3/30/2010

Musim sakit


bukan mau cerita pasal musim durian, rambutan, facebook, atau yang terdekat dengannya..Ni haa!! cuba tgk cartoon ni batuk dasyatkan, sampai terkeluar anak tekak..tak dayah nak cerita sekarang ni kan tengah musim panas terik, kalau hujan pun alahaii!! berapa titik jelah, kalau parking kereta depan rumah sure bawah kereta mesti tak basah, sekeliling je yang basah lepas tu ada bentuk pulak tu..okay back to the story, okay since cuaca yang panas sangat ni ramailah yang jatuh gedebukk!! ehh!! salah salah, ramai yang jatuh sakit seperti batuk, selesema, sakit kepala, demam..

Ini terjadi kepada dayah sefamily, chewah!! sefamily tau..cute je berkongsi demam sama sama kan..Last week lepas balik dari holiday rasa badan macam tak sedap je, rasa sakit sana, sakit sini tapi dayah malas lah nak makan ubat lagi sebab belum confirm lagi demamkan..Dah lepas 2 3 hari tu jeng jeng!! dia datang..sekali 3 dia datang batuk, demam, selesema..haishh!! ni yang dayah paling tak suka nak nak selesema, rasa macam nak tanggalkan je hidung ni..habis satu kotak tisu gaklah dayah guna sampai luka luka hidung..First day terkena je dayah cepat cepat suruh baba belikan antibiotik dekat farmasi..2 hari telan antibiotik and panadol taraaa!! dah sihat cuma batuk je belum betul-betul reda lagi, on-the-way..

Sekarang ni dayah dah okay gilirin mama pulak tapi tak teruk sangatlah sebab cepat-cepat telan antibiotik, lepas tu baba sampai kena mc last friday sebab tekak dah start rasa lain macam katanya..Tapi baba guna listrine, berkesan lah, bukan setakat nak buang kuman dalam mulut tapi jugak boleh mencengah dari sakit tekak tau..And last but not least yang terkena virus ini ialah fizah..Sampai hari ni masih belum baik lagi, tulah budak ni malas makan ubat nilah jadinya lambat baik..

So memandangkan sekarang ni cuaca panas terik banyak banyak kan lah minum air suam, kalau boleh elakkan minum air yang sejuk sebab nanti mulalah sakit tekaklah lepas tu selesema, batuk semualah..Tiru macam dayah yang minum air suam je ni nanti confirm cepat baik atau tak dapat terus virus-virus ni..

3/25/2010

Bandung Trip Part 3



Mari sambung trip dayah yang dekat Bandung tu..Macam biasa pagi-pagi kena bangun sebab nak pergi breakfast..Dekat Bandung ni pukul 630 pagi dah macam pukul 730 waktu KL sebabnya dah terang benderang, nak tidur pun tak lalu rasanya..Hari ni planning nak pergi Pasar Baru, nak belanja (orang indonesia panggil kalau shopping belanja so kalau dekat pasar baru ni setiap kali lalu satu kedai diorang akan teriak macam ni "buk belanja buk belanja, boleh buk belanja") pening lah jugak sebab pantang terpandang je kedai tu gerenti diorang jerit belanja belanja buk..orang tak mau belanjalah..Dayah pergi pasar baru ni pun bukan apa sebab aunty dayah dia pesan pisang salai goreng, huishh!! macam-macam jenis rupanya, ada yang macam nipis macam kipas, ada yang hitam legam, ada yang macam basah-basah..seriously dayah tengok pun tak lalu nak makan..Pusing-pusing dalam pasar baru sebab nak cari tu je, tak shopping pun kali ni.. 



Dayah sempat snap 3 pic je masa dekat pasar baru ni sebab ramai sangat orang, rimaslah..Lepas dah beli apa yang orang kirim kami terus balik and jalan-jalan dekat mall pulak..Kali ni terjumpa Istana Plaza..ehh!! sebelum tu, sebenarnya masa dekat Bandung ni kami tak sewa supir pun sebab saja nak try naik angkut..adoii!! keciknya angkut ni lepas tu masa nak balik dari Istana Plaza, padahal kan Istana Plaza dengan hotel kami punyalah dekat tapi disebabkan pemandu angkut tu entahlah sama ada dia tak faham apa yang kami cakap atau dia sengaja bawa jalan jauh-jauh lepas tu charge sampai 50 ribu kami pun confuse sampai sekarang..Sampai ayah dayah bertengkar dengan pemandu tu, last last ayah dayah bagi 20 ribu je..ishh!! tak jujurlah dia ni..

 
                          dalam Istana Plaza, baru lepas CNY



Kenapakah muka baba serious semacam, sebenarnya ada story behind this serious face..secret tak boleh kasi tau..


lupa mau ambik gambar mama..tengok orang tamak minum skali 2 gelas air, curi orang punya pulak tu..

Malam sekali lagi kami kena dengan pemandu angkut, adoii!! malang betul sekali ni pergi..asyik kena tipu je, naik teksi pun sama jugak..Tapi takpelah dah nasib kan..Malam tu pergi makan dekat kawasan dekat-dekat je, malas nak pergi jauh-jauh lagi pun waktu kami keluar tu tengah hujan..Esoknya nak pulang KL dah so malam ni kita tidur awal okay tapi ehh!! tidak untuk dayah sebabnya malam tu layan cerita zombi, marathon pulak tu..

Rutin yang sama kalau pagi-pagi ialah pergi breakfastlah apa lagi..breakfast bolehlah tahan tapi dayah rasa macam bukan selera kami lah tapi takkan pagi-pagi ni nak makan minang kan so makan jelah, lagi pun free kan untuk 2 orang..okaylah dari tak ada..Lepas breakfast mama ajak pergi kartika sari, kartika sari ni kalau dekat Indonesia memang popular, banyak branches dia..Kartika sari ni banyak jual kek and yang paling famous brownies kukus, macam-macam flavour ada..bukan sekatakat kek je, ada lagi macam-macam and yang paling favourite dayah ialah chocolate stick, sedap tau..Jalan kaki je nak ke Kartika sari ni sebab tersangatlah dekat, melampaulah kalau nak ke situ pun nak naik teksi atau angkut, lagi pun baru breakfast bagus kalau berjalan, cepat sikit proses penghadaman tu..


                     part of exercise jugak ni kan..


Berhabis dekat ratus ribu jugak dekat kartika sari ni, cehh!! macam beli kereta je berhabis ratusan ribu..hahaha!! adalah dalam RM80 hinggit, mama biasalah kalau kemana-mana mesti wajib belikan jiran kami ole-ole..Kami terus berkemas sebab pukul 1130 nak check-out dah sebab nak kena ambik bus lagi ke Jakarta, sunday pulak tu takut macet atau jem..




bergambar sementara tunggu teksi

Flight kami pukul 9 malam, so bila kira-kira sempat kalau ambik bus pukul 2 petang..Dari hotel ke station bus tu taklah jauh sangat, dalam pukul 1230 dah sampai..Kebetulan station bus dekat dengan mall so untuk menghilangkan rasa bosan menunggu bus dayah and fizah pun jalan jalan lah dalam mall tu..Pusing-pusing terjumpa KFC apa lagi kita masuk and orderlah..Take away je sebab masa tu pun dah pukul 130, tunggu dalam 15 minit jugaklah sebab setiap kali order baru dia buat..Yang bestnya KFC dekat Indonesia ni ada spaghetti, sedap pulak tu..

Bus jalan je tangan kami pun berjalan jugak mencari-cari makanan..Sepanjang perjalanan hujan plus aircond yang sejuk so memang best kalau kita tidur..zzzzzzzzz!! Kan betul apa yang kami agak iaitu jem dekat Jakarta, nasib baik masih ada masa lagi..Sampai airport before nak check-in kami makan lagi, senang nanti sampai Malaysia boleh terus balik rumah tak payah nak makan makan lagi..Flight delay sikit dalam 15 minit..Tak ingatlah pukul berapa sampai KL, dari LCCT terus ambik bus ke KL Sentral and ambik teksi lagi untuk balik rumah..Tengah malam jugaklah sampai tapi tak risau sangat sebab the next day tu semua cuti cuma fizah je yang kena pergi sekolah..Alhamdullilah selamat pergi dan kembali ke tanah air, cewahh!! macam pergi berjuang je..

3/24/2010

Habis sudah...

ohh!! tidak dietku habis lepas balik holiday ni..Kalau sebelum holiday maintain je tapi sampai je tempat holiday tu habis dah tak dapat nak diet..mana taknya sebelum pergi makan, dekat airport makan, dalam flight eh eh!! salah dalam flight tak makan, sampai je hotel cari makan dulu, malam makan, okay kesimpulannya sepanjang holiday tu memang makan tanpa hentilah..Mula-mula sampai cadang taknaklah makan nasi nak makan lauk je kan, kan..tapikan hahahahha!! orang yang pertama ambik nasi dayah lah..=)

Masa tengah menaip ni pun dayah tengah mengadap makanan..ee!! mama pergi masak pucuk paku masak lemak cili padi mana tak menambah selera dari taknak makan kepada nak makan..Sedap pulak tu..So bilalah dayah nak start balik diet ni, okaylah berjanji pada diri sendiri..ESOK DAYAH AKAN START BALIK DIET..!! Antara perkara-perkara yang diperlukan untuk KURUS ialah:

  • avoid untuk ambik nasi, cuba makan lauk sahaja
  • avoid untuk makan air batu (walaupun itu adalah favourite ku..sob!! sob!! kunun-kunun sedeylah) =(..dan juga minum air yang berais, lepas ni kenalah minum air suam je..tak sedap air suam tu, tawar je...
  • cuba nak jadi vegetarian, tapi macam tak boleh je..tiba-tiba ada ayam goreng yang paling sedap di dunia depan mata, takkan nak tengok je, mesti nak cubit sikit makan kan kan?? Macam mana ni?? macam mana pun kena jugak jadi VEGETARIAN..
  • skipping seberapa banyak yang boleh..Masa before pergi holiday dayah boleh buat sampai 300x, bangga nye masa tu (padahal buat 50 berhenti 50 lagi berhenti, memanglah boleh sampai 300x kan) hhheheheheh!!
  • tak boleh makan makanan yang manis-manis..(kenapalah kan, selalunya makanan yang sedap tulah yang banyak mengandungi lemak kan, contohnya macam kek, kan kek tu sedap tapi cuba fikir apa ingredients nya..hrmm!! think think..haaa!! kan kira banyak lemak kan..lepas tu macam spaghetti carbonara, ishhh!! lagilah fattening dengan cheese nya..huishh!!..satu lagi pizza..jadi makanya makanan yang sedap-sedap semua tidak sesuai untuk orang yang tengah berdiet..tak sukalah macam ni..kan best kalau makan banyak bagai nak rak pun tapi still maintain kurus je..)  I wish macam tu..
  • orang kata kalau banyak tidur pun boleh gemuk so lepas ni kenalah bangun awal and kurangkan tidur..zzzzzzzzz!!
  • buat sit-up untuk dapatkan perut yang wow!! @_@ cantiknya..
Okay harap-harap semua yang diatas ni dayah dapat buat untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan dan yang paling penting sihat dari penyakit..



p/s : masa tengah tulis ni, pedih-pedih mata tahan ngantuk..aaaaaa!! ngatuknya...(menguap entah yang keberapakalinya)

3/17/2010

Jalan-jalan lagi..

Yeyeye!! saya akan berjalan lagi eh saya akan holiday lagi baru betul, kalau jalan macam keluar rumah pergi kedai seberang padang bola sepak pun boleh dikatakan jalan-jalan jugak kan..Okay lah straight-to-the-point dimana disini saya nak menceritakan bahawasanya saya akan ke Pekanbaru, Indonesia pada hari nilah, 17 March 2010 sampailah hari ahad ini..

Patutnya dah kena tidur sekarang ni sebab pukul 4 pagi ni nak bangun lagi sebab nak sediakan sandwich..Saja nak bawa bekal, sebenarnya teringin nak makan sandwich ayam tapi yang jual dekat kedai tak sedap baik buat sendiri habis satu botol mayo dayah guna, paru puas hati..

Tadi masa kemas baju pening jugak sebab nak try minimizekan beg tapi sorry memang tak boleh..Nak bawa baju sikit dayah memang tak reti, kalau dayah bawa sampai mama cakap kau tak nak bawa satu almari..hheheheh!! Lepas dah ditolak tambah 2 luggage besar and 1 luggage kecil kena bawa itu belum masuk lagi dengan hand luggage..adoii!!

Okaylah nanti dayah cerita tentang holiday trip ni di next entry..

3/15/2010

Bandung Trip Part 2

Lepas 2 1/2 jam duduk dalam kapal terbang akhirnya sampai lagi kami di bumi Indonesia, Soerkarno Hatta Airport..Mentang-mentanglah Air Asia ni tambang murahkan punyalah jauh kapal terbang tu parking, turun je dari kapal terbang ada bus disediakan untuk bawa kami semua ke dalam airport and lagi pun tak ada kemudahan untuk pejalan kaki macam dekat LCCT..Disediakan 2 bus untuk angkut kami semua ni..

keadaan dalam bus ni luas..dapat naik kejap je..


on the way ke imigresen..

Masa dekat imigresen tengah beratur dayah rasa macam nak marah je ada seorang makcik ni, boleh dia main tolak-tolak pulak, dahlah luggage dia kena kaki dayah..Sibuk nak suruh orang cepat, dia tak reti ke yang kastam tu tengah check pasport orang one by one..ishh!! geram tau masa tu, ni mesti kes baru naik kapal terbang..Dahlah dah waktu malam, mengantuk luggage pulak lambat keluar, kami ni nak cepat sebab takut counter bus tutup..Keluar je dari airport terus ke counter bus untuk beli ticket untuk ke Bandung, nasib baik still ada masa lagi sebab bus datang pukul 12 tengah malam..Sementara tunggu bus tu kami sempatlah makan dekat Tony Jacks, kalau dulu masa first time dayah datang tempat tu ada Mc'Donalds sekarang dah tukar pulak..Mama dengan baba dah tak lalu nak makan so kami kongsi burger je and fizah je yang makan..Boleh tahan jugak sedapnya..


sedang membeli ticket bus..


nama bus tu Primajasa, ni counter dekat Bandung..

muka-muka sedang menunggu bus..ada yang ceria, ada yang dah tak larat nak menunggu

Bus datang dalam pukul 1210, kira taklah lambat sangat..Pemandu yang bawa bus ni pun okay je, taklah bawa bus tu laju-laju sangat, lagi pun jalan masa ni tak jem..Dalam bus semua orang tidur iyalah dah pukul berapakan, yang tak tidur dayah, baba and mama, fizah pun bantai tidur jugak..Sepanjang perjalanan ni permandangan best jugak walaupun dah malam..Dalam pukul 3 pagi kami sampai Bandung, memang estimated sampai time tu..Masa ni jalan dekat Bandung tak ada orang and kereta pun boleh kira dengan jari berbanding kalau waktu siang..Walaupun dah malam tapi teksi don't worry lah sebab banyak..Sampai je kami cepat-cepat dapatkan teksi sebab semua dah keletihan, mana taknya dari KL-Jakarta-Bandung, turun naik bus, kapal terbang, teksi lagi..fuhh!! penat seh..Sekali ni kami tidur Mutiara Hotel Bandung, macam Mutiara Hotel dekat Malaysia tapi tak sama katanya..

                                    
di airport Jakarta


                                
kawasan luar airport..


                                      


bilik..



Lepas dh bersihkan diri semua masing-masing cari tempat nak tidur, barang-barang yang bawa tu tinggal dulu esok..ehh!! pagi nanti boleh kemas..Hotel ni included dengan 2 breakfast, pagi tu mata masih ngantuk lagi mana taknya baru 3 jam tidur dah bangun, kami cepat-cepat breakfast lagi pun nak makan tak lalu sebabkan ngantuk..Balik je bilik sambung balik tidur sampai tengah harilah jugak..

Masa kami pergi ni tengah musim hujan and my aunty cakap sana memang musim hujan kalau bulan 2 ni..Lebat jugaklah hujannya, kami duduk dekat verandah wah bestnya angin tiup terasa sejuknya..Malam tu tibalah masa untuk mencari makanan, tanya dengan orang hotel mana satay kambing yang dekat dengan hotel and dia tunjukkan betul-betul depan hotel, kira kena jalan sikitlah..Tak ramai sangat orang and satay kambing pun boleh tahan sedap sampai kami order 2 kali and nasi goreng kambing pun boleh tahan nyum nyum!!
Kalau kami datang Indonesia ni tak sah kalau tak minum Es Jeruk, sini memang popular betul dengan Es Jeruk, mana-mana kedai semua ada dan yang pastinya sedap gilerrr!! wa tak tipu sama lu..

Dinner SATAY KAMBING..mmbeeekkkkk!!

Lepas makan kami terus balik hotel, tak tau nak pergi mana dah lagi pun cuaca macam nak hujan balik je..Keesokkan harinya pulak nak ke Pasar Baru, saja berjalan-jalan and nak belikan sesuatu yang dipesan oleh cousin dayah..

Masa sebelum malam tu dayah sempatlah snap few pictures kawasan hotel..So enjoylah tengok eh, nanti dayah sambung next entry pulak..

Kawasan parking..


                                    












Next entry please..tata!!

3/14/2010

Two is better than one Lyric (Boys Like Girls ft Taylor Swift)

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, hey
You know this could be something

Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one

But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes, the way you say
You make it hard for breathing

'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one

But there's so much time 
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, hey

Maybe it's true 
That I can't live without you
And maybe two is better than one

There's so much time 
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone

And I'm thinking, ooh
I can't live without you
Cause baby, two
Is better than one

There's so much time
To figure out the rest of my life
But I figured out with all that's said and done
Two is better than one
Two is better than one




ENJOY!!

3/11/2010

Selamat Pagi Malaysia @ Good Morning Malaysia..

Hari ni pagi-pagi dah bangun sebab nak kena hantar baba ke office..Selalunya baba bawa kereta tapi hari ni dia malas nak bawa kereta and satu lagi petang nanti dayah and mama nak guna kereta sebab nak ke HUKM..

Seronok tengok pagi-pagi orang sibuk-sibuk nak pergi kerja, jalan jem..Bila lah dayah nak macam tu, dah tak sabar nak kerja ni, excited macam nak pergi jalan..

Lepas hantar fizah pergi sekolah, padahal kan sekolah tu dekat je kalau jalan kaki tapi dia tetap dan akan tetap nak naik kereta..Kalau baba atau dayah lambat dia pun akan lambat pergi sekolah sebab nya semata-mata nak tunggu kami semua hantar naik kereta, namun nak pergi sendiri jangan harap..Siap ni kalau dayah lambat dia yang marah siap macam nak nangis lagi..Balik sekolah boleh pulak jalan kaki..Since baba masuk kerja pukul 9 and kawasan office baba tu tengah buat construction so nak tunggu dekat bus stop yang baba selalu tunggu dah tak boleh..Dijadikan cerita nak buang masa yang masih banyak tu kami bertiga pergi makan dekat kedai mamak dekat sungai besi, banyak gak gerai ada..Disebabkan dayah tengah on diet jadi dayah cuma minum teh tarik je, mama beli nasi lemak and baba makan roti canai..

Masa on the way balik tu sempatlah snap few pictures dari dalam kereta dekat roundabout Kampun Pandan..





Masih jem walaupun ada yang setengahnya dah masuk kerja patutnya..ni arah ke Jalan Tun Razak yang sesak sangat kalau pagi-pagi macam ni..Tension agaknya kalau hari-hari macam ni..



p/s : credit to mama sebab dia yang snap few dari pictures ni..dayah snap bila kereta stop je..=)

Perth, Australia Trip part 6

Balik dari Cottesloe kami balik hotel kejap untuk merehatkan segala sendi-sendi, otot-otot kaki yang dah longgar sebab berjalan ke Cottesloe beach punya pasal..Mama sempat lagi terlelap..Agak dah petang jugaklah kami keluar, tak tau nak pergi mana dah so dayah ajaklah pergi Habour Town balik sebab macam ada barang yang tertinggal lah yag dayah rasa perlu untuk dibeli..Mula-mula tu cadang nak cari makan kedai lain pulak, adalah kedai Lubnan tapi nampak macam mahal je so batalkan niat, pergi jalan-jalan dulu balik nanti baru fikir nak makan kat mana..Sampai je Habour Town banyak kedai dah nak tutup, masa tu sampai baru pukul 430 lebih kurang, maybe hari sabtu diorang tutup awal kot so sempat dayah and fizah beli selipar je, nak beli dress tapi kedai tu dah tutup, dress tu murah je 10 dollar, ishh!! rugi sangat tak dapat beli, menyesal tak sudah sampai sekarang..Habis semua kedai dah dekat nak tutup kami pun lepas beli kasut terus jumpa mama and baba ajak jomlah kita pergi makan sambil tu sibuk dok merungut tak dapat dress tu..=( Mama cakap next timelah beli, wah macam duduk sana je nak next next time beli..


selipar yang kami beli tu simple je, reason kenapa kami beli ialah frust tak dapat beli dress, nak jugak keluar dari Habour Town ada bawa paper bag (psycho kan)..murah je selipar tu, harga 7 dollar lepas convert still murah lagi RM21..



Dari Habour Town harus ke Perth Station bus stop untuk ambik red cat..Dinner untuk malam yang terakhir ni dekat kedai kebab yang sama macam breakfast pagi tadi..Kebab lagi, tak jemu ke kan?? Jawapannya TIDAK, lagi pun makan yang lain makanan Indonesia, takut makan nanti cepat balik lapar at least kebab ni heavy sikit, tapi itu pun tengok kejap-kejap lapar balik, kalau makan makanan Indonesia tak taulah berapa lama boleh bertahan..Dah makan kami terus balik hotel sebab nak packing baju dah, flight kami 630 patutnya 730 tapi di awalkan  1 jam..

Malam tu dah lepas kemas semua baju and barang kami tidurlah kejap sebab nak bangun pukul 1..Mama tak boleh nak tidur sebab takut kang terlelap sampai pagi matilah kami tak balik Malaysia..Tepat pukul 3 pagi kami dapat teksi, sebelum tu baba dah suruh orang hotel tu call kan satu teksi..Dalam 20 minit kami sampai airport, masa ni punyalah sejuk tahap yang memang tak boleh nak tahan lagi, bergetar-getar mulut..Sebelum nak ke airport tu dayah ingatkan nak pergi beli kebab untuk bawa bekalan masa dekat airport nanti sebab perut macam dah tunjukkan hint hint nak lapar balik tapi tengok-tengok kedai tu tutuplah, selalunya 24 jam..kempunan nak makan kebab tu kali terakhir, sob sob!!=(
Sampai je airport terus check in, masa orang tak ramai lagi sebab baru pukul 330 pagi kan..


baba and mama tengah tunggu teksi..


Lepas check in terus kami pergi cari tempat untuk minum coffee sebab semua dah lapar balik, alas perutlah before makan dalam flight nanti..Kami pagi-pagi tu makan scone and bread je sebab yang lain-lain semua sandwich yang tak halal..Masa ni tengah time tidur sepatutnya so malas dayah nak snap apa-apa photo..Lepas dah makan, pergi toilet kami pun masuklah ke boarding area..Macam-macam ada jual, seronok jugak..Tengah duduk sementara tunggu nak boarding ternampaklah pilot and stewardess, macam tak percaya je and mama siap cakap lagi "nor betul ke pilot kita ni??" mana tak nya pilot and co -pilot kecik je..hahaha!! takut padahal tak ada kena mengena langsung kapal terbang dengan size seseorang pilot..

Kesejukkan dari hotel sampai dah masuk dalam flight masih tak boleh nak hilang-hilang..kaki dayah sejuk je..Ramai jugaklah orang Malaysia time nak balik ni, mat saleh pun ada jugak..Masa kapal terbang tengah naik tu angin tiup kuat so kapal terbang tu agak bergoyang sikit, dahlah pilot dia kecik kan, dayah and fizah cuak jugaklah sampai kena ketawakan dengan couple mat saleh ni, adoii!! malunya..bukanlah diorang ketawa terbahak-bahak cuma diorang senyum je..dayah senyum balik..hahah!! Cuma nak naik tu je agak goyang sikit sebab angin terlampau kuat kan..Kami semua dah kelaparan, sampai je makanan semua terus makan, tak tengok kiri kanan, by the time steward tu nak bagi makanan untuk orang belakang kami dah habis makan..Sepanjang perjalanan ni kami semua tidur sebab keletihan sangat, tak macam masa nak pergi excited sampai tak boleh nak tidur..

Tepat jam 1230 kami pun landinglah di KLIA..Alhamdullilah selamat pergi dan selamat sampai..Lepas dah ambik luggage semua kami terus serbu Oldtown, laparkan..Tadi makan tak cukup..





Masa ni ramainya orang iyalah masih siang lagikan, banyaklah flight yang sampai and yang nak pergi jugak..Kami terus pergi counter teksi ingatkan nak naik teksi tapi diorang nak charge mahal sebab reasonnya ada bawa luggage kena teksi yang besar baru muat padahal kalau teksi biasa boleh je kot..Baba dah fed-up terus pergi counter bus and ambik bus aja lagi murah..



Bus pun buslah, asalkan sampai rumah..Letih and mengantuk yang amat sangat..Dalam bus sambung tidur balik..Okay sampai rumah dalam pukul 430 jugaklah..aaaaa!! sedihnya sebab dah balik..Tak puas sebenarnya, rasa macam nak duduk sana berbulan-bulan tau..Perth sangat best bagi kami sekeluarga..Rindu kebab, rindu angin, rindu sejuk ishh!! semualah kami rindu..

Insyaallah kalau tak ada aral melintang tahun ni planning nak pergi lagi..Kali ni nak pergi lama sikit..Sampai sekarang nilah tak habis-habis kami berborak pasal trip ni..Trip paling bermakna dalam hidup kami sampai bila-bila..


Souvenir yang dibeli, ada tu cousin dayah pesan, belikan untuk kawan-kawan and selebihnya kami punya..


Kenangan, ada ticket train, resit, macam-macamlah semua disimpan dalam file..


p/s: Rindu yang teramat sangat masa tengah tulis ni..Dahlah lapar tengok pictures kebab-kebab tu semua..=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...