3/14/2011

Peribahasa

Mari kita belajar peribahasa untuk hari ini....

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA AKAN JATUH JUGA KETANAH..

- sepandai-sepandai seseorang itu menipu akhirnya akan terbukti jugak yang dia bersalah, jadi JANGAN JADI MACAM TUPAI MAIN LOMPAT-LOMPAT.. -

Peringatan...

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/12/2011

The Garden, The Curve - Makan malam -

Hye!! semuaaa!!


Jumaat minggu lepas waktu pagi tengah nak buat air telah memasang niat di dalam hati untuk tidak mengambil makanan yang berat tengah hari ni sebabnya malam nanti ada acara makan malam bersama family..Tapi apakan daya bila nafsu makan menguasai diri, terbabas makan tengah hari Grilled Chicken Chop with top of cheese kau, giler punya kalori tinggi, hehehe!! pejam je mata pasal diet itu semua, dah mereka-mereka ajak pergi makan dekat food court inilah jadinya..Itulah sebabnya kalau boleh memang tak nak ke food court tu, aura dia lain macam sikit..okay!! salah sendiri..*menyesal*  


Takpelah benda dah nak jadi dayah REDHA!! je hahaha!! balik je office terus rasa bersalah teramat sangat dan segera capai botol air minum air suam sebanyak yang mungkin *asyik tag pass keluar je ke toilet, hehe!!* 


Malam after maghrib kami sekeluarga terus keluar ke Damansara untuk makan dekat The Garden, baiklah agak outdated sikit dayah ni kan baru sekarang ni nak makan dekat sini tapi tak kisahlah.. :) 


sentiasa meriah dengan manusia..

lokasi kejadian makan malam..

takkan nak makan guna tangankan..

dalam taman..

theme white green sangat nampak cantik bila digabungkan..



Sampai-sampai je tak membuang masa yang lama untuk meng-order makanan, dapat je menu terus diselak dan terus membuat pilihan hati masing-masing..

steak section..

Selesai kerja memesan makanan sementara menunggu makanan yang diorder sampai apa lagi aktiviti nak buat selain bergambar..hehe!!

mulakan dengan gambar baba & mama..

diikuti dengan Fizah..

DAN

konon-konon gambar candid, *untuk pengetahuan yang dipandangnya itu dinding*

Pesanan yang sampai dahulu mestilah air..

Iced Irish Cream Latte..this is mine :)

Soda Passion Fruit..Fizah punya

Longan Blast..di-order oleh mama

Dan Plain Water untuk baba..Baru lepas minum kopi di rumah sebelum kesini..

order 1 plain water with ice tapi disebabkan mereka baik hati nak charge lebih dalam bil diberi 2 plain water tapi satu lagi tu without ice.. 

Pot pet pot pet kami 4 orang bercerita itu dan ini makanan pula yang tiba..

Garden Black Papper Chicken Chop di-order oleh mama dan dayah..Mula-mula dayah nak order satu menu ni *tak ingat apa nama menu ni* tapi tak ada pulak malam tu..haishh!! 

Braised Lamb shank, baba order..

Spaghetti Marinara order oleh Fizah..spaghetti dan dia tak dapat dipisahkan, suka sangat..

side order : Mashed potato..

Jemput menjamu selera semua.. :D

Sambungan pot pet pot pet tadi yang tergendala siarannya dek kerana makanan sedang dihidangkan..Makanan yang boleh dikategorikan "akan datang lagi selepas ini" dijamu oleh kami 4 beranak dengan sungguh berselera sekali, walaupun pot pet pot pet tapi makanan tetap masuk mulut *buruk sikit nampak perangainya* dan yang pasti tak ada toleh kiri dan kanan cuma toleh kanan sahaja bila nak curi Spaghetti Marinara fizah.. :D


Hasilnya selepas beberapa minit 'dikerjakan oleh kami'

pinggan pertama dilicinkan dengan jayanya..

pinggan kedua disebelah sana tu berjaya jugak dilicinkan termasuk dengan kambing-kambing tu sekali..

DAN pinggan ketiga, keempat dan kelima berjaya dilicinkan..

Puas hati kami berjaya menambah kalori dalam badan..

Lepas habiskan makanan, semua........




- minum airlah -

Kalau dah makan main course tak sedap hati rasanya kalau tak order dessert kan..Apa lagi, "excuse me, can I have menu"

dibaginya menu yang kecil je..

Jadilah, so proses pemilihan dessert pun dilakukan..Rasa macam nak order semua yang ada dalam gambar diatas ni TAPI ini je yang di-order, mana boleh tamak....

3 dessert untuk 4 orang..

- bagi close-up one by one eh!! -

Tiramisu..

Hazelnut Truffle..ini sangat sedap sebab tengah-tenganya ada Hazelnut Filling..Serious 'feeling' habis makan..

- mintak jugak menu besar sebab nak order yang ini -

Coconut Galore, ini pun sedap..

makan sorang-sorang je..

sampai licin..

Service dekat sini sangat cepat sampaikan kami yang belum lagi ready pinggan untuk diangkat dah ditanya "can I take this (merujuk kepada pinggan)" "oppss!! not yet"

mereka-mereka ini lah yang tak sabar-sabar nak kemas meja..

Sebelum beredar pulang bergambar harus dilakukan sekali lagi....


ecewahh!! macam gambar dulu-dulu time dating dekat taman..




Sekian cerita kami di The Garden..
- nice ambiance created by the Restaurant
- nice food, drink & dessert
- price yang not bad lah..

Sayonara untuk kali ini..


3/08/2011

Tengah hari update

Selamat tengah hari semuaaa!!

Baiklah setelah beberapa hari ni berada dalam keadaan otak tak berapa nak center so hari ni kepala dah okay!! *mungkin gara-gara 'bang'kan kepala dekat wall kot semalam* so nak cerita panjang apa aktiviti kami sekeluarga last weekend kena ada gambar sebab itu adalah perkara wajib ada dalam setiap entri yang melibatkan aktiviti dalam blog ni..hehe!! tapi maaflah yee!! itu kita cerita malam nanti sebab semua gambar ada dirumah, belum edit pun lagi, size pun tak kecikkan lagi..Punya pemalas penulis ni kan kan..*sila angguk bersama* bukanlah pemalas sangat pun cuma dari minggu lepas asal malam je mesti akan keluar rumah cari minum-minum, settle kan segala urusan dunia so hari ni mama dah warning awal-awal lagi tak nak keluar malam ni sebab nak tengok ASMARA..okay!! fine bolehlah kita meng 'edit' segala gambar yang ada nanti.. :D

Hari ni tengah hari dayah tak makan quacker oats sebab diorang ajak makan dekat food court sambil cuci mata..ishh!! dengan eye more lah, beli kat conviniece store tadi bukan sebab nak tengok apa-apa eh!! hahahaha!! so dayah tak tau nak makan apa, nak cakap lapar kebabom sangat tak jugak perut macam sebu je maybe angin kot so pilih punya pilih last sekali choice ialah meehoon kari plus dengan air boleh pilih sendiri RM5.00 adakah berbaloi?? berbaloi jugaklah sebab rasa meehoon kari tu tak menghampakan berbanding laksa dia..Makanya sekarang ni dayah tersangatlah kenyang so kalau dah kenyang suka hatikan so I tengah suka hati ni..lalalalala!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz *tetido*

p/s : GUMBIRA.... :D

3/07/2011

Bang bang bang Boom

Salam tengah hari semuaaa...!!

Sekarang ni terasa sangat-sangat nak BANG kan KEPALA NI DEKAT WALL..okay!! ni dayah serious eh!! bukan main-main..

Pertama sebab kepala ni wajib kena BANG dekat wall sebabnya dari pagi tadi DAYAH MENGANTUK setiap kali tengok kerja-kerja ni, rasanya tadi ada je aktiviti tidur sebentar di depan PC.. :D TAPI kalau buat Blog walking, OKAY!! JEEE!! SEGAR BUGAR MATA NI..

Kedua sebabnya entahlah kepala ni macam tengah fikirkan sesuatu TAPI unclear sangat apakah benda itu..

Tengah hari tadi disebabkan tahap ngantuk kan sangat tinggi so terpaksalah dayah makan lunch tadi, makan burger u olls, iya-iya!! gemuk tapi takpa petang nanti kita bakar kalori ni semua balik ehhh!! sebabkan petang ni kitaorang ada sesi berjogging beramai-ramai.. :D

3/05/2011

Ulang dan ulang sampai muntah

ULANGAN LAGU SYUKUR NI DAH ENTAH YANG KE BERAPA KALI PUN DAYAH TAK TAU..kalau tanya hafal ke lirik lagu SYUKUR by ALTIMET ni?? hahahaha!! gelak dulu, haram tak hafal tapi kalau part SYUKUR tu insyaallah boleh hafal.. :D

Tujuan dengar lagu ni adalah nak tengok ALTIMET dalam video tu je, hehehe!! *gatalkan* despite laptop adik dayah ni speakernya mengong sikit, semua suara sama je..*U olls bayangkanlah sendiri macam mana bunyinya ehh!!* 

Satu lagi ULANGAN LAGU ANGGUN PUN ENTAH YANG KEBERAPA KALI..Buat kerja tadi pun dengar, tunggu baba pun dengar, dalam kereta on the way pergi makan pun dengar so hari ni hampir separuh hari dengar lagu ulang-ulang je.. :D

Sebelum tidur ni layan lagu SYUKUR lagi ehhh!! gila dah kau dayah.. :D

Entri kali ni pun merapu-rapu je, tak tau nak cakap macam mana ni..Takpelah merapu, dah kata ini diary alam maya so dayah manfaatkanlah ianya dengan coretan tak berguna at least apa yang terbuku *rasa nak muntah part ni* di hati dapat diluahkan melalui tulisan..ehekkkk!! 2 3 hari ni layankan je sementara otak dia tak center nanti bila dah okay!! dia buat entri baik punyeeeeeeeeee!!.. :p

3/04/2011

Semua CANTIK

ANDA SEMUA CANTIK...

Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang tak cantik semua cantikkan so baik kita semua ni feeling yang kita cantik..Setiap mata yang memandang kita lain caranya so saya kata DIA HANDSOME tapi tak mungkin u olls akan cakap benda yang sama..BETUL TAK?? so mulai dari sekarang ni janganlah kita underestimate rupa paras seseorang, think POSITIF YANG SEMUA ORANG CANTIK..Terima kasihlah yang selalu kalau chatting dengan saya tu cakap saya CANTIK..heeeeee!! :D

ditulis oleh seseorang yang cantik berbaju hijau hari ini..*terasa jahil pulak bila orang hari jumaat pakai baju kurung ni tak pakai sekirt u know..hehehe!! ini sebenarnya kes dah lambat sebab janji dengan baba semalam nak keluar rumah 7:15 tapi tadi 7:30 jugak cuma kali memang tepat-tepat waktu, tiada masa tambahan seperti selalu selama 5-10 minit .. :D

Orang berkhayal menaip!!

Selamat pagi semuaa!!

Memulakan hari dengan tiba awal di office, mata dah separuh buka sebab tahap mengantuk di level yang ke 8 daripada skala 10..Pagi-pagi nak pekena kopi macam biasa sekali bila dah siap letak creamer semua tiba-tiba macam ada makhluk kecil dalam air tu, usik-usik laa!! semut rupanya, jenis yang halus-halus tu..Kesian mati terkejang dia kena air panas..kalau sekor tu macam bolehlah kita redha buat-buat macam tak nampak lepas buang kan, sekali bila kacau-kacau timbul lagi dan lagi, okay!! terasa geli pulak nak minum lagi satu minum bekas semutkan tak bagus nanti jadi pelupa..Adakah benar fakta ini?? tak tau tapi dayah boleh jugak jatuh dalam kategori CEPAT PELUPA, agaknya dulu masa kecik-kecik termakan semut banyaklah ni kot *dah macam duduk dalam hutan rasanya bila jadikan semut sebagai juadah* :p Jadi nak tak nak buatlah milo jugak so kesannya sekarang ni dah macam makan dadah punya khayal, ngantuk..Aircond dalam bilik ni macam Malaysia ni ada dekat zon paling panas di dunia je..SEEEEJJUUUURKKKK!! woi..Engkorang ni tak reti ke rasa sejuk haa?? diorang rileks je dengan tak pakai sweater..Kaki dayah rasa macam nak beku dah ni, dah transform dari color coklat jadi biru..hahahaha!! alien

Pagi tadi perut rasa semacam je laparnya..So bila perut dah lapar bila ada orang ajak membeli makanan memanglah laju je lah kan kaki melangkah..Dayah breakfast sandwich je tadi, murah rm1.50 je dan isinya pun boleh tahan sedap dan banyak kira terasalah telurnya, mayonya, timun pun tebal potong..not bad!! kalau beli dekat ada satu kedai ni dahlah harga mahal more than rm2.00 lepas tu isinya apalah sangat sardin tu, celah gigi pun tak rasa..

Dayah tak tau nak tulis apa ni sebabkan dayah tengah berada di dalam khayalan sebenarnya sekarang ni..Jom teman dayah nyanyi lagu Khayalan tu yang versi Ruffedge punya..Ready ehh!! siapka lirik sekali eh!! :D

Merapu kejap

O.M.G!! tak tau nak luahkan pada siapa so luahkan jelah pada blog ni mana tau untung-untung dia terbaca ke kan..


SAYA HANYA INGIN PERKATAKAN YANG 


SAYA SUKA SANGAT-SANGAT DIA..hehehehe!! perigi cari timba...eh!! salah Idy cari pembaca..


Ini adalah entri luahan hati, nantilah dayah buat lagi terperinci atau dalam erti kata lain lagi PANJANG eh!!  :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...