakit jantung kalau kita tak kawal kalori dalam badan kita..ishh!! insaf lepas ni nak bersenam..hahha!! So untuk membakar semua kalori kalori yang tak diperlukan itu kita haruslah sentiasa kekal aktif, tak naklah tidur je memanjang *ini kena remind fizah* Jadi ada yang kata nak pergi gym tak sempatlah, tak ada kawanlah, tak tau gym yang mana sesuai nak pergilah, nak jogging sorang-sorang malulah, tak ada kawanlah, dan macam-macam lah lagilah*ini semua alasan dayah sendiri eh!! hehe!!* so takpe nak bakar kalori tak semestinya kita kena bersenam di gym tapi dengan aktiviti harian pun dah boleh bakar kalori tu..

Mengelap/mop lantai :
bukan sahaja rumah kita bersih, berkilat malah sambil mop penat penat tu rupa-rupanya sambil tu kita bakar kalori dalam badan kita ni..Haishh!! kena lebih gigih mop lantai lepas ni, biar sampai boleh jadikan cermin kan.. :D Selama 20 minit aktiviti ini dilakukan sebanyak 62 kalori kita dapat bakar, kalau berjam-jam maknanya berkalori-kalorilah kan..wahh!! okay!! ada sesiapa disini inginkan khidmat bantuan membersihkan lantai rumah?? sila hubungi saya ye!!


Menari
Untuk part ni kan baik u olls cepat-cepat download lagu hindustan sebabnya lagu diorang kalau yang rancak bab menari memang tak kalah so cepatlah tak pun lagu k-pop, kan rancak jugak tu..Haa!! menari boleh tau membakar kalori sebanyak 155 kalori..Uikk!! banyaknya, nak start menarilah balik ni nanti..Poco-poco agak-agaknya okay!! tak??


Berjalan pantas
Kalau ada yang tak suka berjogging yet itu adalah exercise yang terbaik untuk kuruskan badan dan get fit takpe tak marah pun sebab tuan blog ni pun kalau bab jogging dia memang slow sikit tapi kalau tengok orang tengah jogging sibuk merungut nak jogging sama *kalau trackmill saya suka* so to those yang macam tuan blog ni kita boleh amalkan berjalan dengan pantas, tak kira nak pergi kedai ke, dalam office pun boleh jugak atau dekat mana-mana je asalkan berjalan dengan pantas bukan lenggang kangkung mak minah okay!!..Kalori terbakar sebanyak 222 kalori u olls, satu jam dah memadai..Balik nanti nak jalan kaki sepantas kilat..

Berjalan perlahan
Tak suka berjalan pantas?? takpe jugak sebab orang yang berjalan perlahan pun boleh membakar kalorilah so tak payah rushing rushing dah sekarang nak hantar document tu, jalan slow slow, nak nak yang pakai heels tu, kang jatuh susah pulak nanti.. :) 87 kalori dapat dibakar dengan hanya berjalan perlahan selam 30 minit..

Berkebun
Berkebun pun dapat membakar kalori, berkebun ini adalah cara yang baik untuk menggerakkan semua otot dalam badan, iyalah kita nak alihkan pasu bunga bukan calang-calang ringannya, berat okay!! walaupun dayah tak pernah melakukan aktiviti ini tapi tahu heavynya pasu-pasu tu tolak pasu kecil lah, itu melampau cakap berat jugak eh!!..So sesiapa rumah yang ada taman tu tak payah panggil gardener, buat je sendiri, kita yang nak bakar kalori bukan tukang kebun tu, sah-sah dia dah sihat sebab hari-hari berkebun je..Sebanyak 284 kalori dapat dibakar dengan hanya memperuntukkan selama 45 minit berkebun..Rumah dayah tak ada taman so yang ini dayah skip.. :D

Membeli keperluan dapur
Siapa cakap membeli belah tidak dapat membakar kalori sekaligus menguruskan badan?? SIAPA?? selain terapi untuk minda ianya jugak adalah terapi untuk badan kita u olls..Tapi dekat sini cakap keperluan dapur maknanya kalau shopping baju tak falls into this category lah kan?? Baru dayah tau yang membeli barang keperluan dapur dapat membakar kalori, mungkin barang dapurkan berat, bayangkan kalau beli minyak 5kg, beras 10kg tak termasuk yang lain-lain lagi so bila kita tolak troli tu *jangan ingat hangkut pakai tangan eh!! sampai rumah* kan kita menggunakan tenaga yang banyak nak nak kalau terdapat troli yang tayarnya ada masalah, lagilah banyak tenaga kita gunakan.. Sebanyak 145 kalori dapat dibakar selama 45 minit membeli belah barang dapur ni, kalau dayah tak adanya 45 minit, kejap sangat tu..hahahaha!! so kalori I banyak dah terbakar ni..huahahaha!! dan kena lebih gigih ke Tesco Ampang lagi ni..HAHAHAHAA!!

Berbasikal
Ini rasanya semua orang tau kan yang berbasikal adalah bagus untuk kesihatan, so jadikanlah berbasikal salah satu daripada aktiviti mingguan anda..Dulu dayah selalu berbasikal masa zaman sekolah, habis satu taman perumahan tu dayah jelajah, kira siri jelajah petanglah tu..Mana ceruk rantau dayah lalu tapi masih dalam area kawasan rumah dayahlah..Siap pakej kena kejar dengan anjing kecik lagi, nasib basikal ada gear, memangku pecutlah kan..hahah!! padan muka anjing tu kena tinggal kejar lagi kan..Sebanyak 192 kalori dapat dibakar dengan hanya berbasikal selama 1 jam..Kalau kena kejar dengan anjing mesti lagi banyak kalori yang terbakarkan iyalah lagi laju kita kayuh..

Memasak
Memasak pun boleh membakar kalori, wah wah!! macam ni kena lebih gigih masuk dapur untuk masak air..Tulah siapa sangka mak mak kita yang hari-hari memasak untuk kita tu rupanya mereka tu bukan masak untuk sekadar bagi anak dan suami makan tapi rupanya diorang tengah membakar kalori, patutlah mak saya kurus sejak retired ni..hahaha!! Maknanya mak kita ni sihatlah kan iyalah masak kadang-kadang bukan calang-calang lauk, kena berkungfu bagai baru siap satu dish yang sedap..hahaha!! So lepas ni dayah akan cari kerja dalam kitchen eh!! jom join sama..Sebanyak 68 kalori dibakar dengan memasak selama 30 minit, jadi dayah nak masak balik ni..*ermm!! maggi kari kalau rendam dalam air panas adalah jugak 5 minit nak tunggu kembang, nak masuk rencah lagi, masak air lagi..alaa!! kurang 30 minit, nak masak apa ni.....Okay!! MAGGI GORENG..

Tengok, rupa-rupanya nak bakar kalori bukan kita kena bersusah payah sangat pun, kegiatan harian kita ni pun dah memadai untuk membakar kalori so maknanya kita ni memang sentiasa membakar kalori kita cuma sekarang ni cara pengambilan makanan kena berjaga-jaga not too much of calories..Bayangkan aktiviti ni boleh dilakukan setiap hari so setiap hari kita boleh sihat..

 
Jadinyakan lepas dayah baca article ni terus terasa keinsafan diri untuk lebih gigih kuruskan badan dan sekaligus menjadi sihat so dihujung minggu yang lepas lebih spesifik semalam sempena hari ahad dayah telah melakukan salah satu dari aktiviti diatas.. TAK PERCAYA?? sila tengok ni...

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tengokkk!! dayah mop lantai semalam..

dengan penuh bergaya okay!!


hasilnya..

Bukan sahaja mengemop lantai tapi jugak :




pasang langsir pun dayah buat, ishh!! gigih berkemas macam esok nak raya je..

baiklah, tipu je..Baba yang pasangkan..

Jadinya mengikut kajian semalam dayah dah membakar banyak kalori..Patutlah hari ni rasa lebih sihat nak bertenaga..hahahaha!! Okay!! so pada u olls ingat eh!! aktiviti harian kita pun dapat membakar beberapa kalori dalam badan so amalkanlah salah satu daripada yang atas tu..

Selamat menjadi sihat.. :D

p/s : lagi sekali lunch tak ada mood nak makan mungkin sebab badan dayah sakit-sakit sekarang ni gara-gara semalam..Satu lagi tangan dayah kasar hari ni sebab semalam banyak kena sabun..bila nak lembut balik ni..

1/24/2011

Tips Percutian -pengalaman sendiri-

Weekends yang sangat memenatkan, terisi dengan aktiviti yang sangat berfaedah..Okay!! serious taklah busy mana pun, cuma bila sepuluh kali keluar rumah naik kereta nampaklah kebisian nya *busy* walaupun hanya ke kedai berdekatan rumah mencari top up..:)

Baiklah, itu kita cerita lain entri sebab kalau nak cerita pasal weekends lepas dekat office ni memang tak bolehlah sebab pertama tak boleh transfer gambar melalui thumb drives terus ke pc ni sebab amaran keras telah dikeluarkan no transferring any pictures into this pc *tunduk-tunduk kepala*..Sebab kedua ialah dalam thumb drives tu pun semua gambar yang belum di edit so editing gambar hanya berlaku di rumah sahaja kerana di laptop kesayangan-walaupun-slow itulah ada software for editing..

Dah, kita tutup entri pasal apa yang nak diceritakan di next entri, nanti banyak-banyak menaip terbocor rahsia tanpa sengaja..

Since CNY ni kami belum planning nak ke mana-mana rasanya tak lah kot sebab dah last minit memang hotel fullhouse lah kalau macam ni kan..*duduk rumah diam-diam je* Cadang nak pergi Singapura tak jadi atas sebab-sebab yang tertentu so postponed to the next visit but for sure bulan June jadi eh!! heheeh!! Memandangkan dah tak jadi bercuti makanya dengan rasa baik hati dayah nak share some tips perancangan sebelum holiday *padahal macam tak ada kena mengena langsung tak jadi pergi holiday dengan tips ni tapi degil hentak-hentak kaki jugak nak share tips ni*..Just a simple tips based on our experienced before.. *wink wink*

Lokasi :
First thing yang kena consider ialah mana lokasi yang u olls nak tuju *tarik spec turun ke paras hidung*..Biasalah kalau nak pergi bercuti mesti ada destinasi yang menjadi pilihan hati nak dituju bersama family, yang tersayang, kawan-kawan, jiran tetangga, rakan -rakan kelas memasak, rakan-rakan kelas ngaji, rakan-rakan persatuan okay!! stop kat sini sekarang..Bila lokasi yang nak dituju dah dicapai melalui kata sepakat beramai-ramai haa!! banyaklah urusan yang bersangkut paut dapat dilaksanakan contohnya kalau nak booking for hotel, transport, tourist guide, itinerary lokasi-lokasi yang wajib dilawati dan sewaktu denganya..Dah dapat lokasi yang berkenan di hati terus kaji pulak cuaca tempat tu, jadi pengkaji cuaca selama seminggu before nak bertolak ke sana..Ini bertujuan tak naklah pergi sana nanti musim hujan, musim tengkujuh, musim panas ehh!! cop ini lagi bagus daripada hujan tak berhenti nanti nak gerak ke lokasi-lokasi menarik bisa terbantut..Okay!! dapatkan?? ini bukan apa nak bagi setiap apa yang dirancang berjalan dengan lancar.. :)

Penginapan :
Ini penting sebab kalau dah sampai sana sekali tak ada tempat nak tinggal bisa haru-biru jugakkan, tak akan nak tidur dalam kereta mandi di public toilet pulak, bayangkan datang beramai-ramai..Jadinya untuk lebih selamat lepas je dah tau mana tempat nak pergi segeralah google untuk cari tempat untuk menetap selama berada di negeri orang tu..Tapi kalau u olls pergi during non-peak seasons, chances nak dapatkan bilik without prio booking adalah sangat senang berbanding kalau pergi during peak seasons..TAPI kena ingat kalau long weekends for example this coming CNY tolonglah jangan buat last minit booking atau walk-in booking sebab normally during this seasons chances tu amatlah tipis untuk dapatkan bilik sebabnya kebanyakkan orang akan ambil peluang ni untuk bercuti itu tak termasuk lagi dengan yang dari luar Malaysia and kebanyakkan mereka yang memang dah confirm akan bercuti during this public holiday akan book hotel dari last year okay!! tak percaya?? *cuba terbeliakkan biji mata* haruslah ada kepercayaan sebab kami sefamily pernah kena macam ni, nak booking lagi one month ni nak pergi tapi sorry unavailable sebab ada yang dah booking setahun yang lepas, siap ada yang dah bayar.. :) ohh!! tapikan ini kalau nasib baik tau, sesetengah hotel during this seasons diorang prefer if customer walk-in booking rather than call ealier, but not most of the hotel yang buat macam ni..Antara sebabnya ialah kalau walk-in booking memang dah sah-sah orang tu akan stay and bayar on-the-spot kan but if booking without any payment made diorang takut last minit cancel so nanti diorang yang rugi..But i would recommend u guys made an earlier booking please in order to get a smooth holiday trip..

Pengangkutan :
Bilik dah booking so pass, sekarang ni transportation pulak..Kalau holiday ni dah muak naik kereta je nak tukar angin naik public transport silalah booking terlebih awal eh!! for example kalau nak naik flight tunggu AA buka waktu promosi then cepat-cepat booking then you need to put this itinerary as number one instead of location *do you get what i mean??*..Kalau menggunakan sendiri punya transport pastikan kereta, motor atau apa sahaja jenis atau jenama kenderaan di selenggara dengan baik *haa!! dah macam iklan di radio*, nak jalan jauh ni even Port Dickson eh!!..Tak naklah nanti tengah-tengah jalan tiba-tiba terberhenti gara-gara kereta rosak, baik??!! jadi segera ke pusat service yang berhampiran sekarang..Kalau nak guna public transport selain daripada flight make sure beli cepat-cepat jugak tau, jangan last minit jawabnya tak balik lah korang nanti..Sekarang ni banyak yang dah boleh booking online tinggal search je so please again don't do it until last minit tau..

Itinerary :
okay!! ini option kalau nak buat pun boleh tak pun boleh tapi dayah rasa kalau dah ada itinerary percutian lebih teratur sebabnya kita dah tau mana tempat yang kita nak pergi dulu, mana tempat yang wajib dilawati..Tak lah nanti bila dah balik rumah google tengok alaa!! tempat ni kita tak pergi pun padahal ni lah tempat tourist attraction..kan dah menyesali!!Kalau kami pergi bercuti normally kalau ke overseaslah memang baba akan sediakan a bunch of information pasal country yang bakal dilawati tu, dari hotel, transport, halal stall, tourist attraction, kira semualah yang berkenaan jadi always ada extra kg untuk 'file percutian ni'..hehe!!

And some tips lagi, if you guys cadang nak pergi bercuti during peak season ni better cari lokasi yang tidak menjadi tumpuan pelancong sangat during musim-musim macam ni for example CNY, bukan tak boleh tapi cuba cari waktu yang tak long weekends sangat sebabnya kalau pergi waktu-waktu macam ni di khuatiri u olls rimas sebab pergi sini ada orang pergi sana ada orang, serba serbi pergi ramai orang, kadang-kadang kalau dah terlampau ramai sangat orang nak melawat pun dah tak menarik mana taknya kena beratur mak aii!! punyalah panjang semata-mata nak naik roller coaster yang 5 minit pun tak sampai *ini berdasarkan pengalaman eh* Jadi cuba waktu-waktu macam ni pergi ke tempat yang less pelancong pergi, try then u will definitely fells the moment.. :)

Rasanya ini lah serba sedikit tips yang dapat dikongsi bersama..

p/s : seumur hidup baru sekali naik bus pergi outstation itu pun time zaman-zaman kurus dulu *maknanya dah lama tu*..Sekarang ni memang sangat fobia dengan bus persiaran, tengok on the road je dah cukup belum nak naik lagi..

JADI SELAMAT BERCUTI SEMUA.....



12/27/2010

Rambut dan Muka

Disebabkan malam ini *ketika waktu menaip entri ni* dayah terasa seperti ingin membuat baik kepada semua orang bak kata pepatah 'sharing is caring' jadinya kali ini entri ini bakal bercerita mengenai tips, tips kecantikkan lagi u olls..ewahh!! dah macam pakar kecantikkan je penulis ini..Padahal dia ni pun baru budak tadika yang masih sedang merangkak-rangkak buat research tentang keberkesanan tips ini..

Tak adalah nak bagi power-power atau kaw-kaw macam kopi kapal api tu..Sekadar tips yang ringkas yang dayah rasa semua orang boleh lakukan..Lagipun dayah sedang cuba mengamalkan nya jugak jadi jomlah kita sama-sama kelihatan cantik..:)

Rambut:
Anda teringin untuk memiliki rambut yang lembut dan bersinar cantik?? *ditujukan kepada semua yang berambut, tiada niat nak menghina kepada yang tidak berambut* :) Senang je caranya tak payah nak keluarkan duit yang banyak untuk buat treatment di salon melainkan anda ini memang berduit banyak dan suka ke salon sebab ada orang tolong picit-picitkan kepala, belai-belai rambut bolehlah berangan menjadi princess kejap..So jalan penyelesaian kepada yang inginkan hasil yang bagus tanpa kos yang tinggi sila follow resipi rambut ni :

  • perlukan mayonnaise, yang murah pun tak apa asalkan iyanya mayonnaise bukan cili sos Life..Ini diperlukan mengikut berapa panjang rambut u olls eh!! jadi sukatannya agak-agak je, jangan risau kalau kurang boleh tambah tak ada istilah masakan tak jadi nanti eh..
  • kuning telur, yang putih tu boleh simpan buat scramble..Ini pun 2 dalam 1 tips tau sebab kalau buat scramble guna putih telur je boleh seimbangkan diet jadi tak ada pembaziran berlaku disini..Rambut cantik badan pun sihat..wah!!
Caranya senang je mayonnaise dan telur tadi gaulkan dalam mangkuk sampai sebati, opss!! jangan lupa telur dan mayo tadi haruslah berada dalam suhu bilik eh, tak nak sejuk-sejuk..Kemudian sedia untuk dilumurkan di seluruh rambut, pastikan semua rambut kena..Dah habis satu mangkuk adunan tadi bolelah kiranya anda balut kepala tadi dengan tuala dan tutup dengan shower cap, ini bertujuan untuk memanaskan kepala dan meresapkan semua adunan tadi ke dalam rambut macam kita marinate makanan tu..Tolong jangan nak cepat panas pergi masukkan kepala dalam oven eh!! Biarkan selama 20 minit kalau nak lebih effective lama pun tak apa lagi sedap rambut kau tu maksudnya lagi baguslah tu..

Kemudian bilas dan shampool ah seperti biasa..Hasilnya tadaaa!! try dulu baru tau..Lakukan seminggu sekali atau 2 minggu sekali..

p/s : masalah satu kalau guna tips ni ialah rambut bau mayonnaise tapi nak tak rambut berkilat-kilat..

Muka:
Orang kata untuk dapatkan kulit yang cantik rajin-rajinlah makan tomato, minum air tomato tapi ini masalah kalau ada yang tak suka pada tomato macam dayah..Jadi jalan penyelesaian untuk dapatkan kulit yang cantik tanpa perlu telan tomato tu ialah blend tomato sampai lumat, makesure dengan kulit-kulit sekali kemudian lumurkan je atas muka atau mana-mana anggota badan yang lain..Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dan cuci je macam biasa..Kalau tak nak blend pun boleh potong tomato tu dan lumurkan je dimuka..

Apa macam?? mudahkan resipi-resepi nak cantik ni..Jadi apa lagi pergila cepat buat, yang duduk lagi baca blog ni kenapa..


teringinkan rambut seperti ini??

DAN

kulit muka secantik lisa..

Selamat Mencuba!!

p/s : terima kasih google dengan sumbangan gambar-gambar ini..Lisa betul-betul nampak cantik dalam gambar ni..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...