7/12/2010

Ferrero Milkshake

Pagi tadi masa pergi Tesco nak beli barang terasa pulak nak buat milkshake balik rumah nanti..Apalagi saya grab lah apa bahan-bahan yang patut nk buat milkshake, tak banyak sangat pun bahan-bahan nya yang penting kena ada ice cream

Kali ni saya nak buat milkshake ferrero rocher pulak, kalau biasa kita buat starwberry, chocolate and vanilla kan..Dah muaklah flavour-flavour tu lagi pun idea and recipe ni datang masa saya bercuti ke Australia baru-baru ni..Masa tengah jalan-jalan dekat shopping complex saya tengok ada satu gerai ni jual milkshake macam-macam flavour and dia bagi try, fuhh!! sedap sangat so kami pun belilah satu perisa ferrero rocher, ada macam-macam lagi contoh macam twix, cadburry, crunchie ehh!! dipendekkan kata memang macam-macamlah and semua nampak wah!! tempting sangat..Saya ni memang pantang tengok gerai yang jual minuman macam ni, mesti nak try sebab saya memang suka air-air macam ni..Jadi kalau nak belanja saya taulah eh!! mana nak bawa..hehehe!!

So masa minum tu kan saya dapat idea, nak buat air ni bukanlah susah sangat..Iyalah kalau beli dah berapa kan tambah pulak sikit je, kadang-kadang tak puas minum..

Jadinya saya pun tadi mencubalah milkshake ni and guess what?? jadi dan rasanya sebijik macam yang saya beli tu..hehehehe!!=)

Mari tengok cara-cara yang sangat mudah untuk mendapatkan milkshake yang sedap:

Bahan - bahan:

ice cream vanilla, apa2 jenama pun tak apa tapi lagi sedap kalau pakai wall's or nestle lah..make sure kalau milkshake ni kena pakai vanilla ice cream sahaja jangan flavour lain tau..

susu kalau boleh full cream lah kalau nak low fat pun boleh je tapi mungkin rasanya kurang enak sikit..Apa2 jenama pun boleh asalkan susu..

ramuan penting kalau nak buat ferrero rocher milkshake..Ferrero Rocher (ada masalah btl nak taip ferrero ni tau)..


kalau sesiapa yang nak guna snickers pun boleh je..terpulang kepada citarasa sendiri (wah!! ala2 chef tau cakap)

nak guna ni pun boleh..

jangan lupa blender, kalau tak macam mana nak blend semua bahan-bahan tadikan..Blender ni pun apa2 jenama boleh asalkan boleh berputar..hahaha!!

Cara-cara membuatnya:


masukkan semua bahan-bahan tadi..Kalau nak tambah ice pun boleh jugak tapi make sure jangan terlalu banyak okay..

blend kan sampai semuanya hancur okay..

dah selesai kerja blend and dah hancur semua bahan2 tadi bolehlah tuang kan ke dalam cawan macam ni..lebih menarik hiaskanlah dgn ferrero rocher..=)

tadaaaa!! dah siap pun Milkshake Ferrero Rocher..guna glass yang tinggi macam ni lagi nampak menarik..=)

Itulah dia recipe nya..Senang bukan, so lepas ni buat sendiri je dekat rumah tak payah nak beli-beli lagi..

Selamat mencuba kawan-kawan..


7/11/2010

Teater Cuci The Musical 2


Hari tu mama terima surat dari astro, kat sini tertulis yang mama entitle for 2 tickets pergi tengok teater Cuci The Musical 2..Disebabkan mama dan baba tak minat dengan teater so mama bagi kami 2 beradik pergi tengok..hahaha!! kami apa lagi mestilah on sebabnya kami ni memang teringin nak tengok teater, nak-nak pulak tu dekat Istana Budaya..=)

Memandangkan ini free, siapa tak suka dengan benda free kan, kan..hahahahahah!! Sebelum tu kena lah call dulu orang yang berkenaan untuk dapatkan ticket..

So 26hb ni dapatlah kami tengok teater..weeee!! sukanya..=)

7/09/2010

World Cup 2010 - Spain vs Netherlands


World Cup dah nak sampai final pun..Kejap je masa berlalukan, rasanya baru je lagi start tapi rupanya dah nak habis pun world cup..Lepas ni mesti rindukan iyalah kalau time world cup ni lah orang tidur lambat, kedai mamak penuh dengan orang tengok bola and macam-macam lagi gelagat sempena WC ni..

Dayah pun start suka nak tengok bola ni masa WC 4 tahun lepas..Masa tu terbaca dalam paper pasal KAKA pemain brazil tu, tengok mamat ni handsome pulak, biasalahkan..heheh!! tu yang terus minat and pasukan pilihan dayah time tu of course lah Brazil..Masa tu adik dayah masih lagi tak minat bola so yang tengok WC time tu dayah sorang je, layan sampai pagi buta semata-mata nak tengok kaka beraksi..hahahah!!

Habis WC dayah still ada minat nak tengok bola lagi, so team pilihan dayah sekarang ialah Liverpool..Adik dayah pun dah start minat bola so boleh lah menonton sama-sama..=) taklah bosan sangat kan..

WC tahun ni boleh dikatakan semua match dayah, baba and fizah tengok..Cuma kadang-kadang yang awal pagi nya match tak dapat nak tengok sebabnya mengatoklah nak tunggu lagi pun bilik dayah time nilah astro nak buat hal kan, decoder rosaklah..T_T ..

Tak sangka tahun ni team-team yang kuat semua dah keluar dulu, nasib baik Spain masih lagi bertahan sampai ke final dan hopefully bakal jadi juara untuk WC tahun 2010 ni..Dayah dari England ke Brazil, langsung terus ke Spain last sekali..hahahaha!!

Final ni dayah cadang nak pergi tengok dekat luarlah, nak jugak rasa suasana tengok bola ramai-ramai..Tak pernah experince lagi ni..=) Nak jugak tengokkan Spain menang..hahaha!!

pemain favourite dayah..Fernando Torres..=)

Tak lupa jugak nak tengok match between Germany and Uruguay 11hb ni..=) kalau untuk 3rd place ni dayah pilih Germany..

p/s: tido bola, makan bola, minum coca cola..tipu je, tengok WC tak pun minum coke, minum teh tarik adalah..hahahahahah!!

7/06/2010

Fridge Magnet

Masa dulu-dulu kan, tak lah dulu- dulu sangat sebenarnya cuma kira dulu lah jugak..=) saya tak pernah pun terfikir nak kumpul fridge magnet ni, tercetusnya idea ini, wah!! powerkan bahasa melayu saya, okay idea ni datang dari sepupu saya sebenarnya..Dia memang pengemar fridge magnet, mana negara yang dia pergi mestinya dia beli satu, so bila dia holiday saya pun apa lagi kirimlah kan..=) Bila datang rumah dia lawa pulak tengok fridge dia sebab banyak fridge magnet dari negara-negara yang berbeza so saya pun macam nak mengikut jejak langkah dia dengan mengumpul fridge magnet..

Buat masa sekarang ni tak banyak lagi FM yang saya dapat kumpul..No worries, slow-slow nanti lama-lama penuhlah tu satu fridge dengan FM, kalau dah tak muat takpe jugak boleh beli fridge satu lagi..hahahahah!!

Marilah tengok FM yang saya dah kumpul..tak banyak mana pun, sila tegok:

kita mula dengan dalam negara punya dulu eh!! ni last year beli FM dr Cameron Highlands..

dari Sabah..

Langkawi

Perth, Australia

Fremantel, Australia

Souvernir dari sepupu..

Souvernir dari kawan baba..

Itulah koleksi yang saya ada buat masa sekarang ni..Coming soon banyaklah tu..hehehe!!


7/05/2010

iCIMB event ( EBD Tigger show) part 2..

Lepas je performance tu dayah sempat jugak tengok few performances lagi dari department2 lain..Memang bestlah diorang semua, sporting habis..Masa diorang announced yang group kami menang sempatlah dayah and dancers yang lain naik pentas and ambik hadiah serta bergambar..Sorrylah gambarnya tak ada..

Habis je event tu dayah sempat lepak jap dengan kawan-kawan yang lain dekat office..Best time ni sebab dapat bergambar sakan dengan diorang semua..missed u guys!! =(

Jomlah kita layan sikit gambar-gambar yang sempat di ambil..=)

acara minum air dalam botol susu..






wah!! ayam eh salah chicken wings..



bersama hadiah yang dimenangi..

rindunya dengan mereka semua ni..=)




and the winner goes to..yeah!! me, its me..=)

Semuanya dah tinggal kenangan, omg!! terasa rindu lah balik especially dengan diorang ni..
Miss u guys so much..=(


7/04/2010

Lauk Kampung..

Wow!! 3 minggu saya tak update blog ini kan..Kesian dia sorang-sorang sampai dah bersawang sana sini..Bukan tak nak update tapi seminggu saya tak dapat line internet sebab berada di bumi orang, itu nanti saya buka entry lain okay, lepas tu seminggu yang lagi saya busy, busy tidurr!! hahahahaha!! dan seminggu lagi busy dengan tidur gak..hahahaha!! Okay2!! berbalik topic diatas hari ni saya nak cerita tentang lauk melayu yang mama masak..

Dah lama sebenarnya tak dapat makan lauk melayu yang sedap, dahlah seminggu dekat Australia asyik makan salad, sardin, telur sebabnya tak jumpa kedai yang jual daging or ayam yang halal padahal ada je cuma kami je yang tak jumpa so itulah makanan kami sepanjang dekat sana..

Itu yang balik je Malaysia hari Khamis baba pergi beli lauk-pauk dekat pasar tani and dengan air tangan mama terhasillah ini semua:

pucuk ubi masak lemak..=)


sambal tumis ikan bilis..=)


ikan goreng..=) kegemaran saya!!


ikan kering, saya tak pastilah nama dia apa tapi yang pasti sedap..kalau nak tambah kewangian dalam rumah silalah goreng ikan ini..=) serious wangi..hahahahah!!


nasi putih yang masih panas..=)

Kalau dah orang melayu tekak ni mesti nak makan lauk melayu punyalah walaupun seseorang tu punya favourite food dia pasta, pizza, steak..=)

Terliur rasanya masa tengah update blog ni..laparlah, nak pergi makan..;-)

6/05/2010

iCIMB event ( EBD Tigger show) part 1..

OMG!! lamanya dayah tak update belog ni..Almaklumlah busy lah katakan..ahaaakksss!!
tak lah sebusy mana, bukan balik lambat dari office atau stuck dekat jalan sebab jem tapi disebabkan kepenatan so tu yang tak berkesempatan nak update..Setiap kali balik office, mengadap FB kejap, update apa yang patut, lepas tu mandi, makan, tengok tv yang kadang-kadang tv tengok dayah balik, lepas tu sambung tidur sampai lah pagi..

Dah pagi bangun mandi pergi kerja..Letihkan!! kalau lah hidup ini duit tu turun dari langit setiap hari cuma kita tinggal kutip je alangkah bahagia hidup ini kan..Mesti ramai yang happy je everyday..Tapi mana ada macam tu..hahahahahaha!!

Okaylah dayah nak cerita sikit masa dinner iCIMB yang lepas..Dah lama sebenarnya event ni tapi tak sempat-sempat nak update..Almaklumlah masa event ni dayah telah dipilih bersama rakan-rakan mewakili department kami untuk buat performance..Yeah!! dayah terpilih, wah rasa macam tidak percaya je, iyalah dayah ni orang paling baru dekat sana tup!! tup!! terpilih..Thanks kepada yang memilih dayah tu..=)

Kami ada 1 week je untuk berlatih, pilih baju, pilih step, arrange apa yang patut..Dah lah ini competition okay, bukan saja-saja je tau..hahahah!!

Hari pertama: Tengah hari kami semua berkumpul dekat satu bilik ni, berbincang lagu apa yang bakal dipilh..oppss!! lagu pun nak kena edit dalam minggu tu gak..Nasib baik kami ada yang pakar dalam bab-bab ni..Sebelah petang after office kitaorang fikir step apa yang nak dibuat, siapa yang betul-betul nak masuk..Sampai malam step masih tak dapat lagi..

Hari kedua: Mula-mula nak berlatih tengah hari tapi tak jadi so petang je terus..Lagu dah dapat edit hasil kerja tangan seseorang..heheh!!  TETAPI step masih tunggang terbalik..Kami buat keputusan untuk berpecah..Okay maksud disini ialah, group kami ni ada soft dance and hard dance so yang soft ada jurulatih dia and yang hard pun ada jurulatihnya..Dayah telah dicampakkan di hard dance..hahahaha!! i loike..=)

Hari ketiga: okay kali ni kami memang tak boleh nak main-main..Kena all out (tapi tak all out sangat pun)..Paling best hari ketiga ni kami dapat satu tempat diamana biliknya sangat lapang memang sesuai sangat untuk kami berlatih..Balik lewat jugak sebab memikirkan few steps yang masih terumbang ambing lagi..ceh ceh!!

Hari keempat: Okay soft dance seriously dah dapat step lagi pun diorang senang sikit..So ni tak boleh jadi, jadinya lepas je lunch kitaorang practice all out sampaikan berpeluh-peluh tak hingat..hahahah!! dari tengah hari sampai ke malam kami practice, masa malam tu ada jugaklah penonton-penonton khas yang dijemput untuk menyaksikkan latihan kami..hahaha!! Seriously dayah terasa sikit berat badan turun..ahhahahaha!! perasan je tapi betullah..=) 

Hari terakhir kami boleh practice: After lunch kami terus naik ke tempat berlatih and berlatih lagi sampai rasa perfect tapi taklah macam hari sebelumnya sebab karang berpeluh mana pulak nak mandi kan so kami buat ala kadar cuma nak sharp kan sikit je lagi..Sebelum berangkat ke tempat latihan tu ada satu kejadian yang dayah akan ingat sampai bila-bila..Sepanjang latihan dayah senyum je sebab masa berlakunya kejadian tu dayah macam OMG!!
Okay sudah-sudah, sambung balik..Petang tu ada rehearsal, masa rehersal tu kami buat ala kadar je, menari nak tak nak, sampai ada tu cakap kenapa tak buat betul-betul..Ehh!! harus buat ala kadar sebab malam nanti kami bagi all out punya..
Masa sebelum perform tu tuhan je yang tahu, dengan baju ala-ala tiger, malu gila nak turun..Semua nervous, tangan basah..hahahha!! but it was a best experienced dayah pernah rasa, masih rindu dengan saat-saat tu..hahaha!!


last berlatih before perform




cute je diorang ni..semua cantik2..ada cerita disebalik baju meraka..hahah!!

cantik kan kami semua..??!! sebelum turun gambar ni diambil..=)

Nervous..nervous!! takut gila bila nama group kami dipanggil untuk perform..Kami dibiarkan beberapa minit atas pentas sebab announcer tu suruh yang kat bawah tengok kami puas-puas..hahahah!! orang dah lah takut boleh dia biar kan kejap..haishh!!

Masa kami perform satu department turun tengok and diorang bagi semangat sangat-sangat sampai kami atas pentas nak buat yang terbaik, iyalah orang bagi semangatkan..=)

Akhirnya  kami dinobatkan sebagai 2nd runner up, so berbaloi lah jugak kan selama seminggu bertungkus lumus..1st runner up department call center menang, diorang buat fashion show, tapi serius diorang buat memang best gila..Cantik-cantik modelnya..=)

to be continued/ bersambung 2nd part pulak okay..=)

5/05/2010

Hari ini..

Adoi lamanya tak dapat nak update blog ni bukan apa balik je kerja terus mata ni dah tak larat nak buka..Tengok tv alih-alih tv yang tengok dayah sebab tidur depan tv..Hari ni apa yang best eh?? hrmm!! Macam biasa rutin harian bangun pagi lepas tu bersiap pergi kerja lepas tu jumpa kawan-kawan and buat kerja but for this time being dayah baru transfer to new section so masih belum ada kerja cuma perlu tengok je senior-senior staff dia buat kerja, adoi!! ngantuknya tuhan je yang tahu..

Pagi-pagi lagi mata dayah dah dijamu dengan orang yang paling dayah minat, kira ni macam breakfastlah..heheh!! terserempak dengan dia dekat kedai tapi dua-dua cuma pandang je tanpa senyum or say hye, agak menyesal lah pulak tau dayah tak senyum dengan dia..

Lepas tu terserempak lagi dalam lift, and since dayah baru lagi so masih tak ada pass jadi dayah telah menyuruh dia menggunakan pass dia untuk buka pintu so dari situ dah bolehlah bercakap sikit dengan dia..Dia macam pelik sikit lah, diam je tak banyak cakap..

Okay part yang paling best hari ni dimana, dayah hampir-hampir terlanggar dia sebab kami  bertentang depan pintu nak masuk ke tandas..Dayah pergi kiri dia pergi kiri dan seterusnya sampailah dayah cakap ok and dia cakap orait barulah masing-masing boleh jalan mcam biasa..Malunya masa tu..(tapi dalam hati meronta-ronta gembira =) )

Jadi esok dayah nak senyum selebar-lebarnya kalau terserempak dengan dia lagi..=) selebar ni mungkin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...