2/04/2011

1/02/2011 - terapi minda part 2-

Sepanjang perjalanan nak ke Pavillion ni memang tak terasa jauhnya sama sekali tau, tak percaya cuba u olls try sekali mesti akan setuju dengan dayah..Beberapa minit berjalan akhirnya sampai kami di depan Pavillion *macam ini lah pertama datang sini, tapi memang pertama kali pun datang dengan melalui pintu masuk utama pavillion, hehehe!! agak jakun sebentar*..Tengok orang sibuk bergambar depan mangkuk besar tu kami pun sama jugak nak menyibuk ..:D






Memandangkan musim tahun baru cina makanya entrance nak masuk pavillion haruslah ada unsur-unsur seperti di negara Cina..




gendang yang besar semua orang dah conquer so kami ambik yang kecil je lah..



maharaja turun padang..

merah semuanya..


Selepas dah puas bergambar, macam biasa kejakunan sikit kan..Kami terus dengan aktiviti seterusnya ialah mencarikan mama tempat yang sesuai untuk dia duduk bersantai sementara kami melakukan terapi minda atau dalam erti kata lain SHOPPING, hehehe!! kata sale kan so kenalah ikut serta membeli belah..Mula-mula nak menempatkan mama dekat food court tapi macam tertutup pulak nanti mama rimas, so fikir punya fikir.. *mentol*

tengok kedai-kedai yang ada dekat Pavillion ni dulu..*mentol*

taraa!! Starbucks adalah lokasi yang baik untuk tempatkan mama sorang-sorang, lagi pun kawasannya terbuka kan so taklah nanti rimas sangat..


espresso tiramissu..

vanilla latte for mama..serik nak order yang venti size kalau dine-in..:D

chocolate chip cream, rasanya betul kot nama air ni..hehe!! 

tak sia-sia kami suruh mama lepak sini sebabnya masa kami tengah sibuk melakukan terapi mama telah terserempak dengan kawan lamanya *patut balik meja penuh dengan pinggan*..Patutlah senyap je, tak sibuk-sibuk call suruh balik cepat rupanya ada yang temankan..hahaha!! 



Terapi minda kami pun bermula..:D

Selepas 2 jam menghabiskan masa menjalani terapi okay!! its time untuk balik rumah..Baba pun dah keluar office..



badan dah tak ada, okay!! ini gambar suka suki kami berdua..

jenama-jenama yang menjadi pilihan hati *bukan nak menunjuk sekadar nak berkongsi je* :D

inilah barang-barang yang kami sempat beli..

temankan baba minum petang di kawasan kedai-kedai berdekatan rumah kami..

Itu jelah cerita kami sempena cuti Wilayah yang lepas..Waktu-waktu baba kerja ni lah senang kalau nak ke shopping mall sebab baba adalah orang yang memang tak suka ke shopping mall, ajak dia ikut tapi nanti dia duduk je tak nak ikut masuk-masuk kedai so baik kita jangan bawa terus, kalau nak bawa untuk makan memang tak ada masalah..:D

p/s : mahu ke dapur untuk menyiapkan pudding roti..

2/03/2011

1/02/2011 - terapi minda part 1-

Walaupun kereta hanya boleh digunakan satu sahaja dan itu pun baba yang bawa pergi office *ni kes malas bangun pagi untuk hantar baba* tapi kami bertiga berdegil jugak nak keluar, kata mama lama tak naik lrt, ohh!! iyalah dah berapa tahun mama tak naik, habis-habis dia hantar sampai station lrt je..


So semalam gagahkan diri jugak keluar walaupun ada jugak rasa malasnya, iyalah faham-faham jelah malaysia ni kalau nak dapatkan teksi memang payah, kadang-kadang satu peel pulak teksi tak nak pergi tempat yang kita wish tu..So dari rumah kitaorang berjalan *berpeluh-peluh u olls tau basah ketiak* terus ke bank, sebelum ni rasa macam jauh je kalau naik kereta tapi bila jalan kaki lagi cepat dari naik kereta okay!! serious tak percaya silalah cuba sekali sekala di kawasan rumah anda.. :D


Lepas buat segala urusan yang berkaitan dengan bank kami pun tahan teksi nak ke station lrt..Nasib baik teksi tak buat hal senang je dapat semalam..Okaylah kan dah dapat teksi so teksi pun tak banyak songeh nya so senang je, tapi yang buat dayah nak gelak guling-guling dalam teksi tu gak *memang kalau betul-betul buat kena jugak penampar dengan pemandu tu* cara dia bawa kereta tu dayah rasa kereta kancil dayah kalau tengah sakit pun still boleh laju lagi okay!! punyalah lembab dia bawa, dayah dalam teksi gelak sorang-sorang je almaklum kalau naik teksi bertiga yang jadi mangsa macam tourist guide ialah dayah sebab kena duduk sebelah pemandu so nak gelak dengan fizah tak dapat..Lepas keluar baru gelak terbahak termasuk dengan mama sekali..Teksi ni serious kalau agak-agak u olls nak cepat silalah pilih teksi yang lain sebab kalau yang ini potensi untuk anda lewat sangat tinggi okay!!


Dari Cempaka kami terus naik ke station Hang Tuah sebab nak ambik monorail ke Lot 10, orang tak biasa naik lrt haruslah berdiri lama sikit depan map tu nak tengok mana tempat yang harus kami turun, berapa harganya..


kawasan kejadian..

mangsa-mangsa keadaan yang sedang menunggu train..penat okay!! 

keletihan mendaki tangga *ini macam menunjukkan bahawasanya saya dah gemuk balik*

Selepas naik tangga, turun tangga, naik lrt, turun monorail kami pun berjaya dalam misi menggunakan pengangkutan awam sebagai medium untuk sampai ke Lot 10..Untuk kedua kalinya dayah jejakkan kaki disini, *alangkah sedihnya untk seseorang yang berasal dari KL ni* so agak kejakunan jugak bila masuk ke dalam Lot 10 ni..Hahahaha!! so first thing first kita kasi perut-perut ni terisi dulu, dari pagi ni tak makan so can u olls imagine betapa LAPARNYA kami bertiga ni, sempat minum air ice lemon tea je..

Kata orang baru second time jejakkan kaki ke Lot 10 haruslah tak tau yang dalam Lot 10 tak ada food court yang halal seperti kat KLCC tu.. So untuk kepastian yang lebih lagi kami tanya customer service *feeling-feeling tourist jap* memang yang ada food court non-halal je kalau nak yang halal adalah nasi kandar kayu dekat luar kawasan tu, tak pun oldtown..Agak dah bosan makan dekat oldtown *padahal tak selalu pun kot makan kat sana* :D kami terserempak dengan ini :

bukan makan vespa ni eh!! sila lihat dan baca dengan teliti..

yeah!! tepat sekali..Yellow cab pizza, first time mencuba ni..



pertama kali makan so tak tau which pizza yang sedap so kami mencuba classic pizza : New York Finest..Serious topping dahlah banyak dan yang penting pizza dia nipis..Sedap sehingga menjilat cari okay!!

dan ini jugak, Charlie Chan Chicken Pasta..Portion yang agak banyak untuk makan sorang jadinya sangat di cadangkan untuk berkongsi yee!! tolong jangan tamak sangat boleh??

hot kan kalau bawa bekal ni pergi sekolah..?? hari-hari macam ni mak dan ayah bisa pokai..

choices untuk air tak banyak sangat so kami malas nak fikir air apa-apa selain mineral, jaga kesihatan disamping itu setelah makan makanan yang penuh berlemak ye!!

jemput makan *sila beli sendiri*..

makan penuh sopan santun..:D

tak sesantun mamanya..

beberapa minit kemudian..

daun-daun berguguran..

kenyang muka girang.. :D

Dah puas mengisi perut kami jalan-jalan dalam Lot 10 kejap, iayalah dah jauh datang *memang jaaauuuhhh!! sangat* hehe!! so kenalah singgah sebentar..Sempat menjejakkan kaki ke :


sesungguhnya benar 2 kedai ni je yang kami singgah, singgah je okay!! beli tak pun..


Dah bosan dengan Lot 10 kami decide nak ke Time Square yet bila fikirkan balik nak habiskan duit naik monorail balik buat apa sedangkan Pavillion di sebelah je..hehe!! Kami terus jalan kaki ke Pavillion pulak..Masa on-the-way nak ke Pavillion kami terjumpa farenheit, baru buka eh!! shopping mall ni, nak singgah uniqlo tapi malas nak menaiki beberapa anak tangga itu *dasar badan berat*.. Deretan kedai-kedai sepanjang jalan nak ke Pavillion ni membuatkan I feeling macam dekat overseas okay!! Cantik..



Part 2 bersambung di siang hari pulak eh!! izinkan saya mengudurkan diri untuk tidur..

p/s : perlu ke berbahasa pelat in order untuk men-comelkan diri bila berbicara..jawapannya TAK PERLU SAMA SEKALI OKAY!! TAK MACHO MACAM TU!! HEHEH!!


2/02/2011

Chinese New Year

Before I terlambat tulis or bagi ucapan baik buat sekarang sebelum menyesal..ehh!! kenapa entri kali ni berwarna merah, meriahkan?? hehe!! tak, ini sempena Chinese New Year yang bakal hadir esok harinya..Memandangkan dayah ada agak few jugak Chinese friends *nampak sangat tak banyak* so di kesempatan ini dayah nak wish


GONG XI FA CHAI
SELAMAT TAHUN BARU CINA..

Wishes to all of my Chinese friends wherever you are, especially to my great Chinese friend -CHUI HIAU MUN-

  •  wish all of you with prosperous new year and abundance of good fortune ahead :D
For those who are not celebrating it hope you guys have a splendid holiday with your family..Enjoy!!

p/s : I'm planning to come over to your place CHUI this CNY since last year I'm not been to your house..Mau angpau amoi!! hehehe!!

Status FB

Petang :

  • Okay!! ini serious giler or I think I yang giler sebab sejak daripada tadi tak boleh berhenti tersenyum, ini semua gara-gara terimbau kembali kejadian semalam di kaunter 15..hehehe!!
  • tak adalah apa sangat pun kejadiannya tapi cukup untuk buat diri ini tergolek-golek jatuh..hahaha!!

MOOD lagi

Serious hari ni mood untuk berblogging sangat tidak ada eh!!

Daripada pagi tadi dayah macam tak ada mood nak membaca blog blog orang, kalau dayah baca pun mendatar je, macam tak ada perasaan langsung, orang tu bagai nak rak lah ni buat lawak dalam blog dia, dayah boleh buat tak tau je, muka sama je..*ni sindrom gila sikit dah datang*

Sebenarnya ada satu cerita dayah nak kongsikan ni, cerita tak best sangat tapi okaylah untuk dayah luahkan kepada u olls, mana tau si dia terbaca entri ni..O.M.G!! *saya pengsan*

Nak bercakap lagilah tak ada mood, tadi borak dengan kawan dayah pun sepatah, dua patah je cakap selebihnya banyak diam, termenung, mengelamun so ini penyakit apa??

Nak buat kerja memang pagi tadi je laju lepas lunch terus rasa macam nak balik rumah je punya boring..Kalau tengok muka dayah hari ni memang tak best langsung, nak senyum malas*macam selalu best*

Kalau draft blog ni dah berapa kali tapi semua tak menjadi, entahlah kenapa..*garu-garu kepala*

So kesimpulannya hari ni MOOD ku hilang entah kemana, rasa macam nak tidur je ni...aaaaaaaaaaaaaaaaa!! *tengah menguap betul-betul tau*

p/s : harap maaf kalau hari ni dayah update dengan agak membosankan..entahlah hormon tak stabil ni..

Adakah saya pekak??

Lunch yang digembar gemburkan RABU NI sebenarnya bakal diadakan RABU DEPAN okay!!

So sekarang ni adakah dayah pekak atau dia yang salah bagi info?? Confuse tahap makan tadi pun tak terasa kenyangnya u olls..hehehe!!

Betul dayah dengar rabu ni, sekali tadi baca balik email rupan-rupanya next week on 9 FEBRUARY 2011, bukan tahun depan lagi, lahhhh!! haiyaa!! bukan saja pekak malah agak rabun jugak dia ni kan..Email dated on 28/1/2011 tapi baru pagi tadi perasan.. :)

So u olls segala teka teki dah terjawab, eh!! cop-cop!! MAKAN KAT MANA NI?? tak decide pun lagi diorang ni..*sambil mata ke atas menadah tangan berdoa, mintak-mintak makan dekat TGI Fridays, Amin!!*

p/s : update pasal aktiviti ketika cuti hari wilayah semalam, malam ni eh!! gambar sedang diedit, inti pati sedang disediakan penulis sedang berkerja sekarang ni.. :D

2/01/2011

Yeah!! Yee Sang

Yeah!! tadi petang for the first time dayah makan Yee Sang..Sebelum ni selalu tengok je dekat supermarket kalau during CNY mesti berlambak-lambak Yee Sang ni dijual dekat supermarket..Tak pernah terlintas difikiran nak beli sebab tak payahlah nak sibuk-sibuk berebut-rebut dengan kaum yang lebih memerlukan daripada kita yang melayu ni kan..

So tadi ada sesi CNY Tea-Party *company ni memang pemurah kalau bab makan, makan je kerja nya, krismas makan, CNY makan, hari raya makan, trainning orang sibuk training kitaorang yang kenyang* so nama pun CNY so haruslah ada Yee Sang sebagai penyeri majlis, yee sang kan warna warni so haruslah berseri majlis itu tadi..hehe!! 


Serba sedikit tentang Yee Sang ni eh!! 


Yee Sang ialah sejenis salad ikan mentah. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain.."yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah"  namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan..


Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya. Kini, "Lo Hei"(melambung yee sang) ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.



-thanks to wiki untuk informasi Yee Sang ni - *macam nama si pria itu lah*


Sebelum ni, dayah tau tengok je and tengok je orang makan, Tapi tidak sekarang apabila dah baca serba sedikit tentang Yee Sang ni..


Kira Hi-tea time tadi semua dijemput cuma ada yang attend ada yang tak, kalau dayah memang rugi KALAU TAK ATTEND..hahaha!! tak kisah kalau tak dapat makan asalkan dapat join diorang gelak-gelak pun dah okay!! apa punya gila budak seorang ini..:) *nak menunjukkan bahawasanya dia bukanlah 'pak lantak'*


Beberapa keping gambar orang dan suasana persekitaran yang sempat dayah snap untuk tatapan u olls..Siang-siang nak mintak maaf *kalau baca waktu malam tukar words siang tu okay!!* gambar tak berapa clear sebab pakai handphone je itu pun tak stabil pegang sebab kata tengah makan haruslah tangan penuh..


meje sedang disiapkan..

hi-tea so tak banyak makanan yang dihidangkan, main nya Yee Sang lah..

inilah Yee Sangnya, dari Sakae Shushi..

tetamu semakin ramai..

para bos ready untuk melambung yee sang, masa ni macam-macam wish terkeluar termasuk bonus.. :)

lambung-lambung..

mark : is it nice??

tommy : just give it a try mark, let me do it first, nyumm!!

makanan yang diseludup oleh kami untuk rakan-rakan yang tak sempat menghadiri hi-tea tersebut..hehe!! 

Balik office sambung buat kerja yang ala-ala tak nak buat sebab jam dah pukul 5:30 kot, nak balik tapi baba fetch pukul 6:30..arghh!! apa perlu buat ni, dah lah ramai yang dah angkat kaki balik, so dayah pun memulakan blogwalking lagi *asal dekat office mesti nak buat kerja ini* 

Sementara tu tiba-tiba dayah dikejutkan dengan pemberian ang pau..Ohh!! terima kasihlah kepada orang yang sudi memberi ini.. :) Semoga Ong you tahun ni..

ong ong!! 

Sekian..

p/s : pertumbuhan ulser sekali 2 dalam mulut adalah sangat menyeronokkan sebab rasanya sakit-sakit best..
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...