3/02/2011

Nak main badminton pun susah

Hye!! semuaaa, salam petang..

Hari pagi-pagi ada jugak niat nak menulis dalam blog ni tapi macam entahlah mood nak menulis tu macam on and off on and off je..Haishh!! tapi since waktu untuk pulang tu ada beberapa minit je lagi MOOD tu terus datang balik..hehe!! ini sebenarnya gedik namanya..Tak pagi tadi dayah rasa mengantuk sangat padahal pagi-pagi dah pekena kopi kaw kaw punyaaaa!! mungkin sebab semalam dah EL, lepak dekat rumah best so hari ni mood agak lari sikit..hahahah!! Yeah!! semalam dayah EL sebab diarrhea, pagi-pagi dah bangun ni nak pergi kerja, semangat okay!! sekali sakit perut berlanjutanlah sehingga tengah hari..Bila menjengah petang tu nasib dah okay!! sikit so kesimpulannya EL lah kita semalam..Entah apa yang salah makan sebelum tu pun tak taulah, mama sekali terberjangkit dengan diarrhea ni tau..

Last week, salah seorang colleague dekat office dayah ni adalah offer ajak main badminton sama-sama..Diorang satu group and kitaorang ni satu group so dengan rasa teruja nak kurus, hehehe!! dayah pun rasalah nak join so kitaorang buatlah planning bagai nak rak ni sebab lokasinya tu haa!! dekat Subang sana siap ni hantar email bagai nak confirmkan siapa nak join..Ikut jadual diorang 2 kali seminggu so dayah pun okay!! lah apa salahnya kan lagipun lama ni tak main badminton nak-nak dengan orang yang pro pro ni *iyalah selalu main dengan fizah je, itu pun main baling bola badminton setinggi yang boleh bukan siapa smash lagi kuat* DAN dia siap cakap lagi nanti DIA BOOKING kan court so kitaorang tinggal bagi nama siapa yang nak join je so OKAY!! kitaorang dah bagi ni nama, and kitaorang ni iya-iyalah pilih antara 2 hari tu mana yang semua available either selasa or khamis so semua cakap khamis so okay bagi pihak kitaorang kira dah confirmlah, siap tadi cadang nak beli bola badmintonlah, nak pergi naik apalah, nanti nak balik nak tumpanglah, balik nanti lalu mana lah ahh!! kira semua tu kitaorang dah discuss masa lunch tadi tau..Sekali lepas lunch nak petang sikit dapat email dari dia... :

rasa macam ada tak nak hempuk dia?? kalau tak dayah terasa okay!! sarcastic betul ayat dia, tak payahlah nak ulang DOES NOT tu..

Dah hari tu dia jugak yang terhegeh-hegeh cakap nak tolong booking kan bagi je nama ni lain pulak jadinya..Dia ni kan ada masalah period agaknya kot *tapi dia ni lelaki*, dalam sebulan akan ada beberapa hari dia kan bad mood sampai tak nak tegur orang langsung tapi kalau mood tengah baik siap offer, belikan kitaorang makanan lagi *dulu pernah belanja Mc'D for breakfast*..Masalahnya, kalau sekali sekala dia bad mood tu fahamlah mungkin tensi ke kan ni tak like almost EVERY MONTH dia akan moody, macam last month 2 minggu kot moody sampai tak tegur siapa-siapa unless kalau berkaitan dengan kerja..Perempuan pun kalau period habis-habis berapa hari je sangat kita bad mood kan tak lah sampai 2 minggu macam ni..

So mood untuk kitaorang TERHEGEH-HEGEH nak main badminton pun punah, Bak kata kawan dayah TERSENTAP KEJAP..Kitaorang tengah hangin dengan dia ni so dayah cakap dengan diorang jomlah kita form group kita sendiri, pergi booking court sendiri cari yang dekat-dekat area sini sudah..Tentu arah tak sakit hati kan..

Perbualan kami melalui email :





Itulah antara apa yang kami perkatakan tentang isu ini..hahahaha!! macam isu serious je kan tapi seriouslah SAYA NAK KURUS AND GET FIT kau pergi buat macam ni, patah tau hati kami ni, langsung semua yang terlibat dalam perbualan ini balik awal kecuali dayah je yang tersadai lagi ni..Semua dah tak cerita esok nak bawa tak 2 raket, bola nak beli tak?? so kita lupakan je lah dia ni..TENGAH PERIOD KOTTTT!!

p/s : saya geram ni.......

Aku Memang Gila Trafik! So What??



Sekali lagi Mr Ben kita buat satu segmen khas untuk para-para blogger yang baru-baru ni termasuklah tu sekali dengan dayah..Selagi mampuku masuk segmennya selagi tu lah akan dayah masuk..Tak payah cerita lebih-lebih kepada yang lain rasa nak join silakan, Jom!!

Setiap dari kita akan merasa mati suatu hari nanti, tapi mintak-mintak kita meninggal nanti dalam keadaan yang sempurna dan paling penting sempat untuk kita mengucap..Dayah tak pernah lagi mengalami pengalaman berdepan dengan orang yang meninggal dalam keadaan yang mungkin mengerikan atau sebagainya, tapi kalau baca kisah-kisah orang meninggal yang macam-macam tu selalulah jugak, naik takut rasanya..Ishh!! mintak simpanglah kalau macam tu..Tapi setiap kali dayah dengar ustaz bacakan talkin ya allah masa tu rasanya insaf sangat dan rasa takut sangat tapi itu jugaklah nanti kita akan hadapi di masa akan datang..

2/28/2011

Jom kita bakar kalori!!

Hye semuaaa!!

Selepas bercuti-cutian di rumah selama 2 hari ni, malasnya hari ni nak bangun pagi tadi nak pergi kerja, asalkan monday je mesti macam ni kan, bad monday, hehe!! ehh!! tapi tak baiklah isnin kan permulaan hari so think positif sikit dayah so today mood tak lari mana-mana, tak rasa diri ini blur, semua nampak okay!! je, kerja pun smooth je berjalannya..so hari ni totally okay!! good monday.. :D

Hari ni dayah nak kongsi few tips tentang kesihatan, baiklah harus diakui tips ini diambil dari sebuah pamphlet, tapi takpelahkan at least dayah berkongsi bagi mereka yang tak dapatnya..hehe!! Baru-baru ni mama ada received newsletter dari nestle, setiap few months mama akan received mungkin sebab dulu mama selalu deal dengan nestle masa time kerja itu yang sampai ke hari ni tak putus-putus hantar je tapi bagus jugak dapat tau newsletter ni sebabnya setiap kali isu terbaru datang banyak informasi yang kita boleh dapat, resipi ringkas pun ada jugak tau..Ada satu tu dayah still simpan lagi sebab ada resipi milo, macam-macam and dayah pernah jugak tried salah satunya and newsletter ni selalu bagi informasi apa produk terbaru diorang yang baru keluar dipasaran..Macam kali ni punya isu pun ada jugak few product mereka yang baru..

So since masa dapat tu fizah dah katamkan dulu so masa dayah balik je kerja dia suruh baca..

fizah     :  nor, kau baca ni
dayah  : asal??
fizah     : kau cakap nak dietkan, nak jaga kesihatan kan?? ni haa!! tengoklah

Dayah pun belek-belek rupanya dekat dalam tu ada tips macam mana kita boleh kurangkan kalori dengan aktiviti harian kita..Ohh!! begitu..So dayah rasa apa salahnya kongsi sikit maklumat ni dengan u olls kan..baiklah jom kita cakap bersama-sama...SHARING IS CARING.. hehehe!!

Apa itu kalori?? Tak payah jawab, biar dayah bagi jawapannya, duduk je diam-diam situ baca..

Kalori adalah ukuran untuk tenaga dan tubuh badan kita memerlukannya untuk berfungsi, kalau terlampau kurang kalori pun tak bagus jugak contohnya macam lemak, badan kita memerlukannya tapi dalam kuantiti yang sangat minimalah, ini adalah untuk bagi tenaga dekat kita bila kita nak melakukan sesuatu*dah boleh feeling macam kau ambik medic dayah* uwekk!! Tapi kalau pengambilan kalori berlebihan pulak boleh menambahkan berat badan so ini yang paling tidak dimahukan kan..In fact, takut jugak dengan penyakit jantung kalau kita tak kawal kalori dalam badan kita..ishh!! insaf lepas ni nak bersenam..hahha!! So untuk membakar semua kalori kalori yang tak diperlukan itu kita haruslah sentiasa kekal aktif, tak naklah tidur je memanjang *ini kena remind fizah* Jadi ada yang kata nak pergi gym tak sempatlah, tak ada kawanlah, tak tau gym yang mana sesuai nak pergilah, nak jogging sorang-sorang malulah, tak ada kawanlah, dan macam-macam lah lagilah*ini semua alasan dayah sendiri eh!! hehe!!* so takpe nak bakar kalori tak semestinya kita kena bersenam di gym tapi dengan aktiviti harian pun dah boleh bakar kalori tu..

Mengelap/mop lantai :
bukan sahaja rumah kita bersih, berkilat malah sambil mop penat penat tu rupa-rupanya sambil tu kita bakar kalori dalam badan kita ni..Haishh!! kena lebih gigih mop lantai lepas ni, biar sampai boleh jadikan cermin kan.. :D Selama 20 minit aktiviti ini dilakukan sebanyak 62 kalori kita dapat bakar, kalau berjam-jam maknanya berkalori-kalorilah kan..wahh!! okay!! ada sesiapa disini inginkan khidmat bantuan membersihkan lantai rumah?? sila hubungi saya ye!!


Menari
Untuk part ni kan baik u olls cepat-cepat download lagu hindustan sebabnya lagu diorang kalau yang rancak bab menari memang tak kalah so cepatlah tak pun lagu k-pop, kan rancak jugak tu..Haa!! menari boleh tau membakar kalori sebanyak 155 kalori..Uikk!! banyaknya, nak start menarilah balik ni nanti..Poco-poco agak-agaknya okay!! tak??


Berjalan pantas
Kalau ada yang tak suka berjogging yet itu adalah exercise yang terbaik untuk kuruskan badan dan get fit takpe tak marah pun sebab tuan blog ni pun kalau bab jogging dia memang slow sikit tapi kalau tengok orang tengah jogging sibuk merungut nak jogging sama *kalau trackmill saya suka* so to those yang macam tuan blog ni kita boleh amalkan berjalan dengan pantas, tak kira nak pergi kedai ke, dalam office pun boleh jugak atau dekat mana-mana je asalkan berjalan dengan pantas bukan lenggang kangkung mak minah okay!!..Kalori terbakar sebanyak 222 kalori u olls, satu jam dah memadai..Balik nanti nak jalan kaki sepantas kilat..

Berjalan perlahan
Tak suka berjalan pantas?? takpe jugak sebab orang yang berjalan perlahan pun boleh membakar kalorilah so tak payah rushing rushing dah sekarang nak hantar document tu, jalan slow slow, nak nak yang pakai heels tu, kang jatuh susah pulak nanti.. :) 87 kalori dapat dibakar dengan hanya berjalan perlahan selam 30 minit..

Berkebun
Berkebun pun dapat membakar kalori, berkebun ini adalah cara yang baik untuk menggerakkan semua otot dalam badan, iyalah kita nak alihkan pasu bunga bukan calang-calang ringannya, berat okay!! walaupun dayah tak pernah melakukan aktiviti ini tapi tahu heavynya pasu-pasu tu tolak pasu kecil lah, itu melampau cakap berat jugak eh!!..So sesiapa rumah yang ada taman tu tak payah panggil gardener, buat je sendiri, kita yang nak bakar kalori bukan tukang kebun tu, sah-sah dia dah sihat sebab hari-hari berkebun je..Sebanyak 284 kalori dapat dibakar dengan hanya memperuntukkan selama 45 minit berkebun..Rumah dayah tak ada taman so yang ini dayah skip.. :D

Membeli keperluan dapur
Siapa cakap membeli belah tidak dapat membakar kalori sekaligus menguruskan badan?? SIAPA?? selain terapi untuk minda ianya jugak adalah terapi untuk badan kita u olls..Tapi dekat sini cakap keperluan dapur maknanya kalau shopping baju tak falls into this category lah kan?? Baru dayah tau yang membeli barang keperluan dapur dapat membakar kalori, mungkin barang dapurkan berat, bayangkan kalau beli minyak 5kg, beras 10kg tak termasuk yang lain-lain lagi so bila kita tolak troli tu *jangan ingat hangkut pakai tangan eh!! sampai rumah* kan kita menggunakan tenaga yang banyak nak nak kalau terdapat troli yang tayarnya ada masalah, lagilah banyak tenaga kita gunakan.. Sebanyak 145 kalori dapat dibakar selama 45 minit membeli belah barang dapur ni, kalau dayah tak adanya 45 minit, kejap sangat tu..hahahaha!! so kalori I banyak dah terbakar ni..huahahaha!! dan kena lebih gigih ke Tesco Ampang lagi ni..HAHAHAHAA!!

Berbasikal
Ini rasanya semua orang tau kan yang berbasikal adalah bagus untuk kesihatan, so jadikanlah berbasikal salah satu daripada aktiviti mingguan anda..Dulu dayah selalu berbasikal masa zaman sekolah, habis satu taman perumahan tu dayah jelajah, kira siri jelajah petanglah tu..Mana ceruk rantau dayah lalu tapi masih dalam area kawasan rumah dayahlah..Siap pakej kena kejar dengan anjing kecik lagi, nasib basikal ada gear, memangku pecutlah kan..hahah!! padan muka anjing tu kena tinggal kejar lagi kan..Sebanyak 192 kalori dapat dibakar dengan hanya berbasikal selama 1 jam..Kalau kena kejar dengan anjing mesti lagi banyak kalori yang terbakarkan iyalah lagi laju kita kayuh..

Memasak
Memasak pun boleh membakar kalori, wah wah!! macam ni kena lebih gigih masuk dapur untuk masak air..Tulah siapa sangka mak mak kita yang hari-hari memasak untuk kita tu rupanya mereka tu bukan masak untuk sekadar bagi anak dan suami makan tapi rupanya diorang tengah membakar kalori, patutlah mak saya kurus sejak retired ni..hahaha!! Maknanya mak kita ni sihatlah kan iyalah masak kadang-kadang bukan calang-calang lauk, kena berkungfu bagai baru siap satu dish yang sedap..hahaha!! So lepas ni dayah akan cari kerja dalam kitchen eh!! jom join sama..Sebanyak 68 kalori dibakar dengan memasak selama 30 minit, jadi dayah nak masak balik ni..*ermm!! maggi kari kalau rendam dalam air panas adalah jugak 5 minit nak tunggu kembang, nak masuk rencah lagi, masak air lagi..alaa!! kurang 30 minit, nak masak apa ni.....Okay!! MAGGI GORENG..

Tengok, rupa-rupanya nak bakar kalori bukan kita kena bersusah payah sangat pun, kegiatan harian kita ni pun dah memadai untuk membakar kalori so maknanya kita ni memang sentiasa membakar kalori kita cuma sekarang ni cara pengambilan makanan kena berjaga-jaga not too much of calories..Bayangkan aktiviti ni boleh dilakukan setiap hari so setiap hari kita boleh sihat..

 
Jadinyakan lepas dayah baca article ni terus terasa keinsafan diri untuk lebih gigih kuruskan badan dan sekaligus menjadi sihat so dihujung minggu yang lepas lebih spesifik semalam sempena hari ahad dayah telah melakukan salah satu dari aktiviti diatas.. TAK PERCAYA?? sila tengok ni...

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tengokkk!! dayah mop lantai semalam..

dengan penuh bergaya okay!!


hasilnya..

Bukan sahaja mengemop lantai tapi jugak :




pasang langsir pun dayah buat, ishh!! gigih berkemas macam esok nak raya je..

baiklah, tipu je..Baba yang pasangkan..

Jadinya mengikut kajian semalam dayah dah membakar banyak kalori..Patutlah hari ni rasa lebih sihat nak bertenaga..hahahaha!! Okay!! so pada u olls ingat eh!! aktiviti harian kita pun dapat membakar beberapa kalori dalam badan so amalkanlah salah satu daripada yang atas tu..

Selamat menjadi sihat.. :D

p/s : lagi sekali lunch tak ada mood nak makan mungkin sebab badan dayah sakit-sakit sekarang ni gara-gara semalam..Satu lagi tangan dayah kasar hari ni sebab semalam banyak kena sabun..bila nak lembut balik ni..

2/27/2011

TGI Friday - lunch time -

Heloo!! semua, adakah berabad dayah tak update ini blog?? ehh!! tak-tak semalam kan ada update tapi since semalam (jumaat) adalah hari blur dayah so nak update lebih-lebih tak bisa dong!! hahaha!! Betullah semalam dari pagi sampailah ke petang blur je, duduk depan pc tengok je pc tu, entah apa nak buat pun tak tau, macam kira otak beku tau..


Baiklah, entri kali ni nak cerita tentang makan-makan yang sepuluh kali janji nak pergi tu tak jadi-jadi, akhirnya jadi jugak minggu lepas..hehehe!! Dari lunch planning ke dinner, dari dinner ke lunch balik, last-last waktu lunch jugak kami pergi..Tapi serious tak best sebab macam terkocoh-kocoh, iyalah boss bagi masa 1 1/2 jam je so nak pilih makanan lama-lama pun tak boleh *boss cakap GM nak ikut, kan kalau dia ikut boleh lama-lama sikit, apalah boss ni*.. :D Itulah sebabnya kawan dayah yang seorang lagi tu prefer kalau buat dinner..Tapi apa-apa pun seronok jugaklah dapat lunch bersama, *mana tak seronok orang belanja satu, satu lagi makan dekat tempat yang KITAORANG ni pilih sendiri, tak sedar diri muahahahaha!!*Hari yang sepatunya dinner tu kan tak jadi because one of the staff MC kan, so that's why postponed and end up masa pergi ni pun dia tak ada jugak on MC, so baik pergi masa dinner hari tu, apalah!! 


tak ada maknanya nak pilih makan dekat restoran area-area kinrara, kami pilih TGIF terus.. :D

IOI mall TGIF..

serious muka mereka............

ohh!! boss tengah bagi briefing rupanya..

appetizer, fried mozarella..

tengok cheesenya.. 

strawberry slush..Saya adalah pengemar ais yang tegar jadi ini harus jadi pilihan..

chicken & prawn in one plate..Tak taulah apa nama makanan ni, di order oleh kawan dayah..

kawan dayah jugak yang order, tak tau apa nama makanan ni..

this is mine, Garlic marinated grilled lamb chop..

mestilah sedap!! kalau tak tak adanya licin habis begini..hehe!! 

Since habis makan je hampir-hampir 1 1/2 jam so part untuk dessert memang tak adalah, haishhh!! hahaha!! tapi apa-apa pun ini pun dah cukup alhamdulillah dapat makan sebabnya kenyang gilerrrr!! balik office macam malas nak buat kerja sebab mata kuyu je.. -_- *macam nilah mata saya di hari itu*

Ini je gambar yang sempat dayah snap itu pun guna HP je sebab camera tak stand by dalam beg so camera HP jelah guna, ada lagi gambar dalam kawan dayah punya HP lupa nak bluetooth semalam, nanti kalau dah dapat gambar-gambar tu insyaallah dayah postkan dekat blog ni.. :D 


2/25/2011

Dia berjaya


STALKER PALING BERJAYA...

^-^

BLURRRRRRRRR!! memanjang



I'M TOTALLY IN BLURRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
TODAY!!

SINCE THIS MORNING I DO NOT KNOW WHAT I'M DOING AND TRYING TO DO IT..I'VE BEEN LOOKING AT MY PC AT ALMOST ALL THE TIME AND DOING NOTHING ON IT *accept doing some blogwaking and updating this* THAT'S ALL, DESPITE I'VE GOT A LOT OF THINGS TO BE DONE BY TODAY..OHH!! I NEED MY BRAIN BACK..hehe!!


2/23/2011

Dan akhirnyaaa!!

Selamat pagi semua...

Baiklah memulakan hari ini dengan perasaan sangatlah malas, tidur dalam kereta dari start jem sampailah depan office *tapi telinga tetap mendengar radio hot fm*..Sampai office pun tak bermaya je, terus capai mug buat secawan kopi ingatkan bagilah terbuka sikit mata ni ke, hilang sikit malas ni ke tapi tak berkesan langsung, mungkinkah kemalasan ini sudah sebati di dalam diri ini..ecehhh!!

Okay okay!! tak boleh nak malas malas..Hari ni kerja berlambak lagi..Meja dayah penuh dengan file-file barulah boleh feeling-feeling macam pegawai yang sedang busy duduk di hujung office ni..Wah!! berangan itu free dan harus ada so tak salahkan, tadi hangkut file-file tu macam iya-iya je seorang pegawai yang perlu menandatangani berpuluh-puluh document kira nak approval lah ni..ehh!! okay!! stop berangan, balik kepada alam reality yang bahawasanya dayah hanyalah pekerja biasa.. :)

U olls, at last sekali tadi bos dah bagi green light yang HARI NI LUNCH HOUR kami akan ke TGI FRIDAY, nasib diorang pilih TGI sebab sikit je lagi tadi nak makan dekat area kinrara ni..hehehehe!! *demand kau hidayah* baiklah ini adalah muktamad I think dan harap tak bertukar lagilah tarikhnya, kalau tukar gak, baiklah saya senyap terus..So u olls kejap lagi I punya Quacker oats diet lari so balik nanti kita berlari-lari anak di rumah ye bagi semua kalori lari jugak.. :D

Okay!! dayah nak sambung buat kerja balik so kepada u olls semua selamat makan tengah hari sebentar lagi.. :D

Tatabye!!

ThANKss for ReAdinG thissss!! :D

Talam Ubi Kayu

Salam tengah malam para hadirin sekalian, bunyinya macam seram kan bila tengah malam tu..hehehe!! *lagi seram dengar kau gelak hidayah oiiii!!*


Baik-baik, masa nak merepek tidak ada untuk malam ini sebabnya dayah nak berkongsi resipi kuih TALAM UBI KAYU yang seperti telah dijanjikan 2 hari lepas kalau tak silap.. :)..Nak menaip di office tukang pemberi resipinya tak ada *mak saya* dan seperti sedia maklum office kita tu sangat lah strict sampai pendrive semua mana boleh guna, satu pc tu jelah yang boleh guna pendrive tapi tak akan tengah-tengah buat kerja nak intrupt dia pulakkan, penampar kena kang *nampak sangat tak buat kerja di waktu bekerja, nasib tak ada budak office tau pasal blog ini* :)


Mari kita tukar tonasi suara dan cara berbahasa ini untuk menyesuaikan suasana ala-ala seperti di dalam rancangan memasak bersama kak wan gitu..ehh!! tukar nama glamour terus..hahahahah!! SUDAH TUUUU!! berhenti gelak, jom kita memasak kuih bersama,,


-TALAM UBI KAYU-

Bahan - bahan untuk membuat bahagian bawahnya:

  • 4 batang ubi kayu (2 yang besar & 2 yang kecil atau mengikut berapa banyak yang anda ingin buat, kalau mengikut sukatan ini satu loyang bulat bersize biasa tu) - Ubi ini dikisar terlebih dahulu
  • 1 paket           - Gula merah
  • 5 sudu besar - Gula putih
  • 1 helai            - Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara - caranya :



  • Gula merah, gula putih dimasak bersama daun pandan serta air..Setelah masak tapiskan dan ketepikan seketika..
  • Sementara itu, ubi tadi setelah di parut atau di blend, haruslah di perah dengan menggunakan kain bersih untuk membuang sagunya..
ubi yang telah di blend..


menggunakan kekuatan yang sangat maksima untuk memerahkan ubi ini bagi membuangkan sagunya..

taraa!! hasilnya selepas dibuangkan sagunya, letakkan sedikit garam ye!!..*kering kontang begini jadinya setelah diperah secara kuat tadi*

  • Selepas mengikut langkah-langkah di atas bolehlah kita tuangkan gula merah yang telah dimasak itu ke dalam ubi ini..
gaulkan sehingga sebati..

inilah hasilnya ketika hendak dikukus *pastikan adunan lembik*..

  • Kukus sehingga masak selama lebih kurang 1/2 jam


Bahan - bahan untuk membuat bahagian atasnya :

  • 3 cawan         - Tepung gandum
  • 3 cawan         - Santan
  • 1 sudu besar - Tepung jangung
  • Sedikit garam

Cara - cara membuatnya :

  • Tepung gandum, santan dan secubit garam dimasak sehingga sebati, tambahkan satu sudu besar tepung jagung ke dalam adunan sebelum masak ini bertujuan untuk memekatkan aduanan ini bila masak nanti..
  • Kemudian tapiskan adunan ini..
  • Tuangkan adunan ini keatas adunan ubi tadi tapi pastikan ubi tadi sudah masak..

kukus lagi 1/2 jam untuk bahagian atas ini masak secukupnya..

Setelah masak tunggu adunan sehingga sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA..

inilah tukang masak kuih ini pada hari kejadian.. :)

sebelum tutup entri ni, ini adalah okay!! dayah tak tau apa nama makanan ini tapi ini dibuat daripada lebihan sagu tadi, agak sedap dimakan buat pertama kalinya tapi bila dah beberapa kali singgah dalam mulut seriously macam nak muntah pulak lebih lebih lagi mama pergi sound "gelinya nak makan macam hingus" so terus stop makan..Tak baik sungguh mama ni, hasihh!!


Tugas menyampaikan resipi telah dilaksanakan so sekarang dayah nak tengok GLEE ulangan..tatabye!! semua dan SELAMAT MALAM..!!

ThANKss for ReAdinG thissss!! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...