2/10/2010

Perth, Australia Trip Part 1

Kali ni dayah nak cerita pasal my trip and family ke PERTH, AUSTRALIA tahun lepas..last year memang tahun yang busy bagi kami dengan vacation, tahun lepas jugaklah petama kali jejakkan kaki ke INDONESIA..kira tahun lepas memang tahun yang sangat seronok bagi kami sekeluarga..Ok sebenarnya cadang nak pergi AUSTRALIA ni memang dah lama tapi cuma tahun lepas baru betul-betul kami dapat merealisasikan impian terpendam kami, wah dah macam rancangan realiti tv punya ayat..hahaha!! and ada jugak orang tanya kenapa tak pergi SYDNEY ke, MELBOURNE ke, COLD COAST ke..Kalau ikutkan kami sekeluarga ni kami memang suka naik AIR ASIA so AIR ASIA belum ada lagi flight pergi SYDNEY, MELBOURNE and COLD COAST pulak masa tu tengah mahal yang tinggal PERTH and kebetulan jugak AIR ASIA tengah buka promotion pergi sana and masa baba buat booking tu dapat pergi free ticket cuma bayar untuk balik sahaja, siapa yang tak nak kan..Lepas baba buat research sikit tetang PERTH so baba pun booking lah sebab semua teruja sangat sebab flight ticket pergi AUSTRALIA free..Kira tak pernah termimpi yang flight ticket boleh dapat freekan, thanks AIR ASIA..muahhxx!! Setelah di add makanan, seat, airport tax and other charges harga untuk to and fro ialah RM3300 untuk 4 orang..berbaloi ke tidak, yeah dayah tau seat dalam AIR ASIA tak lah sebesar macam seat-seat flight lain tapi oklah..some more sekarang kita dah boleh pilih seat kan..

PERTH merupakan bandaraya yang agak tenang sikit, mungkin tak semeriah atau sesibuk MELBOURNE and SYDNEY dan pada waktu malam memang dah sunyi..Pukul 0830 or 0900 kedai semua dah tutup and kereta pun dah tak ada yang lalu lalang sangat..Dekat sana tak ramai yang gunakan kereta sebab diorang lagi prefer naik pengangkutan awam and jalan kaki and some more bas dalam bandar di PERTH kira lebih kurang macam rapid kl tu free, yeah!! free..ada bas yang berbayar jugak mungkin yang itu jauh sikit kot destinasi nya..bas - bas yang free kat sana terdiri dari YELLOW CAT, RED CAT, and BLUE CAT..apa yang dayah kagum bas disana semuanya mesra OKU, and tempat duduk purity bagi dekat warga emas and walaupun bas ni free tapi condition dalam bas ni sangat baik and bersih..Di PERTH juga ada train, kalau di sini tu macam komuter..Sama macam bas, mesra OKU and kalau penumpang yang ada bawa basikal boleh bawa masuk dalam train, disediakan sekali tempat untuk stand kan basikal..Harga train ni ikut zon, dayah kurang arif sikit part ni sebab confius sikit..Masa kitaorang nak beli ticket untuk ke FREMANTEL agak confius jugak sebab tak tau zon apa yang perlu guna..

28 october 09
kalau sebelum sebelum ni kalau kitaorang naik flight selalunya kitaorang akan bawa kereta and park di LCCT tapi kali ni bila dikira balik lagi jimat kalau kita naik teksi or bas dari naik kereta sebab parking di LCCT agak boleh tahan jugak mahalnya..Tapi memang convinience lah kalau bawa kereta sendiri..So kali ni we all decided nak naik teksi pulak, kebetulan mama kenal dengan mak cik jual satay ni, husband dia bawa teksi so sewa dari dia ajalah..Lagi pun pakcik ni punctual, janji pukul 0530 tapi dia sampai before 0530, nasib baik kami semua dah siap awal..bertolak dari rumah dalam pukul 0545 and sampai LCCT jam 0700 malam, pakcik tu bawa memang makan angin betullah..Sampai je LCCT first thing first cari kedai makan sebab semua kebulur, mana tak nya pagi tu makan roti je..Mula-mula cadang nak pergi makan dekat food court tapi since nak menapak ke sana tu agak boleh tahan jauhnya dengah troli penuh dengan beg lagi, berat tau!! so decide makan dekat MARRY BROWN je sebab dekat kira depan mata je..

makanan yang diorder oleh kami, 2 nasi lemak and 2 nasi ayam..

muka masing-masing ceria je..

sempat pau mama STARBUCKS..hehe!!

Memandangkan dayah and fizah habis makan cepat so kami pergi ronda-ronda satu LCCT, saja je nak pergi cuci mata, hahah!!..sempat jugaklah fizah beli beg..Lepas dah agak lama duduk dekat MARRY BROWN tu so kitaorang pindah pulak ke dalam bangunan..Masa ni sempat jugaklah dayah, fizah and mama bergambar sementara baba biasalah merokok dekat luar..

di kawasan perlepasan antarabangsa..lengang, dah tak ramai orang..

sempat bergambar dengan pegawai imigresen, hahah!! eh!! bukan-bukan ni mama sayalah..*berangan*

setelah beberapa jam menunggu akhirnya counter dah dibuka, bila nampak je perkataan PERTH tu teruja kami tau..

sila beratur mengikut barisan untuk mengantar beg ye, penuh satu troli..

Selepas dah hantar semua beg masuk kitaorang duduk kejap di tempat tadi sebelum masuk ke boarding area..jam pun masa tu baru pukul 1000..Sebelum tu siapkan semua pasport-pasport untuk imigresen check nanti and fizah seperti biasa kalau pergi overseas dia telah ditugaskan untuk menjaga pasport kami semua..After gone through imigresen semua selamat lah kami sampai di boarding area, masa ni kebanyakkan kedai dah nak tutup iyalah dah pukul 1000 kan..tengah-tengah tunggu nak boarding terasa lapar lah pulak perut ni so dayah pergi beli tea and choc danish walaupun mahal tapi memang berbaloi rasanya..sangat sedap!!nyum nyum..!! lama rasanya tunggu nak boarding..

mama tengah keletihan tunggu, mana tak nya dari pagi berkemas beg, rumah..nak pulak dah tengah malam so semua mata dah layu kuyu je..

akhirnya kami semua yang akan ke PERTH di arahkan masuk ke dalam tempat nak boarding ni, before tu ada lagi pegawai-pegawai imigresen randomly checked our ticket and sempat jugak borak-borak jap..lepas hampir 1/2 tunggu tibalah untuk boarding, tak dapat nak gambarkan excitednya macam mana sampaikan camera beg pun boleh tertinggal dekat seat nasib baik baba perasan before naik dalam flight kalau tidak jawabnya tak bergambar lah kami di sana nanti..


Next part dayah cerita masa dayah and family dah selamat sampai di PERTH..

NEXT please..

Next entry dayah nak ceritakan masa trip dayah and family ke PERTH, AUSTRALIA..
malam ni memang cadang nak bercerita tapi malang sungguh, otakku bagaikan jem, semua yang di taip serba tak kena..dengan internet yang kejap on kejap off nak upload satu photo pun makan masa berjam-jam..okay until see at the next entry..muahhh!! =)


2/07/2010

gambar dan movie..

hahaha!! jari jemari ku kembali lagi untuk menaip di blog ni..
rasanya dah 2 minggu dayah tak keluar melihat apa jadi dekat KL ni antara sebabnya ialah my mom still tak sihat lagi so dia perlukan rehat yang betul-betul (hopefully u get well soon)..selama 2 minggu ni jugaklah dayah dah tengok macam-macam movie dekat youtube (sayang youtube), kebanyakkan nya semua hindi movies (peminat hindi movie lah katakan)..so masa dayah tengah update blog ni pun dayah tengah tengok movie, tajuknnya "PAYING GUEST", hindi movie ok dan cerita ni kelakar, penat gelak sorang-sorang, serupa macam orang gila sudah..so sementara nak tunggu loading tu dayah nak letak gambar masa di BANDUNG..

1 2 3

4 5 6

7 8 9
10 11 12
13 14 15

16 17 18

19 20 21

  1. setibanya di LCCT, fizah excited sangat tu..maklumlah first time nak pergi BANDUNG kan..
  2. breakfast dulu dekat OLDTOWN
  3. muka-muka yang tengah tunggu untuk check-in and tengah excited
  4. destinasi kami 'INDONESIA'
  5. keadaan di dalam LCCT, orang ramai tengah beratur nak check-in
  6. waiting for boarding, it was so boring..masa tengah tunggu ni terserempak dengan misha omar, dia pun satu flight dengan kitaorang nak ke JAKARTA..
  7. AIR ASIA, sayang kapal terbang..gilakan!!
  8. permandangan dari atas, sudah sampai di JAKARTA waktu ni..tengah tunggu kapal tu nak landing je
  9. di dalam SOEKARNO-HATTA AIRPORT..
  10. tengah tunggu bus yang akan bawa kami ke BANDUNG..trust me, bus yang ke BANDUNG ni sangat selesa dan bersih dan sekiranya anda nak naik bus dari JAKARTA ke BANDUNG naiklah bus PRIMAJAYA..
  11. dah sampai BANDUNG..tapi belum sampai capital lagi,sabaaaaaaaaarrrr!!
  12. ARION SWISS-BELHOTEL BANDUNG..hotel sangat selesa dan yang paling penting dekat dengan PASAR BARU dan juga RAILWAY STATION..tak menyesal duduk sini
  13. serang JCO malam tu..nyum nyum sedap bangat..
  14. foodcourt di dalam PASAR BARU, paling sedap BAKSO MALANG (jangan risau anda tidak akan malang kalau makan pun, nama je malang)
  15. JAVA BEAN restaurant, located dekat dalam RUMAH MODE..makanan, presentation, decoration, cleanliness sangat superb..
  16. masih di dalam RUMAH MODE..
  17. di railway station BANDUNG..mahu balik ke JAKARTA, kali ni naik train pulak..
  18. di hadapan MANGGA DUA..dekat sini jugak ada jual buah mangga yang sedap, manis..
  19. BATAVIA HOTEL JAKARTA..
  20. check-in nak balik MALAYSIA..
  21. hehe!! jangan keliru ini bukan di BANDUNG tapi di IPOH (my cousin kahwin), dayah upload pic ni sebab baju-baju lace dan kain-kain batik yang kami pakai ni datang or imported from BANDUNG..














































2/03/2010

long time and BANDUNG

wah, its been a long-long time i didn't post a new entry..
been busy for this whole month, tak ade mase nak update blog ni
anyway, this month dayah nak start kerja so dah banyak resume dihantar ke syarikat-syarikat berkenaan, sekarang ni tangah tunggu reply dari diorang..
so far, dayah dah pergi interview dekat one of this company and hopefully dapatlah dayah kerja tu..tempat kerja ni memang jauh, dekat kota kemuning tapi tak kisahlah dekat mana-mana pun kerja asalkan kite ikhlas, rezeki tu kan ada dimana-mana..

pertengahan bulan ni, dayah and family akan terbang ke negara jiran kita iaitu INDONESIA..
dayah akan ke
BANDUNG, masuk ni dah dua kali dayah pergi BANDUNG..masa first time dulu pergi last year, nak sangat pergi BANDUNG sebab cousin-cousin dayah cakap BANDUNG best termasuklah best friend dayah, shopping memang sampai tak ingat dunia lah..bila dah pergi, yeah!! BANDUNG memang superb, banyak giler factory outlet, rasanya kan time tu nak aje keluarkan semua duit yang ada dalam bank untuk shopping..memang macam heaven lah shopping kat sana..dari satu factory outlet ke satu factory outlet..
tapi masa last year dayah pergi dayah tak berkesempatan lah nak pergi dekat TANGKUBAN PERAHU, sebab masa tu kami kesuntukan masa, nak shopping lagi nak explore satu pasar baru lagi..hehehe!! lagi pun time tu kiteorang pergi dalam waktu yang singkat je..
so for this time trip, hopefully dayah dapat jejak kan kaki kat situ..
masa pergi last year sempat jugak dayah shopping kain lace dekat pasar baru, i tell u all kain lace
dekat BANDUNG memang cantik-cantik..nak yang mahal pun ada, nak yang murah pun ada..ishh!! macam-macam lah..kebetulan masa kiteorang pergi tu beberapa bulan lagi my cousin nak kahwin, so apa lagi borong habislah kain lace dekat sana and kebetulan lagi tema untuk wedding tu ialah jawa, memang tak lepas peluang beli batik and kain lace..kepada sesiapa yang
nak beli kain lace yang cantik, berkualiti, murah bolelah pergi ke BANDUNG..

oklah, next entry nanti dayah upload kan pictures masa dayah kat bandung and kain lace yang dayah beli okay!!..








1/06/2010

First, One, Satu...

Hello Everyone!!
Ini adalah first entry dayah selepas sekian lama memendam rasa nak mempunyai blog..kenapa lama sangat kan dayah nak create blog?? Antara sebab-sebabnya ialah :
  • firstly, dayah dulu memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat naif tetang bab- bab ni, contoh macam friendster, budak yang sekolah rendah pun dah ada account friendster tapi dayah mengambil masa yang sangat lama untuk create satu account..tapi sekarang ni alhamdullilah, lepas tunjuk ajar dari kawan-kawan dayah dah pandai tau..
  • kedua, sebab dayah dulu-dululah tak suka dengan diary so dayah anggap yang blog ni macam diary sebab bila dayah baca balik macam apalah yang aku merepek ni kan..untuk mengelakkan ketawa sendirian macam orang gila makanya dayah avoid untuk mempunyai diary mahu pun blog..tapi sekarang dah berubah okay!!
  • lastly, sebenarnya dulu dayah agak busy sedikit (busy ke??, wondering!!??) busy lah jugak dengan class..

itulah antara sebab-sebabnya mengapa baru tahun ni dayah ada blog..

oklah dayah akan cuba sedaya upaya untuk meng 'intresting' kan blog dayah ni untuk tatapan kalian semua..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...