11/29/2010

Hari tak sihat

Wow!! lamanya tak meng update blog ni..Ada je cerita nak story mory dengan u all ni tapi asyik tulis je laptop jadi slow, dia ni jealous barangkali..kan kan..Hari tu lagi bagus tengah syok-syok menaip ni, sekali dia mati dengan sendirian berhad nya..Sangat menyeramkan sebab tengah update tengah malam waktu bulan penuh..

So semalam dayah telah mengemaskinikan apa yang patut di dalam blog ni, i mean dah tukar layout baru..Fresh tak rasa?? Lepas tu dah buang mana-mana yang tak patut ini pun hasil nasihat Mr. Ben di dalam blognya..Hari tu terbaca so dayah cuba mengikut nasihat dia..hehe!! thanks a lot..Lepas tu dah letak gambar-gambar baru di sebelah ni >>>cop!! ada lagi gambar yang bakal diletakkan, dapatlah kiranya u all cuci2 mata..:)

Berbalik kepada tajuk asal, yeah!! hari ni merupakan hari dayah tak sihat..Lepas lunch hour tadi dekat office rasa macam nak pitam je *kalau pitam pun best, ramai orang-orang handsome dalam tu yang boleh tolong angkatkan tapi masalahnya LARAT KE MEREKA??* haishh!! gatal sungguh penulis ni..hahahah!!

Tapi tadi memang teruk gilerlah, sakit perut yang memang tak ada dahnya..Muka kalau toreh dengan pisau darah pun tak nak keluar tau, pucat habis..Waktu-waktu genting macam pulak dayah tak bawak kereta pergi office, baba hantar so tadi tengah hari terpaksalah call jugak baba suruh datang ambik dan hantar balik rumah..Dah sampai rumah ya allah syukurnya dapat baring rehatkan diri..Masa dekat office tu jalan pun dah serupa orang mabuk, rasa macam nak bentang cadar baring guling-guling kat office tu tau punya sakitnya..

Doakan esok dayah sihatlah hendaknya di office, buat kerja seperti biasa..amin!!

Next entry dayah cerita masa birthday one of my friend..Celebrate 3 orang je..Nantikan ye!!



Lots of Love from me..

11/17/2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

SALAM AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
semoga mereka yang berada di tanah suci sekarang ini mendapat haji yang mabrur..

daripada : dayah & family
kepada : semua yang membaca

p/s: ada sesiapa yang korbankan daging unta tak?? kalau ada silalah bagi sikit nak jugak merasa daging unta macam mana..hehe!!

11/07/2010

Sally's Farewell & Belated Birthday

Duduk di dalam bilik yang sejuk di suatu malam ahad, mencapai laptop lalu memulakan sesi menaip untuk mengupdate apa yang patut di dalam blog ini..

Kali ni nak cerita tentang farewell kawan dayah yang satu lagi..Sepatutnya kalau mengikut tarikh kejadian, kejadian ini berlaku dulu sebelum kejadian meera farewell tu..cop!! macam banyak tak perkataan kejadian korang baca?? Okay!! dah tak ada perkataan 'tu' lagi..

Tak taulah kalau bos kami dah tempah kopitiam ni untuk setiap kali kalau ada event farewell kita makan disini..Tapi dayah tak berapa nak kisah asalkan bos belanja..hehe!! sayang bos..Mungkin jugak kopitiam ni menawarkan *bestnya ayat menawar ni* makanan yang best dan variaties in menu..Lepas tu macam mana gambar lakaran dalam menu macam tulah nanti waitress atau waiter dia hidangkan pada pelanggan..*kalau fries ada 3 dalam gambar 3 jugaklah dia hidangkan*..hehe!!

Jomlah tengok gambar-gambar kami semua semasa hari tu:

pertama datang, waiter / waitress akan bagi MENU dulu..

dayah akan buka part air dulu..bab2 ni yang best macam semua nak order..paling lama belek-belek page ni..

lepas tu baru buka part ini pulak..order2!!

Dah penat mata membuat pilihan mana yang sedap dimakan, mulut pula bersuara mintak makanan ini :


taraa!! inilah air yg dayah pilih setelah beberapa minit menghabiskan masa membelek2 menu..

lepas tu order yang ini pulak..

kawan dayah yang order, sebab dia nampak lain dari yang lain..teh, susu & gula merah..sedap!!

kepunyaan orang yang order air seperti diatas..sebab lama sangat dekat part air so makanan kami agak simple je pilih, nanti lama sangat terus tak dapat makan..

Gambar orang hanya ada 2 keping je, padahal orangnya lebih dari 2..Segan nak ambik gambar yang lain-lain sebab diorg semua orang besar-besar so kami ni macam kecik je..heheh!!




The next day pulak kawan dayah punya belated birthday suprise..Minggu yang penuh dengan makan-makan dan orang belanja..heheh!!





cake ini kalau bawak balik rumah memang tak menyesal langsung..











rakan-rakan pejabat dayah..:)

Cenderahati dari sally :



tempat lapik cawan..

p/s: macam biasa update blog bersama kopi secewen..


11/05/2010

Happy Diwali (festival of lights)



WISHING ALL MY HINDU'S FRIENDS HAPPY DIWALI..HOPE THE FESTIVAL OF LIGHTS ENLIGHTENS YOUR HOME & HEART WITH PEACE & SERENITY, WISHING YOU LOADS OF JOY & HAPPINESS ON DIWALI..

FROM ME & MY FAMILY

AND FOR THOSE WHO ARE NOT CELEBRATING DIWALI, HAPPY HOLIDAY GUYS..HAVE A GREAT WEEKENDS WITH YOUR FAMILY & LOVE ONES..

CHEERS.....MUAAAHHHHHXXX!!

11/02/2010

Tak ada mood

Tiba-tiba je macam tak ada mood nak menaip, sebenarnya ada je cerita ni nak tulis tapi mana pulak hilangnya mood ni, jap nak pergi cari dulu mana tau main hide & seek ke kan..hahaha!!

Habis dah satu rumah pusing siap masuk rumah jiran lagi tapi tak jumpa, barangkali dicuri orang kot..Nak tanya dah malam so esok je lah kita tanya eh..

Jadinya hari ni dayah singgah-singgah je blog orang membaca, menambahkan pengetahuan..:)

Sampai kita ketemu di entri yang bertajuk lain yee!!

bye2!!

p/s : kalau entri macam ni selalunya orang akan letak gambar muka tak ada mood kan tapi dayah tak nak letak..memang tak ada mood langsung dah ni..

11/01/2010

Meera's Farewell

Last thursday merupakan last day untuk salah seorang kawan dayah di office..So hari khamis tu our bos belanja semua makan sempena farewell kawan dayah ni..Fuh!! nasib baik last day dia on thursday sebabkan on wednesday tu kereta dayah buat hal tak pasal-pasal dah kena EL, kalau tak korang dapat bayangkan tak betapa ruginya tak dapat attend farewell ni..heheh!!

Kami tak buat big farewell pun sekadar keluar lunch bersama-sama je tapi we had quality time together tau..Berborak-borak, order macam-macam sebab alaa!! bos belanjakan..*lagi sekali gelak*..

Orang kuat disebalik farewell ni dah set kan tempatnya di Hailam Kopitiam Bukit Jalil, dekat je dengan office kami so taklah ambik banyak masa sangatkan, almaklum semua busy..Macam tau-tau je organiser ni yang dayah memang minat kalau bab-bab kopitiam ni..(sebenarnya nak cakap yang minat kalau bab-bab makan tapi segan)..;-)

Makanan yang ada dekat kopitiam ni sedap-sedap and macam mana dalam gambar macam tu lah diorang served..Ni dah kali kedua kami kesini, kali pertama farewell jugak kat sini, tu nanti menyusul yee, tengok yang ni dulu, jangan tamak..


persembahkan HAILAM KOPITIAM..

appetizer dulu..


dayah & kawan dayah pilih air dari jenis yang macam ni that's why gambar menu ni yang dayah ambik..hehe!!

Gambar makanan pulak :



ini dayah yang order..hehe!! perghh!! nak bungkus satu bawak balik..

kawan dayah yang order..rasanya air kami berdua yang paling mahal sebab yang lain gelas pendek2 je..hehe!!

tengok, lebih tinggi daripada gelas belakang tu..:)

sedap!!

pun sama sedap..should try tomyam meehon lah

okay!! nak satu lagi macam ni..

must admit, kami order extra ni tau sebab konon2 macam tak cukup je, end up makanan ni terpaksa di tapau sebab semua tak larat nak habiskan..

Gambar cun & handsome kami semua :


mulakan dengan gambar orang yang belanja kami our bos..thank you encik shafiee & encik raymond..:)


inilah orang yang telah meninggalkan kami semua..Meera we gonna miss you dear..

cun tak kami bertiga..sila katakan ya..

we support 1 Malaysia..

nah!! cara potong roti yang sebelah tetap maintain senyum..*sopan*

ehh!! i can see my face on this curry mee lah..


Candid :






Itulah serba sedikit yang memang sikit pun tentang farewell kawan dayah ni..Nanti next entry satu lagi farewell eh, dah malam so sekarang adalah waktu untuk tidur bukan mengupdate blog..hehe!!

p/s : i'm thinking of adding one of my currently friend as my best friend..jeng jeng who would it be?? Rahsia..




Lots of LOVE...

10/31/2010

Kami & Satay

Last week semua dah bosan nak makan nasi untuk makan malam, baca baik-baik bosan tau makan nasi tapi lepas balik makan satay nasi macam terngiang2 dekat mata..haha!! So baba bawak kami semua ke Kajang untuk menikmati beberapa cucuk satay..

Selalunya kalau nak makan satay kami selalu pergi dekat dengan kawasan rumah ni je sebab ada yang jual satay tapi tulah sataynya ada 2 jenis je, itu pun kalau nasib baik dapatlah satay kambing tapi satay dia memang TERBAEKKKLAAHHH!! hehehe!! agak-agak lepas ni mesti boleh dapat free 10 cucuk satay kan, cik saya nak kambing eh..:)

Dekat kajang ni macam-macam jenis satay ada dan macam-macam jenis gerai jugak yang ada, sama je semua jual satay cuma rasanya lah lain-lain..

Kali ni kami pilih gerai yang ini, asyik pilih sahmuri je kan tukar seleralah pulak..:

inilah gerainya..kepada sesiapa nak cuba satay di gerai ni silakan lah sebab boleh tahan jugak sataynya..Terletak dekat dengan medan satay berhampiran balai polis Kajang..

kalau datang ramai-ramai sebab baru lepas gaji nak belanja emak, ayah, adik, abang, kakak dan kalau ada lebih tu nak belanja sekali kawan dan jiran jangan risau sebab tempat duduk yang disediakan haaa!! ambik kau banyak..tak perlu rebut2 atau gilir2 bangun makan..

tak payah nak mintak2 abang waiter tu menu sebab menu ni memang dah lekat dekat setiap meja kepunyaan tuan punya kedai ni..so pilih meja yang ada sticker

Mari-mari tengok gambar satay pulak, tau korang mesti dah teruja nak tengokkan :

taraaaa!! ni ada satay kambing, ayam, daging & hati

kasi zoom in sikit..

zoom out..

kalau tak ada ini semua tak bererti rasanya makan satay :


pertama : kuah kacang..

kedua: sambal

ketiga: timun & nasi impit, kalau nasib baik ada ketupat..dayah lupa nak mintak bawanglah patut rasa macam tak best je makan satay ni..dah balik baru teringat, nak mintak nanti dia cakap apa pulak kan..T_T

borak-borak, makan-makan sekali jeling kat pinggan macam tak cukup je..Baba order lagi satu jenis satay tapi dayah tak makan sebab baba order satay ni :


satay perut..tengok je lah, tapi yang ini pun kurang garing jadi kurang enaknya pak..

teknik mengambil gambar satay dari jarak paling dekat..

gambar kami yang si tukang makan :


mulakan dengan gambar baba dulu, suruh pandang tak pandang2 jugak so u are on candid camera...

mama yang maintain bila camera fokus dekat dia..

katakan tidak kepada satay perut..bentuk X yang cuba dibuat menggunakan satay tak menjadi..

malukah nak pandang camera??

ehh!! kali ni jadi..sekali lagi katakan tidak kepada satay perut..khas kepada sesiapa yang tak makan satay perut ni lah..



sebelum balik sempat snap gambar-gambar ni tapi maaf tak clear sangat sebab dalam cermin :




cara dulu-dulu jual satay..


p/s : ohh!! saya rindukan ice cream dekat perth lah..T_T




Lots of Love...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...