7/09/2010

World Cup 2010 - Spain vs Netherlands


World Cup dah nak sampai final pun..Kejap je masa berlalukan, rasanya baru je lagi start tapi rupanya dah nak habis pun world cup..Lepas ni mesti rindukan iyalah kalau time world cup ni lah orang tidur lambat, kedai mamak penuh dengan orang tengok bola and macam-macam lagi gelagat sempena WC ni..

Dayah pun start suka nak tengok bola ni masa WC 4 tahun lepas..Masa tu terbaca dalam paper pasal KAKA pemain brazil tu, tengok mamat ni handsome pulak, biasalahkan..heheh!! tu yang terus minat and pasukan pilihan dayah time tu of course lah Brazil..Masa tu adik dayah masih lagi tak minat bola so yang tengok WC time tu dayah sorang je, layan sampai pagi buta semata-mata nak tengok kaka beraksi..hahahah!!

Habis WC dayah still ada minat nak tengok bola lagi, so team pilihan dayah sekarang ialah Liverpool..Adik dayah pun dah start minat bola so boleh lah menonton sama-sama..=) taklah bosan sangat kan..

WC tahun ni boleh dikatakan semua match dayah, baba and fizah tengok..Cuma kadang-kadang yang awal pagi nya match tak dapat nak tengok sebabnya mengatoklah nak tunggu lagi pun bilik dayah time nilah astro nak buat hal kan, decoder rosaklah..T_T ..

Tak sangka tahun ni team-team yang kuat semua dah keluar dulu, nasib baik Spain masih lagi bertahan sampai ke final dan hopefully bakal jadi juara untuk WC tahun 2010 ni..Dayah dari England ke Brazil, langsung terus ke Spain last sekali..hahahaha!!

Final ni dayah cadang nak pergi tengok dekat luarlah, nak jugak rasa suasana tengok bola ramai-ramai..Tak pernah experince lagi ni..=) Nak jugak tengokkan Spain menang..hahaha!!

pemain favourite dayah..Fernando Torres..=)

Tak lupa jugak nak tengok match between Germany and Uruguay 11hb ni..=) kalau untuk 3rd place ni dayah pilih Germany..

p/s: tido bola, makan bola, minum coca cola..tipu je, tengok WC tak pun minum coke, minum teh tarik adalah..hahahahahah!!

7/06/2010

Fridge Magnet

Masa dulu-dulu kan, tak lah dulu- dulu sangat sebenarnya cuma kira dulu lah jugak..=) saya tak pernah pun terfikir nak kumpul fridge magnet ni, tercetusnya idea ini, wah!! powerkan bahasa melayu saya, okay idea ni datang dari sepupu saya sebenarnya..Dia memang pengemar fridge magnet, mana negara yang dia pergi mestinya dia beli satu, so bila dia holiday saya pun apa lagi kirimlah kan..=) Bila datang rumah dia lawa pulak tengok fridge dia sebab banyak fridge magnet dari negara-negara yang berbeza so saya pun macam nak mengikut jejak langkah dia dengan mengumpul fridge magnet..

Buat masa sekarang ni tak banyak lagi FM yang saya dapat kumpul..No worries, slow-slow nanti lama-lama penuhlah tu satu fridge dengan FM, kalau dah tak muat takpe jugak boleh beli fridge satu lagi..hahahahah!!

Marilah tengok FM yang saya dah kumpul..tak banyak mana pun, sila tegok:

kita mula dengan dalam negara punya dulu eh!! ni last year beli FM dr Cameron Highlands..

dari Sabah..

Langkawi

Perth, Australia

Fremantel, Australia

Souvernir dari sepupu..

Souvernir dari kawan baba..

Itulah koleksi yang saya ada buat masa sekarang ni..Coming soon banyaklah tu..hehehe!!


7/05/2010

iCIMB event ( EBD Tigger show) part 2..

Lepas je performance tu dayah sempat jugak tengok few performances lagi dari department2 lain..Memang bestlah diorang semua, sporting habis..Masa diorang announced yang group kami menang sempatlah dayah and dancers yang lain naik pentas and ambik hadiah serta bergambar..Sorrylah gambarnya tak ada..

Habis je event tu dayah sempat lepak jap dengan kawan-kawan yang lain dekat office..Best time ni sebab dapat bergambar sakan dengan diorang semua..missed u guys!! =(

Jomlah kita layan sikit gambar-gambar yang sempat di ambil..=)

acara minum air dalam botol susu..






wah!! ayam eh salah chicken wings..



bersama hadiah yang dimenangi..

rindunya dengan mereka semua ni..=)




and the winner goes to..yeah!! me, its me..=)

Semuanya dah tinggal kenangan, omg!! terasa rindu lah balik especially dengan diorang ni..
Miss u guys so much..=(


7/04/2010

Lauk Kampung..

Wow!! 3 minggu saya tak update blog ini kan..Kesian dia sorang-sorang sampai dah bersawang sana sini..Bukan tak nak update tapi seminggu saya tak dapat line internet sebab berada di bumi orang, itu nanti saya buka entry lain okay, lepas tu seminggu yang lagi saya busy, busy tidurr!! hahahahaha!! dan seminggu lagi busy dengan tidur gak..hahahaha!! Okay2!! berbalik topic diatas hari ni saya nak cerita tentang lauk melayu yang mama masak..

Dah lama sebenarnya tak dapat makan lauk melayu yang sedap, dahlah seminggu dekat Australia asyik makan salad, sardin, telur sebabnya tak jumpa kedai yang jual daging or ayam yang halal padahal ada je cuma kami je yang tak jumpa so itulah makanan kami sepanjang dekat sana..

Itu yang balik je Malaysia hari Khamis baba pergi beli lauk-pauk dekat pasar tani and dengan air tangan mama terhasillah ini semua:

pucuk ubi masak lemak..=)


sambal tumis ikan bilis..=)


ikan goreng..=) kegemaran saya!!


ikan kering, saya tak pastilah nama dia apa tapi yang pasti sedap..kalau nak tambah kewangian dalam rumah silalah goreng ikan ini..=) serious wangi..hahahahah!!


nasi putih yang masih panas..=)

Kalau dah orang melayu tekak ni mesti nak makan lauk melayu punyalah walaupun seseorang tu punya favourite food dia pasta, pizza, steak..=)

Terliur rasanya masa tengah update blog ni..laparlah, nak pergi makan..;-)

6/05/2010

iCIMB event ( EBD Tigger show) part 1..

OMG!! lamanya dayah tak update belog ni..Almaklumlah busy lah katakan..ahaaakksss!!
tak lah sebusy mana, bukan balik lambat dari office atau stuck dekat jalan sebab jem tapi disebabkan kepenatan so tu yang tak berkesempatan nak update..Setiap kali balik office, mengadap FB kejap, update apa yang patut, lepas tu mandi, makan, tengok tv yang kadang-kadang tv tengok dayah balik, lepas tu sambung tidur sampai lah pagi..

Dah pagi bangun mandi pergi kerja..Letihkan!! kalau lah hidup ini duit tu turun dari langit setiap hari cuma kita tinggal kutip je alangkah bahagia hidup ini kan..Mesti ramai yang happy je everyday..Tapi mana ada macam tu..hahahahahaha!!

Okaylah dayah nak cerita sikit masa dinner iCIMB yang lepas..Dah lama sebenarnya event ni tapi tak sempat-sempat nak update..Almaklumlah masa event ni dayah telah dipilih bersama rakan-rakan mewakili department kami untuk buat performance..Yeah!! dayah terpilih, wah rasa macam tidak percaya je, iyalah dayah ni orang paling baru dekat sana tup!! tup!! terpilih..Thanks kepada yang memilih dayah tu..=)

Kami ada 1 week je untuk berlatih, pilih baju, pilih step, arrange apa yang patut..Dah lah ini competition okay, bukan saja-saja je tau..hahahah!!

Hari pertama: Tengah hari kami semua berkumpul dekat satu bilik ni, berbincang lagu apa yang bakal dipilh..oppss!! lagu pun nak kena edit dalam minggu tu gak..Nasib baik kami ada yang pakar dalam bab-bab ni..Sebelah petang after office kitaorang fikir step apa yang nak dibuat, siapa yang betul-betul nak masuk..Sampai malam step masih tak dapat lagi..

Hari kedua: Mula-mula nak berlatih tengah hari tapi tak jadi so petang je terus..Lagu dah dapat edit hasil kerja tangan seseorang..heheh!!  TETAPI step masih tunggang terbalik..Kami buat keputusan untuk berpecah..Okay maksud disini ialah, group kami ni ada soft dance and hard dance so yang soft ada jurulatih dia and yang hard pun ada jurulatihnya..Dayah telah dicampakkan di hard dance..hahahaha!! i loike..=)

Hari ketiga: okay kali ni kami memang tak boleh nak main-main..Kena all out (tapi tak all out sangat pun)..Paling best hari ketiga ni kami dapat satu tempat diamana biliknya sangat lapang memang sesuai sangat untuk kami berlatih..Balik lewat jugak sebab memikirkan few steps yang masih terumbang ambing lagi..ceh ceh!!

Hari keempat: Okay soft dance seriously dah dapat step lagi pun diorang senang sikit..So ni tak boleh jadi, jadinya lepas je lunch kitaorang practice all out sampaikan berpeluh-peluh tak hingat..hahahah!! dari tengah hari sampai ke malam kami practice, masa malam tu ada jugaklah penonton-penonton khas yang dijemput untuk menyaksikkan latihan kami..hahaha!! Seriously dayah terasa sikit berat badan turun..ahhahahaha!! perasan je tapi betullah..=) 

Hari terakhir kami boleh practice: After lunch kami terus naik ke tempat berlatih and berlatih lagi sampai rasa perfect tapi taklah macam hari sebelumnya sebab karang berpeluh mana pulak nak mandi kan so kami buat ala kadar cuma nak sharp kan sikit je lagi..Sebelum berangkat ke tempat latihan tu ada satu kejadian yang dayah akan ingat sampai bila-bila..Sepanjang latihan dayah senyum je sebab masa berlakunya kejadian tu dayah macam OMG!!
Okay sudah-sudah, sambung balik..Petang tu ada rehearsal, masa rehersal tu kami buat ala kadar je, menari nak tak nak, sampai ada tu cakap kenapa tak buat betul-betul..Ehh!! harus buat ala kadar sebab malam nanti kami bagi all out punya..
Masa sebelum perform tu tuhan je yang tahu, dengan baju ala-ala tiger, malu gila nak turun..Semua nervous, tangan basah..hahahha!! but it was a best experienced dayah pernah rasa, masih rindu dengan saat-saat tu..hahaha!!


last berlatih before perform




cute je diorang ni..semua cantik2..ada cerita disebalik baju meraka..hahah!!

cantik kan kami semua..??!! sebelum turun gambar ni diambil..=)

Nervous..nervous!! takut gila bila nama group kami dipanggil untuk perform..Kami dibiarkan beberapa minit atas pentas sebab announcer tu suruh yang kat bawah tengok kami puas-puas..hahahah!! orang dah lah takut boleh dia biar kan kejap..haishh!!

Masa kami perform satu department turun tengok and diorang bagi semangat sangat-sangat sampai kami atas pentas nak buat yang terbaik, iyalah orang bagi semangatkan..=)

Akhirnya  kami dinobatkan sebagai 2nd runner up, so berbaloi lah jugak kan selama seminggu bertungkus lumus..1st runner up department call center menang, diorang buat fashion show, tapi serius diorang buat memang best gila..Cantik-cantik modelnya..=)

to be continued/ bersambung 2nd part pulak okay..=)

5/05/2010

Hari ini..

Adoi lamanya tak dapat nak update blog ni bukan apa balik je kerja terus mata ni dah tak larat nak buka..Tengok tv alih-alih tv yang tengok dayah sebab tidur depan tv..Hari ni apa yang best eh?? hrmm!! Macam biasa rutin harian bangun pagi lepas tu bersiap pergi kerja lepas tu jumpa kawan-kawan and buat kerja but for this time being dayah baru transfer to new section so masih belum ada kerja cuma perlu tengok je senior-senior staff dia buat kerja, adoi!! ngantuknya tuhan je yang tahu..

Pagi-pagi lagi mata dayah dah dijamu dengan orang yang paling dayah minat, kira ni macam breakfastlah..heheh!! terserempak dengan dia dekat kedai tapi dua-dua cuma pandang je tanpa senyum or say hye, agak menyesal lah pulak tau dayah tak senyum dengan dia..

Lepas tu terserempak lagi dalam lift, and since dayah baru lagi so masih tak ada pass jadi dayah telah menyuruh dia menggunakan pass dia untuk buka pintu so dari situ dah bolehlah bercakap sikit dengan dia..Dia macam pelik sikit lah, diam je tak banyak cakap..

Okay part yang paling best hari ni dimana, dayah hampir-hampir terlanggar dia sebab kami  bertentang depan pintu nak masuk ke tandas..Dayah pergi kiri dia pergi kiri dan seterusnya sampailah dayah cakap ok and dia cakap orait barulah masing-masing boleh jalan mcam biasa..Malunya masa tu..(tapi dalam hati meronta-ronta gembira =) )

Jadi esok dayah nak senyum selebar-lebarnya kalau terserempak dengan dia lagi..=) selebar ni mungkin..

4/26/2010

Memang betul pun..

Memang betul cakap orang tua-tua ni..
Orang yang kita benci one day akan menjadi kawan, suami, boyfriends..oppss!! salah satu boyfriend je bukan ramai ok..atau sewaktu dengannya..Sebab dayah dah terkena, dayah rasa kawan dayah pun mengalami masalah yang sama jugak..

Okay sekian..

saya mahu tidur esok kerja and nak pergi cuci mata..hahahahaha!!

muahhxx!! =) big smile...heheh!!

4/23/2010

Kerja dah dia..

Lama jugak dayah tak update blog ni maklumlah orang tu sekarang dah busy sebagai pekerja..haa??!! apa dayah dah kerja..wah, macam tak percaya je tapi percaya je lah..hahaha!! Dari sehari sehari try nak update blog ni tapi maaflah dayah letih sangat nak menaip panjang-panjang tak larat, dekat office mengadap computer, dekat rumah lagi..Semalam lagi bagus, tengah-tengah online boleh pulak terlelap..Adalah dalam 2 3 jam..Rasanya tu bukannya terlelap, tidur terus tu..=) Terjaga cepat-cepat tutup laptop terus bumm!! tidur sampai pagi..

Dayah baru je start kerja hari isnin lepas..Ishh!! excited bercampur nervous masa first day tu..Honestly, malam before tu dayah tak boleh tidur sebab takut sangat..Layan fb sampai pukul 3 pagi..hahaha!! Macam-macam dalam kepala otak fikir..

Alhamdullilah, first day sampai dah dapat 2 kawan baru sebab diorang pun baru je masuk, kira sama dengan dayahlah..Ni dah masuk 5 hari dayah kerja, bestnya environment sebab semua yang dalam office tu macam gila-gila, so kita taklah tension sangat buat kerja walaupun kerja macam gunung punya banyak..Satu lagi pekerja-pekerja pun baik-baik, tak sombong accept dianya supervisor je tapi tadi suprisingly dia tegur kitaorang cakap how's your work today, is everything fine..Kitaorang macam wah, siap buat muka terperanjat lagi..Tak sangka dia tegurlah..hahaha!! padahal the day before tu dayah and kawan-kawan ada ngumpat pasal dia, bukan ngumpat apa pun cuma macam tak puas hati kenapa dia macam tak layan je kita, taulah kami ni baru lagi.Kawan dayah cakap maybe dia tersentap dalam mimpi semalam tu yang masa briefing terus tegur kitaorang..

Tapi so far oklah, diorang very helpful plus tak kedekut langsung, makan pun nak share even dia tengah makan kek yang alaa keciknya but yet still nak kongsi sama-sama..

Hari ni banyak jugak kerja dayah dapat siapkan cuma tinggal saki baki nak print out je..Agak pening jugak sebab everyday tengok num je, naik juling mata dibuatnya..Dahlah dayah tak suka num tapi dapat kerja berkaitan dengan num..Tulah orang tua-tua cakap mana yang kita benci tu lah satu hari nanti jadi milik kita kan, entahlah betul ke tak tapi sepanjang dayah hidup ada gak terjadi..Jadi sekarang patutkah dayah benci seseorang in order nak dapatkan dia..hahahahaha!! macam apa je kan..

Dayah pergi kerja hari-hari naik putra lrt sebab office dayah ni tersangatlah convinience sebab station tu dalam bangunan so dari buang masa and duit minyak naik kereta baik nak train kan..Satu lagi kita boleh save kan environment kita ni dari pencemaran kan..So everyday baba akan drop kan dayah dekat kl sentral untuk ambik putra..Dan everyday jugak fikir kedai mana dayah nak lepak untuk breakfast, semalam dah mcd, hari ni pun so esok kemana kita??

p/s: since dayah baru first time bekerja jadi baju yang sesuai nak pakai pergi kerja tak banyak so pening sangat nak pakai baju apa esok..lalaal!!=)

HAVE A NICE DAY KAWAN-KAWAN
SAYA SAYANG SESEORANG..LALALA!! SIAPAKAH DIA, BIARLAH rahsia..
hahahahaha!!

eh gurau je okay..saya SAYANG FAMILY SAYA..muahxx!! =)
dan jugak kawan2ku tak kiralah diorang tu siapa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...