12/19/2012

Watson Music Festival 15/12/12

Setiap kali lalu depan Watson mesti akan terpandang banner/bunting besar pasal konsert yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 15/12/12..Memandangkan artis yang bakal membuat persembahan tu tidaklah dayah minat so sekadar lalu tengok-tengok gitu jelah, nak tau lebih detail memang jangan harap..Orang tengahlah berangan kalau-kalau lah termenang tiket tengok Super Asia Showcase yang ada Super Junior tu, tak sempatlah pulak nak berangan pergi konsert Watson ni..

Seminggu sebelum tu tiba-tiba seorang kakak yang baik hati ni telah memanggil dayah sekejap, dia tanya nak pergi tengok konsert tak? dalam kepala otak ingatkan konsert kpop yang dinanti-nantikan itu rupanya dia cakap konsert Watson ni..Nak terima macam tak nak, nak tolak macam rugi so buat muka tak malu dayah cakap eh! boleh jugak tu..Soalan pertama terpancul daripada mulut dayah, mana akak dapat tickets ni? soalan kedua, kenapa akak tak pergi? Jawapannya, dia dapat daripada watson dan malas nak pergi..

Akak tu cakap dalam minggu tu dia akan bagi tiket tu tapi masuk 2 hari macam senyap je, so dayah nak tanya macam sengan, assume dia lupa and maybe dia dah tukar plan tak jadi nak bagi kot, hehe! kecewa jugaklah sikit..Tapi hari ketiga tu dia panggil and bagi tiket tu, kembali ceria.. ;)

Since ini bukanlah konsert kpop yang mana orang bermalam dekat tapak konsert semata-mata nak dapat bahagian depan *I should experience it once kan?* so dayah tidaklah nak pergi sana seawal yang mungkin..Itu pun dah ada ura-ura malas nak pergi sebab tiba-tiba terasa malas and mengantuk yang amat sangat..Around 6:30pm kami sampai orang dah start bersepah depan Stadium, dengan yang menjual, bagi barang free, tak pasal-pasal dayah LIKE satu page ni sebab semata-mata nak dapatkan free mask..hehe! balik rumah terus UNLIKE.. :P

Tunggu konsert nak start dayah rasa pergi Seremban patah balik pun sempat..Lamanya, lepas tu MC tak habis-habis tanya "Are You Guys Ready??" dalam 10x dia tanya ada jugak tapi still tak start-start..Nasib baik performance awesome daripada BOB and Far East Movement, Mizz Nina pun not bad..

Tengah menunggu konsert start tiba-tiba hujan, mula-mula ingatkan renyai-renyai je tapi lama-lama lebat pulak, tak pasal-pasal dayah terbang RM10.00 semata-mata nak beli raincoat padahal lepas je dayah beli diorang campak raincoat tu punyalah banyak dan hujan pun berhenti..Hampeh betul pakcik tu, saja je dia buat duit dengan jual benda tu padahal sebenarnya FREE..Mula-mula tu berbelah bahagi nak beli sebab tengok hujan macam dah tak lebat tapi beli jugak takut nanti tengah-tengah konsert hujan, tak ke haru biru jadinya..Tapi memang sampai sekarang rasa menyesal terbangkan RM10.00 tu..satu raincoat my dad ambil letak dalam kereta. 

Actually dayah taklah kenal sangat artis-artis ni, setakat 2 3 lagu diorang tu taulah tapi enjoy jugaklah maybe sebab FREE kan..heheh! 

Tapi lepas konsert tu terus terasa macam nak terminat Far East Movement pulak.. ;)



Berapa jam tak duduk bila dapat duduk dalam kereta alangkah nikmatnya..Respect betul dengan orang yang boleh pakai heels tengok konsert...

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...