8/10/2010

Ramdan al-Mubarak datang lagi


Ramadan al-mubarak datang lagi tahun ni..Alhamdulillah kita diberi satu lagi peluang untuk menyambut ramadan tahun ni..Semoga kita diberkati oleh ALLAH swt di bulan yang mulia ini..

Kepada pembaca-pembaca SEMUA, dayah nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 2010..

Puasa tau jangan tak puasa..hehehe!!

Sempena ramadan ni dayah akan postkan bazar ramadan yang bakal dayah kunjungi okay!! so tunggu je next-next entry..Nanti dayah selitkan sekali recipe-recipe yang best untuk dikongsi bersama..ibarat kata pepatah, sharing is caring..hehe!!

p/s: SELAMAT BERSAHUR KAWAN-KAWAN, sahur apa eh korang??


Virgo (23 ogos- 22 sept)


Tadi fizah balik je dari sekolah dayah ternampak dia bawa satu buku ni, tajuk buku tu menarik perhatian dayah nak curi-curi baca..Tajuk dia Horoskop & Imej Remaja..Kita kalau bab-bab nak baca horoskop ni mesti sukakan, termasuklah dengan dayah, TAPI INGAT, baca je jangan percaya nak obsessed sangat tau..

Dayah pun apa lagi carilah bintang dayah iaitu virgo, jom scroll ke bawah baca, cepat-cepat:

Sifat-sifat Umum:
Virgo adalah satu-satunya lambang feminin dalam 12 lambang zodiak ini. Mereka tidak suka membuang tenaga untuk perkara-perkara tidak berfaedah. Mereka juga termasuk dalam golongan yang tidak suka mengunjungi doktor..(jap nak mencelah, ni memang tepat..hahaha!!) Seorang remaja Virgo suka mengkritik, gemar mencuba sesuatu yang baru dan berfikiran logik. Mereka selalu mencari kesempurnaan

Dalam bercinta, seorang remaja Virgo berfikiran amat terbuka. Namun cinta tidak datang begitu saja dalam seorang Virgo. Remaja memerlukan banyak usaha dan pengorbanan untuk mencairkan hati seorang Virgo (bagi dayah senang je nak cairkan hati dayah, be gentleman towards women, memang cair habislah..hehe!!) Tapi satu kali dia jatuh cinta, maka dia akan menjadi teman hidup yang setia tidak kira lelaki mahupun perempuan (dayah belum pernah bercinta dan tak tau lah ini akan terjadi ke tak, so sesiapa yang nak bercinta kalau perempuan carilah lelaki virgo eh dan sebaliknya)

Kalau orang yang dicintainya sedang sakit, maka remaja Virgo merupakan seorang pengubat yang sempurna bagi kekasihnya (how romanticnyaaaa!!).. Dan kerana seorang Virgo ingin mencari kesempurnaan, namun dia tidak pernah mencapai tujuannya, maka golongan ini akan selalu bermurung..

Personaliti (ciri positif):
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung dibawah zodiak Virgo, yang berlambang seorang gadis.. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan (walaupun tak suka pergi doktor eh, hehehe!!), ada kesedaran, memberi penumpuan berdisplin (ni sometimeslah, tapi selalunya tak pun), praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Personaliti (ciri negatif):
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet,  berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik..

Tulah dia buku yang bertajuk diatas bercerita tentang Virgo..Semua zodiak ada tapi dayah pilih virgo sebab itu sign dayah..hehe!! selfish punya budak kan kan..
takpe kalau fizah tak bagi lagi buku tu dekat kawan dia dayah post lagi tentang bintang-intang yang lain..

Tapi ingat pesanan dayah (pesanan untuk diri sendiri gak ni) jangan terlalu taksub and percaya sangat hokey!!

p/s: sepatutnya sambung cerita Perth tu kan, hehe!! hokey2!! dayah sambung lepas ni..Sedang menepekkan bedak sejuk campur gamat beli dekat langkawi ke seluruh muka, mudah-mudahan muka berseri di pagi Syawal nanti..Puasa pun belum lagikan..

8/09/2010

Old Town Times Square


Last khamis minggu lepas dayah temankan mama pergi jumpa kawan dia dekat times square..Best friend mama dari office lama dulu, dah long time no see..Dia baru start kerja dekat times square so dia ajak mama jumpa kejap sebab rindu katanya..Dayah and fizah apa lagi mestilah nak menempel sebab dapat pergi times square tu..Masuk ni baru second time dayah and fizah jejak kan kaki kesini, dulu masa waktu sekolah sekali dan ini sekali..Mama lagilah batu first time..hahaha!! nama je orang KL tapi tak pernah pergi walaupun nak ke times square ni dari rumah dayah dekat je, straight je dah sampai (ada jugak belok kiri dan kanan eh)

Sementara nak menunggu kawan mama habis kerja kami pun jalan-jalan sekitar times square..Akhir sekali kami cadang nak lepak dekat old town, sementara nak tunggu tu kami order dulu makanan..come, let's pictures do their work, scroll down sekarang:

nak tick yang mana satu ni??

ada air barulah, harus cuba dan rasanya okay next time singgah air wajib diorder..:)

kan tadi tak tau nak tick yang mana kan so mari kita buka menu ni..

pilih2 cepat..

nak jadi photographer so tengah belajar sikit2 ni..amacam okay tak??

White coffee, mama yang order..

tak ingatlah nama air ni tapi yang pasti white coffee di blend dengan oreo, superb!!

rose float, lebih kuranglah nama air ni..Sedap!! kami kongsi bertiga..

fried chicken, alaa!! rasa ayam ni macam ayam frozen yang banyak jual kat supermarket tu..bolehlah!!

toast with peanut butter, makanan wajib dayah kalau pergi oldtown..:)

sedang memilih apa nak order..sampai berkerut ye!!




teruja dengan air pink ni..

tengok sangat terujakan, rasanya macam nak ambik gambar sampai gelas ni kosong..

nyum!! perfect!!

inilah dia kawan mama, we called her aunty ida..

Habis lepak kami balik mengikut haluan masing-masing, kami ke carpark and aunty ida ke tempat dimana husband dia dah tunggu..:)

p/s: pada hari itu dayah telah terserempak dengan kawan masa time sekolah dulu, kebetulan kan..=) sambil update layan minum air sirap..

8/06/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 6

Jom sambung balik cerita..

Hari ni hari untuk memulangkan balik kereta yang dah dipinjam selama 2 hari tu..=( sedihlah, best tu ada kereta boleh jalan-jalan outskirt dari city lagi satu tak payah nak jalan kaki (padahal lagi syok jalan kaki, tengok orang malaysia ni dah manja sangat naik kereta)..Macam biasa, sebelum keluar breakfast dulu, maaf ye gambar breakfast tak adalah, dayah tak tau mana hilang..T_T apa yang kami breakfast pun dayah dah lupa..Sementara nak tunggu lift (lift apartment ni macam lift zaman dulu2, tapi okay cuma tak cantiklah) dayah sempat snap few pictures..scroll ke bawah, jom tengok:


kawasan apartment kami, berbukit..






menunggu lift..satu lift je disediakan

beginilah rupa apartment kami, yang penting bersih..

Masa untuk hand-over kan balik kereta:




dah sedia nak berjalan..

jom!! kita berjalan..

Dah tak tau nak pergi mana lagi dah hari ni, so we all decided kita pergi jalan-jalan naik bus..Mula-mula ambik red cat, turun red cat ambik yellow pulak and since blue belum pernah naik lagi kami pun naiklah blue pulak..Dapatlah tengok kawasan-kawasan yang kami belum pernah sampai sebelum ni, ada tu kawasan cina sahaja, ramai jugak tourist yang berbangsa cina berjalan-jalan di kawasan ni, restoran cina and jepun pun banyak..

nak naik yellow or red cat??




Dah puas pusing-pusing dengan bus kami pun turun dekat habour town sebab dayah nak bershopping sikit kat sini..Sini merupakan tempat factory outlet jadi barang yang dijual murah dan kebanyakkan nya menjual baju, tapi ada jugak perfume, barang-barang perhiasan, beg..Dekat sini jugak ada disediakan kedai makan halal tapi biasalah kebab, tak silap dayah ada 2 kedai halal and the rest tak halal..Sempat gak dayah sambar 2 3 helai baju dekat sini, kalaulah ini kalau banyak duit memang dayah borong semua baju yang ada, dahlah murah cantik pulak tu, rambang mata..@_@.. Dah habis pusing-pusing sampai pening kami pun terus ambik bus dan terus ke destinasi seterusnya..
tingkat bawah, ada 2 tingkat..


sebelum nak start shopping kena makan dulu, bagi isi stamina..




baru turun yellow cat so sekarang nak ambik red cat nak ke supermarket, beli barang..

Destinasi seterusnya ialah ke supermarket favourite kami, nak beli barang makanan untuk makan malam and breakfast the next day..

laluan wajib nak ke supermarket..

inilah supermarket nya..

posing, untuk kenangan balik malaysia nanti..:)



bersihkan kentang ni??

tengah memilih ice cream..




i can buy this coz i'm solo.hahaha!!


fikir nak choose yang mana..


tak ada orang..........


kuat berjalan kalau duduk sana tau..bawa barang lagi tu

berat hokey barang-barang ni tapi maintain senyum..



makan malam kami hari ni ialah nasi goreng, ikan goreng dan salad wajib..

Kami makan agak awal sedikit, belum sempat gelap dah makan so perut bila dah malam sikit lapar balik..Baba sibuk tengah tengok world cup, mama pulak tidur tinggal dayah and fizah je so kami pun masuk dapur, tengok apa yang ada yang boleh dimasak..Dayah jumpa cendawan butang, capsicum, olive, and sayur..So tanpa melengahkan masa dan perut pun dah lapar dayah tunjuklah skill memasak dayah..hahaha!!

kita potong dulu bahan2 tadi..

gunakan minyak untuk menumis..

tunggu minyak panas, dah panas tumiskan bawang and diikuti bahan2 tadi, lagi sedap tambahkan chilli flakes, perghh!! terangkat tau pedasnya..

since pakai hot plate so tak bleh nak control tahap kepanasannya walaupun dayah letak yang low punya so terpaksalah angkat macam ni..gaulkan semua bahan2 tadi macam ni..

gaul lagi sampai betul2 masak yee!!

tadaa!! dah siap pun, inilah cendawan bercili..Nasi tu lebihan makan malam tadi so letaklah begini..Jangan main2 berebut2 semua nak makan..hehehe!! sedap katanya..

Dah lepas kekenyangan semua baba sambung balik tengok world cup dan yang lain semua tarik selimut terus tidur sampai pagi..Malam tu sangat sejuk, dayah sampai pakai stocking sebab tak tahan..:)

p/s: menaip sambil melayan fb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...